Kes pembunuhan Kim Jong-nam meninggalkan misteri yang belum terungkai setakat ini selepas kaedah untuk membunuhnya dikatakan tidak seperti modus operandi biasa yang digunakan oleh rejim Korea Utara.
Menurut portal Taiwan, thenewslens.com, ini kerana dua pembunuh wanita yang dituduh membunuh abang pemimpin tertinggi Korea Utara tersebut bukanlah warga negara terbabit, sebaliknya rakyat Indonesia dan Vietnam yang tidak mempunyai latar belakang atau pengalaman dalam kerja-kerja perisikan.
Selain itu, menurut artikel bertajuk, Kenapa pembunuhan Jong-nam berlaku di Malaysia? itu, banyak lagi persoalan yang timbul ekoran kematian lelaki terbabit.
Antaranya portal itu membangkitkan, mengapa beliau kerap berulang alik ke Malaysia tanpa diiringi pengawal peribadi dan akhirnya mati dalam perjalanan kali ini?
Menurut sumber portal itu, Jong-nam sering ke negara ini sejak tahun 2010 kerana Duta Besar Korea Utara ke Malaysia sebelum ini, Jang Yong Chol merupakan saudaranya.
Tetapi, jika dilihat pada sejarah dan rekod, Jong-nam sepatutnya menjauhkan diri dari negara ini selepas Yong Chol dan keluarganya dihukum bunuh di Pyongyang pada Disember 2013 atas alasan operasi pembersihan Korea Utara.
Apa yang orang ramai sama ada penduduk luar atau Malaysia sendiri tidak ketahui kata thenewslens.com ialah tentang kehadiran ramai rakyat Korea – sama ada Korea Selatan atau Korea Utara – di negara ini.
Dianggarkan hampir 20,000 penduduk Korea tinggal di Malaysia dengan sebilangan besar daripada mereka merupakan rakyat Korea Selatan.
Malah, kehadiran ramai penduduk Korea boleh dibuktikan dengan wujudnya dua ‘bandar Korea’ di Kuala Lumpur iaitu Ampang serta Mont Kiara – kawasan yang turut menjadi tumpuan rakyat Korea Utara sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Selain itu, terdapat juga penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Pyongyang menerusi syarikat penerbangan rasmi Korea Utara iaitu Air Koryo dengan menggunakan pesawat jet lama Rusia, menurut laporan portal berkenaan.
Sementara itu, lapor artikel itu, banyak pihak tidak tahu bahawa terdapat rakyat Korea Utara yang bekerja dalam sektor perlombongan di Sarawak hasil perjanjian khas antara Pyongyang dan Kuching.
Apa yang luar biasa mengenai perjanjian ini ialah rakyat Korea Utara hanya boleh bekerja di syarikat perlombongan tertentu di Sarawak dan tidak dibenarkan bekerja di tempat-tempat lain di negara ini, kata portal berkenaan.
Dalam pada itu, artikel tersebut turut mendakwa Malaysia sentiasa menjadi destinasi pilihan bagi perlindungan tidak rasmi sama ada sebagai transit atau tempat berehat serta rekreasi bagi ahli politik dari seluruh pelosok dunia yang dibuang negeri malah ramai daripada mereka sebenarnya turut menjadi buruan kerajaan masing-masing.
Perkara ini boleh dibuktikan dengan kehadiran pelarian kumpulan pemberontak Parti Rakyat Brunei sekitar tahun 1960-an, ahli keluarga diraja Kemboja yang menetap di Kuala Lumpur semasa zaman pemerintahan Khmer Rouge dan tempat perlindungan beberapa pemimpin Maldives sewaktu era 1990-an.
Daripada semua kenyataan di atas, maka kita tidak perlu berasa terkejut bahawa pembunuhan politik boleh berlaku di negara ini dan perkara ini boleh berulang.
Jong-nam mampu keluar masuk ke negara ini kerana Malaysia mempunyai sejarah panjang yang menyaksikan bagaimana buangan politik dari negara lain bebas mencari perlindungan di Malaysia.
Kita percaya selagi Malaysia memberi peluang kepada ahli politik dalam buangan untuk tinggal di sini, maka kita mungkin bakal menyaksikan perkara yang terjadi ke atas Jong-nam berulang.
Apa yang pasti, kes seperti itu bukanlah yang pertama dan juga bukan yang terakhir, kata portal itu. -utusan
Kenapa Malaysia menjadi lokasi pembunuhan?
Malaysia dipercayai menjadi sasaran lokasi pembunuhan Kim Jong-nam atas faktor negara ini memiliki kurang kepentingan dari segi politik dan ekonomi bagi kerajaan Korea Utara berbanding negara lain yang sering dikunjungi abang Presiden Korea Utara, Kim Jong-un.
Penyelidik Kajian Dasar di Institut Asan, Go Myong-hyun berkata, Malaysia tersenarai sebagai lokasi pembunuhan berikutan kurang berisiko sekiranya hubungan diplomatik dua hala antara negara itu dan Korea Utara terjejas berbanding Singapura dan China.
Ujarnya, Macau yang merupakan tempat tinggal Jong-nam dan keluarganya adalah sebahagian dari China, justeru Korea Utara tidak mahu mempunyai sebarang konflik dengan negara itu.
"Singapura pula merupakan salah satu hub ekonomi penting kepada republik itu, oleh itu mereka tidak mahu menjejaskan hubungan dua hala berkenaan," katanya dalam forum bertajuk ‘Significance of Kim Jong-nam’s Death’ yang disiarkan selama 25 minit 17 saat menerusi stesen televisyen Korea Selatan, Arirang.
Menurut Myong-hyun, antara aspek lain pembunuhan dilakukan di Malaysia adalah disebabkan negara ini menjadi salah satu destinasi utama yang dikunjungi Jong-nam selain Singapura. -utusan
BACA INI JUGA: Siapa Kim Jong-Nam Dan Kenapa Perisik Korea Utara Membunuhnya?
-SENTIASAPANAS.COM