Wednesday, January 11, 2017

Yahoo Akan Dikenali Sebagai 'Altaba' Selepas Ini


YAHOO mengumumkan syarikat itu akan dikenali sebagai Altaba Inc dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Marissa Mayer akan berundur daripada barisan lembaga pengarah selepas memeterai perjanjian dengan Verizon Communications Inc.

Yahoo Altaba

Yahoo mempunyai perjanjian untuk menjual perniagaan teras internetnya, yang merangkumi pengiklanan digital, e-mel dan aset media kepada Verizon dengan nilai AS$4.83 bilion (RM21.6 bilion).

Terma-terma dalam perjanjian itu mungkin boleh dipinda atau transaksi mungkin juga boleh dibatalkan – selepas Yahoo sebelum ini mendedahkan dua kes pencerobohan data, yang salah satunya melibatkan 500 juta akaun pengguna, manakala yang kedua melibatkan lebih satu bilion akaun.

Eksekutif Verizon berkata, meskipun mereka melihat penyesuaian yang kukuh dan strategik dengan Yahoo, mereka masih menjalankan siasatan tentang kes kebocoran data berkenaan.

Lima pengarah Yahoo lain juga akan meletak jawatan selepas perjanjian ditandatangani.

Marissa Mayer
Marissa Mayer.

Sementara itu, baki ahli lembaga pengarah lain akan ditugaskan untuk mentadbir Altaba, sebuah syarikat pegangan dengan aset utamanya sebanyak 15 peratus dalam syarikat dagangan China, Alibaba Group Holding Ltd dan 35.5 peratus pegangan dalam Yahoo Japan.

Syarikat baharu itu juga menamakan Eric Brandt sebagai pengerusi lembaga pengarah berkuatkuasa 9 Januari 2017.

Selamat tinggal Yahoo.

BACA INI JUGA: Akhirnya Yahoo! Dijual Pada Harga $4.8 Billion

Sumber: AA

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon