Thursday, April 06, 2017

5 Ciri Utama Samsung Galaxy S8 Peminat Tegar Wajib Tahu


Siri smartphone terbaharu Samsung Galaxy S8, menawarkan dua variasi iaitu Samsung Galaxy S8 (skrin bersaiz 5.8 inci) dan Samsung Galaxy S8+ (skrin bersaiz 6.2 inci).

Samsung Galaxy S8

Menerusi kata kunci ‘#UnboxYourPhone’, Samsung turut mendedahkan ciri-ciri utama terbaharu telefon pintar mereka melalui catatan tweet di akaun @samsungmobile.

Berikut adalah lima ciri-ciri utama terbaharu yang anda perlu tahu mengenai Samsung Galaxy S8.

1. Skrin ‘Infinity Display’

Samsung Infinity Display

Rekaan simetrikal digunakan pada telefon pintar ini, yang dikatakan selesa pada tangan pengguna.

Selain itu, dengan butang Home fizikal dibuang, penggunaan bingkai yang lebih kecil serta pengguna skrin melengkung, Samsung Galaxy S8 memberikan paparan skrin hadapan yang lebih besar yang dipanggil sebagai Infinity Display.

Melalui rekaan skrin hadapan baharu ini, ia turut menawarkan nisbah paparan 18.5.9 (lebih besar daripada 16:9).

Ya, pengguna akan lebih puas apabila menonton video atau bermain permainan video!

2. Pengimbas mata ‘Iris Scanner’

Samsung Iris Scanner

Menurut Samsung, mereka menitikberatkan privasi dan keselamatan pengguna dan beberapa mekasnime terbaharu telah diperkenalkan, antaranya pengimbas mata (Iris Scanner), pengecaman muka untuk nyah-kunci telefon dan integrasi pengimbas cap jari di bahagian belakang telefon.

nota: Ciri ini nampaknya boleh ‘diperdaya’ dengan hanya menggunakan gambar pemilik peranti tersebut.

Satu video di YouTube yang menunjukkan ciri keselamatan wajah ini disabotaj dengan mudah telah mula tersebar dan dengan beberapa percubaan sahaja, ciri keselamatan ini berjaya diperdaya dengan mudah.

Kelemahan ini kini sudah pastinya diketahui oleh Samsung dan syarikat ini masih mempunyai masa untuk membetulkan kelemahan ini kerana S8 dan S8 Plus hanya akan memasuki pasaran pada 21 April 2017.

Gambar yang digunakan untuk memperdaya sistem keselamatan Samsung S8 ini telah diambil pada jarak dan sudut yang sesuai untuk mengaktifkan ciri ini dan masih menjadi tanda tanya samada kelemahan ini boleh dieksploitasi jika gambar pemilik peranti ini diambil dari jarak dan sudut yang berbeza.

3. Kamera

Walaupun syarikat telefon pintar yang lain kini menggunakan dwi-kamera, Samsung masih mengekalkan penggunaan satu lensa, dengan kamera belakang 12-megapiksel.

Sementara itu, bagi bahagian hadapan telefon, Samsung menyediakan kamera 8-megapiksel dengan sokongan Auto Fokus Pintar, yang dikatakan mampu mengambil swafoto anda dalam apa jua keadaan.

Bagi anda yang suka mengambil gambar pada waktu malam atau di tempat yang gelap, kamera belakang Galaxy S7 dilengkapi dengan lensa F/1.7 yang akan memberikan lebih cahaya kepada gambar dan video yang diambil.

Kamera Galaxy S8 turut dilengkapi pengesan Dual Pixel.

4. Teknologi 10nm

Dengan inovasi cip pemprosesan berkuasa tinggi melalui teknologi 10nm, ia mampu meningkat pelancaran aplikasi dalam telefon pintar Galaxy S8 dan S8+ dengan cepat selain turut menjadikan hayat bateri telefon menjadi lebih lama.

Cip ini juga menjadikan penggunaan tenaga telefon pintar menjadi lebih efisien.

5. Sokongan kecerdasan buatan Bixby

Samsung Bixby

Samsung turut membangunkan sokongan kecerdasan buatan bernama Bixby, pada perisian kamera yang akan memberikan maklumat lebih lanjut melalui pengimbasan sesuatu produk.

Contohnya, jika anda sedang mengimbas sepasang kasut melalui Galaxy S8, Bixby akan membantu anda untuk memberi info tambahan serta pautan untuk membelinya di laman web.

Nantikan kemunuculan Samsung Galaxy S8 di Malaysia!

BACA INI JUGA: Samsung Lancar Galaxy A5 Dan Galaxy A7 Series Terbaru 2017

sumber: aa

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon