Sunday, March 19, 2017

Sambutan Hari Kegembiraan Antarabangsa, International Day of Happiness


Sambutan Hari Kegembiraan Antarabangsa, International Day of Happiness, disambut di seluruh dunia pada 20 Mac setiap tahun.

Hari Kegembiraan Antarabangsa

Hari Kegembiraan Antarabangsa diasaskan oleh penasihat PBB, Jayme Illien, pada 28 Jun 2012, dengan semua 193 negara anggota Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu sebulat suara menerima pakai resolusi PBB 66/281 Hari Kegembiraan Antarabangsa, berikutan kempen yang dimulakan pada tahun 2011 oleh sebuah badan korporat.

Resolusi PBB 66/281: Hari Kegembiraan Antarabangsa yang mula diguna pakai pada tahun 2012 menandakan satu lagi peristiwa bersejarah dalam usaha muktamad manusia untuk mencari kebahagiaan, yang bermula sejak zaman kuno dan ahli falsafah seperti Bhudda, Socrates, Confucius, Aristotle, Plato, Epicurus, Mencius, Abu Hamid al-Ghazali dan tokoh-tokoh agama seperti Yesus, Abraham, Musa dan Nabi Muhammad SAW.

Semuanya adalah mengenai tujuan dan makna hidup, definisi kebahagiaan dan bagaimana untuk mencapainya.

Dalam menyambut Hari Kegembiraan Antarabangsa ini juga, senarai negara paling gembira dan bahagia di dunia setiap tahun akan dipilih mengikut indeks Kebahagiaan Dunia yang dihasilkan oleh Rangkaian Penyelesaian Pembangunan Mapan (SDSN) di bawah PBB.

Kajian ini adalah berdasarkan kedudukan pada data daripada Gallup World Poll dan mengambil kira pelbagai faktor seperti KDNK Per kapita, jangka hayat, tahap rasuah dan kebebasan sosial yang mula dilancarkan pada tahun 2012.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon