Monday, September 12, 2016

'Bacalah Al-Qur'an Seolah-olah Diturunkan Untukmu'


Suatu ketika, cendekiawan dan ulama terkenal, Dr. Muhammad Iqbal (1877-1938) pernah menceritakan suatu peristiwa yang amat berkesan di hatinya.

Dr. Muhammad Iqbal (1877-1938)

Cerita cendekiawan yang berasal dari Pakistan itu berkisar tentang dirinya, ayahnya dan Al-Qur'an.

Kata Iqbal..

"Saya biasa membaca Al-Qur'an selepas solat Subuh dan ayah selalu mengawasi saya.

"Bukan saja mengawasi, malah ayah juga bertanya, Apa yang kamu lakukan itu, Iqbal?" padahal sudah jelas ayah tahu saya sedang mengaji Al-Qur'an.

Saya menjawab, "Saya sedang membaca Al-Qur'an, ayah."

"Pertanyaan itu ayah ulang setiap pagi, setiap subuh, selama tiga tahun penuh.

"Jawapan yang saya berikan juga sama, setiap pagi, selepas subuh, selama tiga tahun penuh, bahawa saya sedang mengaji Al-Qur'an."

"Suatu hari saya memberanikan diri bertanya kepada ayah. Mengapa ayah selalu menanyakan soalan yang sama, padahal jawapan saya juga sama?"

"Jawab ayah, nak, bacalah Al-Qur'an itu seolah-olah diturunkan langsung untukmu."

"Barulah saya faham mengapa setiap subuh, ayah akan bertanyakan soalan tersebut.

"Sejak saat itu saya sentiasa membayangkan seolah-olah Al-Qur'an itu diturunkan untuk diri saya.

"Saya tidak saja membaca, tetapi juga mengerti. Bukan saja cuba mengerti, tetapi juga cuba memahaminya.

"Tidak setakat memahami, saya cuba mengamalkannya. Bukan saja mengamalkannya, malah saya cuba untuk menyampaikan semula isi Al-Qur'an itu seperti yang saya fahami."

Maka hari ini kita mengenang Muhammad Iqbal sebagai salah seorang tokoh besar Islam.

Dia bukan sahaja memahami dan mengamalkan isi Al-Qur'an, malah berusaha menyampaikannya seluas dan sebaik yang boleh.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon