Friday, November 25, 2016

Israel Terbakar Selepas Larang Azan Di Palestin?


Selepas dilanda kebakaran yang hampir memusnahkan sebahagian besar penempatan haram yahudi, rejim pengganas ini terpaksa ‘tebal muka’ meminta bantuan negara jiran untuk menangani krisis kebakaran hutan yang kini berlarutan beberapa hari.

Israel Dijilat Api

Perkara itu disuarakan oleh Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu dan Menteri Keselamatan Awam, Gilad Erdan susulan rejim Zionis meminta negara luar untuk menghantar pesawat pengebom air bagi memadamkan kebakaran.

Cyprus, Rusia, Itali, Croatia dan Greece antara beberapa buah negara asing yang menghulurkan bantuan untuk memadamkan kebakaran sebelum Turki melakukan perkara sama.

Ramalan cuaca pada hari ini menunjukkan angin kencang bakal memburukkan lagi kebakaran untuk merebak ke kawasan yang lebih luas.

Pesawat milik polis Israel setakat Rabu cuba memadamkan berpuluh-puluh kawasan yang dimamah api tetapi keadaan dijangka lebih buruk susulan ramalan cuaca itu, sekali gus melangkaui keupayaan rejim Zionis menangani krisis tersebut.

Antara kawasan yang terjejas teruk termasuk kawasan penempatan haram Yahudi di Nataf selain kawasan Karkom berdekatan Tiberias.

Sejumlah besar rumah pendatang dilaporkan musnah dalam kebakaran itu tetapi tiada kemalangan jiwa direkodkan setakat ini.

Dalam perkembangan lain, Netanyahu menuduh penduduk Palestin sebagai dalang memulakan kebakaran tersebut dan berikrar untuk memburu pihak yang terlibat.

Difahamkan, empat penduduk Palestin ditahan di Baitulmaqdis berhubung dakwaan melakukan kebakaran tersebut tetapi kemudiannya dibebaskan kerana kekurangan bukti.

Sebahagian penduduk terperangkap di kediaman mereka, manakala pihak tentera terpaksa mengerahkan askar simpanan untuk membantu menangani bencana itu yang masuk hari ketiga semalam. Pihak berkuasa Israel mendakwa bahawa kebakaran itu dilakukan dengan sengaja.

Jurucakap Dewan Bandar Raya Haifa, Or Doron berkata, seramai 50,000 daripada sekitar 250,000 penduduk Haifa telah dipindahkan.

Jurucakap polis Israel, Micky Rosenfeld pula memberitahu, penduduk di lapan kejiranan telah diarahkan berpindah ekoran enam kejadian kebakaran ber­asingan.

“Sebanyak empat pusat penempatan sementara telah didirikan bagi menempatkan mereka,” katanya.

Beberapa penduduk berkata, mereka bertungkus-lumus untuk memindahkan golongan warga emas ke kawasan selamat.

“Kebakaran ini tidak dapat dikawal lagi dan merebak dari rumah ke rumah,” kata ketua operasi menyelamat di kejiranan Carmel, Naftali Rottenberg.

Seorang penduduk Haifa, Yael Hame memberitahu bahawa situasi kini amat menakutkan selepas dia melarikan diri dari rumahnya.

“Kebakaran ini menelan ba­ngunan pencakar langit. Api menjulang setinggi bangunan 20 tingkat,” katanya.

Menurutnya, kebakaran itu lebih berbahaya daripada bencana serupa pada 2010 di Haifa yang mengorbankan 44 orang sekali gus kebakaran paling dahsyat dalam sejarah Israel.

Agensi kaji cuaca Israel pula meramalkan kebakaran hutan kali ini akan berterusan selama beberapa hari lagi.

Israel dilanda banyak kebakaran hutan sejak beberapa hari lalu akibat musim luruh yang kering dan tiupan angin kuat. Selain Haifa, kebakaran belukar berlaku di serata negara Yahudi itu. -mStar

Hashtag ‘Israel Terbakar’ Trending Di Media Sosial Arab

Israel Terbakar

Hashtag ‘Israelburning‘ (Israel terbakar) telah menduduki tangga teratas media sosial khususnya laman Twitter dalam kalangan netizen Arab.

Rata-rata warga Arab dikatakan bersorak gembira atas insiden krisis kebakaran hutan yang kini sedang membelenggu negara haram Yahudi tersebut.

Mereka menganggap kebakaran itu adalah balasan Tuhan kerana Israel baru-baru ini telah melarang laungan azan di masjid-masjid di Palestin.

“Kerana Israel melarang azan, mereka terbakar. Allah Maha Besar,” tulis Ketua Keamanan Umum di Dubai, Dhani Khalfan Tamim.

“Israel terbakar hebat hingga meminta sekutunya untuk membantu. Hal ini terjadi setelah Israel melarang azan di masjid-masjid Palestin yang dirampas (Semoga Palestina merdeka),” tulis Imam Kuwait, Al-Afasy.

Sementara itu, pelbagai meme dan video memerli kebakaran di Israel itu turut tersebar menjadi viral.

Setakat ini, punca kebakaran aneh itu tidak diketahui sehingga menjadi misteri bagaimana ia boleh berlaku.

Namun, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu percaya kebakaran ini berpunca konon akibat perbuatan pengganas dan berjanji untuk memburu pihak yang terlibat.

Sementara itu, puluhan ribu penduduk Yahudi di bandar Haifa telah dipindahkan susulan krisis kebakaran itu. -Mynewshub

Azan di Masjid al-Ibrahimi dilarang 45 kali pada Februari

Israelburning

Pihak berkuasa Israel sebelum ini melarang azan berkumandang di Masjid al-Ibrahimi al-Khalil sebanyak 45 kali pada Februari lalu kerana mendakwa ia mengganggu penduduk Yahudi.

Sumber tempatan mendedahkan bahawa tentera Israel menghalang mereka yang bertanggungjawab untuk azan daripada memasuki ruang di dalam masjid.

Malah, tentera Israel turut menempatkan tentera mereka di persekitaran masjid serta berterusan mengganggu rakyat Palestin yang cuba memasuki laman suci umat Islam itu. -PK

BACA INI JUGA: Kebencian Hitler Terhadap Yahudi Mungkin Ada Benarnya

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon