Friday, October 21, 2016

Kebal Angkara Khadam Dan Kuasa Mistik Azimat!


Pada zaman moden ini ada sesetengah pihak tidak begitu yakin atau percaya adanya unsur ghaib dan mistik terutama yang terdapat pada batu dan barangan ganjil yang sukar ditemui.

Ilmu Kebal
Gambar hiasan.

Tidak kurang juga ada yang mempercayai dan taksub dengan keajaiban yang ada pada batu atau pada barang tersebut.

Ada sesetengah pihak pula berpendapat kekuatan atau keajaiban batu atau barang tersebut disebabkan adanya penjaga atau khadam.

Akibat percaya bahawa batu ini dijaga oleh sesuatu kuasa ghaib atau mempunyai penjaga (khadam), maka terjadilah kuasa ajaib atau kekuatan pada batu dan barangan itu.

Tanpa mempunyai penjaga atau khadam, sudah tentu ia hanyalah seketul batu dan tiada nilainya.

Bagaimana enegri dapat diserap atau berdiam pada benda-benda bertuah, mistik dan azimat sehingga seolah-olah ada kekuatan tersendiri?

Lokasi Keramat Dan Tempat Keras

Lokasi Keramat

Lokasi keramat atau 'tempat keras' yang diperkatakan orang seperti sudut hutan, lembah, sungai, makam pahlawan dan penyebar agama biasanya terbentuk secara alami.

Dipercayai beberapa benda yang berada disekitar lokasi tersebut terkena pancaran atau radiasi medan energi atau kuasa ghaib sehingga memiliki kekuatan ghaib.

Barangan Antik

Seramik Kuno

Barangan antik dipercayai dapat menyerap energi ghaib secara automatik.

Biasanya barangan antik ini berusia ratusan tahun dan tersimpan di tempat yang sangat rahsia.

Barangan antik ini antaranya berupa seramik kuno, logam, kayu atau batu berukir, perhiasan bahkan kunci pintu dan barangan antik lain yang tidak terfikir oleh kita.

Azimat Binatang

Tanduk kucing
Tanduk Kucing.

Beberapa binatang yang memiliki izinnya sebagai pembawa berkah habitat mereka.

Bila ada manusia yang dapat merebut dan mendapatkannya, maka berkah tersebut dipercayai dapat dijadikan azimat ampuh.

Antaranya tanduk kucing, mastika lingsang, rantai babi, tulang rawan dan kulit harimau, kulit kerbau landau serta organ unggas seperti pelatuk bawang, burung hantu, gagak dan helang, gigi geraham harimau dan banyak lagi.

Azimat Tumbuhan

Buluh Perindu
Buluh Perindu.

Beberapa tumbuhan yang diizinkan Allah memiliki berkah dapat dijadikan azimat oleh manusia seperti buluh perindu, mawar hitam, kayu naga sari, kayu setigi, teras kelor, akar bahar, buluh petuk, galih kelapa dan sebagainya.

Rajah Azimat

Rajah Azimat

Ada rajah atau simbol yang ditakdirkan memiliki kekuatan ghaib, contohnya huruf Arab.

Setiap rajah diizinkan Allah untuk dikawal oleh tiga khadam.

Ahli-ahli mistiklah yang bertindak mengubahsuai huruf-huruf ini sehingga menjadi formula mistik yang mantap dan kuat.

Sehelai kertas yang ditulis rajah pelindung dikatakan dapat dijadikan sebagai azimat kebal.

Dengan izin Allah, pemakainya tidak terjejas apabila ditembak, dihiris atau ditikam dengan besi yang sangat tajam atau buluh runcing semasa memegang rajah berkenaan.

Sebaliknya, setelah rajah itu terlepas dari tangan maka si pemakai tidak lagi kebal dan tidak mampu menahan diri daripada senjata tajam mahupun senjata api.

Kuasa Ghaib

Benarkah hanya dengan menggunakan tulisan nombor, abjad, huruf dan gambar rajah dapat memberikan kuasa ghaib kepada pemakainya?

Memang ramai yang percaya, setiap nombor, abjad atau huruf mengandungi maknanya yang tersendiri seperti kod misteri yang tidak mampu diketahui selain pembuat atau pemakainya.

Mereka juga percaya, setiap huruf atau abjad itu turut mempunyai khadam atau penjaga.

Mungkin kepercayaan inilah yang memberikan impak kepada azimat atau waqaf itu.

Wallahu a'lam.

*Nota editor: Gambar-gambar dalam artikel ini adalah gambar hiasan semata-mata untuk tujuan pembelajaran.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon