Thursday, April 20, 2017

Sambutan Hari Malaria Sedunia, World Malaria Day


Sambutan Hari Malaria Sedunia, World Malaria Day disambut sejak tahun 2008, pada setiap 25 April setiap tahun, untuk menyatukan gerakan mencegah dan memberantas penyakit malaria diseluruh dunia.

World Malaria Day

Gerakan dunia dalam membanteras penyakit malaria dikelola melalui organisasi “Roll Back Malaria (RBM)”.

Malaria sebenarnya merupakan penyakit yang telah diketahui sekian lama sejak 1600-1700 tahun dahulu akan tetapi, sehingga kini malaria masih menjadi masalah kesihatan global.

Berdasarkan data WHO, separuh penduduk dunia berisiko dijangkiti penyakit malaria.

Pada tahun 2014, malaria tersebar di 97 buah negara dan pada tahun 2013 sahaja, terdapat sekitar 198 juta jangkitan malaria di seluruh dunia yang mana sekitar 584 ribu di penghidapnya berakhir dengan kematian.

Dianggarkan 90% (sekitar 525 ribu) kematian akibat malaria berlaku di Afrika dan 90% (sekitar 437 ribu orang) berlaku kematian di Afrika berlaku kepada kanak-kanak di bawah usia 5 tahun.

Sebenarnya, sejak tahun 2000 gerakan global untuk membanteras malaria sudah menampakkan tindak balas positif dengan penurunan drastik jangkitan malaria antara tahun 2000 hingga 2013.

Secara global, jumlah jangkitan malaria di seluruh dunia menurun sehingga 30% dan kematian kerana malaria juga menurun kepada 47%.

Di Afrika, jumlah yang dijangkiti malaria menurun 34% dan kematian akibat malaria menurun 54%.

Dikalangan kanak-kanak berumur bawah 5 tahun, penurunan mencapai 53% secara global dan 58% di Afrika.

Jika pada tahun 2000, sekitar 173 juta orang di Afrika dijangkiti malaria, maka pada tahun 2013 angkanya menurun kepada 128 juta setahun.

Akan tetapi, usaha untuk terus mencegah dan membanteras malaria perlu ditingkatkan kerana sehingga kini, sekitar 500 ribu orang meninggal dunia kerana penyakit malaria setiap tahun di seluruh dunia.

Angka tersebut masih lagi tinggi berbanding sasaran yang merujuk pada Millenium Development Goals (MDGs) untuk menghentikan penyebaran malaria di seluruh dunia.

Mengutip kenyataan pengarah RBM, Dr. Fatoumata Nafo Traore, pencapaian sehingga kini yang masih rendah dan belum begitu tersebar di seluruh dunia menandakan malaria adalah urusan global yang belum selesai.

Program MDGs telah digantikan kepada SDGs (Sustainability Development Goals) dan strategi global membanteras malaria dipimpin RBM mengusung tema; “Action and Investment to defeat Malaria (AIM) 2016-2030: for a Malaria-Free World.”

Semoga usaha membanteras penyakit malaria di seluruh dunia akan berjaya atas usaha semua pihak.

Selamat menyambut Hari Malaria Sedunia.

BACA INI JUGA:

sumber: sehatmagz

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon