Wednesday, May 17, 2017

Benarkah Pemandu Wanita Punca Kesesakan Lalu Lintas?


Topik yang sering menjadi bualan pemandu di jalan raya, antara pemandu wanita dan lelaki yang mana lebih teruk? Jika menurut tanggapan majoriti pemandu di Malaysia, sudah tentu mereka berpendapat bahawa pemandu lelaki lebih cekap berbanding perempuan.

Pemandu Wanita

Sebagai wakil kepada pemandu-pemandu lelaki kacak di Malaysia, saya bersetuju dengan kenyataan tersebut setelah diukur dengan pengalaman sendiri.

Namun, sebaliknya bagi pemandu wanita. Kesimpulan daripada ini, jantina tidak memainkan peranan yang menjadi ukuran adalah sikap pemandu itu sendiri.

Memetik laporan oleh Presiden Persatuan Automotif Malaysia, Datuk Aishah Ahmad, tabiat memandu antara pemandu lelaki dan wanita sebenarnya hampir sama sahaja.

Bahkan, pemandu wanita lebih cermat dan berhati-hati menyebabkan mereka lebih selesa memandu dengan kadar perlahan berbanding pemandu lelaki.

Persoalannya, adakah terlalu berhati-hati atau lembap?

Merujuk kenyataan Datuk Aishah Ahmad lagi, sikap berhati-hati pemandu wanita ini boleh dilihat ketika mereka memandu di kawasan berbahaya seperti di simpang dan memotong di selekoh.

Namun tidak dinafikan, perbuatan ini kadang-kala menyumbang kepada kesesakan lalu lintas. Tetapi dari sudut yang lain, ianya lebih selamat.

Dalam pada itu, pemandu wanita dikatakan lebih beretika berbanding pemandu lelaki. Hal ini adalah disebabkan sifat semulajadinya yang amat mengambil berat terhadap keselamatan termasuk ketika memandu.

Cuma masalahnya, majoriti pemandu wanita kurang keyakinan diri apabila memandu dan kerap diburu perasaan seperti akan dilanggar kenderaan lain, cepat panik serta risau akan perkara yang belum terjadi.

Mengenai kemalangan pula, kadar kemalangan yang membabitkan pemandu lelaki adalah lebih tinggi berbanding pemandu wanita.

Hal ini disebabkan 2 perkara. Yang pertama adalah, pemandu lelaki lebih ramai berbanding wanita dan yang kedua kerana sikap sambil lewa.

Beliau turut berkata, kebayakan pemadu muda lebih agresif terutama mereka yang baru memiliki lesen memandu.

Akhir kata, semua pemandu tidak kira lelaki ataupun wanita haruslah memainkan peranan penting. Patuhi peraturan jalan raya, memandu dengan berhemah agar tidak membahayakan keselamatan diri sendiri dan orang lain.

Sedikit tambahan, tidak semestinya wanita cantik yang pakai foundation mahal-mahal boleh pandu kereta dengan bagus.

BACA INI JUGA: Misteri Pembunuh Di Tempat Duduk Belakang

sumber: thevocket

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon