Thursday, June 29, 2017

Apa Itu Omega 3 Dan Kepentingannya Untuk Perkembangan Memori Serta Minda


Omega 3 adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang amat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda.

Omega 3

Malangnya, tubuh manusia tidak mampu menghasilkan sendiri EPA dan DHA (kecuali susu ibu yang diberikan kepada bayi). Sumber EPA dan DHA adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tumbuh-tumbuhan.

Keperluannya hampir sama untuk orang dewasa mahupun kanak-kanak, tetapi kanak-kanaklah yang sangat-sangat memerlukan Omega 3 untuk perkembangan vision (penglihatan) dan otak yang difokuskan untuk belajar, bertaakul dan mengingati sesuatu (perkembangan memori).

Namun, benarkah bahawa mereka yang berusia 18 tahun ke bawah tidak digalakkan mengambil suplemen Omega 3.

Ramai ibu bapa sedar tentang kebaikan Omega 3 ini tetapi masih ramai yang keliru, bagaimana harus menyediakan Omega 3 dalam diet anak-anak? Perlukah suplemen Omega 3 untuk anak?

Sumber Utama Omega 3

Sumber terbaik asid lemak Omega 3 ialah lemak atau minyak ikan, bijirin dan kekacang, dan minyak sayur-sayuran. Ini termasuk:

Lemak dan Minyak Ikan
  • Salmon
  • Tuna
  • Ikan trout
  • Ikan tenggiri
  • Ikan bilis
  • Sardin

Bijirin dan kekacang
  • Biji Flax
  • Walnut
  • Biji labu

Minyak sayur-sayuran
  • Minyak Canola
  • Minyak flax yang mentah

Sumber lain Omega 3 termasuk:
  • Telur omega – telur dari ayam-ayam betina yang telah diberi makanan yang diperkaya dengan Omega 3.
  • Daging dari lembu yang memakan rumput – kebanyakan lembu ternakan diberi makan dengan makanan proses yang kurang baik. Tetapi lembu yang memakan rumput-rumput dan tumbuhan semulajadi dapat menghasilkan daging yang kaya asid lemak Omega 3.
  • Produk yang telah diproses dengan tambahan asid lemak Omega 3 – seperti mayonis dan marjerin.

Namun begitu, asid lemak Omega 3 yang baik haruslah mempunyai DHA dan EPA yang tinggi.

Sumber-sumber yang dinyatakan di atas ada yang mengandungi sedikit sahaja kandungan DHA atau EPA.

Perlukah Suplemen Omega 3 Untuk Anak?

Tidak perlu sekiranya anak-anak kita mampu disiplin untuk mengamalkan diet yang sihat dan kita juga mampu untuk memberikan mereka sumber semulajadi yang baik dari Omega 3 setiap hari.

Tetapi kekangan masa kini, kekurangan masa, kekurangan sumber yang baik menyebabkan segala-galanya semakin berubah. Nak makan sayuran hijau, banyak yang ditaman dengan baja kimia.

Tambahan pula kebanyakan tumbuhan-tumbuhan ini cuma memberikan khasiat ALA dan masih tiada bukti yang kukuh bahawa tumbuh-tumbuhan ini turut membekalkan EPA dan DHA.

Kalau nak makan lemak ikan dari ikan-ikan yang kaya Omega 3 ini juga agak terhad dan mahal.

Jadi apa pilihan yang kita ada?

Perlu suplemen! Suplemen minyak ikan adalah salah satu pilihan yang tepat untuk membekalkan keperluan omega 3 kepada anak kita.

Lebih-lebih lagi anak yang picky eater dan susah nak makan ikan dalam diet seharian.

Namun haruslah diteliti brand dan kriteria untuk memilih suplemen Omega 3 untuk anak yang sesuai, pastikan;
  • mempunyai kandungan EPA dan DHA yang tinggi.
  • pilih jenama yang mempunyai minyak ikan “pharmaceutical grade“.
  • dari ikan yang rendah merkurinya.

Siapa Yang Memerlukan Omega 3 Untuk Menyokong Tahap Kesihatan?

Mereka adalah:
  • Warga Emas
  • Pesakit Jantung
  • Wanita yang telah melahirkan anak
  • Pesakit darah tinggi
  • Pesakit kulit seperti psoriasis dan ekzema
  • Orang yang selalu lupa
  • Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas
  • Pesakit Asma dan alahan
  • Pesakit Gout atau mempunyai masalah asid urik yang tinggi
  • Selalu mengalami sakit sendi dan kebas-kebas
  • Pelajar yang ingin cerdas dan cepat tangkap apa yang diajar
  • Ibu hamil dan menyusu untuk perkembangan otak anak
  • Mereka yang ingin lansing dan kulit cantik
  • Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus

Berapa keperluan harian Omega 3 tubuh anda?

Menurut artikel Omega-3 fatty acids dari University of Maryland Medical Center, dos pengamblan minyak ikan mestilah berdasarkan kandungan EPA & DHA, bukan berapa amaun minyak ikan itu sendiri.

Supplemen yang ada dipasaran berbeza kandungan dan ratio EPA & DHA.

Biasanya kita dapati asid lemak Omega 3 dalam kapsul minyak ikan mengandungi 0.18 gram (180mg) EPA dan 0.12gram (120mg) DHA. Kandungan Omega 3 berbeza dalam setiap jenis ikan.

Kanak-Kanak

Omeg 3 digunakan di dalam sesetengah susu formula bayi, yang kita nampak ada DHA & EPA tu. Tetapi tiada garis panduan yang tetap berapakah amaun Omeg 3 yang perlu diambil oleh kanak-kanak.

Cuma kanak-kanak perlu dielakkan dari memakan ikan yang mungkin mengandungi kandungan merkuri yang tinggi seperti shark, swordfish, king mackerel dan tilefish

Dewasa

Orang Dewasa hasruslah mengambil Omega 3 tidak lebih dari 3gram sehari. Jika anda ingin makan lebih atas sebab-sebab tertentu, minta nasihat doktor kerana Omega 3 yang berlebihan boleh mengakibatkan risiko pendarahan.

Dewasa yang sihat, tiada sejarah sakit jantung, American Heart Asscociation (AHA) mencadangkan untuk makan ikan 2 kali seminggu.

Orang dewasa yang mengalami penyakit jantung coronary, AHA mencadangkan pengambilan supplemen Omega -3 (dalam bentuk minyak ikan) 1 gram sehari yang mengandungi EPA dan DHA. Mungkin mengambil masa 2-3 minggu untuk melihat kesan pengambilan minyak ikan tersebut.

Dewasa yang tinggi kolesteronya, AHA mencadangkan mencadangkan pengambilan supplement Omega -3 (dalam bentuk minyak ikan) 2-4 gram sehari yang mengandungi EPA dan DHA. Mungkin mengambil masa 2-3 minggu untuk melihat kesan pengambilan minyak ikan tersebut

Dewasa yang mempunya darah tinggi saintis mencadangkan 3-4 gram sehari.

Peringatan!

Anda dinasihatkan tidak mengambil Asid lemak Omega 3 jika anda sedang mengambil ubat pencair darah seperti aspirin, warfarin (Coumadin), and clopedigrel (Plavix) kerana asid lemak Omega-3 fatty mungkin menambah kesan ubat pencair darah itu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Khasiat Dan Manfaat Buah Tiin Untuk Hidup Sihat

sumber: vitaminkita

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon