Setelah hampir dua dekad tidak bertentang mata disebabkan perseteruan, Anwar Ibrahim akhirnya bertemu dengan bekas bosnya, Tun Mahathir Mohamad di mahkamah hari ini.
Foto yang merakamkan detik Anwar dan Mahathir berjabat tangan sambil tersenyum itu tersebar secara meluas di media sosial.
Foto itu dirakam apabila Mahathir hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memberi sokongan kepada permohonan Anwar bagi mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang baru diluluskan.
Kumpulan empat keping foto pertemuan bersejarah itu dikongsikan oleh presiden PKR Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail di laman Facebook rasminya.
"Pertemuan pertama selepas 18 tahun 2 hari.. sejak 2 September 1998," kata isteri Anwar, menyatakan tarikh Dr Mahathir memecat timbalannya itu yang mencetuskan krisis politik dalam laungan "Reformasi".
Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) Beri Najib Kuasa Lebih Dari Agong
Walaupun perintah darurat diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong memberi pertimbangan sewajarnya kepada hak-hak warganegara yang ditahan, namun hampir tidak ada had kepada kuasa perdana menteri di bawah Akta Majlis Keselamatan Negara 2016.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata akta itu menjadikan Datuk Seri Najib Razak dari segi teknikal lebih berkuasa daripada Agong dengan mengisytiharkan zon keselamatan dan hanya bertanggungjawab kepada dirinya sendiri.
Mahathir berkata walaupun Pengarah Operasi MKN mempunyai kuasa bertindak, kuasa mutlak terletak kepada perdana menteri sebagai pengerusi MKN.
Selepas membaca dengan teliti perlembagaan dan akta itu sendiri, Mahathir menyenaraikan beberapa kuasa yang diberikan oleh Akta MKN kepada perdana menteri:
Mahathir menegaskan bahawa ini sahaja memberi kuasa berbahaya kepada Najib.
"Dia boleh menggunakan kekerasan yang munasabah dan mengetepikan sebarang inkues, sekiranya seseorang pegawai penguat kuasa atau orang yang ditangkap mati. Beliau dilindungi sepenuhnya terhadap guaman dan prosiding undang-undang.
"Semua prosiding MKN akan menjadi rahsia rasmi. Tiada anggota majlis boleh mendedahkan apa-apa, termasuk perbuatan jenayah yang dilakukan," dakwa Mahathir dalam blognya.
BACA INI JUGA:
Sumber: MMO | Siakapkeli | MK | Sentiasapanas

- Untuk mengosongkan dan memindah orang, mengiystiharkan perintah berkurung, mengawal pergerakan jalan raya, jalan air dan pesawat udara;
- Menahan individu, menggeledah dan menyita kenderaan serta harta peribadi;
- Mengambil hak milik sementara tanah, bangunan atau harta, memusnahkan bangunan yang tidak diduduki dan permintaan untuk sumber;
- Menggunakan kekerasan yang munasabah dan perlu; dan
- Mengetepikan inkues, menguatkuasakan kewajipan kerahsiaan dan mengabaikan prosiding guaman dan undang-undang.
Mahathir menegaskan bahawa ini sahaja memberi kuasa berbahaya kepada Najib.
"Dia boleh menggunakan kekerasan yang munasabah dan mengetepikan sebarang inkues, sekiranya seseorang pegawai penguat kuasa atau orang yang ditangkap mati. Beliau dilindungi sepenuhnya terhadap guaman dan prosiding undang-undang.
"Semua prosiding MKN akan menjadi rahsia rasmi. Tiada anggota majlis boleh mendedahkan apa-apa, termasuk perbuatan jenayah yang dilakukan," dakwa Mahathir dalam blognya.
BACA INI JUGA:
- 1MDB, Akta RICO Dan Rahsia Kod SWIFT, Kerisauan Tun Mahathir Kini Terbukti Benar!
- Kenapa SPRM Disingkir Siasat Skandal 1MDB?
- Tun Mahathir Mengaku Pernah Simpan Duit Umno Dalam Akaun Peribadi