Tuesday, November 29, 2016

Suri Rumah Jana Pendapatan 11K Sebulan Ajar Anak Kencing Sendiri!


Siapa sangka terdapat pekerjaan yang ‘mengkhususkan’ pengajaran untuk mendidik anak-anak kecil berdikari menggunakan tandas sendiri.

Amanda Jenner

Amanda Jenner dari Bournemouth, England memiliki kebolehan untuk mendidik anak-anak kecil menggunakan tandas dan tidak lagi bergantung kepada lampin pakai buang.

Meskipun pekerjaannya kedengaran aneh, namun siapa sangka pendapatan yang diraih Jenner mampu mencecah 2,060 pound sterling (kira-kira RM11,500) sebulan.

Selain memperoleh pendapatan yang agak lumayan, Jenner juga malah digelar sebagai ‘Toilet Whisperer’ dalam kalangan pelanggannya sendiri.

Difahamkan, ibu kepada tiga cahaya mata ini berpengalaman selama 18 tahun dalam bidang berkenaan telah banyak membantu para ibu bapa yang tidak mahu lagi bergantung kepada lampin pakai buang.

Rata-rata ‘pelanggannya’ terdiri daripada kanak-kanak yang berumur lebih 3 tahun yang tidak pandai menggunakan tandas sendiri malah ada juga yang sudah berumur 9 tahun namun jarang.

“Ibu bapa banyak yang bekerja dan anak diasuh banyak pihak. Tumpuan untuk mengajar anak ke tandas jadi berkurang,” katanya.

Amanda Jenner

Menurut Jenner lagi, dia hanya memerlukan masa selama tiga hari untuk melatih kanak-kanak menggunakan tandas sendiri.

“Setelah tahu rutin kanak-kanak terbabit, barulah saya tahu apa yang perlu dilakukan untuk melatihnya.

"Kebiasaannya ia hanya ambil masa 3 hari sahaja, namun kekadang memerlukan masa lebih lama juga,” jelasnya.

BACA INI JUGA: Dropship Bisnes Tanpa Modal Tapi Untung Lumayan!

Sumber: Mynewshub

2 comments

  1. Assalammualaikum... SP,

    wahhh... lumayan gak kerja nie kan... menjana pendapatan ribuan ringgit melalui khidmat latih kanak2 menggunakan tandas sendiri.

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam mSelim. Jana income dengan cara yang tidak disangka-sangka :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon