Setelah saudara Nabi Yusuf pulang dan mengatakan bahawa Yusuf telah dimakan serigala dengan membawa bajunya yang berlumuran darah, Nabi Ya’qub merasa sangat sedih.
Demikian sangat kesedihannya sehingga selalu menangis hingga matanya menjadi buta.
Tidak berapa lama Yusuf di dalam sumur (perigi) selepas dibuang oleh saudara-saudaranya, ada serombongan Kafilah yang hendak mengambil air.
Mereka menemui Yusuf, maka Yusuf dibawa sebagai tawanan, dengan hasrat untuk menjualnya di Mesir sebagai hamba.
Setibanya di Mesir, Yusuf dijual dan pembelinya seorang menteri kerajaan Mesir bernama Kitfir.
Menteri tersebut kemudiannya menyerahkan Yusuf kepada isterinya Zulaiha.
Kitfir dan Zulaiha tidak mempunyai anak, lalu menjadikan Yusuf sebagai anak angkat. Kini, Yusuf hidup di dalam lingkungan istana Kerajaan Mesir.
Semakin dewasa, makin tampak bahawa Yusuf seorang pemuda yang tampan lagi cerdas. Wajahnya sentiasa berseri dan manis dipandang. Zulaiha kemudian mengangkatnya sebagai ketua pelayan di istana.
Sebagai pemuda yang tampan dan ramah, rupa-rupanya Yusuf telah menarik perhatian Zulaiha, bukan sebagai seorang ibu dan anak, tetapi Zulaiha tertarik kepada Yusuf sebagai seorang wanita kepada seorang lelaki.
Pada suatu hari, ketika suaminya keluar rumah, Zulaiha memakai pakaiannya yang terbaik. Haruman tersebar diseluruh tubuhnya, lalu dia menghampiri Yusuf di kamarnya.
Hati Yusuf berdebar kencang saat melihat penampilan Zulaiha yang lain dari biasa. Begitu menjolok mata dan merangsang nafsu.
Berkata Zulaiha kepada Yusuf, “Marilah Yusuf, seluruh jiwa dan ragaku kuserahkan kepadamu."
Yusuf hampir tergoda, namun ia segera teringat kepada Tuhan, ia pun berkata, “Aku berlindung kepada Allah dari perbuatan maksiat ini."
"Bagaimanakah aku akan melakukan perbuatan ini, sedang suamimu adalah Tuanku yang telah memuliakan dan berbuat baik kepadaku, adalah tidak patut jika suatu kebaikan dibalas dengan penghinaan.”
Akan tetapi hati dan fikiran Zulaiha telah dikuasai nafsu dan tergoda bujukan iblis. Ia tidak menghiraukan kata-kata Yusuf. Zulaiha memeluk Yusuf erat-erat.
Tiada seorang pun melihat kita. Tidak ada yang mengetahui perbuatan kita, kata Zulaiha.
“Allah mengetahuinya!“ jawab Yusuf sambil berusaha melepaskan diri. Yusuf berusaha melarikan diri dari dalam kamar.
Zulaiha mengejar dan berjaya memegang baju Yusuf. Dia mahu Yusuf berhenti dan melayaninya.
Namun, Yusuf terus berlari sehingga bajunya robek dibahagian belakang.
Ketika itulah tiba-tiba Kitfir datang, Zulaiha segera menghampiri suaminya dan berkata, “Yusuf cuba memaksa saya untuk melakukan perbuatan zina."
“Tidak! Sahut Yusuf."
“Dialah yang cuba memaksa saya untuk melakukan perbuatan keji itu.”
Mereka saling tuduh menuduh lalu datanglah jiran sebagai orang tengah lalu berkata, “Jika baju Yusuf koyak dibahagian depan bererti dia yang hendak memaksa Zulaiha berbuat maksiat."
"Jika bajunya koyak dibelakang, itu tandanya Zulaiha yang memaksa Yusuf berbuat maksiat."
Kitfir memeriksa dan ternyata baju Yusuf koyak di bahagian belakang. Betapa malunya pembesar kerajaan Mesir itu.
Ternyata isterinya sendiri yang telah berbuat salah. Kitfir menghampiri Yusuf dan berkata, “Rahsiakanlah peristiwa ini, simpan baik-baik, jangan ada orang yang tahu dan kamu Zulaiha mohonlah ampun kepada Tuhanmu atas dosa yang telah kau lakukan, bertaubatlah Kepada-Nya dengan Taubat yang sebenarnya.”
Walaupun sudah diusahakan supaya rahsia tidak bocor, tapi peristiwa Zulaiha dengan anak angkatnya itu akhirnya terbongkar juga.
Zulaiha yang merasa malu, lalu dalam hati ia berkata, “Mereka belum pernah melihat Yusuf kerana selama ini Yusuf hanya terkurung di dalam rumah."
"Andaikata mereka melihatnya, pasti mereka lebih tergila-gilakannya daripada pada aku."
Lalu, pada suatu hari, Zulaiha mengundang semua wanita yang telah memandang rendah terhadapnya.
Setiap wanita yang datang diberi sebilah pisau yang tajam untuk mengupas buah-buahan yang dihidangkan.
Ketika wanita-wanita itu asyik mengupas buah, Zulaiha memerintahkan pelayan untuk memanggil Yusuf supaya berjalan diruang tamu.
Semua wanita terbeliak kagum ketika melihat penampilan Yusuf yang tampan itu. Semuanya tercengang dan lupa diri sejenak.
“Inilah pemuda yang kalian perkatakan itu. Dan ternyata kalian juga mengagumi ketampanannya, sehingga tanpa sedar kalian telah menghiris jari tangan kalian sendiri,“ Kata Zulaiha.
Yusuf segera masuk ke dalam dan pada saat itulah para wanita tadi baru tersedar bahawa yang mereka kupas bukannya buah yang dipegang tapi jari mereka sendiri, darah bercucuran, suasana jadi panik, dengan tersipu malu mereka segera pulang ke rumah masng-masing.
Namun, kisah Zulaiha dan Yusuf masih lagi diperkatakan. Untuk menutup rasa malunya, maka Kitfir memasukkan Yusuf ke dalam penjara.
Perkara ini dilakukan secara terpaksa walaupun Yusuf dipihak yang benar dan Zulaiha salah, namun Yusuf pula yang dimasukkan ke dalam penjara.
Bagi Kitfir, Yusuf perlu dimasukkan ke dalam penjara, kerana jika tidak Zulaiha akan terus tergoda dan siapa tahu lama-kelamaan Yusuf mungkin tidak lagi mampu mempertahankan kesuciannya.
Tafsir Mimpi
Di dalam penjara, ada dua orang pelayan raja. Yang pertama bernama Nabo, ketua bahagian minuman. Yang kedua bernama Malhab, ketua bahagian makanan.
Kedua-duanya dituduh hendak membunuh Raja dengan meletakkan racun di dalam makanan dan minuman.
Di dalam penjara, Yusuf mengajak kedua-dua orang itu untuk bertaubat, beribadah kepada Allah saja.
Pada suatu hari Nabo menceritakan mimpinya kepada Yusuf, “Aku bermimpi memerah anggur yang akan kujadikan minuman,“ Nabo minta Yusuf menafsir mimpi itu.
Dengan tenang dan yakin Yusuf menerangkan erti mimpi Nabo, “Bergembiralah kau Nabo. Tidak lama lagi, kau akan dibebaskan dari penjara. Kau akan diterima semula sebagai ketua bahagian minuman Raja kerana tuduhan terhadapmu tidak benar.“
Malhab turut menceritakan mimpinya dan meminta Yusuf menafsirkannya, “AKu telah bermimpi membawa makanan di atas kepalaku. Ketika itulah seekor burung datang memakan makanan itu.“
“Kau akan mengalami nasib buruk. Tuduhan terhadapmu terbukti benar. Raja akan menghukum kau sampai mati di tiang salib. Mayatmu akan dimakan burung buas bermula dari kepalamu.”
Beberapa hari kemudian tafsir mimpi itu terbukti kebenarannya. Nabo dibebaskan dari tuduhan dan bekerja semula di istana.
Manakala Malhab dihukum mati kerana terbukti kesalahannya hendak meracuni Raja.
Sebelum keluar dari penjara, Yusuf telah berpesan kepada Nabo agar menyampaikan keadaannya di dalam penjara.
Yusuf ingin raja menilai semula kembali keputusannya kerana sesungguhnya dia tidak bersalah. Zulaihalah yang bersalah.
Namun syaitan telah membuatkan Nabo menjadi lupa sehingga Yusuf tetap berada di dalam penjara selama beberapa tahun lagi.
Mimpi Raja
Pada suatu hari, Raja Mesir memanggil semua penasihat dan tukang ramalnya.
Raja pada malam tadi telah bermimpi melihat tujuh ekor lembu kurus memakan tujuh ekor lembu gemuk. Dan melihat tujuh tangkai gandum yang hijau dan tujuh tangkai gandum kering.
Para penasihat, dukun, tukang ramal diperintah untuk mentafsirkan mimpi Raja, namun tidak ada seorang pun yang mampu memberikan jawaban yang memuaskan. Raja sangat kecewa
Lalu, Nabo teringat kebolehan Yusuf sewaktu berada dipenjara lalu dia menyampaikan perkara itu kepada Raja, bahawa ada seorang pemuda yang mempunyai kebolehan menafsirkan mimpi dengan tepat.
Raja kemudian mengutus Nabo untuk menemui Yusuf dipenjara dan meminta Yusuf supaya menafsirkan mimpi tersebut.
Yusuf bukan hanya menafsirkan erti mimpi itu, malah dia memberikan jalan keluar masalah mimpi Raja tersebut.
Berkata Yusuf, “Mesir akan mengalami masa subur selama tujuh tahun dan mengalami kemarau selama tujuh tahun.
“Oleh itu, hasil tanaman selama tujuh tahun dimasa subur hendaklah disimpan baik-baik, jangan dibazirkan untuk persediaan tujuh tahun pada masa kemarau.
Nabo kembali menghadap Raja dan setelah disampaikan erti mimpi itu, Raja merasa gembira.
Nabo turut menyampaikan pesanan Yusuf supaya Raja mengadili Yusuf dengan seadil-adilnya kerana dia tidak bersalah.
Perkara Yusuf pun disiasat dan setelah terbukti dia tidak bersalah, raja kemudian membebaskannya dari penjara.
Setelah Raja mengetahui kebenaran dan kejadian Yusuf tidak bersalah, dia semakin tertarik.
Tambahan pula bahawa Yusuf seorang yang cerdik sehingga mampu memberikan jalan keluar kepada persoalan ekonomi kerajaan Mesir, lalu Raja memanggil Yusuf dan dilantik sebagai Menteri Ekonomi.
Yusuf kemudiannya mengetuai perbendaharaan Negara, menjadi ketua yang tidak mengamalkan rasuah dan tidak menindas rakyat terutamanya ketika susah.
Apa yang diucapkan Yusuf menjadi kenyataan. Sesudah berlangsung masa subur selama tujuh tahun maka datanglah kemarau panjang.
Masalah itu juga melanda Palestin tempat tinggal Nabi Ya’qub dan saudara-saudara Yusuf.
Rakyat Palestin yang tiada persediaan menghadapi kemarau panjang itu menderita kelaparan.
Mereka mendengar di negeri Mesir banyak tersedia makanan dan boleh ditukar dengan emas.
Anak-anak Nabi Ya’qub pun bermaksud untuk berdagang ke Mesir. Pada waktu itu Bunyamin tidak ikut serta.
Sewaktu mereka tiba di Mesir dan menukar emas dengan gandum, mereka sama sekali tidak mengethaui bahawa ketua perbendaharaan negeri Mesir adalah Yusuf, saudara kandung mereka sendiri. Yusuf mengenali mereka namun berpura-pura tidak mengetahuinya.
Yusuf melayan mereka sebagai tetamu terhormat, dijamu dengan makanan yang lazat-lazat, dan juga diberi bekalan untuk perjalanan pulang.
Ketika mereka bersiap-siap hendak balik ke Palestin, Yusuf berkata kepada mereka, “Bawalah saudaramu yang seayah (maksudnya Bunyamin) jika tidak kalian tidak lagi dibenarkan masuk ke negeri Mesir dan tidak boleh membeli bahan makanan disini."
Mereka hairan dan terkejut mendengar ucapan menteri. Tak disangka menteri ini mengetahui bahawa mereka masih mempunyai seorang lagi adik kandung iaitu Bunyamin.
Ketika mereka tiba di rumah dan membuka karung gandum, ternyata emas-emas yang mereka tukarkan berada di dalam karung bersama gandum.
Mereka hairan dan segera melaporkan kepada ayah mereka Nabi Ya’qub.
“Sungguh pelik." gumam Nabi Ya’qub.
Ketika mereka mengatakan keinginan menteri Mesir supaya membawa Bunyamin ke Mesir, Nabi Ya’qub menolak.
Dia takut Bunyamin akan mengalami nasib yang sama seperti Yusuf dahulu.
“Jika kami tidak membawa Bunyamin maka kami tidak boleh memasuki Mesir dan tidak boleh membeli bahan makanan lagi, “kata mereka.
Nabi Ya’qub tetap tidak membenarkan Bunyamin dibawa bersama. Trauma atas kehilangan Yusuf masih menghantui dirinya.
Namun, ketika makanan semakin berkurangan, mahu tidak mahu mereka harus pergi ke Mesir lagi.
“Bersumpahlah atas Nama Tuhan, kata Nabi Ya’qub.
“Bahawa kalian harus melindungi Bunyamin dengan segenap jiwa raga kalian.
"Jika terjadi sesuatu kalian harus mempertahankannya sehingga ke titis darah yang terakhir."
Mereka serentak menyatakan kesediaan untuk melindungi Bunyamin dan bersumpah demi Allah akan membela dan membawa Bunyamin kembali.
Demikianlah, untuk kali yang kedua mereka pergi ke Mesir. Yusuf sebenarnya tidak kuat menahan diri melihat saudara-saudaranya datang membawa Bunyamin.
Dia ingin segera memeluk Bunyamin erat-erat kerana sudah lama tidak bertemu dengan adik kandungnya itu.
Namun, untuk sementara dia tidak mahu saudara-saudaranya yang lain tahu bahawa dia adalah Yusuf yang pernah mereka masukkan ke dalam sumur (perigi).
Yusuf mencari cara bagaimana supaya Bunyamin boleh tinggal di istana dan tidak pulang ke Palestin.
Yusuf kemudian meletakkan piala raja yang terbuat daripada emas di karung Bunyamin.
Ketika mahu pulang ke Palestin, Yusuf membiarkan saudara-saudaranya berjalan sehingga ke luar kota, kemudian memerintahkan askar untuk menyusul rombongan saudara-saudaranya itu.
Mereka terkejut ketika ditahan askar Mesir yang menyusul dan meminta mereka berhenti untuk diperiksa.
“Raja kami kehilangan piala yang terbuat dari emas. Adakah kalian mengetahuinya, siapa yang menemui piala itu akan diberi hadiah gandum satu tunggangan unta."
"Kami datang ke Mesir bukan untuk membuat kerosakan," kata saudara-saudara Yusuf.
"Dan kami bukanlah termasuk orang-orang yang mencuri," kata mereka lagi.
Ketua askar lalu berkata, "Apakah hukuman bagi orang yang mencuri?"
"Hukumannya adalah menjadi hamba, itulah tebusan dari perbuatannya," jawab saudara-saudara Yusuf.
Askar-askar itu kemudian menggeledah setiap karung saudara-saudara Yusuf.
Tiba-tiba mereka menemui piala emas itu di dalam karung Bunyamin, lalu tanpa bertanya lebih lanjut, Bunyamin dibawa menghadap menteri Mesir iaitu Yusuf.
Saudara-saudara Bunyamin yang lain dibenarkan pulang. Yahudza pula tidak mahu balik ke Palestin.
Dia merasa malu kepada ayahnya kerana telah berjanji melindungi Bunyamin dari sebarang bahaya, tetapi sekarang Bunyamin pula telah ditangkap.
Yahudza bersumpah tidak akan balik selagi tidak membawa Bunyamin atau ayahnya sendiri memanggilnya pulang.
Sementara itu Bunyamin begitu gementar ketika dihadapkan kepada menteri Mesir. Inilah kali pertama baginya berhadapan dengan pegawai tinggi di istana kerajaan. Wajahnya pucat lesi.
Namun, ketakutannya tidak lama kerana Yusuf segera memeluknya dan mengatakan siapa sebenarnya dia.
Pertemuan kedua beradik itu benar-benar mengharukan. Bunyamin menangis teresak-esak. Dia menceritakan nasib ayahnya di Palestin.
Betapa menderitanya ayah mereka sejak kehilangan Yusuf. Setiap hari ayahnya menangis sehingga matanya menjadi putih dan buta.
Selepas mengetahui sembilan orang anaknya pulang tanpa membawa Bunyamin, Nabi Ya’qub begitu terpukul jiwanya. Dia benar-benar sedih.
Sudah kehilangan Yusuf kini Bunyamin pula dijadikan hamba oleh penguasa negeri Mesir.
Dari hari ke hari tampak nian kesedihan Nabi Ya’qub. Kini dia lebih suka menyendiri di mihrabnya (tempat ibadah). Hanya Tuhan tempatnya mengadu dan berkeluh kesah.
Pada suatu hari dia mendapat ilham bahawa Yusuf masih hidup dan tidak lama lagi dia akan berjumpa dengan anak yang sangat dicintainya itu.
Nabi Ya’qub kemudian memerintahkan anak-anaknya mengembara ke Mesir.
“Carilah khabar tentang Yusuf di Mesir dan berusahalah membebaskan Bunyamin supaya dapat pulang."
Kerana tidak sampai hati melihat penderitaan ayahnya, anak-anak Nabi ya’qub akhirnya berangkat ke Mesir sekali lagi. Mereka kemudian menghadap menteri Ekonomi.
Disamping hendak meminta bantuan makanan mereka juga meminta agar penguasa Mesir membebaskan Bunyamin.
“Ayah kami sangat sedih sejak kehilangan Yusuf, apatah lagi setelah Bunyamin juga tidak dapat kembali pulang.
"Kami benar-benar mengharapkan belas kasihan agar Bunyamin dibebaskan sehingga dapat mengurangkan penderitaan ayah kami."
Akhirnya, Yusuf tak sampai hati mendengar pertuturan saudara-saudaranya tentang ayahnya yang menderita.
Sambil tersenyum dia berkata, “Masih ingatkah kalian, kepada saudaramu Yusuf yang kalian masukkan ke dalam perigi tanpa belas kasihan?"
"Kalian meninggalkannya dia seorang diri seperti barang yang tidak berharga.
"Tidakkah kalian hiraukan ratap tangisnya dan kalian pulang tanpa merasa bersalah?"
Mendengar kata-kata menteri, mereka terkejut, bagaimana menteri itu boleh mengetahu rahsia yang tidak pernah mereka ceritakan kepada sesiapa.
Mereka saling berpandangan. Perlahan-lahan mereka mengamati wajah menteri itu. Senyumannya, wajahnya, bentuk tubuhnya dari atas sehingga bawah dan akhirnya terkeluar dari mulut mereka ucapan, “Engkau Yusuf!”
“Benarlah!“ jawab Yusuf.
“Akulah Yusuf dan inilah adikku Bunyamin."
"Allah dengan Rahmat-Nya telah mengakhiri penderitaanku dan ujian berat yang telah kualami.
"Dan dengan rahmat-Nya pula kami kurniakan rezeki berlimpah ruah dan kehidupan yang sejahtera.
"Demikianlah barang siapa yang bersabar, bertakwa dan bertawakal tidaklah akan luput dari pahala dan ganjaran-Nya."
Saudara-saudara Yusuf gementar mendengar pengakuan itu. Terbayang kembali perbuatan mereka saat memasukkan Yusuf ke dalam perigi. Mereka takut Yusuf akan membalas dendam.
Tapi ternyata Yusuf bukanlah seorang yang pendendam, mereka dimaafkan. Yusuf kemudian mengambil jubahnya dan diserahkan kepada saudara-saudaranya.
“Usapkanlah baju ini pada kedua belah mata Nabi Ya'qub, Insya Allah beliau akan dapat melihat semula. Kemudian ajaklah ayah dan ibu ke Mesir secepat mungkin. Aku sudah tak sabar untuk bertemu dengan mereka."
Demikianlah, setelah mereka balik ke Palestin, jubah Yusuf segera diusapkan di kedua belah mata ayahnya dan denga izin Allah, Nabi Ya’qub yang buta dapat melihat semula.
Nabi Ya’qub dan keluarganya kemudian berpindah ke Mesir memenuhi permintaan Yusuf.
Kini, lengkaplah sudah kebahagiaan Yusuf kerana dapat bertemu semula dengan seluruh keluarganya.
Apa yang pernah diimpikannya dulu kini menjadi nyata.
BACA INI JUGA: Kisah Serigala Yang Dituduh Membunuh Nabi Yusuf!
Sumber: Gnomepath
Lelaki arab yang dinobat paling tampan di zaman moden. Gambar hiasan.