Wednesday, May 10, 2017

Pentingnya Kalsium dan Magnesium Pada Tubuh, Dua 'Kembar' Ajaib Yang Diabaikan!


Sangat sedikit masyarakat yang tahu pentingnya kalsium dan magnesium pada badan dalam metabolisma tubuh manusia.

Magnesium and Calcium

Magnesium diketahui dapat mengaktifkan lebih dari 300 reaksi biokimia yang berbeza di dalam tubuh agar tubuh berfungsi dengan baik.

Fungsi Magnesium sangat penting, tetapi kepentingan Magnesium tidak diendahkan. Malah, magnesium juga dikenali sebagai “Forgotten Mineral” dan “5 Cent Miracle Tablet”.

Kesan akibat kekurangan magnesium tidak terjadi dalam jangka waktu yang singkat. Kesannya akan dilihat apabila usia anda semakin meningkat tua.

Pada tahun 2002 seorang pengkaji yang artikelnya dimuatkan di dalam American Journal Clinical Nutrition menyatakan bahawa, kesan paling ketara penurunan magnesium terjadi pada wanita yang telah mengalami menopause.

Selain itu, apabila keperluan magnesium di dalam badan tidak mencukupi, akan terjadinya denyutan jantung yang tidak normal.

Dari data mangsa serangan jantung mendadak yang dilaporkan oleh Majalah Science tahun 1980, didapati bahawa magnesium yang ditemui dalam serum darah pada otot-otot jantung adalah sangat kurang dari jumlah yang sepatutnya.

Ini membuktikan bahawa kekurangan Magnesium juga mempengaruhi kesihatan jantung anda.

Kalsium dan Magnesium Kembar Ajaib

Kalsium dan Magnesium akan saling membantu dalam penyerapan apabila terdapat dalam jumlah yang mencukupi dan seimbang.

Jika dilihat dari fungsi dan prosesnya, kedua-dua mineral ini bekerja secara berlawanan (antagonistik).

Magnesium terdapat di dalam sel (intraselular), sedangkan kalsium banyak terdapat di luar sel (ekstraselular). Fungsi magnesium dalam metabolism sel ialah meningkatkan tenaga dalam tubuh.

Angka kalsium yang diperlukan oleh tubuh adalah sebanyak 800mg setiap hari, manakala magnesium pula antara 400-450mg setiap hari.

Angka ini adalah bagi orang yang sihat yang ingin mengekalkan kesihatan mereka.

Angka ini berbeza bagi orang yang mengalami masalah kerapuhan tulang, Osteoporosis dan mereka yang memerlukan kalsium magnesium yang lebih dari biasa.

Keperluan kalsium magnesium bagi wanita hamil disarankan supaya ditambah, begitu juga dengan wanita yang telah mengalami menopause serta tubuh yang sedang mengalami stress.

Bagaimana nak memilih kalsium terbaik untuk anda?

i. Pastikan produk tersebut mengandungi Vitamin D dan Magnesium.

ii. Elakkan produk yang dihasilkan dari tulang dan dolomite untuk mengelakkan keracunan plumbum.

iii. Elakkan produk yang mengandungi mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral.

Kajian telah membuktikan, suplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.

Kebaikan pengambilan konsisten suplemen Kalsium Magnesium adalah:

1. Menguatkan Tulang: Kalsium menghalang Osteoporosis, menguatkan kuku, menguatkan tulang, menguatkan gigi serta sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, Osteomalacia (rickets dewasa), kerapuhan kuku, ekzema, kekejangan otot, gusi berdarah dan meransang darah untuk pekat.

2. Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas: Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis.

3. Mengurangkan Stress dan Tekanan: Ianya mengimbangi tekanan darah, Memberikan rasa tenang, membantu menenangkan saraf dan membantu saraf untuk berehat supaya anda mendapat tidur yang selesa, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, memperbaiki masalah jantung berdebar dan gementar. Pengambilan bersama B Complex sangat membantu mengatasi sakit kepala dan masalah pitam.

4. Memperbaiki Masalah Haid: Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1,000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan kesakitan sewaktu haid dan membantu masalah membuang air kecil.

5. Pengalkalian Tubuh: Kalsium adalah mineral alkali dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang kegemukan dan obesiti diusia tua.

6. Mengatasi Masalah Sembelit: Kalsium membantu sel menyerap nutrisi dan merangsang detoksifikasi. Wanita hamil sangat digalakkan mengambil suplemen untuk mengelakkan masalah sembelit.

7. Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik.

Kebaikan kandungan mineral lain yang terdapat di dalam suplemen kalsium dan magnesium adalah seperti berikut:

1. Vitamin D: Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk memaksimakan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka tulang, memperbaiki penyakit periodontal, baik untuk Vegetarian, baik untuk mereka yang kurang terdedah kepada matahari sewaktu musim panas serta baik untuk wanita yang melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak.

2. Magnesium: Ia adalah ion positif yang kedua penting di dalam tubuh manusia. Ia mengalakkan komposisi tulang rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan anzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesait jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, MENGHALANG ENDAPAN KALSIUM, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.

3. Zinc, Boron, Manganes dan Kuprum: Memelihara metabolism kerangka tulang dan pertumbuhan otot. Menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang rawan dan menghalang arthritis.

Pilihan di tangan anda untuk mengambil yang terbaik serta mudah dan yang paling penting kesihatan tetap terjaga dalam kesibukan kita bekerja dan menguruskan keluarga.

BACA INI JUGA:

sumber: diaryummiadam

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon