Sunday, June 04, 2017

5 Rahsia Khasiat Kurma Untuk Kesihatan Yang Ramai Tidak Tahu


Menurut kajian, permintaan terhadap buah kurma di Malaysia meningkat menjelang bulan puasa. Namun, tahukah anda bahawa kurma ini sangat bagus untuk dimakan sepanjang masa?

Kurma

Berikut ini dikongsikan khasiat kurma yang mungkin anda tidak tahu:

1. Menguatkan Memori

Kebiasaannya makanan yang sering dijadikan amalan untuk meningkatkan daya ingatan adalah kismis.

Tetapi, tahukah anda bahawa kurma sebenarnya mengandungi khasiat yang cukup untuk meningkatkan daya ingatan seseorang.

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak di peringkat sekolah, kurma adalah snek terbaik yang patut diberikan kepada mereka untuk mengukuhkan memori.

2. Baik Untuk Ibu Mengandung, Berpantang

Pernahkah anda dengar kisah tentang Maryam yang hanya makan buah kurma sewaktu melahirkan Nabi Isa? Jadi khasiat kurma ini memang tiada tandingannya.

Menurut kajian, buah kurma bagus untuk wanita hamil kerana akan memudahkan proses bersalin selain akan mengurangkan masalah pendarahan.

Selain itu, kurma juga akan memberikan khasiat yang baik untuk bayi di dalam kandungan.

3. Baik Untuk Kesihatan Jantung

Tahukah anda, sebenarnya kurma juga boleh mencegah masalah penyakit jantung. Anda hanya perlu merendam beberapa biji kurma semalaman lalu ditumbuk dan dimakan pada keesokan paginya. Dengan cara ini, pasti akan dapat membantu menguatkan jantung anda.

Kajian mendapati kurma juga kaya dengan sumber potasium, iaiatu membantu mengurangkan risiko serangan strok.

4. Baik Untuk Kesihatan Tulang

Kandungan mineral yang tinggi di dalam kurma menjadikannya sumber yang baik untuk kekuatan tulang.

Masalah penyakit seperti osteoporosis juga dapat dibendung dengan mengamalkan pengambilan buah ini.

Selain kaya dengan mineral, kurma juga mempunyai jumlah magnesium yang tinggi dan membantu pertumbuhan tulang.

5. Merawat Masalah Usus

Kandungan nikotin di dalam kurma sememangnya membantu menyelesaikan pelbagai masalah usus.

Dengan pengambilan kurma secara konsisten, ia dapat membantu melegakan masalah makanan tidak hadam dan masalah pencernaan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Ketahui Khasiat Hebat Buah Kurma, Jangan Buang Biji Selepas Makan

sumber: astroawani

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon