Mengikut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), dianggarkan sebanyak enam hingga sepuluh peratus bersamaan USD35 bilion ubat-ubatan di pasaran dunia adalah tiruan.
Mengikut kajian yang dilakukan di Malaysia pula, ubat-ubatan yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia ((KKM), sebenarnya adalah pembunuh senyap waktu ini.
Melalui laporan akhbar mahupun media sosial kini, banyak kes-kes mangsa yang sengsara disebabkan ubatan-ubatan tiruan ini.
Sebenarnya, segala jenis yang dikategorikan sebagai ubat seharusnya mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan terlebih dahulu sebelum boleh dipasarkan di Malaysia.
Ini adalah sebahagian dari prosedur kerajaan Malaysia untuk mengawal ubat-ubatan tiruan dan juga berbahaya.
Sesetengah orang menganggap, ubat-ubat yang telah mendapat kelulusan luar negara sudah tidak perlu mendapat kelulusan KKM.
Malaysia mempunyai standard atau sukatan dos tersendiri sebelum ubat-ubat itu dibenarkan untuk dijual.
Disebabkan itu, ubat-ubat yang hendak dijual perlu melalui ujian KKM sebelum boleh di daftarkan.
Cara Mengetahui Ubat Yang Mendapat Kelulusan
Setiap produk yang telah mendapat kelulusan akan mempunyai nombor pendaftaran dan hologram yang berkilat.
Nombor pendaftaran ubat bermula dengan huruf MAL dan diikuti lapan digit nombor dan dihujungnya terdapat satu huruf yang mewakili jenis ubat.
Contoh ubat berdaftar:
MAL12345678T
Dan walaupun ubat-ubatan telah mendapat kelulusan, pemantauan akan tetap dijalankan oleh pihak farmasi.
Pihak farmasi akan mengambil sampel ubat-ubat itu secara rawak dimana-mana kedai dan akan membuat ujian secara berkala.
Adakalanya pengeluar ubat setelah mendapat kelulusan, akan membuat penambahan dos pada ubat. Disebabkan itulah pemantauan akan sentiasa dilakukan.
Cara Mengetahui Pendaftaran Palsu Produk
Ramai yang mengaku produk mereka telah didaftar dan mendapat kelulusan KKM.
Apabila diminta nombor pendaftaran, mereka akan memberikan nombor KKMxxxx/xxx/xx/ yang sebenarnya adalah nombor rujukan, bukan kelulusan!
Nombor kelulusan mesti bermula dengan MAL dan mempunyai pelekat hologram.
Disebabkan itu pembeli perlu berhati-hati dengan keadaan ini. Ramai yang tertipu.
Ubat tidak berdaftar ini walaupun menjadi dan berkesan tapi tidak diketahui sejauh mana bahayanya untuk jangka masa panjang.
Sildenefil Ubat Kuat Lelaki
Sebagai contoh, ubat kuat. Dalam ubat kuat semestinya mempunyai satu campuran yang dinamakan sildenefil.
Bahan ini bukanlah tidak boleh diambil tetapi ia perlu diambil dalam sukatan yang diperlukan oleh badan.
Selain itu, ia juga perlu mendapat nasihat daripada doktor terlebih dahulu.
Sildenefil juga tidak boleh sekali-kali dicampurkan dengan bahan tradisional.
Pengambilan tanpa mengikut sukatan serta keperluan badan juga boleh membawa kepada masalah mati pucuk, buta warna dan juga kerosakan kepada alat kelamin.
Bahaya Produk Kecantikan Memutihkan Kulit
Di dalam wajah kita terdapat sejenis sel yang dinamakan sel melanin yang berfungsi menahan sinaran matahari secara semulajadi.
Selain itu, sel melanin juga melindungi kulit wajah daripada sinaran UV.
Sel melanin ini pula akan menjadi gelap selepas selalu terdedah kepada sinaran cahaya matahari.
Dalam bahan kosmetik kini, terdapat bahan yang dinamakan hydroquinone yang tujuannya untuk mematikan sel melanin tadi.
Apabila sel melanin mati, wajah akan menjadi putih, tetapi kulit muka akan menjadi terlalu sensitif.
Apabila terkena cahaya matahari, wajah akan mengelupas dan menjadi merah. Kulit muka juga menjadi tidak tahan panas.
Semua faktor diatas disebabkan adanya campuran bahan yang berlebihan.
Sama juga dengan penggunaan merkuri dalam produk pemutih, penggunaan merkuri memang mempercepatkan pemutihan pada wajah tetapi kesannya sangat berbahaya!
Penggunaan merkuri boleh menyebabkan kanser kulit!
Beli Produk Yang Mendapat Kelulusan KKM
Sebagai pembeli, anda seharusnya tahu ubat itu berdaftar atau tidak dan jangan sekali-kali membeli ubat yang tidak berdaftar.
Ubat dan produk mungkin kesannya tidak nampak dalam masa terdekat tapi untuk jangka masa panjang, ia membawa mudarat kepada badan lalu membawa padah sehingga ke akhir hayat.
Jadi, pastikan ubat-ubatan yang anda beli mempunyai nombor kelulusan pendaftaran dan hologram yang berkilat.
Mintalah pendapat pakar sebelum menggunakan sebarang produk dan jangan terlalu teruja dengan apa yang anda lihat!
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA: Apa Perbezaan 'Baik Sebelum' Dan 'Guna Sebelum' Pada Label?
-SENTIASAPANAS.COM

- Huruf T mewakili ubat tradisional
- Huruf A mewakili ubat terkawal
- Huruf x mewakili untuk vitamin
- Huruf N mewakili untuk supplement