Friday, November 04, 2016

Sharp Z2 Dan Sharp M1 Smartphone Pertama SHARP Di Malaysia


COMMTIVA Technology, pengedar produk komunikasi tanpa wayar dengan kerjasama Sharp, memperkenalkan dua model telefon pintar segmen pertengahan iaitu Sharp Z2 dan Sharp M1 pertama di Malaysia.

Sharp Z2 dan Sharp M1

Pengarah Jualan Comtiva Technology Malaysia, James Lowerence berkata, kerjasama dengan Sharp adalah usaha dalam memenuhi permintaan bagi telefon pintar yang semakin mendapat sambutan.

“Rantau Asia Tenggara mempunyai populasi tinggi dengan peratusan pemilikan telefon pintar yang banyak, sekali gus menjadikan ia pasaran terbaik bagi produk terbaru kami,” katanya pada majlis pelancaran telefon pintar Sharp Z2 dan Sharp M1.

Sharp Z2 dikuasakan dengan cip pemproses MediaTek Helio X20 dengan kelebihan Tri-Cluster CPU serta penggunaan kuasa 30 peratus lebih rendah bagi keselesaan pengguna dan pemproses Deca Core dan Quad Core 1.4GHz.

Lebih menarik, Sharp Z2 turut dilengkapi teknologi mengecas bateri sehingga 50 peratus dalam masa 30 minit untuk kapasiti bateri berkuasa 3,000 mAh serta kamera 16 megapiksel (MP) dan fungsi dual kad sim dengan mikro SD.

Sementara itu, model Sharp M1 yang menggunakan pemproses 1.3GHz Octa Core ditumpukan kepada penggunaan selfie.

Kedua-dua kamera pada bahagian hadapan dan belakangnya mempunyai kamera 13 MP selain dilengkapi dengan rakaman sudut luas bagi rakaman swafoto bersama rakan-rakan, manakala bahagian belakangnya kaca berkilat dengan bucu melengkung.

Sharp Z2 boleh didapati di pasaran pada harga RM1,199 dengan dua pilihan warna emas dan perak manakala M1 dijual pada harga RM899 dengan pilihan putih dan merah jambu.

BACA INI JUGA: 7 Smartphone Alternatif Kepada Samsung Galaxy Note 7

Sumber: SH

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon