Tuesday, March 07, 2017

'Perang Harga' Stesen Minyak Cara Baru Penentuan Harga Petrol Dan Diesel


Kerajaan Malaysia bakal menggunakan mekanisma penentuan harga bahan api minyak petrol dan diesel yang baru dengan menetapkan harga siling (harga maksimum) bahan api setiap minggu mulai bulan April 2017.

Harga+siling+minyak+2017

Apabila dilaksanakan kelak, harga maksimum ini berkemungkinan akan diumumkan setiap hari Isnin dan Sabtu berbanding ketika ini yang diumumkan setiap bulan.

Memetik Bernama, Menteri Kewangan Kedua (Datuk Seri Johari Abdul Ghani) menyatakan bahawa langkah yang dilakukan kerajaan adalah untuk memastikan rakyat merasai sesuatu yang ditentukan oleh Persatuan Peniaga Petroleum Malaysia.

(Mungkin disebabkan kerajaan mahu lepas tangan dan mahu kesalahan diletakkan sepenuhnya dibahu persatuan minyak).

Terpulang kepada syarikat minyak untuk bekerjasama dengan persatuan dan memastikan bahawa tidak ada sesiapa yang ketinggalan daripada konsep yang hendak ditetapkan, katanya.

Untuk pengetahuan, penetapan harga siling bahan api petrol dan diesel akan membolehkan stesen-stesen minyak bersaing dari segi harga, di mana mereka bebas menetapkan harga petrol dan diesel asalkan tidak melebihi harga siling yang ditetapkan oleh kerajaan.

Apabila harga siling ditetapkan, terpulanglah kepada stesen minyak sama ada hendak menurunkan harga atau bagaimana cara syarikat berkempen supaya orang datang ke stesen minyak mereka termasuk menawarkan inisiatif.

Tindakan terbaru oleh kerajaan akan menguntungkan pelanggan kerana pengguna kini mempunyai pilihan ke atas mana-mana stesen minyak yang menawarkan harga lebih rendah.

Bagi pengusaha stesen minyak pula, mereka dijangka akan terbeban dengan persaingan harga dalam pasaran terbuka kerana ‘perang harga’ antara pengusaha akan merugikan sebelah pihak.

Penentuan harga siling ini bukanlah baru, malah negara-negala lain juga sudah menggunakan mekanisme ini seperti Thailand.

Malangnya, ramai pengusaha stesen minyak di Thailand dilaporkan ‘gulung tikar’ disebabkan pasaran terbuka seperti ini.

Sama-sama kita nantikan akibatnya.

BACA INI JUGA: 7 Faktor Yang Mempengaruhi Harga Minyak Petrol Dan Diesel Dunia

Sumber: moshed

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon