Pengajian PhD memerlukan disiplin ilmu yang ketat dan tinggi. Tidak ramai yang melaluinya berjaya selesai dengan jaya.
Di Jabatan saya ada yang tamat pengajian setelah 10 tahun laluinya, malah ada yang tak habis dan diam begitu sahaja.
Mengapa orang ingin bergelar Dr ini? Kajian menunjukkan manusia yang paling dipercayai adalah golongan Dr ini. Anehnya golongan Dr yang dirujuk bukan Dr falsafah tetapi Dr perubatan.
Orang kita pukul rata, janji ada Dr semua boleh jadi menantu punya.
Satu ‘keistimewaan’ orang kita bila tamat PhD berebut mintak orang gelar mereka Dr. Jika pelajar terselah sebut guna nama tanpa Dr di pangkal nama, mereka memang tak suka.
Di Malaysia budaya ini luar biasa, di Barat yang digelar Dr hanya yang boleh suntik dan bedah orang sahaja. Dr Falsafah hanya letak di hujung nama PhD bukannya diawal namanya Dr.
Maka ramai saudagar yang ingin kaya ini berebut membeli gelaran ini, agar mereka dipercayai dan dihormati oleh orang kita. Ini tidak jujur namanya.
Jika ada yang kata sumbangan mereka ini besar, mereka dah lahirkan ramai ushawan berjaya. Marilah kita kembali kepada hukum alam, agama tidak menghalalkan penipuan untuk apa tujuan baik sekali pun.
Ia bukan soal dengki, ia soal integriti. Saya kagum dengan Universiti Malaya yang cepat keluarkan kenyataan akhbar, sebab itu UM kekal antara 100 universiti terbaik didunia.
Rendahkan hati kita, hidup ini bukan untuk bergelar atau jadi popular. Ilmu yang kita ada untuk kita kongsikan bersama bukan mintak bayaran tak masuk akal.
Janganlah kita pula meraikan pendedahan ini dengan bersorak gembira dan mengeluarkan kata kata yang tidak manis bahasanya, tulisan saya sekadar nak ingatkan bahawa gelaran palsu itu tidak beretika.
Mohon maaflah secara terbuka akan menjadikan kita lebih mulia, selagi kita berdiam diri orang akan terus berkata kata. Lelaki kacak tak perlukan gelaran hebat.
Hidup ini bukan untuk digelar.
Azizul Azli Ahmad,
Alumni UM.
BACA INI JUGA:
Sumber: Thevocket

- Hannibal, Kisah Sebenar Watak Pembunuh Terkenal
- Kisah Sebenar Dr Azizan Osman, Pakar Motivasi Yang Guna Gelaran PHD Palsu!
Sumber: Thevocket