Wednesday, September 14, 2016

Beipanjiang Jambatan Paling Tinggi Di Dunia


Pasukan jurutera China telah menyelesaikan pembinaan struktur yang bakal menjadi jambatan tertinggi di dunia, menurut pihak berkuasa tempatan.

Beipanjiang

Menurut jabatan pengangkutan wilayah Guizhou dalam satu kenyataan berkata, jambatan Beipanjiang terletak di kawasan pergunungan di barat daya China, pada ketinggian 564 meter di atas sebuah sungai.

Tambah kenyataan tersebut, ia akan merampas gelaran Jambatan Sungai Si Du di tengah wilayah Hubei sebagai jambatan tertinggi di dunia.

Beipanjiang [2]

Menurut kenyataan itu lagi, kedua-dua bahagian jambatan berkenaan telah dihubungkan pada Sabtu.

Jambatan itu dijangka dibuka pada akhir tahun 2016, sekaligus memendekkan perjalanan dari Liupanshui di Guizhou ke Xuanwei dekat wilayah Yunnan, dari kira-kira lima jam kepada kurang dua jam. -AFP

Jambatan Kaca Ditutup, Hadkan Pengunjung 8,000 Sehari

Zhangjiajie

Sementara itu, hanya selepas dua minggu dibuka, jambatan kaca terpanjang di dunia terpaksa ditutup sementara untuk kerja menaiktaraf sistem dalaman.

Sejak dibuka, jambatan yang tergantung pada ketinggian 300 meter itu mencatatkan lebih 10,000 pengunjung sehari , sekaligus mencatatkan nama dalam Guinness World Records.

Agensi berita Xinhua yang memetik kenyataan beberapa pegawai bagaimanapun tidak dapat mendedahkan butiran lanjut bila jambatan sepanjang 430 meter akan dibuka semula.

Berikutan jumlah pengunjung yang terlalu ramai untuk menyaksikan jambatan itu, pihak pengurusan kawasan berkenaan berhasrat untuk mengehadkan jumlah pengunjung tidak lebih 8,000 sehari.

Pengumuman melalui laman media sosial menyebut, syarikat itu memohon maaf atas kesulitan kepada kebanyakan pelancong yang telah membuat tempahan untuk melawat kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, orang ramai masih tidak dapat menerima permohonan maaf secara terbuka syarikat kerana mereka sudah bersiap sedia dan ada yang dalam perjalanan untuk merasai pengalaman berjalan atas jambatan kaca itu.

“Anda telah menipu pelanggan. Saya kini berada dalam kereta api untuk ke sana. Saya tidak boleh me­nukar rancangan ini atau mendapat bayaran semula.

“Anda membuatkan dunia hilang harapan. Saya melihat anda sebagai penipu nombor satu dunia,” demikian luah seorang pengguna yang tidak berpuas hati dengan penutupan itu.

BACA INI JUGA:

Sumber: mStar

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon