Faisal Tehrani FT secara bacul berselindung di sebalik karya sastera ala novel cinta untuk menyerang dan menghukum Ahli Sunnah Wal-Jamaah.
Dalam tulisannya di malaysiakini, dia cuba membayangkan kononnya Syiah tiada masalah untuk berdamping dengan Ahli Sunnah Wal-Jamaah.
Kononnya perbalahan antara Sunni dan Syiah itu hanyalah rekaan-rekaan pihak tertentu sahaja, tetapi anehnya perangai FT dalam novelnya ini saling tak tumpah seperti sikap golongan Syiah Rafidhah yang menolak, menghina dan mempertikaikan para sahabat r.a.h.
Walaupun FT bijak bermain bahasa, tetapi itu tidak bermakna dia ‘cerdik’ menyimpan pekung Syiah-nya itu.
Dalam banyak-banyak perkara yang disentuh oleh FT dalam karyanya ini, perkara paling besar yang tak boleh dibiarkan adalah kebiadapan FT terhadap para sahabat r.a.h.
Dalam artikel ringkas ini penulis akan bongkarkan niat busuk lagi kotor FT terhadap Ahli Sunnah dan para sahabat r.a. yang memiliki kedudukan tinggi di sisi Allah SWT dan Rasul-Nya SAW.
Mempertikaikan Sayyidina Abu Hurairah r.a. dan hadith sahih
Sepertimana golongan Syiah Rafidhah yang lain, antara para sahabat yang paling dibenci oleh mereka adalah Sayyidina Abu Hurairah.
Ini kerana Abu Hurairah adalah antara sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadith-hadith Rasulullah SAW.
Bahkan telah berlaku ijmak di kalangan ahli hadith bahawa Abu Hurairah adalah sahabat yang paling banyak meriwayat dan menghafaz hadith-hadith Rasulullah SAW.
Dalam Sahih Muslim, Kitab Kelebihan Para Sahabat r.a.h, terdapat hadith yang menyatakan tentang kelebihan Abu Hurairah r.a.
Bahawa Abu Hurairah r.a berkata: “Adakah kamu mendustai bahawa Abu Hurairah banyak meriwayatkan hadith daripada Rasulullah s.a.w? Demi Allah aku akan membuktikannya. Sesungguhnya aku seorang yang miskin, aku menjadi khadam Rasulullah SAW dengan hanya diberi makan sahaja. Ketika orang-orang Muhajirin berdagang di pasar-pasar dan orang-orang Ansar sibuk mengembangkan harta benda mereka. Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang membentangkan pakaiannya beliau tidak akan lupa apa yang beliau dengar dariku. Aku terus membentang pakaianku sehingga Baginda selesai menyampaikan hadithnya. Kemudian aku mengumpulkannya dan tidak lupa apa-apa yang aku dengar dari baginda”.
Berdasarkan kedudukan Abu Hurairah r.a. ini, sungguh lancang sekali si Faisal Tehrani untuk memperlekehkan hadith-hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah dengan menuduhnya sebagai israiliyyat.
Di mana dalil dan buktinya ia israiliyyat, seperti yang didakwa pada halaman 36.
Sebelumnya, pada halaman 33, FT membawakan hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah dalam Sahih al-Bukhari.
Hadith ini menyentuh tentang kejadian Hawa/wanita daripada tulang rusuk Adam/lelaki yang dipertikaikan oleh golongan Syiah.
FT berniat buruk dengan cuba menimbulkan keraguan pada hadith yang diwayatkan oleh Abu Hurairah dalam Sahih al-Bukhari tersebut. Hadith itu kononnya dikatakan satu diskriminasi terhadap kaum wanita. Tambahan lagi, FT menuduh ianya bersesuaian dengan tradisi Kristian.
Jelas, nawaitu FT adalah untuk meruntuhkan kredibiliti para sahabat dan hadith-hadith sahih yang terdapat dalam Sahih al-Bukhari.
Padahal, FT sendiri dangkal dalam memahami kaedah syar'un man qablana syar'un lana ma lam yakun fi syari'ina ma yukhalifuhu iaitu apa yang terkandung dalam ajaran agama lain yang menetapi dan tidak menyalahi al-Qur’an dan al-Sunnah maka Islam menerimanya.
Seseorang yang waras sebenarnya tidak perlu untuk mempertikaikan hadith-hadith sebegini kerana ia tidak melibatkan implikasi iman dan amalan, ia hanya satu perkhabaran supaya kita mengagumi tanda-tanda kebesaran Allah SWT dalam penciptaan-Nya.
Apa yang menghairankan FT sibuk untuk mencari 'titik kepalsuan' mazhab Sunni tetapi lupa untuk mengkritisi ajaran sesat Syiah yang dikaguminya sendiri.
Mengapa tidak FT mengkaji, kenapa penganut Syiah sanggup menyambut perayaan Nairuz pada 21 Mac setiap tahun? Bukankah ia adalah perayaan memuja api penganut Majusi berbangsa Parsi suatu ketika dahulu?
Bagaimana kitab-kitab Syiah seperti Bihar al-Anwar boleh meriwayatkan kononnya Imam Mahdi Syiah akan muncul pada hari raya Majusi?
Bukankah isu ini lebih berat kerana ia membabitkan implikasi iman dan amalan? Adakah Syiah meniru Majusi atau Majusi yang meniru Syiah?
Dengan otak FT yang bijak itu, tidak logik jika FT tidak mampu untuk mengkaji ajaran kesayangannya sendiri.
Jika FT mahu juga berhujjah dengan perkara-perkara sebegini, sepatutnya FT menyelesaikan terlebih terdahulu ayat-ayat al-Qur'an al-Karim yang pada zahirnya seolah-olah mendiskriminasikan kaum wanita, itu pun jikalau menggunapakai kaedah berfikir singkat ala Faisal Tehrani.
Antaranya seperti dalam surah al-Nisa' ayat 34 tentang kelebihan lelaki ke atas wanita, ayat 11 tentang bahagian lelaki yang lebih banyak daripada wanita dalam faraid dan lain-lain.
Sebenarnya tiada pun apa yang didakwa diskriminasi jika dilihat menerusi kaca mata keadilan perbuatan Allah SWT yang Maha Sempurna lagi Bijaksana.
Tetapi jika dilihat menerusi persepsi yang penuh dengan dendam kesumat untuk mencari-cari salah sumber Ahli Sunnah, maka pelbagai persepsi negatif akan cuba dibangkitkan demi mempertikaikan mazhab Sunni.
Isu diskriminasi wanita
Sebagai contoh, sikap FT ini terserlah pada halaman 8. FT cuba menggambarkan kononnya terdapat hadith dalam kitab-kitab Ahli Sunnah yang mendiskriminasikan kaum wanita dengan mengatakan kaum wanita adalah golongan yang paling ramai menghuni neraka.
Hadith-hadith sebegini juga dianggap menjadi punca al-Qur'an dipandang seperti mentaliti primitif Eropah pada abad pertengahan.
Pandangan ini adalah perspektif skeptikal yang sengaja diberikan oleh FT untuk memburuk-burukkan hadith-hadith yang diriwayatkan oleh Ahli Sunnah Wal-Jamaah walhal hadith tersebut mempunyai konteks yang tertentu.
Sebelum menjelaskan maksud sebenar hadith tersebut, perlu diingat keghairahan FT untuk mencari kelemahan Ahli Sunnah Wal-Jamaah sebenarnya telah memakan dirinya sendiri kerana hadith berkenaan majoriti ahli neraka adalah wanita pada hakikatnya bukan sahaja diriwayatkan di dalam hadih-hadith Ahli Sunnah sebaliknya ia juga diriwayatkan di dalam kitab-kitab Syiah malah matannya lebih panjang dan lebih terperinci.
Sebagai contoh apa yang dinukilkan oleh al-Majlisi di dalam kitabnya Bihar al-Anwar daripada karangan al-Kulaini di dalam al-Furu’ mi al-Kafi berkenaan beberapa riwayat yang menyebut tentang majoriti penghuni neraka adalah golongan wanita.
Pertama
Daripada Muhammad bin Yahya daripada Ahmad bin Muhammad daripada Ibn Mahbub daripada Abdullah bin Ghalib daripada Jabir al-Ja’fi daripada Abi Ja’far a.s, beliau berkata: Rasulullah SAW telah keluar…kemudian bersabda: Wahai sekalian wanita, bersedekahlah, taatilah suami-suami kamu, sesungguhnya kebanyakannya kamu di dalam neraka. Ketika mana para wanita mendengar sedemikian, mereka menangis, kemudian bangun seorang wanita daripada mereka lalu berkata: Wahai Rasulullah, di dalam neraka bersama orang kafir? Demi Allah kami bukan orang kafir sehingga menjadi ahli neraka. Lalu Rasulullah berkata kepadanya: Sesungguhnya kamu semua adalah kafir terhadap hak-hak suami kamu".
Kedua
Daripada Muhammad bin Yahya daripada Ahmad bin Muhammad daripada Ali bin al-Hakam daripada Ali bin Abi Hamzah daripada Abi Basir, beliau berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s. berkata: Rasulullah SAW telah berkhutbah kepada wanita lalu bersabda: “Wahai sekalian wanita, kamu bersedekahlah walaupun dengan perhiasan kamu, walaupun dengan sebiji tamar, walaupun dengan secebis tamar, sesungguhnya kebanyakan kamu adalah kayu api neraka…”
***
Sepatutnya FT juga perlu memasukkan riwayat-riwayat Syiah ini untuk dikritik bersama riwayat-riwayat Ahli Sunnah. FT perlu menjawab mengapa di dalam riwayat-riwayat Syiah juga turut mendiskriminasi kaum wanita.
Malah di sana terdapat riwayat-riwayat Syiah yang lebih berat dalam mengenepikan kaum wanita, antaranya, hadith yang diriwayatkan oleh al-Kulaini berbunyi, "Janganlah kamu memberi tempat kepada mereka (wanita) di dalam kamar-kamar dan jangan kamu ajar mereka menulis, tetapi ajarlah mereka bagaimana memintal benang dan surah al-Nur".
Hadith ini turut dinukilkan oleh penulis-penulis Syiah terkemudian seperti al-Hurr al-'Amili dalam kitabnya Wasa'il al-Syiah yang meletakkan tajuk "Bab kesunatan mengajar kaum wanita surah al-Nur dan tenunan, tanpa mengajar surah Yusuf dan menulis" dan dalam bab lain dia meletakkannya di bawah tajuk "Bab kemakruhan menyediakan kaum wanita di bilik-bilik, mengajar menulis dan surah Yusuf…".
Bagi para ulama Ahli Sunnah, hadith ini tidak sabit dan matannya bercanggah dengan hadith-hadith yang sahih.
Oleh itu, zahir hadith yang mengatakan wanita tidak boleh dibenarkan untuk belajar menulis dan surah Yusuf adalah bertentangan dengan galakan belajar yang diperintahkan dalam agama Islam tanpa mengira jantina.
Tetapi mengapa riwayat-riwayat sebegini wujud dalam ajaran sesat Syiah seperti yang didewa-dewakan oleh FT?
Setelah kita membaca riwayat-riwayat Syiah di atas, dapat difahami bahawa tujuan FT memaparkan hadith-hadith Ahli Sunnah hanyalah untuk mengaburi mata pembaca bagi membayangkan seolah-olah disiplin ilmu hadith yang ada di dalam mazhab Ahli Sunnah itu longgar sehingga terhadap hadith-hadith yang dirasakan tidak logik.
Namun, kewujudan riwayat-riwayat Syiah yang lebih berat dalam hal mendiskriminasikan wanita tidak pula dijawab atau diulas oleh FT.
Terdapat dua kemungkinan, sama ada FT jahil tentang ajaran Syiah kerana dia juga mengikut Syiah secara membuta tuli atau kerana dia sengaja mahu menyembunyikan riwayat-riwayat Syiah yang berbau diskriminasi terhadap kaum wanita tersebut.
Berbalik kepada hadith yang didakwa oleh Faisal Tehrani mendiskriminasikan kaum wanita, ia hanyalah dakwaan kosong daripada seorang yang berniat serong terhadap hadith-hadith Rasulullah SAW.
Berkenaan hadith di atas, ia termasuk dalam jenis hadith al-targhib wa al-tarhib yang bertujuan untuk memberi galakan atau ancaman dalam sesuatu amalan.
Ini kerana golongan wanita yang dimaksudkan oleh Nabi SAW sebagai penghuni neraka tersebut ialah merujuk kepada mereka yang melakukan maksiat kepada Allah SWT seperti tidak bersyukur dan menghargai pemberian suami (hadith Sahih al-Bukhari) dan berpakaian yang mendedahkan aurat (hadith Sahih Muslim).
Ini bermakna ia bukan sama sekali merujuk kepada wanita itu secara fitrah kejadiannya maka ia didiskriminasikan daripada memasuki syurga.
Ia seperti ungkapan Rasulullah SAW yang mengatakan majoriti penghuni syurga adalah golongan miskin, ia bukan bermakna golongan kaya didiskriminasikan tetapi kerana ramainya golongan kaya yang tidak menghiraukan soal halal dan haram dalam mencari rezeki serta tidak menunaikan hak-hak harta yang sepatutnya maka menyebabkan mereka tertahan daripada memasuki syurga.
Mempertikai kredibiliti Sayyidah ‘Aisyah r.a.
Dalam halaman 205 FT cuba untuk mempertikaikan kredibiliti Sayyidatina ‘Aisyah r.a. bagi menolak hadith yang diriwayatkan dalam Sahih al-Bukhari dengan menuduh kononnya 'Aisyah sendiri belum wujud ketika kisah penurunan wahyu berlaku.
Kenyataan sebegini jelas menunjukkan kejahilan pengarang tentang kedudukan 'mursal sahabi' dalam disiplin ilmu hadith iaitu hadith yang diriwayatkan oleh para sahabat tanpa dia menyaksikan sendiri atau mendengar sendiri daripada Rasulullah SAW tetapi memperolehinya daripada sahabat lain.
Hadith 'mursal sahabi' tetap dianggap sahih menurut Ahli Sunnah Wal-Jamaah kerana yang meriwayatkannya adalah para sahabat kecuali golongan yang meragukan dan mentohmah kejujuran para sahabat seperti Syiah.
Walau bagaimanapun, berkenaan hadith ini, Imam al-Nawawi mengatakan ia didengari sendiri oleh 'Aisyah r.a.h berdasarkan beberapa lafaz yang terkandung di dalamnya.
Menuduh hadith-hadith keutamaan para sahabat hanyalah rekaan Sunni
Penyakit hati FT semakin terserlah pada halaman 179 apabila menuduh dengan biadap bahawa hadith-hadith keutamaan atau fadha'il sahabat direka bagi menutup perseteruan mereka dengan Sayyidina Ali r.a.
Ini adalah suatu penghinaan kepada para sahabat Nabi SAW kerana cuba mengaitkan kelebihan atau fadha'il sahabat seperti yang terkandung di dalam hadith-hadith yang sahih itu hanyalah direkayasa demi kepentingan politik.
Apakah FT tidak pernah membaca ayat-ayat al-Qur'an tentang pujian Allah SWT kepada para sahabat sehingga mereka diberikan gelaran radhiyallahu 'anhum?
Menghina Khulafa’ al-Rasyidin
Pada halaman 192, FT menghina pula para kibar al-sahabah terdiri daripada Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar dan Sayyidina Uthman dengan menuduh secara membuta tuli kononnya mereka telah melakukan kesilapan dalam berijtihad sambil menyertakan bilangan kesalahannya sekali.
Siapakah FT atau Syiah untuk menilai kesilapan para sahabat dalam berijtihad? Sedangkan para sahabat adalah ahli ijtihad dalam nas-nas yang tidak muktamad.
Jikapun berlaku kesalahan dalam berijtihad ia tidak menjadikan kedudukan mereka rendah malah dikurniakan pahala oleh Allah SWT kerana ijtihad para sahabat telah pun berlaku dan diakui oleh Rasulullah SAW pada zaman Baginda masih hidup dan Baginda tidak mengingkarinya.
Pada halaman 279-280 FT cuba menimbulkan persepsi seolah-olah para sahabat telah berpaling daripada Islam selepas kewafatan Rasulullah SAW.
Padahal hadith ini perlu dibaca dengan pelbagai riwayat yang lain kerana terdapat lafaz-lafaz yang berbeza seperti usayhabi dan ummati yang menurut para ulama merujuk kepada segelintir golongan yang telah murtad selepas kewafatan Rasulullah SAW.
Malah kita sedia maklum bagaimana Sayyidina Abu Bakar al-Siddiq r.a. sendiri telah memerangi golongan yang murtad selepas kewafatan Rasulullah SAW.
Kalimah 'sahabat' yang digunakan dalam hadith tersebut juga bukanlah merujuk kepada 'sahabat' dengan makna istilah tetapi makna bahasa.
Kerana itu apabila Sayyidina Umar al-Khattab ingin membunuh ketua munafiqin, Abdullah bin Ubai bin Salul, ia tidak dibenarkan oleh Rasulullah SAW kerana Baginda bimbang nanti orang akan berkata Muhammad telah membunuh 'sahabat'nya sendiri.
Ini bermakna walaupun Nabi SAW menyebut ‘sahabat’ ia bukan bermakna Baginda mengiktiraf semua yang menzahirkan keimanan mereka di hadapannya, tetapi ada di kalangan mereka itu yang munafiq dan ada di kalangan mereka yang murtad selepas kewafatan Baginda SAW dan mereka pada asasnya bukanlah ‘sahabat’ Nabi SAW kecuali pada bahasanya sahaja.
Menghina mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah (Asya’irah-Maturidiyyah)
Daripada kebiadapan FT memperlekeh dan menghina para sahabat r.a.h., dia beralih pula mempertikaikan mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang menjadi pegangan rasmi umat Islam di Malaysia dan majoriti umat Islam di dunia.
Kedangkalan dan kecetekan pengetahuan FT makin terserlah ketika cuba untuk meruntuhkan disiplin Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang telah establish.
Nampak sangat geran penyelidikan GCPM yang diperoleh dari UKM tidak dimanfaatkan sepenuhnya untuk membuat kajian perbandingan kecuali amat terhad kepada rujukan Syiah semata-mata.
Penilaian FT terhadap mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah amat ‘menjelekkan’ kerana FT sendiri tidak mengkaji Ahli Sunnah secara komoprehensif menerusi rujukan-rujukan Ahli Sunnah yang muktabar.
Pada halaman 9, FT menyebut kita mesti berhenti mengkaji Islam daripada mazhab yang 90 peratus tetapi kembali kepada mazhab Syiah yang ‘asli’ yang mewakili 10 peratus umat Islam. Maknanya FT menganggap Ahli Sunnah Wal-Jamaah ini sekadar mazhab palsu.
Begitu juga pada halaman 83, FT mengatakan mazhab Ahli Sunnah itu dasar dan asasnya bergantung kepada kesia-siaan kerana kononnya mazhab Sunni tidak berjaya menyelesaikan permasalahan wanita dan pelbagai tuntutan lain.
Pada halaman 170, FT dengan kajiannya yang ‘mendalam’ itu mengelirukan pembaca dengan mengatakan Ahli Sunnah hanya wujud selepas era Muktazilah dan tidak mampu menandingi sejarah Syiah yang dikatakan telah bermula sejak awal.
FT sebenarnya jahil dan tidak memahami latar belakang Ahli Sunnah Wal-Jamaah lalu mendakwa gelaran Ahli Sunnah tidak pernah wujud pada zaman awal Islam.
Kalaulah FT menggunakan sedikit akalnya, dia pasti akan dapat membezakan antara istilah dan sejarah, justeru FT tidak akan membuat kesimpulan yang terencat akal itu.
FT bukan tak tahu, kewujudan ‘istilah’ tidak semestinya seiring dengan sejarah yang menggambarkan kewujudan ‘istilah’ itu.
Misalnya, apabila disebut “Malaysia” ia adalah satu istilah bagi merujuk kepada negara kita, tetapi ia tidak boleh menggambarkan kewujudan sejarah Tanah Melayu yang lebih awal daripada istilah Malaysia itu sendiri.
Begitu juga istilah Ahli Sunnah Wal-Jamaah, ia hanya satu istilah untuk merujuk kepada manhaj Islam yang sebenar sebagaimana yang dibawa oleh Rasulullah SAW.
Jika tidak kerana wujudnya golongan ahli bid’ah dan sesat seperti Syiah, sudah tentu tidak perlu wujud istilah tertentu untuk merujuk kepada Islam yang asli.
Mungkin cukup sekadar disebut Islam semata-mata sebagaimana yang dinaskan di dalam al-Qur’an dan hadith.
Namun apabila wujudnya golongan yang berpecah keluar daripada gagasan Islam yang sebenar, maka wujudlah istilah untuk membezakan antara Islam yang haq dan Islam yang batil seperti Syiah.
Bertambah-tambah dangkal lagi, apabila FT mengatakan istilah Ahli Sunnah Wal-Jamaah hanya timbul selepas daripada kemunculan dua imam besar Sunni iaitu Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi.
Buat makluman FT dan pengkaji Syiah tegar, istilah Ahli Sunnah Wal-Jamaah buat pertama kali telah digunakan oleh Ibn Abbas, seorang sahabat besar yang juga merupakan sepupu Nabi SAW yang wafat pada tahun 68 hijriyah. (Lihat Tafsir Ibn Kathir, tafsiran ayat 106 surah Ali Imran)
Walau bagaimanapun apabila kita merujuk kepada hadith-hadith Rasulullah SAW begitu banyak sekali ungkapan Baginda supaya berpegang kepada sunnah dan jamaah.
Justeru, andaian FT itu sekadar bertujuan untuk mentohmah kedua-dua imam besar Sunni yang menjadi pengasas kepada mazhab Asya’irah dan Maturidiyyah seolah-olah kedua-dua mereka inilah pembuat bid’ah yang merekayasa istilah Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Betapa dustanya tangan FT menulis seperti itu!
Sebagai ahli akademik, sepatutnya apa yang dikaji oleh FT untuk menilai Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari dan Abu Mansur al-Maturidi adalah pada manhaj yang dibawa menerusi karya-karya mereka.
Barulah boleh disimpulkan maksud di sebalik istilah Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang menjadi popular pada zaman mereka.
Apakah mereka membina mazhab baru atau ia merupakan suatu kesinambungan daripada golongan salafussoleh sebelum mereka.
Apa yang sepatutnya adalah FT mengkaji sejauhmana kesinambungan antara ajaran Syiah dengan Ahlul Bayt?
Hakikatnya, tiada langsung kesinambungan antara Syiah dengan imam-imam Ahlul Bayt. Apakah hujjah Syiah untuk mengatakan kepercayaan mereka hari ini benar-benar berdasarkan Ahlul Bayt?
Al-Kulaini dalam al-Kafi menukilkan dari Muhammad bin al-Hasan bahawa, “Dahulunya para masyayikh mereka meriwayatkan dari Ja’far dan Abi Abdillah, ketika itu taqiyyah amat bersangatan lalu mereka menyembunyikan kitab-kitab mereka dan tidak meriwayatkan daripada mereka, lalu apabila mereka meninggal dunia, kitab-kitab mereka sampai kepada kita, lalu (Muhammad bin al-Hasan) berkata: Riwayatkanlah ia, sesungguhnya ia benar”. (al-Kafi 1/53)
Bukankah hadith Syiah ini pelik, boleh meriwayatkan daripada Ahlul Bayt tanpa perlu kepada sanad yang sahih dan benar-benar sampai kepada Ahlul Bayt.
Oleh sebab itulah, ketika penulis berdialog dengan Syiah Melayu jadian, Kamilzuhairi di Bagan Serai, Kamil mengatakan Syiah tidak memiliki kitab sahih seperti Ahli Sunnah.
Hairan sungguh, bagaimana mereka boleh mendakwa berada di atas kebenaran sedangkan tidak memiliki sanad yang sahih daripada Ahlul Bayt?
Adakah benar mereka itu syiah (pengikut) Ahlul Bayt atau sebenarnya syiah kepada pendusta dan pembohong agama, Abdullah bin Saba’?
Pada halaman 338-339, FT terus membakar sentimen anti Ahli Sunnah Wal-Jamaah dengan menuduh kononnya Ahli Sunnah hanyalah sebuah pakatan yang rapuh.
Keempat-empat mazhab dalam Ahli Sunnah dituduh FT sebagai saling bercakaran antara satu dengan lain hasil daripada pakatan fiqh yang longgar dan saling bertabrakan.
Istilah “pakatan fiqh” sudah cukup menunjukkan FT tidak punya gambaran yang tepat berkenaan mazhab empat.
FT mungkin menyangka keempat-empat mazhab itu terdiri daripada kumpulan yang memiliki ideologi berlainan lalu berpakat menjadi satu pakatan persis pakatan politik.
Padahal keempat-empat mazhab bahkan lebih dari itu (jika ditambah dengan mazhab salaf yang lain termasuk Imam Ja’far al-Sadiq) hanyalah menifestasi daripada kepelbagaian pandangan dalam mereka memahami nas-nas yang tidak muktamad.
Dalam konteks masakini, kepelbagaian mazhab fiqh itu tidak pernah menjadi bebanan kepada umat Sunni malahan ia menjadi khazanah ilmu Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang begitu kaya dan tidak ternilai terutamanya dalam mengeluarkan fatwa berkenaan isu-isu semasa sama ada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.
Hakikatnya banyak lagi yang perlu dipelajari oleh FT tentang perkembangan mazhab Ahli Sunnah.
Namun begitu ada baiknya FT membuka mindanya dengan mengkaji sejarah Syiah sendiri yang penuh dengan perpecahan dalam masalah prinsip seperti yang terkandung dalam buku Firaq al-Syiah karangan ulama Syiah terawal al-Nawbakhti.
Di situ mungkin FT akan terkejut bahawa Syiah bukan sahaja berselisih dalam masalah fiqh bahkan ada pecahan Syiah yang mengatakan Ali itu adalah tuhan!
Berdasarkan kajian cetek FT ini, dia kemudiannya membuat kesimpulan pada halaman 341 supaya penganut Islam meninggalkan Ahli Sunnah dan menggantikannya dengan ajaran sesat Syiah.
Secara akademik, perbezaan yang berlaku antara mazhab, tidak perlu sehingga membuang mazhab yang lain dan menggantikannya dengan yang baru.
Ia seperti perbezaan empat mazhab Sunni yang saling bermaaf-maafan dalam perkara yang diperselisihi dan tidak saling dakwah mendakwah antara satu dengan lain.
Tetapi niat Faisal Tehrani jelas, untuk menjatuhkan Sunni dan menggantikannya dengan Syiah!
Inilah cita-cita puak Syiah dan buktinya jelas kelihatan di Iran, Iraq, Bahrain, Yaman, Syria, Lubnan, Mesir dan lain-lain.
Kesimpulannya, benarlah telahan penulis, Syiah adalah satu ajaran yang hanya akan tertegak di atas keruntuhan Sunni! Pekung Syiah benar-benar terbarai daripada otak pemikiran Mohd Faizal Musa dalam bukunya ini.
Semoga pihak berkuasa sedar dan tidak terus tertidur dibuai mimpi.
Nota Editor: Kisah ini pada asalnya telah dikongsikan di blog Mufakkir-Islami oleh Ustaz Aizam Mas’ud. Semoga ia membantu kita untuk lebih memahami apa itu Syiah.
BACA INI JUGA: Fakta Sejarah Membuktikan Puak Syiah Adalah Munafik Terulung

Kenyataan ini tertulis pada kulit belakang buku FT.

This comment has been removed by the author.
ReplyDelete