Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa anda terasa hendak pitam atau pening ketika hendak bangun setelah duduk terlalu lama atau selepas menundukkan kepala? Apa puncanya?
Kenapa keadaan tersebut terjadi dan pernahkah terfikir bahawa anda mempunyai masalah kesihatan?
Lazimnya apabila situasi tersebut berlaku, masyarakat hanya menganggap perkara tersebut hanyalah sesuatu yang biasa kerana ia tidak berpanjangan.
Tetapi tahukah anda, perkara yang dianggap sesuatu yang biasa itulah kadang kala mampu mengundang risiko di luar jangkaan.
Apa itu tekanan darah rendah (Hipotensi)?
Ini kerana senario di mana anda terasa hendak pitam atau pening ketika hendak bangun setelah duduk terlalu lama atau selepas menundukkan kepada menandakan tekanan darah ketika itu adalah rendah.
Dan tahukah anda bahawa sekiranya anda mengalami tekanan darah rendah, ia menandakan bahawa anda mungkin menghidap penyakit-penyakit tertentu yang boleh memudaratkan anda?
Penyakit tekanan darah rendah atau hipotensi merupakan satu keadaan yang jarang berlaku dalam kalangan masyarakat jika hendak dibandingkan dengan tekanan darah tinggi.
Pesakit akan mengalami tekanan darah rendah di mana bermaksud sama ada salah satu bacaan bahagian atas (sistolik) kurang daripada 90 dan tekanan bawah (diastolic) kurang daripada 60 mmhg atau kedua-duanya kurang daripada angka tersebut.
Punca Tekanan Darah Rendah
Beberapa penyebab utama tekanan darah rendah yang anda alami dan berikut ini adalah beberapa penyebabnya:
Tekanan darah rendah adalah berpunca daripada pelbagai penyakit yang telah sedia ada seperti:
Tekanan darah rendah boleh mengakibatkan setiap organ daripada badan tidak mendapat aliran darah yang mencukupi dalam masa yang singkat dan akibat daripada ini timbulnya gejala atau simptom hipotensi.
Dan sekiranya keadaan ini berlaku pada bahagian otak (tidak dapat bekalan darah yang diperlukan) pesakit boleh pitam atau pengsan.
Namun, tekanan darah boleh berubah-ubah dalam tempoh masa yang sekejap sahaja di mana ianya boleh naik ataupun turun dan mengukur tekanan darah amat penting bagi menunjukkan tahap kesihatan seseorang
Simptom tekanan darah rendah
Sekiranya anda mempunyai gejala atau tanda-tanda awal seperti:
Tekanan darah rendah ini sering terjadi kepada wanita-wanita hamil kerana hormon kehamilan iaitu progesteron merehatkan dinding salur darah dan menyebabkan tekanan darah menurun dan tekanan darah biasanya kembali normal selepas bersalin.
Jadi sekiranya anda mengalami simptom-simptom seperti yang dinyatakan, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut kerana pastinya ada sesuatu yang tidak kena dengan anda.
Ujian tekanan darah rendah
Ujian tekanan darah dilakukan dengan mengambil dua ukuran dengan bacaan dan bagi tekanan darah normal dan optimal adalah sekitar 120/80 mmHg.
Nombor 120 menunjukkan tekanan ke atas arteri akibat denyutan jantung atau sistolik di mana jantung ketika ini mengecut dan nombor 80 pula menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman dipanggil diastolik dan ketika ini jantung mengembang dan apabila salah satu bacaan ini rendah, menandakan tekanan darah anda rendah.
Bagaimanapun, masalah timbul apabila tekanan darah turun secara mendadak yang biasanya disebabkan oleh penyakit berkaitan dengan pendarahan akut, kurang darah (anemia), kandungan gula yang rendah atau jangkitan kuman.
Jika tekanan darah turun daripada 120/80 kepada 90/60 secara mendadak atau dikatakan sebagai perubahan akut, menunjukkan sesuatu yang tidak normal.
Antara ujian lain yang doktor lakukan kepada pesakit yang mengalami tekanan darah rendah ialah:
Untuk kes-kes tertentu ujian yang lebih spesifik perlu dilakukan seperti:
9 kesan buruk akibat tekanan darah rendah
Darah rendah sendiri bukanlah tanpa resiko dan juga bahaya. Ada beberapa bahaya kesehatan yang muncul akibat dari kondisi darah rendah yang anda alami. Berikut ini adalah beberapa bahaya akibat darah rendah :
1. Penglihatan kabur
Bahaya pertama akibat tekanan darah rendah adalah penglihatan menjadi kabur. Perkara ini boleh menyebabkan seseorang itu sukar untuk melihat objek di hadapan kerana penglihatan menjadi kabur.
2. Pening
Bahaya akibat tekanan darah rendah yang kedua adalah, ianya boleh menyebabkan kepala sakit dan pening. Pening dan sakit kepala ini terjadi kerana otak menerima oksigen yang sedikit akibat kekurangan darah.
Keadaan ini amat berbahaya kerana akan menyebabkan kekurangan oksigen di tempat penting seperti jantung dan otak yang boleh menyebabkan pesakit pitam atau lebih teruk, pengsan.
Justeru, darah mungkin tidak mempunyai cukup masa untuk sampai ke otak dan situasi ini dipanggil hipotensi postural malah anda boleh juga terasa pening jika anda berbaring terlalu lama.
3. Jantung berdebar
Bahaya akibat tekanan darah rendah yang berikutnya adalah boleh menyebabkan terjadinya jantung yang berdegup lebih cepat sehingga rasa berdebar.
Tekanan darah yang rendah memaksa jantung untuk bekerja lebih keras, sehingga penghidapnya cepat penat dan jantung berdebar-debar.
4. Berpeluh sejuk
Selain jantung berdebar-debar, kesan lanjut yang dapat dialami akibat tekanan darah rendah adalah munculnya peluh sejuk dalam jumlah yang banyak.
Perkara ini dipengaruhi oleh keadaan degupan jantung yang menjadi lebih cepat serta berdebar-debar.
Degupan jantung yang lebih cepat ini akan memicu keringat sejuk yang cenderung berlebihan pada penderita tekanan darah rendah atau hipotensi.
5. Nafas menjadi lebih cepat
Bahaya akibat tekanan darah rendah adalah boleh menyebabkan nafas menjadi sangat cepat dan juga tidak teratur.
Ini disebabkan keadaan jantung yang berdegup lebih cepat membuatkan tubuh merespon dengan nafas menjadi lebih cepat dan kesannya anda menjadi tercungap-cungap.
6. Menurunkan konsentrasi dan fokus
Bahaya akibat tekanan darah rendah berikutnya adalah ia akan menurunkan konsentrasi dan fokus anda.
Perkara ini berkait rapat dengan keadaan otak yang tidak mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi.
Dengan otak kekurangan oksigen akan menyebabkan konsentrasi dan juga fokus menurun.
7. Mudah merasa letih dan lemas
Seterusnya, tekanan darah rendah juga boleh menyebabkan tubuh menjadi sangat lemas dan mudah merasa penat.
8. Fungsi organ kurang berfungsi
Bahaya akibat tekanan darah rendah lain yang muncul adalah munculnya gangguan pada organ-organ tubuh lain, seperti ginjal, hati, jantung, paru-paru dan organ penting lain.
Malah, kemungkinan paling terusk adalah kematian bagi penghidapnya.
9. Aliran darah yang tidak lancar
Tekanan darah rendah juga boleh menyebabkan bahaya lain seperti aliran darah yang tidak lancar.
Aliran darah yang tidak lancar boleh menyebabkan menurunnya daya tahan imunisasi tubuh, sehingga mudah diserang penyakit.
Semoga artikel mengenai bahaya akibat penyakit tekanan darah rendah ini memberi manfaat.
BACA INI JUGA: Bahaya Penggunaan Minyak Masak Berulang Kali Kepada Jantung Dan Salur Darah
sumber: utusan | halosehat

- Posisi badan
- Saiz tubuh badan
- Stress
- Keadaan emosi
- Keturunan atau faktor genetik
- Aktiviti fizikal
- Keadaan semasa (demam atau tidak)
- Suhu persekitaran
- Makanan yang diambil
- Dehidrasi (yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit)
- Penyakit yang serius dan kronik
- Gangguan pada hormon endokrin
- Anemia
- Kehamilan
- Kehilangan darah (cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak terkawal)
- Masalah jantung (denyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat dan keadaan otot yang lemah)
Tekanan darah rendah adalah berpunca daripada pelbagai penyakit yang telah sedia ada seperti:
- Penyakit jantung koronari
- Lemah jantung
- Gangguan rentak jantung
- Masalah injap jantung
- Penyakit buah pinggang
- Kencing manis yang tidak terkawal
- Paras gula rendah
- Penyakit berkaitan sistem endokrin seperti penyakti adrenal dan tiroid
- Serta kesan sampingan daripada ubat-ubatan yang diambil selain faktor genetik
- Mereka yang mengalami alahan yang teruk juga boleh menyebabkan tekanan darah menjadi rendah
Tekanan darah rendah boleh mengakibatkan setiap organ daripada badan tidak mendapat aliran darah yang mencukupi dalam masa yang singkat dan akibat daripada ini timbulnya gejala atau simptom hipotensi.
Dan sekiranya keadaan ini berlaku pada bahagian otak (tidak dapat bekalan darah yang diperlukan) pesakit boleh pitam atau pengsan.
Namun, tekanan darah boleh berubah-ubah dalam tempoh masa yang sekejap sahaja di mana ianya boleh naik ataupun turun dan mengukur tekanan darah amat penting bagi menunjukkan tahap kesihatan seseorang
Simptom tekanan darah rendah
Sekiranya anda mempunyai gejala atau tanda-tanda awal seperti:
- Cepat lelah
- Pening kepala ketika posisi badan berubah
- Sukar untuk berkonsentrasi
- Mata berkunang-kunang
- Mual
- Kulit berasa dingin, pucat dan lembap
- Pernafasan cepat dan pendek
- Berpeluh sejuk dan cepat haus
Tekanan darah rendah ini sering terjadi kepada wanita-wanita hamil kerana hormon kehamilan iaitu progesteron merehatkan dinding salur darah dan menyebabkan tekanan darah menurun dan tekanan darah biasanya kembali normal selepas bersalin.
Jadi sekiranya anda mengalami simptom-simptom seperti yang dinyatakan, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut kerana pastinya ada sesuatu yang tidak kena dengan anda.
Ujian tekanan darah rendah
Ujian tekanan darah dilakukan dengan mengambil dua ukuran dengan bacaan dan bagi tekanan darah normal dan optimal adalah sekitar 120/80 mmHg.
Nombor 120 menunjukkan tekanan ke atas arteri akibat denyutan jantung atau sistolik di mana jantung ketika ini mengecut dan nombor 80 pula menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman dipanggil diastolik dan ketika ini jantung mengembang dan apabila salah satu bacaan ini rendah, menandakan tekanan darah anda rendah.
Bagaimanapun, masalah timbul apabila tekanan darah turun secara mendadak yang biasanya disebabkan oleh penyakit berkaitan dengan pendarahan akut, kurang darah (anemia), kandungan gula yang rendah atau jangkitan kuman.
Jika tekanan darah turun daripada 120/80 kepada 90/60 secara mendadak atau dikatakan sebagai perubahan akut, menunjukkan sesuatu yang tidak normal.
Antara ujian lain yang doktor lakukan kepada pesakit yang mengalami tekanan darah rendah ialah:
- Ujian darah melihat kepada paras gula
- Kolesterol
- Hemoglobin
- Fungsi buah pinggang
- Ujian elektrokardiogram (ECG)
- Echocardiogram iaitu ultrasound jantung
- Ujian tekanan (stress test)
Untuk kes-kes tertentu ujian yang lebih spesifik perlu dilakukan seperti:
- Ujian paras hormon
- Ujian 'tilt table'
- Ujian menuver valsalva
9 kesan buruk akibat tekanan darah rendah
Darah rendah sendiri bukanlah tanpa resiko dan juga bahaya. Ada beberapa bahaya kesehatan yang muncul akibat dari kondisi darah rendah yang anda alami. Berikut ini adalah beberapa bahaya akibat darah rendah :
1. Penglihatan kabur
Bahaya pertama akibat tekanan darah rendah adalah penglihatan menjadi kabur. Perkara ini boleh menyebabkan seseorang itu sukar untuk melihat objek di hadapan kerana penglihatan menjadi kabur.
2. Pening
Bahaya akibat tekanan darah rendah yang kedua adalah, ianya boleh menyebabkan kepala sakit dan pening. Pening dan sakit kepala ini terjadi kerana otak menerima oksigen yang sedikit akibat kekurangan darah.
Keadaan ini amat berbahaya kerana akan menyebabkan kekurangan oksigen di tempat penting seperti jantung dan otak yang boleh menyebabkan pesakit pitam atau lebih teruk, pengsan.
Justeru, darah mungkin tidak mempunyai cukup masa untuk sampai ke otak dan situasi ini dipanggil hipotensi postural malah anda boleh juga terasa pening jika anda berbaring terlalu lama.
3. Jantung berdebar
Bahaya akibat tekanan darah rendah yang berikutnya adalah boleh menyebabkan terjadinya jantung yang berdegup lebih cepat sehingga rasa berdebar.
Tekanan darah yang rendah memaksa jantung untuk bekerja lebih keras, sehingga penghidapnya cepat penat dan jantung berdebar-debar.
4. Berpeluh sejuk
Selain jantung berdebar-debar, kesan lanjut yang dapat dialami akibat tekanan darah rendah adalah munculnya peluh sejuk dalam jumlah yang banyak.
Perkara ini dipengaruhi oleh keadaan degupan jantung yang menjadi lebih cepat serta berdebar-debar.
Degupan jantung yang lebih cepat ini akan memicu keringat sejuk yang cenderung berlebihan pada penderita tekanan darah rendah atau hipotensi.
5. Nafas menjadi lebih cepat
Bahaya akibat tekanan darah rendah adalah boleh menyebabkan nafas menjadi sangat cepat dan juga tidak teratur.
Ini disebabkan keadaan jantung yang berdegup lebih cepat membuatkan tubuh merespon dengan nafas menjadi lebih cepat dan kesannya anda menjadi tercungap-cungap.
6. Menurunkan konsentrasi dan fokus
Bahaya akibat tekanan darah rendah berikutnya adalah ia akan menurunkan konsentrasi dan fokus anda.
Perkara ini berkait rapat dengan keadaan otak yang tidak mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi.
Dengan otak kekurangan oksigen akan menyebabkan konsentrasi dan juga fokus menurun.
7. Mudah merasa letih dan lemas
Seterusnya, tekanan darah rendah juga boleh menyebabkan tubuh menjadi sangat lemas dan mudah merasa penat.
8. Fungsi organ kurang berfungsi
Bahaya akibat tekanan darah rendah lain yang muncul adalah munculnya gangguan pada organ-organ tubuh lain, seperti ginjal, hati, jantung, paru-paru dan organ penting lain.
Malah, kemungkinan paling terusk adalah kematian bagi penghidapnya.
9. Aliran darah yang tidak lancar
Tekanan darah rendah juga boleh menyebabkan bahaya lain seperti aliran darah yang tidak lancar.
Aliran darah yang tidak lancar boleh menyebabkan menurunnya daya tahan imunisasi tubuh, sehingga mudah diserang penyakit.
Semoga artikel mengenai bahaya akibat penyakit tekanan darah rendah ini memberi manfaat.
BACA INI JUGA: Bahaya Penggunaan Minyak Masak Berulang Kali Kepada Jantung Dan Salur Darah
sumber: utusan | halosehat
Kena jaga kesihatan...terima kasih tips sihat ni..
ReplyDeleteMemang bahaya.. tekanan tinggi dan rendah.. apa yang terbaik ialah bersederhana dalam setiap perkara..
ReplyDeletesama ada dari gaya hidup dan pemakanan
Tekanan darah saya 137/77.ok ke?
ReplyDeletekalau bila kita nak bangun dari baring,,pastu rasa bumi berpusing2.mcm keadaan sekeliling berpusing...kita consder jugk bnda tu sebgai tekanan darah rendah?
ReplyDeleteKlu 100/70 ok x
ReplyDeleteNormal :)
DeleteKalau tekanan sya 117/50 mcm mne?
ReplyDeleteKalau tekanan sya 117/50 mcm mne?
ReplyDeletesy memang dh kene dh tekanan darah rendah so sy nk tahu cara ubatkan sy dari penyakit tu...ade sesiape bole kongsi?
ReplyDeletekalau 102/56?
ReplyDeletekalau 102/56?
ReplyDelete96/65.. normal ke
ReplyDeleteKalau oksigen tak berfungsi dgn baik maksudnya ia boleh menyebabkan kematian? Betul ke? Mohon tolong jawab ... Terima kasih
ReplyDeleteSy pn dh kena tekanan darah rendah.tp slps berjumpa doktor trkanan darah saya kembali normal..cuma yg membimbangkan saya pening kepala saya masih ada..jadi apakah langkah dari segi ubatan,pemakanan dan cara lain yg boleh saya ambil,makan atau amalkan utk kembali sihat seperti sediakala..minta nasihat dan pandangan.ty
ReplyDeleteSaya ada low blood pressure dari dulu. .Cuma saya rasa hairan setiap kali saya makan tomato atau delima banyak saya akan cepat mual dan rasa nak pengsan...adakah makanan tersebut tak sesuai untuk org yg ada low blood pressure?
ReplyDelete