Sunday, October 23, 2016

2 Mitos Kerosakan Kereta Yang Anda Patut Tahu


Kebiasaannya wanita akan sewenang-wenangnya menerima cadangan daripada mekanik namun begitu, ada juga lelaki yang melakukan perkara yang sama.

Kereta+rosak

Sebelum kereta dibaiki, anda wajib kaji selidik dahulu dengan mekanik-mekanik lain yang sanggup menerima sudut pandangan atau permintaan daripada seorang pelanggan.

Mitos #1 Tukar “Air-Cond Compressor”

Tekan pedal minyak dahulu baru “Air Cond” berfungsi dan saya percaya ramai orang di luar sana pernah mengalami situasi ini.

Penghawa dingin tidak berfungsi sehinggalah anda menekan pedal minyak supaya “RPM” tinggi sedikit, barulah ianya berfungsi.

Lazimnya, apabila anda pergi ke bengkel kereta, sesetengah mekanik akan terus cakap air-cond compressor rosak.

Clutch assembly

Contoh gambar clutch assembly dan lokasinya di bahagian compressor (bahagian depan).

Saya cadangkan anda jangan terima bulat-bulat dahulu kerana air-cond compressor mahal harganya untuk diganti dengan yang baru.

Apa yang boleh dibuat, anda minta mekanik periksa dulu magnetic clutch/compressor clutch.

Selalunya ada masalah pada clutch yang menyebabkan compressor tidak berfungsi apabila diperlukan (functioned on demand).

Mungkin disebabkan coil atau magnet bermasalah, wiring dan sebagainya.

Bunyi bising di “compressor”

Bunyi bising di bahagian enjin kereta itu adalah perkara biasa disebabkan banyak komponen berputar (rotating parts).

Komponen berputar selalunya akan mengalami masalah bunyi jika sekiranya ada masalah mis-allignment, bearing rosak dan sebagainya.

Dalam kes compressor, selalunya apabila bunyi bising seorang mekanik yang tidak jujur dan amanah akan meminta anda menggantikannya dengan compressor yang baru.

Nanti dulu! Sebenarnya anda boleh minta mekanik periksa keadaan belting, pulley, tensioner mounting dan sebagainya.

Contoh yang ketara adalah masalah bearing rosak. Sebenarnya bearing pulley saja yang rosak, bukan air-cond compressor itu yang rosak. Bearing ini boleh ditukar untuk pengetahuan anda. Jadi anda jimat lagi duit.

Perhatian! Bukan saya cakap compressor tiada masalah langsung, tapi ini sebagai langkah berjaga-jaga sebelum terima bulat-bulat untuk tukar compressor.

Sekiranya bunyi bising berpunca dari internal compressor, maka sudah tiba masa untuk anda menukarkannya.

Mitos #2 Tukar Alternator

Alternator

Ini pun masalah lebih kurang sama dengan air-cond compressor. Ia berkaitan bunyi bising daripada enjin kereta yang sangat kuat.

Kalau diperhatikan, bunyi berpunca daripada kawasan belting alternator, air-cond compressor, timing chain dan pulley.

Apabila saya pergi ke bengkel, mekanik cakap alternator sudah rosak dan kena tukar baru. Harga alternator kereta saya ialah RM2600. Alamak, saya mana ada duit sebanyak itu.

Maka, saya cuba cari pendapat kedua daripada orang lain. Hasil daripada cadangan seorang rakan, saya telah pergi ke bengkel lain. Saya juga lakukan carian di Google mengenai bahagian-bahagian alternator.

Apabila sudah sampai di bengkel, saya tunggu dulu apa diagnosisnya. Dalam kepala saya, saya sudah tetapkan untuk meminta beliau periksa pulley bearing semua tu.

Tetapi mekanik itu terlebih dahulu masuk bawah kereta dan dia cakap memang pulley bearing rosak.

Pulley bearing

Gambar pulley bearing di bahagian depan alternator dan internal bearing.

Fuh, lega saya sebab dapat selamatkan RM2600. Haha. Jadi saya hanya perlu tukar pulley bearing ini sahaja. Pulley ini terletak di bahagian engine yang bersambung dengan pulley alternator.

Untuk pengetahuan anda dekat bahagian alternator itu sendiri ada pulley bearing dan internal bearing juga.

Jika sekiranya bunyi bising berpunca daripada bahagian dalam alternator, maka anda juga boleh periksa dan tukar bearing tersebut.

Tapi saya percaya tak ramai mekanik sanggup buka alternator hanya semata-mata nak tukar bearing yang harganya murah berbanding tukar alternator seketul.

Setakat ini saya belum pernah mengalami bahagian dalam alternator bunyi bising.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 5 Punca Utama Mengapa Kereta Anda Bergegar

Sumber: Thevocket

2 comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon