Seramai 3.3 juta penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 bakal mendapat duit raya awal apabila pembayaran peringkat kedua BR1M akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing mulai 5 Jun 2017 ini.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, pembayaran kali kedua melibatkan peruntukan lebih RM1.3 bilion itu membabitkan dua kumpulan penerima iaitu kategori pertama isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah dan kategori dua isi rumah berpendapatan RM3,001 hingga RM4,000.
Johari berkata, pembayaran bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri itu melibatkan penerima yang telah menerima BR1M 2017 semasa peringkat pertama pada Februari lalu, manakala pembayaran bagi permohonan rayuan dijangka pada 17 Jun ini.
Penerima kategori pertama akan mendapat duit raya sebanyak RM400, manakala penerima kategori kedua menerima bantuan sebanyak RM300.
Pemberian BR1M ini diharap dapat membantu rakyat membeli barangan keperluan dan persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti.
BACA INI JUGA:
sumber: kosmo