Friday, November 11, 2016

Buah Cerbera Odollam Tersenarai Tumbuhan Paling Beracun Di Dunia!


Pasti ramai yang pernah tengok tanaman ini, namun mungkin ada yang belum tahu buah ini telah disenaraikan sebagai antara buah yang paling berbahaya.

Cerbera odollam

Sebelum diterangkan lebih lanjut kesan negatifnya bagi yang belum pernah mengenali tumbuhan ini nama saintifiknya adalah Cerbera odollam.

Namun ada juga memanggilnya pokok ping-pong, buta-buta, sea mango, bintaro atau nyan di Asia Tenggara. Namun ada satu panggilan yang paling popular terutama di kalangan orang-orang tua iaitu pokok racun tikus. Ini kerana masyarakat di Malaysia gemar menggunakan buahnya untuk menghapuskan tikus di kediaman mereka.

Cerbera odollam

Tumbuhan ini mempunyai bunga putih dengan mata kuning. Bunganya berbau agak wangi serta batangnya berwarna kelabu. Buahnya berbentuk bulat sepeti bola, berwarna hijau semasa muda.

Sebaik sahaja buahnya terdedah kepada udara, tempurung putih akan bertukar menjadi ungu, ungu gelap dan akhirnya perang atau hitam. Keseluruhannya pokok ini mengeluarkan susu putih seakan-akan susu getah.

Getah dan bijinya mengandungi racun

Merupakan buah yang mengandungi toksid yang tinggi terutamanya pada bijinya dan menduduki tangga keempat tumbuhan yang paling merbahaya di dunia.

Isirung Cerbera odollam mengandungi cerbein iaitu sejenis toksik yang berkait dengan digoxin, racun yang terdapat pada foxglove atau pokok maharani.

Ia menghasilkan racun yang berbisa dan amat berbahaya jika termakan akibat tidak tahu kandungannya.

Cerbera odollam

Racun ini bertindak menghalang pengedaran ion kalsium pada saluran jantung, menyebabkan gangguan pada degupan jantung.

Dalam tempoh sejam, sekiranya seseorang termakan buahnya, gejala berikut akan kelihatan.

Ia akan menyebabkan;
  • Loya
  • Muntah
  • Mengantuk
  • Denyutan jantung menjadi lemah
  • Keletihan
  • Sakit perut
  • Anak mata mengembang

Sekiranya tidak diberi rawatan dengan segera, sawan dan koma akan terjadi. Pada keadaan tertentu ianya boleh menyebabkan kematian.

Selain dari itu, daunnya juga mampu memberi kesan pada sistem saraf pusat.

Di sebalik racun dan kesan negatif yang dihasilkan oleh tumbuhan ini, ianya juga banyak digunakan dalam perubatan tradisional. Kulit kayu, daun dan minyak bijinya digunakan sebagai ubatan asli.

Cerbera odollam

Di India dan Thailand, batang, daun dan getah pokokya dijadikan sebagai ubat pencuci perut.

Di Indonesia, minyak yang diperolehi dari bijinya digunakan untuk mengubat gatal-gatal kulit dan untuk sapuan di anggota badan bagi menghilangkan sejuk.

Di Malaysia, buahnya yang segar digosok di bahagian kaki untuk reumatism.

Manakala di Brunei, air rebusan daunnya yang dicampur dengan daun-daun herba yang lain dijadikan mandian bagi wanita selepas bersalin.

Tumbuhan ini juga boleh digunakan untuk membuat deodoran dan racun serangga.

BACA INI JUGA: Tumbuhan Hiasan Yang Sebenarnya Berbahaya!

Sumber: Impiana

2 comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon