Tuesday, April 11, 2017

Sambutan Hari Antarabangsa Penerbangan Manusia Ke Angkasa, International Day of Human Space Flight


Sambutan Hari Antarabangsa Penerbangan Manusia Ke Angkasa, International Day of Human Space Flight, Cosmonautics Day (dalam bahasa Rusia: День Космона́втики, Den Kosmonavtiki) adalah sambutan yang disambut di Rusia dan beberapa bekas negara jajahan Soviet Union pada tanggal 12 April setiap tahun.

Angkasa

Sambutan ini adalah bagi memperingati kejayaan penerbangan pertama ke angkasa lepas pada 12 April 1961 oleh angkasawan Soviet berusia 27 tahun, Yuri Gagarin.

Yuri Gagarin mengelilingi bumi selama 1 jam dan 48 minit dengan menaiki kapal angkasa Vostok 1.

Secara kebetulan, sambutan ini juga adalah bagi memperingati pelancaran pesawat ulang-alik pertama selepas 20 tahun penerbangan bersejarah Vostok 1.

Penerbangan bersejarah Yuri Gagarin

Penerbangan Yuri Gagarin adalah kejayaan besar program luar angkasa Soviet Union dan telah membuka era baru dalam sejarah penerokaan angkasa lepas.

Yuri Gagarin menjadi wira kebangsaan Soviet Union dan blok timur dan menjadi tokoh terkenal di seluruh dunia. Surat kabar utama di seluruh dunia menerbitkan biografi dan perincian penerbangan itu.

Sehingga saat ini upacara peringatan pada hari Cosmonautics Day dimulakan di kota Korolyov, berdekatan patung peringatan Yuri Gagarin.

Para peserta kemudiannya akan berarak di bawah pengawalan polis ke Lapangan Merah untuk kunjungan ke makam Yuri Gagarin di Tembok Kremlin Necropolis dan terus ke Jalan Kosmonot, berhampiran Monumen Penakluk Angkasa Lepas dan diakhiri dengan kunjungan ke makam Novodevichy.

Sambutan diperingkat global

Sejak tahun 2001, Yuri's Night, atau juga dikenali sebagai "World’s Space party" disambut pada setiap 12 April bagi meraikan kejayaan manusia meneroka angkasa lepas.

Pada 7 April 2011, PBB telah mengisytiharkan bahawa tanggal 12 April sebagai Sambutan Hari Antarabangsa Penerbangan Manusia Ke Angkasa.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: wikipedia

2 comments

  1. ramai yang tak tahu fakta ni... elok juga share sebagai pengetahuan umum semua..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon