Thursday, April 13, 2017

Pelukis Indonesia Sembunyi Mesej Islam Dalam Komik X-Men Gold #1


Selepas syarikat Hollywood francais Marvel memberi kenyataan rasmi bahawa mereka akan mengambil tindakan disiplin ke atas pelukis komik Indonesia, Ardian Syaf berhubung kontroversi komik X-Men Gold #1, pelukis tersebut terus mengumumkan kontraknya dengan syarikat Hollywood francais Marvel telah tamat.

Ardian Syaf komik X-Men Gold #1

Ardian Syaf menyifatkan nombor 212 dan QS 5:51 dalam komik X-Men Gold #1 melambangkan cintanya kepada nabi Muhammad SAW dan Allah.

“Kerjaya saya telah tamat. Ini adalah akibat daripada tindakan saya. Saya akan bertanggungjawab dengan apa yang saya lakukan.

“Tolong hentikan ejekan, tohmahan dan debat. Hentikan kebencian.

“Saya harap semua boleh bertenang,” katanya menerusi Facebook peribadinya.

Dalam kenyataan yang sama, Ardian memberi penjelasan maksud sebenar nombor 212 dan QS 5:51 yang tertera di dalam komik tersebut.

Katanya, ia adalah nombor keadilan.

“Ia adalah nombor cinta. Cinta saya kepada kitab suci al-Quran, kepada rasul terakhir saya dan cinta kepada Tuhan yang satu, Allah.

“Saya memohon maaf atas segala kesulitan ini. Selamat tinggal, semoga Tuhan merahmati anda semua. Saya sayang anda semua,” tambah beliau.

212 and QS 5-51 X-Men Gold #1

Status Facebook tersebut turut mendapat reaksi daripada netizen. Ada yang meluahkan rasa lega dengan berita tersebut ada juga yang memberikan sokongan kepada pelukis tersebut, dengan berkata kerjayanya belum berakhir.

Beberapa pelukis komik profesional turut berkongsikan pendapat mereka.

Pelukis dan penulis Aji Prasetyo menerusi Facebooknya berkata, “Saya menulis dan melukis jalan cerita untuk komik saya, namun Ardian melukis untuk klien.

“Keputusannya untuk menambah simbol yang menunjukkan isu surah Al-Maidah dan perhimpunan 212 sememangnya bertentangan dengan ideologi syarikat komik Amerika."

Namun Aji memberi nasihat kepada Ardian supaya meneruskan minatnya dengan menjadi pelukis komik bebas.

BACA INI JUGA:

sumber: aa

3 comments

  1. semoga hidayah Allah di terima apabila sesiapa shj gemar membacabya

    ReplyDelete
  2. baru paham, no pun ada makna

    ReplyDelete
  3. rezeki ada di mana-mana...... mungkin bertitik tolak dari peristiwa ni, ramai orang barat mungkin nak mendalami islam

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon