Permainan Blue Whale atau paus biru yang mengarahkan peserta, terutamanya remaja supaya membunuh diri semakin viral di seluruh dunia dan dikatakan telah mengorbankan 130 remaja di Rusia.
Cabaran Blue Whale berkenaan yang tersebar melalui media sosial akan meminta remaja terbabit untuk menamatkan cabaran dalam masa 50 hari termasuk bangun pada tengah malam dan mencederakan diri sendiri.
Remaja yang terlibat dalam permainan ini juga akan diarahkan menggunakan pisau atau pisau cukur untuk melakar bentuk ikan paus di pergelangan tangan atau kaki mereka.
Peserta juga akan diarah menonton filem seram sepanjang hari dan bangun pada pukul 4.20 pagi.
Pada akhir cabaran, yang memasuki hari ke-50, pemain akan diarahkan oleh 'master’ permainan itu untuk membunuh diri.
Permainan yang menggunakan media sosial sebagai platform itu kini dalam siasatan polis di Rusia dan semakin membimbangkan ramai.
Ia terbongkar susulan kematian dua remaja wanita di Rusia, Yulia Konstantinova, 15 dan Veronika Volkova, 16, yang meninggal dunia selepas terjun dari sebuah pangsapuri.
Yulia sempat meninggalkan nota `Tamat’ dalam akaun media sosialnya dan turut memuatnaik gambar ikan paus biru.
Manakala seorang lagi gadis, Ekaterina, 15, cedera parah apabila terjatuh di atas salji dari sebuah apartmen.
BACA INI JUGA: Apa Itu Mannequin Challenge?
sumber: mynewshub

Bahaya mcm ni.. kena prihatin agar tak menular teruk kpd emaja2 kita di sini.. nauzubillah.
ReplyDelete