Saturday, November 19, 2016

Kenali Sahabat Toksik Dan Selamatkan Diri Anda


Apakah yang dimaksudkan dengan sahabat toksik? Bagaimana anda boleh tahu anda sedang berada disekitar sahabat toksik? Dan paling penting, apa yang anda harus buat mengenainya?

Sahabat+Sejati
Sahabat sejati.

Secara mudah, sahabat toksik boleh didefinisikan sebagai sahabat yang mempunyai tingkah laku yang sangat tidak menyenangkan, dan meracuni kepada orang-orang di sekeliling mereka.

Dalam erti kata lain, mereka sama sekali tidak positif ke atas kehidupan orang lain.

Mereka akan buat segala-galanya nampak teruk, tidak pernah berpuas hati walaupun sebeberapa banyak kita usahakan.

Bahaya sebenar orang sebegini adalah kepakaran mereka memanipulasi keadaan, membuatkan anda rasa bersalah, dan seolah-olah anda berhutang sesuatu kepada mereka.

Mereka memerangkap anda secara psikologi. Mereka juga berterusan mengambil sesuatu daripada anda.

Atau berterusan melakukan sesuatu yang menyakitkan anda, kemudian mengatakan mereka lakukan semua itu hanyalah untuk anda.

Sahabat toksik boleh dijumpai di mana-mana. Di sekitar kejiranan, tempat kerja malah juga keluarga.

Malah, hampir semua orang dikelilingi orang sebegini.

Semakin anda dewasa, anda akan menemui semakin banyak orang-orang sebegini masuk ke dalam kehidupan anda..

Kita mungkin tidak boleh mengubah mereka, tetapi kita boleh ubah cara kita berurusan dengan mereka.

Terdapat beberapa perkara orang toksik lakukan untuk memanipulasi keadaan demi kepentingan mereka.

Mengetahui bagaimana jenis-jenis kelakuan mereka akan membantu anda untuk menyelamatkan diri dari dimanipulasi secara berterusan.

1. Mereka selesa berbohong

Pertama sekali, selalunya sahabat toksik suka untuk menipu.

Mereka suka membelit dan mereka-reka cerita dalam segala hal. Jalan cerita mereka selalu menyimpang jauh, menyorok maklumat atau berbohong secara direct.

Mereka selesa untuk menipu secara kecil-kecilan, sehingga anda tidak tahu apa yang betul dan apa yang salah mengenai setiap kata yang keluar dari mulut mereka.

Dan apa yang paling bahaya, mereka menyembunyikan kebohongan mereka disebalik kata-kata manis dan nampak menyakinkan sehingga kita tidak berasa syak.

2. Mereka pakar memanipulasi keadaan

Anda akan rasa hanya anda yang bersungguh-sungguh untuk berkawan dengan mereka.

Sahabat toksik bijak membuatkan anda rasa berhutang sesuatu dengan mereka, dan berterusan mengambil kesempatan terhadap anda.

Mereka tidak pernah ambil peduli tentang apa perasaan anda.

Mereka hanya mengambil berat tentang perasaan mereka, apa yang mereka mahu lakukan, apa mereka perlukan, dan bahagia memanipulasi anda untuk memastikan hajat mereka dipenuhi.

Dalam persahabatan, ini mungkin dengan:
  • Meminta anda untuk menjaga anak-anak mereka walaupun ia bukan mudah untuk anda.
  • Memaksa anda untuk menukar rancangan untuk bertemu dengan mereka.
  • Membuatkan anda down dengan mengkritik penampilan, personaliti atau kemahiran anda.

Dan pelbagai lagi.

3. Projecting perasaan mereka ke dalam anda

Sahabat toksik tidak mengaku apa yang mereka rasa, sebaliknya mereka berkelakuan seolah-olah anda yang sedang mengalaminya.

Perkara ini dipanggil projecting. Mereka memancarkan perasaan mereka terhadap diri anda.

Sebagai contoh, dia rasa cemburu tapi tidak mengakuinya. Malah menuduh anda pula yang cemburu terhadapnya.

Ia mungkin kedengaran lembut seperti, “awak OK ke ni?” atau lebih terarah, “kenapa awak marah pada saya?” atau “saya tengok anda moody je ni.”

Anda akan berterus-terusan mempertahan diri anda (sebab anda memang tak rasa macam itu) dan perkara ini akan berulang-ulang.

Anda kena perlu jelas tentang perkara ini.

Jika anda berasa seolah-olah anda telah mempertahankan diri anda terlalu banyak kali terhadap tuduhan dan soalan yang tidak berasas, anda mungkin telah di projecting.

4. Mereka selalu penuh dengan drama

Kepada anda yang lurus, anda hanya akan nampak seolah-olah orang-orang sebegini selalu bernasib malang.

Mereka ditipu, rumah mereka dimasuki pencuri, dompet mereka hilang. Hidup mereka kelihatan selalu ditimpa masalah.

Benarkah begitu?

Atau mereka memperbesar-besarkan cerita untuk menarik perhatian dan meraih simpati?

Mungkin perkara itu benar-benar berlaku, tetapi ia tidak perlulah terlalu dramatik.

Apa pun alasannya, anda sering akan mendapati bahawa seseorang toksik hidup penuh dengan drama, dan sentiasa berlebih-lebihan dalam menghadapi pengalaman negatif yang menimpa mereka.

Menggunakan nasib malang mereka untuk menarik perhatian anda kepada mereka.

5. Selalu membuat anda dilemma

Sahabat toksik menggunakan rasa bersalah untuk mengawal persahabatan.

Mereka kerap akan meletakkan anda dalam kedudukan di mana anda perlu memilih di antara mereka dan sesuatu yang lain – dan anda akan sentiasa terasa wajib memilih mereka.

Mereka pakar membuatkan anda rasa kasihan terhadap mereka.

Lakonan mereka licik seperti layak untuk memenangi anugerah Oscar.

Orang sebegini akan menunggu anda mempunyai sesuatu komitmen dan akan memulakan drama.

“Kalau awak betul ikhlas berkawan dengan saya, awak jangan balik kampung cuti ni”

Rasa bersalah memainkan peranan besar dalam hal ini. Manusia normal, pasti rasa amat tidak selesa diselubungi rasa bersalah. Anda rasa berdosa bila tidak membantu mereka.

Tetapi malangnya, perasaan ini akan menjerat anda nanti.

Masalah ini tidak akan pernah berhenti. Kita tiada kebebasan untuk menentukan halatuju kita sendiri.

6. Mereka tidak pernah mengaku salah

Selalunya mereka sukar meminta maaf. Sebelum mereka sesekali mengatakan maaf, mereka terlebih dahulu akan berbohong, memutarbelit cerita.

Mereka mengubah bagaimana sesuatu itu berlaku dan menceritakan semula ia dengan begitu meyakinkan bahawa mereka tidak salah 100%

Seboleh-bolehnya mereka akan melibatkan orang lain.

Mereka mahu anda berasa bersalah kerana menyalahkan mereka.

Jangan mengalah dengan kebenaran pada anda, tetapi jangan meneruskan perdebatan dengan mereka.

Percayalah mereka lebih handal memutarbelit keadaan. Just move forward.

Sesetengah hanya mahu menang dan tiada gunanya anda melayan orang sebegini.

7. Mereka sukakan melemahkan semangat anda

Mereka akan mencari sebab berita baik anda bukan sesuatu yang bagus.

Sebagai contoh:
Bila anda berjaya menamatkan pengajian dan grad, mereka akan berkata “jangan gembira sangat, kerja belum tentu ada untuk course ni”

Bila anda berjaya mendapat kerja, mereka akan berkata “gaji tak berbaloi dengan kerja kau buat ni”

Bila anda mahu berkahwin, mereka akan berkata “cukup ke nanti duit kau untuk tanggung anak bini nanti”

Anda nampak coraknya disini.

Mereka sentiasa cuba untuk membuatkan anda ragu-ragu dan down.

Jangan biar mereka memperkecilkan anda. Lagipun anda tidak perlukan pendapat mereka juga.

8. Mereka selalu meninggalkan perbualan tergantung

Mereka tidak menjawab mesej anda. Mereka tidak melayan panggilan telefon.

Anda akan tertanya-tanya dan kerap berteka-teki dengan mereka, andakah urusan anda dengan dia sudah selesai? Anda tak tahu mereka masih hidup atau sudah mati.

Mereka muncul bila memerlukan anda – kemudian offline (tanpa menjawab pertanyaan anda).

Perkara ini berlaku berulang-ulang sehingga anda berasa jenuh dengan mereka.

Sahabat yang benar-benar mengambil berat tentang anda tidak akan pernah membuat anda seperti sampah. Mereka akan cuba mengakhiri perbualan dengan baik.

Perkara sebaliknya berlaku jika mereka memerlukan anda.

9. Mereka menggunakan perkataan lembut dalam nada yang makan dalam

Mesej yang disampaikan mungkin nampak murni, tetapi disampaikan dalam nada yang membawa maksud lain.

“Kau buat apa hari ni” boleh membawa pelbagai maksud bergantung kepada bagaimana ia diucapkan.

Untunglah naik gaji.. kerja “rilek-rilek” pun gaji banyak..

Ayat sinis sudah menjadi amalan mereka. Mereka gemar membuat ayat makan dalam agar kita berasa bersalah atau kecil hati.

Malah bila kita bertanya mengapa mereka bercakap sebegitu, mereka akan menyerang kita dengan mempersoalkan pula mengapa kita ‘terlebih sensitif’, kenapa kita nak marah – seolah-olah kitalah yang mencetuskan pertengkaran.

10. Bercakap benda yang tiada kaitan

Mereka selalu mengungkit benda yang telah lepas.

Apabila ada pertikaian dan anda cuba untuk menyelesaikan, sahabat toksik akan membawa point yang tidak relevan daripada peristiwa-peristiwa yang lalu.

Masalah yang akan timbul adalah anda akan sibuk pula mempertahankan diri untuk sesuatu yang sudah selesai pada enam bulan lepas, dan bukannya dapat fokus menyelesaikan isu yang sedang berada ditangan.

Selalunya, ia akan berakhir seolah-olah kitalah yang jahat terhadap mereka.

11. Mereka suka memperbesar-besarkan dan meyalahkan orang lain

“Kau selalu buat macam ni…”

“Kau tak pernah nak faham aku…”

Sukar untuk mempertahankan diri dalam bentuk manipulasi sebegini. Orang toksik selalu mengambil perkara kecil untuk diperbesarkan untuk membuktikan kelemahan anda.

Apa yang diungkapkan mereka, seolah-olah kita yang salah dan membuatkan mereka bersedih.

Mereka sering menyalahkan orang lain terhadap masalah yang mereka lakukan. It’s always someone else’s fault. Malah anda juga akan dipersalahkan.

12. Mereka suka menilai

Kita semua membuat kesilapan kadang-kadang, tetapi orang toksik akan ambil perkara itu sebagai sesuatu yang sensasi.

Mereka akan membuat kita rasa sentiasa diperhatikan.

Mereka akan bersikap judgemental dan menjatuhkan harga diri anda dengan menunjukkan anda lemah kerana telah membuat kesilapan.

Tidak salah melakukan kesilapan. Ia adalah sebahagian daripada proses pembelajaran dalam hidup.

Jadi mengapa kita harus membiarkan orang lain menilai kita?

13. Hanya mengambil dan jarang memberi

Sahabat toksik selalu mengambil.

Anda ibarat ‘pokok pinjaman’ dan mereka adalah ‘pemetik’. Harta anda adalah harta mereka. Segalanya mereka mahu pakai, dari sebesar kereta, pakaian, wang dan sehinggalah masa anda yang berharga.

Apabila mereka membuat panggilan atau whatsapp, mereka mengharapkan anda memberi respons serta-merta. Jika tidak, inbox anda akan dibanjiri mesej agar menjawab mereka.

Apabila tiba giliran anda untuk memerlukan bantuan, jangan berharap kepada rakan toksik untuk bertindak balas. They won’t.

Apa yang anda perlukan, tidak sepenting apa yang mereka buat pada waktu tersebut.

Anda akan diberi pelbagai alasan (yang direka-reka) dan anda mesti faham.

Hanya masalah mereka yang lebih penting berbanding masalah anda.

Dapat?

Anda tidak mahu bersahabat tapi pada masa yang sama rasa terperangkap..

Toksik sinonim dengan racun, maut dan tidak sihat.

Sudah menjadi sunnatullah, badan kita tidak boleh menerima elemen-elemen beracun kerana ia akan menjejaskan tubuh kita.

Dalam kes ini, ia akan merosakkan jiwa kita.

Kaedah terbaik adalah mengurangkan perhubungan dengan mereka. Jangan rasa bersalah dan teguhkan hati. Cintai diri sendiri dahulu sebelum mencintai orang lain.

Dari Abu Musa Asy-Asy’ari, Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya, Perumpamaan Teman yang Baik dan Teman yang Buruk, adalah Seperti Penjual Minyak Wangi dan Tukang Pandai Besi.

Seorang Penjual Minyak Wangi akan memberi kamu Minyak, atau kamu Membelinya, atau kamu mendapati Bau yang Harum darinya.

Sedangkan Pandai Besi, maka bisa jadi akan Membakar bajumu dan bisa pula engkau mendapati darinya Bau yang Busuk”. (HR. Muttafaq ‘Alaih).

Adakah hidup anda sekarang ini wujud sahabat yang bersifat toksik sebegini?

Kongsikan pada ruangan komen dibawah bagaimana anda berhadapan dengan mereka.

BACA INI JUGA: Kisah Sahabat Nabi Yang 'Ditakuti' Doanya

Sumber: Akuislam

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon