Pelik tapi benar. Seorang lelaki terkejut besar apabila mendapati ayam miliknya menghasilkan telur bersaiz mini di rumahnya Taman Intan Baiduri, Sepang, Selangor.
Menurut pemiliknya, Fendi Baharudin, dia hanya mengetahui mengenai telur mini itu selepas mendapati ayamnya yang lebih dikenali sebagai Che Mek, membuat bising pada keesokan harinya.
Kerana pelik dengan bunyi itu, Fendi, membuat pemeriksaan sebelum tergamam melihat telur ayam hutan kacuk ayam kampung bersaiz hanya hanya sebesar syiling 10 sen.
“Kejadian ini pertama kali sejak saya mula menjinakkan diri dalam penternakan ayam secara kecil-kecilan dua tahun lalu dan saya tidak sedar Che Mek sudah bertelur kerana tidak nampak telur berkenaan.
“Che Mek bertelur dua biji dengan saiz yang berbeza iaitu pada Ahad lalu dengan telur seberat dua gram dan panjang kurang dua sentimeter (sm) manakala keesokan harinya bertelur sebiji lagi dengan berat empat gram dan panjang kira-kira 2.5sm.
“Kedua-dua telur ini dijaga rapi malah saya tidak benarkan sesiapa untuk memegang sesuka hati kerana ia sangat sensitif dan mudah pecah.
“Keterujaan menemui telur yang sangat kecil ini membuatkan saya mahu melihat sendiri kandungan di dalam telur itu, mungkin boleh lahir ayam yang paling kecil di dunia,” katanya kepada Harian Metro.
Sementara itu, Fendi memberitahu dia berhasrat mahu membawa telur mini itu ke makmal haiwan untuk membuat kajian mengapa telur ayam tersebut sekecil itu.
Difahamkan, Fendi yang menternak ayam itu sebagai hobi semata-mata bagi mengisi masa lapang.
BACA INI JUGA: Keunikan Silky Chicken Ayam Berbulu Sutera
Sumber: mynewshub

Uiaa pelik itu tuan
ReplyDelete