Friday, February 10, 2017

Panduan Belajar Buat Blog Cara Paling Mudah


As-salam bro. Boleh tak tunjuk saya cara nak buat blog sendiri? Saya minat nak belajar. Sebelum ni saya dah cuba tapi bingung. Macam susah.

blog

W'salam. Boleh, apa salahnya. Tapi sebelum tu, nak buat blog ni untuk apa?

Benar ke boleh buat duit melalui blog?

Sebenarnya, saya nak cuba buat duit online dengan blog. Ramai orang kata boleh dapat pendapatan lumayan. Betul ke? Boleh kaya ke?

Haha. Terlalu subjektif untuk dijawab. Memang ramai yang berjaya tapi lebih ramai yang gagal sebab cepat berputus asa. Itu bergantung kepada kesungguhan kita.

Yang penting, sekarang saya akan bagi panduan buat blog paling asas, selebihnya bergantung kepada kerajinan bro sendiri ya.

Insyaa Allah.

Tapi sebelum tu saya akan memberikan sedikit penjelasan ringkas kenapa kita perlu memilih platform blogspot.

Blogger blogspot lebih baik daripada WordPress?

Serius? Tetapi ya, serius dan saya akan menunjukkan 2 sebab mengapa kita perlu belajar buat blog dengan Blogger blogspot dan bukannya dalam WordPress.

Sebab pertama, google memiliki blogger yang menjadikan pengguna blogspot lebih mudah mendapat ranking di laman carian google.

Sebab kedua, blogger adalah 100% percuma. Pakar pemasaran Internet juga selalu menyarankan bahawa pengguna baru perlu memulakan blog dengan blogspot untuk membiasakan diri dengan pelbagai aspek penting seperti posting, widget, aplikasi, elemen dan lain-lain lagi. Selepas banyak perkara tentang blog yang kita sudah belajar, barulah boleh beralih ke WordPress bila-bila masa melalui ciri WordPress Import atau lain-lain platform selain blogspot dan Wordpress.

Selesai.

Buat blog dengan blogspot wajib ada akaun gmail

Sebelum kita mula belajar buat blog, perkara penting yang kita perlu ada ialah akaun gmail.

Gmail? Saya dah ada akaun gmail. Untuk hantar dan terima email kan?

Ya betul. Selain itu, gmail juga perlu untuk signup dan login akaun blogspot kita. Wajib ada.

Kalau ada kawan-kawan yang berminat hendak belajar buat blog selepas ini tapi belum ada akaun gmail, boleh signup di sini, signup gmail.

Ok bro.

Baiklah, mari kita mulakan.

Cara-cara mendaftar untuk belajar buat blog

Sekarang, login ke blogger.com. Kita perlu mendaftar di platform blogspot terlebih dahulu, macam panduan bergambar di bawah ni.

Err. blogger.com dan blogspot.com tu kenapa ada dua nama?

Sori bro, lupa nak terangkan. Blogger.com adalah hosting untuk blogspot.com. Kedua-duanya milik google dan saling berkaitan.

Ok. Masih kurang faham tapi nanti saya buat carian di google. Tak sabar nak belajar buat blog ni. Hehe..

Kita sambung pembelajaran. Kalau sudah login, sila pilih blogger profile buat masa ini. Google+ profile boleh pilih kalau sudah ada akaun. Kalau belum tahu apa itu Google+, akaun ni sama macam Facebook.

Profile

Lepas tu continue to blogger.

Sekarang, kita kena sahkan profile blog. Display name sama ada nama sebenar kita ataupun nama pena.

Confirm
Tulis nama anda atau boleh juga guna nama pena, nama samaran sebagai penulis. Ikut suka. Lepas tu klik continue to blogger.

Bro. Saya boleh letak nama apa saja ke?

Ya. Saya guna nama sama dengan nama blog ni.

Panduan memilih nama domain blogblog

Sekarang, kita akan pilih nama blog yang baru kita nak buat ni. Nampak mudah tapi sebenarnya agak sukar.

Create

Cuba klik mana-mana butang create new blog atau new blog seperti dalam gambar di atas.

Kalau sudah, paparan baru akan terpapar seperti di bawah pula.

blog

Title dan Address adalah nama blog kita. Pilihlah nama blog yang paling mudah kita ingat dan boleh juga pilih nama sebenar. Ramai blogger yang letak nama sendiri sebagai nama blog.

Bro. Senyap je. Dah ke laut ke? Hehe..

Haha. Setakat ini saya masih boleh ikut panduan tu. Sekarang saya sedang memilih nama blog. Saya guna nama sendiri la. Lagi mudah kan.

Ok, teruskan.

Kepentingan memilih nama blog yang betul dan paling sesuai serta penjelasan ringkas mengenai domain blog percuma dan berbayar

Sementara tu, saya nak cerita sikit pasal nama blog. Untuk pemula, nama blog akan kelihatan macam ini, contohnya; sentiasapanas.blogspot.com. Tapi, kenapa nama blog saya hilang blogspot.com?

Ada dua istilah yang digunakan bagi platform percuma blogspot iaitu Hosted dan Self hosted.

Hosted maksudnya, blog kita menumpang pada hosting blogspot dan percuma selama-lamanya ataupun selagi google tidak delete blog kita.

Jadi, alamat blog akan kelihatan seperti ini, sentiasapanas.blogspot.com.

Manakala self hosted adalah nama blog yang kita beli dari pihak ketiga lalu kelihatan seperti ini, sentiasapanas.com

Kalau bro nak self hosted, bayaran untuk domain name sentiasapanas.com satu tahun adalah sebanyak RM50.

Bro. Kenapa perlu tukar kepada Self hosted? Hosted free kan?

Terpulang sebenarnya kalau nak tukar. Bagi saya self hosted menunjukkan sikap yang serius kalau hendak buat duit melalui blog. Lebih profesional.

Kalau nama self hosted, saya syorkan bro sewa di internet-webhosting, sebab saya sendiri menyewa sejak dari mula dengan blog ni.

Bro. Sebelum pilih nama blog, ada 3 perkara paling penting dalam menentukan nama domain untuk blog ni.

Menulis topik blog mengikut niche atau rojak

Sebaik-baiknya, kita kena pilih nama domain yang bersesuaian dengan niche. Niche adalah topik blog kita misalnya, sukan atau masakan atau resepi dan sebagainya).

Contohnya; sukanmalaysia.blogspot.com, resepisedap.blogspot.com dan sebagainya. Kalau nak blog rojak pun boleh. Berkongsi artikel tentang semua perkara. Boleh faham kan?

Ok bro. Sekarang saya dah dapat gambaran apa nak dipilih sebagai nama blog yang terbaik.

Bagus. Satu lagi, gunakan nama domain yang mudah diingat dan juga mudah disebut dan kalau boleh jangan gunakan nama blog yang mirip dengan website popular. Kita mahu berjaya dengan nama blog pilihan sendiri kan?

Betul tu bro. Kita nak ada nama blog yang pembaca rasa macam nak datang selalu. Haha..

Belajar memilih template atau theme blog

Kalau sudah dapat nama blog, saya nak terangkan sikit pula tentang template (sekarang ni pihak blogspot baru ubah nama template kepada theme).

Theme (template) adalah rupa kepada blog kita. Boleh pilih mana-mana theme sementara ni sebab kita boleh ubah kemudian.

Ini adalah theme paling asas yang pihak blogspot beri secara percuma. Theme percuma terbaharu daripada blogspot sangat cantik berbanding theme percuma yang lama.

Kalau dah pilih theme, klik create blog.

Ok bro. Saya dah pilih theme.

Belajar cara-cara membuat post artikel di blogspot

Sekarang, kita akan belajar cara bagaimana nak buat artikel pertama di blog baru ni.

new+post

Mula-mula klik new post.


Kalau tak nampak, klik gambar atas ni supaya lebih jelas.

Lepas tu, tulis tajuk artikel macam dalam nombor 1 dalam gambar. 

Cuba tengok dalam gambar yang saya tandakan dengan nombor 2. Pilih Press enter for line breaks, kemudian klik done.

Kemudian, sebelum kita mula menulis artikel, bro wajib klik html tu, kalau tak banyak kod yang ganjil akan keluar.

Ingat. Sangat penting menyusun dan mengisi ruangan label/kategori blog

Nombor 4 tu pula adalah Labels atau kategori. Kita kena pilih dan susun kategori sebaik-baiknya secara tersusun dari awal lagi supaya menyenangkan kita menyusun artikel dan pembaca pun senang nak baca artikel mengikut kategori.

Belajar memilih tajuk blog yang ada unsur SEO untuk ranking di search engine

Ingat ye bro, nak pilih  tajuk pun jangan buat cincai. Tulislah tajuk misalnya 'Panduan belajar buat blog cara paling mudah'. Bukannya main tibai ja ye.

Pilihan tajuk ni sangat penting bila pembaca membuat carian di search engine. Macam kita selalu mencari sesuatu di internet, ada blog yang kita selalu jumpa di muka hadapan, top 10, sebab salah satu rahsianya adalah pemilihan keywords pada tajuk.

Bukan senang nak berada dalam ranking top 10 engine carian. Susah tau.

Wah. Terima kasih bro. Saya akan ingat tu. Tajuk artikel sangat penting untuk mendapat rangking di google.

Betul tu. Walaupun bukan faktor utama tapi salah satu cara nak berada pada kedudukan muka hadapan search engine.

Cara-cara menambah gambar apabila menulis artikel blog dan kenapa search engine suka post yang ada gambar

Sekarang, kalau artikel sudah siap, kita nak tambahkan gambar pula. Tak cantik post kita kalau takde gambar tau. Macam makan nasi goreng sedap tanpa garam.

Pakar SEO pun mengakui, artikel yang ada gambar ni satu tangga lebih baik daripada artikel yang tiada gambar langsung.

Jadi, saya nak ajar cara-cara nak upload gambar dalam artikel.

Mula-mula, download gambar ke dalam komputer atau smartphone terlebih dahulu atau boleh juga guna gambar sendiri. Ikut panduan upload gambar dibawah.

gambar

Klik untuk besarkan gambar.

Kemudian klik Compose. Wajib.

Lepas tu klik mouse macam anak panah nombor 2 diatas selepas perenggan pertama. Kalau boleh setiap artikel hendaklah diletakkan perenggan supaya pengunjung blog senang nak baca. Lagipun, mudah nak letak gambar disetiap perenggan. Itupun kalau banyak gambar nak upload la.

Kemudian, klik icon gambar pada no '3'.

Seterusnya akan keluar pop-up seperti gambar dibawah dalam blog anda.

gambar

Klik Upload  dan Choose files. Sila cari gambar yang hendak diupload dari komputer atau smartphone. Itupun kalau nak tulis artikel dari smartphone la.

Kemudian, silakan klik Add selected.

Seterusnya..

gambar

Selepas upload gambar ke dalam artikel, sila klik pada gambar, kemudian klik Original size.

Mohon jangan terkejut ye bro. Dalam keadaan compose, gambar akan kelihatan terkeluar dari paparan. Jangan panik, biasa-biasa je tu.

Dah upload gambar, sila klik Publish atau Update pada butang sebelah kanan atas blog ini.

Jangan upload gambar yang terlalu berat atau terlalu besar, nanti page loading blog jadi lambat

Semua gambar yang kita dah upload jangan terlalu berat, nanti page loading blog berat. Boleh resize atau compress, free online je. Contoh yang saya sendiri selalu gunakan, lunapic untuk resize dan tinypng untuk kurangkan berat gambar.

Boleh juga resize melalui komputer guna paint atau Microsoft Picture Editor. Saiz gambar yang saya cadangkan ialah 600-700px lebar, manakala tinggi pula antara 400-500px.

Bro. Saya tak faham px tu apa. Hehe

Sila buat latihan ye. Nanti-nanti faham la tu.

Hasilnya? Macam artikel tutorial belajar buat blog ni la, cuba klik link ni, panduan belajar buat blog cara paling mudah.

gambar

Cara melihat dan mengedit artikel blog

Kalau bro nak tengok artikel yang kita baru buat tadi tu, klik View blog macam dalam nombor 1 tu.

Untuk edit semula artikel yang kita sudah tulis, klik edit (nombor 2). Kalau dah edit lepas tu nak publish semula, hanya perlu klik update pada butang diruangan atas sebelah kanan.

Share (nombor 4) adalah ntuk kongsi artikel ke akaun Google+ (jika ada). Kalau nak share ke Facebook misalnya, klik kanan dan copy link. Lepas tu paste je.

Delete (nombor 5) untuk delete artikel. Tapi buat apa nak delete kan?

Cara-cara menambah atau membuat artikel baru blog


baru

Mula-mula, klik New post untuk membuat artikel baru. Kemudian ikut step diatas.

Satu akaun gmail boleh buat banyak blog. Beratus-ratus blog pun boleh

Kalau bro nak buat BLOG BARU selain blog sekarang ini pun boleh. Klik New blog dan ikut semula panduan dan cara-cara membuat blog dengan langkah-langkah mudah diatas.

Bro, kenapa saya perlu buat banyak blog? Boleh jadi jutawan ke?

Terpulang. Kalau buat banyak blog ada kelebihannya. Boleh buat untuk blog peribadi. Nak buat blog untuk bisnes pun boleh.

Ataupun nak buat satu blog untuk satu niche lagilah boleh. Tapi bro boleh handle ke? Penat tau jadi blogger.

Oo ye ke? Takpe nanti saya cuba dulu la ye.

Download ebook belajar buat blog

Kalau bro nak cari panduan belajar buat blog melalui ebook pun boleh juga. Sila buat carian di google sebab ramai blogger yang berkongsi panduan dan tips membuat blog yang kita boleh muat turun. Nak yang percuma ada, ebook berbayar pun ada sebab penerangannya lebih lengkap.

Ok bro. terima kasih.

Sama-sama.

Selesai.

Panduan asas lengkap belajar buat blog

Sekian langkah-langkah, panduan dan cara paling ringkas belajar buat blog sendiri dengan blogspot lengkap bergambar buat pemula paling gratis buat anda. Ulang semula satu persatu kalau masih belum berjaya sepenuhnya.

Perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan apabila memiliki blog baru

Penjelasan ni khusus untuk pemilik blog baru sahaja, sebab semua kandungan blog pun rasanya masih diperingkat suci murni lagi. Cuma mungkin dengan sedikit kesilapan dan ketidakfahaman tiba-tiba pula blog kena remove. Jadi, sila ambil perhatian ya.

1. Jangan letak gambar iklan porno. Yang ni pihak blogspot confirm akan delete blog kita.

2. Jangan post artikel politik yang keterlaluan berunsur fitnah atau mendedahkan butiran sulit mana-mana parti politik atau kerajaan.

3. Komen pembaca hendaklah sentiasa dipantau. Komen yng diletakkan pautan hidup lebih daripada satu link akan mendapat perhatian google. Biasanya blog akan dibuang terus dari alam maya.

4. Sebelum berkecimpung lebih jauh dengan blog, sila baca dan fahamkan Google Terms of Service.

Adakah mustahil menjadi seorang blogger yang berjaya?

Untuk menjadi seorang blogger yang berjaya bukan mudah. Yang penting usaha dan kesungguhan. Siapa tau nasib kita kan.

Dan untuk memiliki blog yang sukses dan mampu menjana ribuan ringgit juga bukan senang. Letakkan target 1 tahun pertama untuk menulis blog semata-mata. Kalau blog belum ramai follower dan pembaca, usaha lagi. Insyaa Allah pasti berjaya.

Selepas ini, cubalah sendiri untuk belajar buat blog baru misalnya blog untuk bisnes, blog masakan, blog gosip, blog politik dan macam-macam jenis blog lagi yang mampu menghasilkan wang atau blog sekadar perkongsian ilmu kepada pembaca.

Rajin bertanya dan belajar dengan blogger lain

Jangan segan bertanya dengan blogger-blogger otai. Ramai sebenarnya blogger hebat yang ada di Malaysia. Ada blogger yang popular, ramai juga yang umpama berlian bersalut lumpur. Ramai sangat.

Jangan segan berkenalan dan menghulur salam. Semuanya blogger yang hebat-hebat belaka.

Dan jangan lupa share panduan belajar buat blog ini ya. Terima kasih.

Tips asas SEO dan perkara paling penting seorang blogger wajib baca, wajib tahu dan wajib lakukan

Selepas ini, apabila anda post apa-apa artikel yang bukannya artikel sendiri, artikel copy paste, perkara ini WAJIB anda lakukan supaya tidak dituduh sebagai blogger PENCURI lalu dihukum oleh Google Panda dan Google Penguin.

Perlu difahami, apa-apa idea orang lain, artikel yang bukan milik kita seharusnya diberikan pautan link dari mana sumber artikel tersebut kita perolehi.

Sebab tu kita selalu melihat apabila mana-mana blog atau laman web menyiarkan informasi dan berita, pada bahagian paling bawah adakalanya diletakkan perkataan sumber yang diikuti link hidup kepada sumber berita.

Jadi, bagaimana dan apa yang anda perlu lakukan jika anda copy paste artikel orang lain? Anda hanya perlu lakukan seperti dibawah;

Canonical

Ingat, seorang blogger haruslah jujur dalam setiap tindakan supaya sentiasa dihormati.

Tapi, kenapa perlu meletakkan canonical? Apa itu canonical?

