Menurut lelaki kedua terkaya di China, Jack Ma, duit yang banyak melampau juga akan menyebabkan seseorang itu tidak bahagia.
Berapa banyak wang yang diperlukan untuk anda menjadi bahagia? Berjuta-juta? Berbillion?
Jack Ma, yang juga pemilik Alibaba, mendedahkan golongan yang paling bahagia dalam hidup adalah mereka yang berpendapatan sederhana.
"Orang China yang paling bahagia adalah mereka yang berpendapatan antara US$3,000 (RM12,000) to US$4,500 (RM18,300) sebulan", kata Jack Ma.
Mengapa? Kerana golongan yang berpendapatan sebanyak itu hanya boleh mempunyai sebuah rumah yang kecil, sebuah kereta dan sebuah keluarga, kata Jack Ma.
"Tak ada perkara yang lebih membahagiakan dari perkara itu, itu adalah makna kebahagiaan hidup", kata Ma.
Tambah Jack Ma lagi, pelbagai masalah mula timbul apabila angka pendapatan mula mencecah beberapa juta.
Jack Ma sebelum ini pernah berkata saat paling bahagia dalam hidupnya adalah apabila dia bekerja sebagai guru dan berpendapatan kurang dari US$15(RM60) sebulan.
"Lagi banyak wang yang kamu ada, lagi banyak perkara yang perlu kamu buat", tambahnya.
Jack Ma merupakan orang kedua terkaya di China dengan jumlah kekayaan US$ 22.7 billion.
BACA INI JUGA:
Sumber: Siakapkeli.my

- Billionaire Jack Ma Pernah Ditolak 30 Permohonan Kerja Termasuk KFC
- 5 Duit Syiling Paling Mahal Di Dunia
Sumber: Siakapkeli.my
Duit bukan segalanya walaupun sekarang hampir segala2nya memerlukan duit..
ReplyDelete