Wednesday, September 21, 2016

Profesor Dedah Bahaya Kandungan Minuman 3 In 1 Boleh Sumbat Arteri Darah!


Produk minuman berasaskan 3 in 1 sememangnya memudahkan pengguna, lebih-lebih lagi ia seakan produk yang wajib ada di setiap rumah mahupun pejabat.

Minuman pek 3 in 1

Dengan lambakan pelbagai jenis pilihan, membuatkan pengguna rambang mata hendak memilih yang mana satu menepati citarasa.

Namun, adakah benar informasi yang dinyatakan di setiap bungkusan produk 3 in 1 ini benar-benar menggunakan sukatan yang betul?

Atau adakah sesetengah produk 3 in 1 yang menggunakan ginseng dikatakan berupaya memberikan tenaga ekstra seperti yang didakwa?

Baca perkongsian dari Doktor Zubaidi Hj. Ahmad ini, yang membongkar sedikit informasi mengenai produk 3 in 1 yang kita sebagai pengguna tidak ketahui selama ini.

Prof. Madya Shariza Abd. Razak

Pensyarah Program Dietetik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Shariza Abd. Razak berkata, walaupun ada minuman itu dikatakan mengandungi ginseng atau tongkat ali untuk menambahkan tenaga, namun kandungannya amat sedikit.

“Ia tidak memberi sebarang kesan dalam penjagaan kesihatan. Sebaliknya ia mengandungi gula yang banyak iaitu lebih daripada tiga sudu teh.

“Namun, ramai yang tidak menyedarinya kerana telah ditenggelamkan oleh rasa pahit kopi tersebut,” katanya.

Menurut Prof. Shariza, selain kandungan gula yang tinggi, kebanyakan minuman 3 in 1 yang dijual di pasaran juga menggunakan krimmer susu bukan tenusu yang merupakan sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan kerana ia boleh menyumbat saluran arteri darah dan seterusnya menyebabkan penyakit koronari jantung dan angin ahmar.

Kesannya, para pesakit jantung atau diabetes yang minum minuman itu secara tidak terkawal boleh menyebabkan penyakit mereka menjadi lebih serius.

Antara faktor yang menyebabkan minuman 3-in-1 menjadi pilihan ramai ketika ini adalah disebabkan kosnya yang murah iaitu antara 50 sen hingga RM1 bagi setiap paket.

Gaya hidup masyarakat yang sering sibuk dan terikat dengan jadual kerja harian turut memainkan peranan mempopularkan minuman ini kerana ia mudah dibancuh walaupun di tempah kerja.

Bagaimanapun, pengambilan minuman 3 in 1 bukanlah tidak dibenarkan tetapi perlu diambil secara sederhana dan turut diseimbangkan dengan makanan lain.

Info Kandungan minuman 3-in-1:
  • Mengandungi lebih tiga sudu teh gula dalam setiap pek.
  • Gula yang berlebihan bertujuan mengurangkan rasa pahit dalam minuman tersebut.
  • Selain gula, krimer yang digunakan adalah sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan.
  • Turut mengandungi kafein yang menyebabkan rasa berdebar (palpitasi) dan menyukarkan tidur pada waktu malam.
  • Setiap pek mengandungi sehingga 200 kalori.
  • Jumlah kalori itu sama dengan dua keping roti atau sepinggan nasi.
  • Jika diambil tiga paket sehari, ia bersamaan 600 kalori dan turut menyumbang kepada berat badan berlebihan.
  • Kandungan untuk meningkatkan tenaga seperti tongkat ali, kacip fatimah dan ginseng adalah sangat sedikit kerana bahan-bahan itu mahal dan sukar untuk diperoleh.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

Sumber: Facebook Dr.Zubaidi | Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon