Iris Mittenaere, seorang pelajar pergigian berusia 23 tahun dari Perancis telah dimahkotakan gelaran Ratu Universe 2017 di dalam pertandingan ratu cantik tersebut yang diadakan di Filipina.
Iris Mittenaere yang berasal dari bandar Lille utara Perancis berkata, kemenangan beliau akan menjadikan pertandingan ratu cantik tersebut lebih popular di Eropah di samping dapat membantu usaha beliau untuk menyediakan peluang persekolahan kepada kanak-kanak miskin.
Sambil menekup wajahnya dengan tangan akibat terlalu terkejut dan gembira sejurus namanya diumumkan sebagai pemenang, Iris dikalungkan mahkota Ratu Universe tersebut oleh pemenang tahun lepas, Pia Wurtzbach, di dalam acara yang diadakan di Mall of Asia Arena di Manila Bay, Manila.
Ratu Haiti, Raquel Pelissier, 25, yang terselamat semasa kejadian gempa bumi dahsyat yang menimpa Haiti pada tahun 2010 lalu telah dinamakan sebagai pemenang tempat kedua manakala Ratu Colombia, Andrea Tovar, 23, memenangi tempat ketiga.
“Pada saya, Perancis dan Eropah benar-benar memerlukan seorang Ratu Universe,” katanya apabila ditanya dalam satu sidang akhbar selepas acara tersebut tentang bagaimana rakyat Perancis akan menerima berita kemenangan pertama Ratu Universe oleh warga negara itu dalam tempoh 60 tahun.
Pertandingan ratu cantik tidak begitu popular di Perancis berbanding di negara-negara lain di seluruh dunia, namun katanya, “Rakyat Perancis akan menyukainya sekarang dan mereka akan menonton Ratu Universe setiap tahun.”
“Saya amat bangga untuk membawa pulang mahkota ini ke Eropah,” tambahnya lagi.
Menurut Iris Mittenaere lagi, beliau akan fokus memberi bantuan kepada semua kanak-kanak, terutamanya perempuan, untuk mendapatkan pendidikan di sekolah sepanjang tempoh perlantikannya.
BACA INI JUGA: Halima Aden, Remaja Bertudung Peserta Pertandingan Ratu Cantik Miss Minnesota
Sumber: mynewshub