Kejayaan Donald Trump menuju ke puncak kuasa White House sebenarnya pernah diramal lebih 16 tahun lalu, dan peramal itu ialah siri animasi popular The Simpsons.
Ramalan mengenai kisah jutawan hartanah terkenal itu muncul dalam salah satu episod kartun tersebut yang berjudul Bart to the Future yang ditayangkan kebanyakan stesen televisyen Amerika Syarikat (AS) pada awal 2000.
Menerusi episod tersebut, Lisa Simpson, anak kedua Homer, digambarkan sebagai presiden yang duduk di ruang Oval, tempat ketua negara AS itu bekerja dan dikelilingi ramai penasihat berbincang serius mengenai Trump.
“Kami mewarisi banyak kekacauan daripada Presiden Trump. Berapa buruk keadaannya, Milhouse Van Houten?” soal Lisa kepada setiausahanya dalam salah satu siri 11 episod itu menggambarkan suasana politik AS pada 2030.
Trump, 70, mewakili parti Republikan disahkan berjaya menewaskan pencabarnya, Hillary Clinton dari parti Demokrat pada pilihan raya sengit untuk menjadi presiden ke-45 menggantikan Barack Obama.
Bilionaire tersebut meraih 289 undi electoral college atau kumpulan perwakilan setempat mengatasi Clinton, 69, yang cukup popular menerusi jaringan media sosial tetapi jauh ketinggalan dengan hanya mampu peroleh 218 undi.
Ramai peminat siri kartun berkenaan yang disaksikan purata 15 juta penonton, menyifatkan watak imaginasi Lisa tersebut merujuk kepada imej Clinton sendiri sebagai wanita pertama dipilih menjadi presiden AS.
Selain kisah lucu mengenai Trump, siri The Simpsons yang mula ke udara sejak 1989, pernah meramalkan banyak insiden besar antaranya wabak maut ebola, serangan pengganas 11 September dan kejatuhan harga minyak global.
Dan Greaney, penulis naskhah animasi yang juga menulis skrip beberapa episod The Simpson termasuk versi ruang Oval itu pada Mac lalu pernah berkata kepada The Hollywood Reporter, “Ini merupakan peringatan bagi AS.”
Secara kebetulan pada bulan lalu, pencipta siri The Simpsons, Matt Groening diwawancara akhbar berpengaruh Britain, The Guardian dan membicarakan kisah di sebalik episod yang memaparkan penampilan Trump tersebut.
“Kami berjenaka menganggarkan beliau mungkin menjadi presiden AS pada 2000 kelak, tentu sahaja ketika itu Trump menjadi salah satu nama untuk bahan gurauan kami yang paling bagus pada waktu berkenaan,” ujarnya.
Bagaimanapun siapa sangka, 16 tahun setelah episod The Simpson itu disiarkan, Trump yang juga calon presiden AS paling tua dalam sejarah benar-benar menjadi pemimpin kuasa besar dunia tersebut!
BACA INI JUGA: Garfield Kini Berusia 38 Tahun Pada 2016!
Sumber: Mynewshub