Canonical adalah kod pengakuan dan pemberitahuan kita kepada robot search engine google, samada Yahoo (Altaba), Bing mahupun Google, bahawa artikel kita adalah copy paste dan pemilik asalnya diketahui dan diberikan kredit oleh kita.

Blog yang meletakkan kod canonical ini tidak lagi dianggap blog copy paste haram dan tidak akan disekat dari paparan search engine. Nak lebih faham, boleh baca cara meletakkan canonical ni.

Cuma, jika anda menulis sendiri semua artikel, kod canonical ini tidak perlu diletakkan.

Panduan buat duit dengan blog Mobicow

Menjana duit online dengan blog adalah sebahagian dari tujuan seorang blogger. Lumayan atau tidak sebenarnya bergantung kepada cara kita mengurus blog.

Sebagai langkah permulaan, anda boleh memulakan langkah menjana duit online melalui blog dengan laman pengiklanan Mobicow.

Apa yang perlu dilakukan, kena signup terlebih dahulu sebagai publisher. Ingat, ada dua pilihan, sebagai Advertiser jika kita mahu beriklan dan sebagai publisher untuk pemilik blog. Signup link publsiher anda di sini, mobicow.com dan masukkan butir-butir peribadi termasuk alamat blog.

Pihak mobicow akan review blog terlebih dahulu dan biasanya tiada masalah untuk diluluskan.

Selepas itu, masuk ke ruangan setting, copy ad code dan paste diatas < /head> pada ruangan edit html pada theme blog.

Selesai.

p/s: untuk sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi kami atau bertanya soalan diruangan komen.

Panduan menguasai asas blog bagi pemula

Saya akan berikan senarai pendek, perkara-perkara penting yang perlu dilakukan seorang blogger untuk menjadikan blog bernilai selain post yang hebat dan menarik.

Boleh copy paste keywords dibawah satu persatu dan buat carian di internet. Buat satu persatu. Mungkin mengambil masa yang agak lama. Sabar.
  • Buat blog tentang apa?
  • Buat blog lebih menarik
  • Buat blog laju dan ringan
  • Template percuma blogspot
  • Kepentingan SEO paling asas blog
  • Apa itu SEO?
  • Apa itu duplicate content
  • Apa itu inline link dan outline link?
  • Apa itu canonical?
  • Apa itu permalink?
  • Apa itu blogwalking?
  • Kepentingan blog dan laman sosial
  • Cara buat duit dengan blog
  • Cara mendapatkan visitors, pelawat blog yang ramai..

Itulah antara senarai panduan secara ringkas perkara paling asas dalam proses anda belajar buat blog sendiri buat masa ini. Take your time.. :)

Semoga anda mendapat manfaat.

BACA INI JUGA: 'Kerja Dari Rumah Dengan iLancee'

11 comments

  1. Assalamualaikum....Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog MYiDEAKiNi..Perghhh Otai SP sudah berbisa..Sekali dengan ilmu penulisan yang mantap & padat. Anyway good luck :)

    ReplyDelete
  2. Panduan lengkap dan lagi mantap.. Sesuai untuk mereka yang baru nak belajar buat blog

    Semoga panduan ini bermanfaat bagi mereka yang ingin memulakan membina blog..

    ReplyDelete
  3. Daftar buat blog sih gampang, cuma cari uang di blog yang susah. Kayaknya harus benar-benar tekun biar bisa menghasilkan blognya. Semoga saja saya bisa sukses di dunia blogging

    ReplyDelete
  4. Bagus nya panduan ni, akak memang terfikir nak buat satu lagi blog, guna Blogspot pulak kali ni

    Boleh lah akak ikuti panduan ni nanti

    Terima kasih ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panduan ni untuk asas je dan dengan blogspot kalau newbie tu lebih mudah nak buat artikel. ;)

      Delete
  5. saya baru nak belajar buat blog..InshaAllah esok saya akan mulakan praktikal hehe..terima kasih atas info panduan buat blog

    ReplyDelete
  6. rasa cam xtau apa bila try wix, wordpress, squrespace etc, maklum budak baru nak belajar but reading from your article rasa cerah sikit minda hehehe makasih noo..

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum, kalau dah publish, langkah yang seterusnye ape ye

    ReplyDelete
  8. Wsalam. Kalau dah publish, sahlah anda sebagai seorang blogger. :D

    ReplyDelete
  9. saya budak baru belajar blog... terima khasih kongsi ilmu yg bermanfaat utk saya ni ya.. Blog saya http://idaman-info.blogspot.com
    Semoga anda di berkati.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon