Wednesday, October 26, 2016

Sahi Tayurak, Nenek Dipercayai Berusia 130 Tahun Ada 450 Cucu!


Seorang wanita Turki berusia 97 tahun dari Diyarbakir, tenggara negara Islam itu mendakwa mempunyai 450 cucu hasil tiga perkahwinan.

Sahi Tayurak

Bagaimanapun, dalam wawancara dengan akhbar Hurriyet, anggota keluarganya pula berkata, wanita itu sebenarnya berusia 130 tahun.

Menurut mereka, jumlah cucu yang dimiliki Sahi Tayurak itu berdasarkan bancian tiga tahun lalu.

Jika benar dakwaan itu, Sahi ialah wanita tertua di dunia.

Anaknya, Telliye, 90, berkata, kad pengenalan ibunya menunjukkan dia dilahirkan pada 1919 tetapi percaya ia silap kerana Telliye sendiri dilahirkan pada 1926.

Berdasarkan itu, kata Telliye, keluarganya menganggarkan Sahi berumur 130 tahun,

“Saya selalu berasa sayu apabila berbual dengan ibu mengenai masa lalunya. Dia menceritakan pengalaman hidupnya yang miskin sehingga tidak mampu membeli baju atau kasut.

“Untuk mengira jumlah keseluruhan cucunya, saya menghubungi semua adik-beradik, sepupu, anak saudara dan cucu,” katanya.

Sahi Tayurak

Sementara itu, keluarga Sahi berkata, dia cuma menjalani satu pembedahan sepanjang hidupnya untuk membuang batu karang dari hempedu.

Mereka turut mendakwa Sahi menjalani imbasan tulang 15 tahun lalu yang menunjukkan usianya kini 97 tahun. Mereka kini mahukan Sahi menjalani satu lagi pemeriksaan untuk mengetahui usia sebenarnya.

Sahi kini tinggal dengan seorang anak lelakinya di Sur – antara kawasan paling bergolak sejak setahun lalu kerana pertempuran antara pasukan keselamatan Turki dan Parti Pekerja Kurdistan (PKK).

BACA INI JUGA: 3 Biji Telur Mentah Sehari, Rahsia Umur Panjang 116 Tahun!

Sumber: Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon