Bagi anda yang mahu mengetahui cara menyemak dan mengetahui lokasi tempat mengundi dalam pilihan raya PRU14 yang akan dijalankan tidak lama lagi, semakan tempat mengundi boleh dilakukan melalui SMS dan juga secara online.
Untuk makluman SEMUA PENGUNDI BERDAFTAR, semakan maklumat terkini oleh isi rumah dimana lokasi pusat mengundian bagi tujuan PRU ke-14 hanya akan bermula secara RASMI pada 16 April 2018.
Wajib Semak lokasi Mengundi
Berikutan Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu yang dikuatkuasakan bagi menghadapi PRU14, pemilih sebaik-baiknya membuat semakan maklumat daftar pemilih bagi memudahkan perancangan pada hari pengundian.
Menurut SPR, sekiranya semakan sudah dibuat dan pemilih sudah mengetahui maklumat Pusat Mengundi serta Tempat Mengundi, maka semakan tidak perlu lagi dibuat di kaunter SPR di Pusat Mengundi pada hari mengundi.
Berikut adalah kaedah dan cara mengetahui dimana lokasi terkini pusat mengundi anda.
Cara Semakan Tempat Mengundi Melalui SMS
Cara yang paling mudah untuk membuat semakan tempat mengundi adalah melalui kaedah SMS dan boleh dilakukan dengan cara-cara berikut:-
1. Taip SPR <jarak> SEMAK <jarak> No I.C (Contoh 85012102018) dan hantar ke 15888
2. Taip SPR <jarak> No I.C (Contoh 85012102018) dan hantar ke 15888
Cara Semakan Lokasi Pemilih Mengundi Secara Online
Anda juga boleh menyemak lokasi tempat pengundian secara online melalui laman web spr.
Caranya sangat mudah;
Anda mungkin akan menghadapi kesukaran untuk mengakses laman web sistem aplikasi semakan lokasi tempat mengundi kerana terlalu ramai pengguna lain sedang mengakses laman web SPR.
Semakan juga boleh dibuat menggunakan aplikasi mudah alih MySPR Semak.
Aplikasi ini boleh dimuat turun dalam Google Play Apps atau Apple Apps secara percuma.
Aplikasi MySPR Semak menyediakan kemudahan untuk menyemak nama calon yang bertanding di sesuatu bahagian pilihan raya dan juga boleh menyemak keputusan pilihan raya.
Selain itu, pemilih berdaftar juga boleh membuat semakan dengan menelefon ke talian hotline 03-88927018 atau menghubungi mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri.
PANDUAN MENDAFTAR SEBAGAI PEMILIH
Bagi anda yang masih lagi belum mendaftar sebagai pengundi untuk melayakkan diri mengundi dalam pilihanraya akan datang, anda boleh mendaftar melalui kaedah ini.
Syarat Daftar Sebagai Pemilih
Cara Pengisian dan Penghantaran Borang A
Borang A yang telah lengkap diisi dalam dua salinan hendaklah disertakan dengan salinan MyKad dan dihantar sendiri ke:
Nota:
BORANG A
Maklumat lanjut mengenai pendafataran secara muat turun Borang A boleh diperolehi dengan menghubungi Ibu Pejabat SPR Putrajaya di talian 03-88856500.
MUAT TURUN: DOWNLOAD BORANG A
Borang A: Individu
Bagi permohonan pendaftaran oleh individu menggunakan Borang A –Siri IW, Bahagian IV akan diisi oleh Penolong Pendaftar Pemilih yang menerima borang tersebut daripada pemohon berkenaan.
Cara mendaftar melalui pejabat pos
Caranya:
Cara Mendaftar Selain Pejabat Pos
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA: Manisfesto PPBM (BERSATU) Dan Ikrar Selamatkan Malaysia
-SENTIASAPANAS.COM

- Klik pautan website spr di pengundi.spr.gov.my
- Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN, contoh; 800808495629
- Masukkan aksara captcha
- Klik Semak
- Maklumat anda akan dipaparkan
- Selesai
Anda mungkin akan menghadapi kesukaran untuk mengakses laman web sistem aplikasi semakan lokasi tempat mengundi kerana terlalu ramai pengguna lain sedang mengakses laman web SPR.
Semakan juga boleh dibuat menggunakan aplikasi mudah alih MySPR Semak.
Aplikasi ini boleh dimuat turun dalam Google Play Apps atau Apple Apps secara percuma.
Aplikasi MySPR Semak menyediakan kemudahan untuk menyemak nama calon yang bertanding di sesuatu bahagian pilihan raya dan juga boleh menyemak keputusan pilihan raya.
Selain itu, pemilih berdaftar juga boleh membuat semakan dengan menelefon ke talian hotline 03-88927018 atau menghubungi mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri.
PANDUAN MENDAFTAR SEBAGAI PEMILIH
Bagi anda yang masih lagi belum mendaftar sebagai pengundi untuk melayakkan diri mengundi dalam pilihanraya akan datang, anda boleh mendaftar melalui kaedah ini.
Syarat Daftar Sebagai Pemilih
- Warganegara Malaysia
- Sudah mencapai umur 21 tahun
- Menetap di mana-mana Bahagian Pilihan Raya di Malaysia
Cara Pengisian dan Penghantaran Borang A
- Sila pilih jenis Borang A sama ada dari Parti Politik atau Wakil Jabatan atau Individu
- Daftar mengikut alamat terkini di JPN
- Pastikan Borang A diisi dengan betul
Borang A yang telah lengkap diisi dalam dua salinan hendaklah disertakan dengan salinan MyKad dan dihantar sendiri ke:
- Ibu Pejabat SPR, Putrajaya (link kepada alamat Ibu Pejabat);
- Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri; atau (link kepada alamat PPN)
- Penolong-Pendaftar Pemilih Yang Dilantik Oleh SPR
Nota:
- Borang A yang telah lengkap diisi TIDAK BOLEH dihantar melalui pos, faks ataupun e-mel.
- Sila kepilkan salinan MyKad semasa menghantar permohonan.
- Simpan satu salinan borang berkenaan sebagai bukti pendaftaran anda.
BORANG A
Maklumat lanjut mengenai pendafataran secara muat turun Borang A boleh diperolehi dengan menghubungi Ibu Pejabat SPR Putrajaya di talian 03-88856500.
MUAT TURUN: DOWNLOAD BORANG A
Borang A: Individu
Bagi permohonan pendaftaran oleh individu menggunakan Borang A –Siri IW, Bahagian IV akan diisi oleh Penolong Pendaftar Pemilih yang menerima borang tersebut daripada pemohon berkenaan.
Cara mendaftar melalui pejabat pos
Caranya:
- Ambil nombor, setelah nombor dipanggil cakap, "Saya nak daftar sebagai pengundi".
- Hulurkan kad pengenalan anda.
- Tidak perlu isi borang, sebab semuanya akan di key-in kedalam komputer oleh staf yang bertugas di kaunter.
- Lepas borang siap diisi kemudian dicetak, anda hanya perlu turunkan tandatangan dan cap jari.
- Siap.
Cara Mendaftar Selain Pejabat Pos
- Pergi sendiri ke pusat-pusat pendaftaran.
- Bawa bersama Kad Pengenalan.
- Pastikan Borang A diisi dengan betul oleh petugas sebelum anda menandatangani borang.
- Simpan satu salinan borang berkenaan sebagai bukti pendaftaran anda.
- Ibu Pejabat SPR Malaysia ,Tingkat Bawah, Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62690 Putrajaya. No. Telefon: 03-88856686
- Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri – Senarai Cawangan Spr
- Pejabat-Pejabat Pos Berkomputer di seluruh Negara
- Kaunter SPR melalui Program Outreach
- Pejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di Luar Negeri – Kln.gov.my
- Senarai Penolong Pendaftar
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA: Manisfesto PPBM (BERSATU) Dan Ikrar Selamatkan Malaysia
-SENTIASAPANAS.COM
Hi. Pendaftaran pengundi baru. Sy tinggal di KL dan nak mengundi di Kuala Lumpur tapi alamat ic Selangor. Mana lebih mudah : Tukar alamat ic di JPN dan daftar mengundi atau daftar mengundi dulu(alamat Selangor)kemudian tukar pusat mengundi. Tq.
ReplyDeleteSebaik-baiknya tuan tanyakan di kaunter, takut nanti ada masalah dengan kedua-dua pilihan :)
Deletemacamana nak daftar..buka yang semakan tu bila masuk aksara x masuk2 pun bahagian daftar...ic betul dah
ReplyDeletePendaftaran secara manual di pejabat. Untuk semakan lokasi pengundian sepatutnya tiada masalah. Selepas masukkan aksara sila skroll ke bawah. :)
Deleteselamat Tegahari,
ReplyDeleteSaya kerja di singapore, saya tinggal di singapore juga, cara macam mana saya boleh daftar? sebab saya kerja. boleh buat melalui online ke?
Tuan/puan kena mendaftar di malaysia juga. Daftar di pejabat pos je lebih mudah :)
DeleteSalam.masih boleh daftar ka skrg atau dh ttup ? Tq
ReplyDeleteWsalam. Rasanya masih boleh mendaftar. Paling senang daftar di pejabat pos. :)
DeleteSkrg masih boleh mendaftar ke
ReplyDeleteBoleh tapi untuk PRU15.
DeletePergi pejabat pos kena bawa IC je ke untuk daftar?
ReplyDeleteYa :)
DeleteKlau sy da pindah ke kampung darat sungai ular,perlu ke sye kmas kini?
ReplyDeleteSbb lokasi sy mengundi kt kuantn,tpi sy tgl kt kg darat sg ular skarang.
Klu perlu kmas kini,mcmn crenye?
Ubah di pejabat pos tapi untuk PRU14 dah terlambat.
DeleteBila last day saya boleh daftar
ReplyDeleteBila-bila masa tapi untuk mengundi PRU14 dah terlambat.
Delete