Sunday, February 12, 2017

10 Tempat Percutian Tanah Tinggi Paling Sejuk Terbaik Di Malaysia


Suasana dingin, nyaman dan menenangkan tentu mampu menghilangkan tekanan anda, ditambah pula dengan suasana hijau saujana mata memandang.

Selain itu, pusat peranginan seperti ini juga sesuai untuk mereka yang meminati aktiviti pendakian dan berkhemahan selain sesuai dijadikan destinasi bersantai seisi keluarga.

Di sini, kami senaraikan antara 10 lokasi dan tempat pusat peranginan tanah tinggi terbaik di Malaysia.

1. Cameron Highland

Cameron Highland

“Little England” Malaysia ini adalah pusat peranginan tanah tinggi terbesar di Malaysia. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah lawatan ke taman rama-rama, ladang strawberi, ladang lebah madu dan ladang teh yang luas.

Anda juga boleh menikmati makan malam di tempat penginapan ala Tudor.

2. Bukit Tinggi

Bukit Tinggi

Tiga tarikan utama di Bukit Tinggi adalah Colmar Tropicale yang dibina berdasarkan seni bina bangunan di Colmar, Perancis, Japanese Tea House & Botanical Garden dan Animal Park.

3. Bukit Fraser

Bukit Fraser

Menawarkan aktiviti rekreasi seperti Allan’s Water di mana pengunjung boleh mendayung bot merentasi tasik keruh, sementara Paddock pula menawarkan aktiviti menunggang kuda dan memanah.

Air Terjun Jeriau juga antara yang menjadi tarikan di sini.

4. Bukit Larut

Bukit Larut

Terletak di Taiping, Perak, lokasi ini juga dikenali sebagai Bukit Maxwell, bersempena nama penolong Residen British Pertama di Perak dari British pada tahun 1884, William Edward Maxwell.

Untuk mereka yang meminati aktiviti lasak, anda boleh melakukan aktiviti jungle tracking di sini sambil menikmati kehijauan alam.

5. Bukit Bendera

Bukit Bendera

Bukit Bendera terletak di Ayer Itam, Pulau Pinang, Malaysia. Bukit ini terletak kira-kira 6km dari pusat bandar Georgetown.

Berketinggian 830 meter dan suhu lebih sejuk berbanding bandar di bawahnya dan 3 darjah lebih sejuk berbanding tempat-tempat yang berhampiran dengan pantai.

6. Kundasang

Kundasang

Kundasang War Memorial adalah tarikan yang selalu disebut-sebut di sini. Terletak kira-kira 6 kilometer dari Taman Negara Kinabalu, 12 kilometer dari pekan Ranau dan terkenal dengan pasar sayur yang dibuka tujuh hari seminggu.

7. Gunung Ledang

Gunung Ledang

Bagi yang meminati aktiviti lasak, gunung ini sesuai untuk anda menjalani pelbagai aktiviti luar dengan laluan gunung yang mencabar, air terjun berais, flora dan fauna eksotik, termasuk pelbagai spesies burung.

Puncak gunung ini berada pada 1,276 meter di atas paras laut dan anda juga berpeluang melihat pemandangan panorama Selat Melaka dan juga pantai Sumatera pada hari yang cerah.

Air Terjun Sagil juga adalah tempat perkelahan yang popular di kaki Gunung Ledang.

8. Gunung Kinabalu

Gunung Kinabalu

Mempunyai ketinggian 13,435 kaki, Gunung Kinabalu merupakan gunung tertinggi di Malaysia dan kemuncak ketiga tertinggi di Asia Tenggara.

Mendaki gunung kinabalu juga adalah aktiviti yang sangat mencabar dan memerlukan ketahanan mental dan fizikal yang tinggi.

9. Broga Hill/Bukit Lalang

Broga Hill

Broga Hill terletak di Broga, Semenyih, kira-kira 45 minit dari Kuala Lumpur. Kebanyakan pengunjung lebih suka datang pada waktu pagi atau petang untuk mengelakkan matahari panas dan juga menikmati pemandangan terbaik Broga Hill.

10. Gunung Jerai

Gunung Jerai

Dengan suhu di antara 19 hingga 24 darjah celcius, ia adalah kawasan tarikan pelancong terutama mereka yang ingin bersantai dan menikmati udara daripada kawasan tanah tinggi.

Kedudukan Gunung Jerai yang berhampiran dengan laut menyediakan kawasan pemandangan tanah tinggi yang mempesonakan.

Lebih menarik, dari puncak gunung, anda boleh melihat sawah padi yang terbentang luas dan ketika musim menuai, hamparan itu seperti permaidani emas.

BACA INI JUGA: 6 Gunung Pelangi Warna-warni Paling Menakjubkan Di Dunia

Sumber: wanista

4 comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon