Sambutan Hari Buku Sedunia, World Book Day dan Hak Cipta disambut pada 23 April setiap tahun bagi memupuk tabiat membaca secara berterusan di kalangan masyarakat terutamanya generasi muda.
Sambutan Hari Buku Sedunia dan Hak Cipta adalah resolusi daripada persidangan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 15 Nov 1995 yang mengisytiharkan 23 April sebagai Hari Buku.
Ketika sambutan Hari Buku ini, pelbagai aktiviti diatur untuk memupuk tabiat suka membaca di kalangan masayarakat.
Asal-susl sambutan Hari Buku Sedunia
Sambutan Hari Buku Sedunia disambut julung kalinya pada tahun 1923 oleh penjual buku di Catalonia, Sepanyol.
Idea asal sambutan ini dimulakan oleh penulis buku Valencia Vicente Clavel Andrés sebagai satu cara untuk menghormati penulis Miguel de Cervantes, yang meninggal dunia pada tarikh ini.
Pada tahun 1995 UNESCO memutuskan bahawa Hari Buku Sedunia dan Hak Cipta akan disambut pada 23 April, sebagai tarikh ulang tahun kematian William Shakespeare dan Inca Garcilaso de la Vega dan juga bahawa kelahiran atau kematian beberapa penulis terkemuka yang lain.
Mungkin hanya satu kebetulan dalam sejarah, Shakespeare dan Cervantes meninggal dunia pada tarikh yang sama, 23 April 1616.
Walau bagaimanapun, mereka berdua tidak meninggal dunia pada hari yang sama, ini kerana pada masa itu, Sepanyol menggunakan kalendar Gregorian dan England menggunakan kalendar Julian; Cervantes sebenarnya meninggal dunia 10 hari sebelum Shakespeare meninggal dunia.
Selamat menyambut Hari Buku Sedunia.
BACA INI JUGA:
-SENTIASAPANAS.COM