Saturday, September 17, 2016

Apa Itu Buta Warna Dan Jenis-jenisnya


Buta warna adalah adalah ketidakmampuan seseorang mengenali warna dengan cara biasa, sama ada satu atau pun semua warna.

Blind+Color+Test

Penyebab buta warna adalah kurangnya atau tidak adanya pigmen pada sel di lapisan retina mata dan pigmen inilah yang memungkinkan setiap manusia mengenali warna.

Bila seseorang kekurangan atau tidak memiliki pigmen ini, maka inilah yang disebut dengan buta warna. Inilah yang dimaksudkan dengan pengertian buta warna.

Buta warna yang seringkali berlaku adalah kekurangan pigmen merah dan hijau. Akibatnya, seseorang akan mengalami kesukaran untuk mengenali warna merah dan hijau atau campurannya.

Begitu juga yang berlaku apabila kekurangan pigmen warna biru dan kuning, penghidap akan mengalami kesukaran mengenal pasti warna-warna tersebut dan campurannya.

Pada umumnya, penderita buta warna biru dan kuning biasanya turut mengalami masalah mengenali warna merah dan hijau.

Jenis-jenis buta warna

Dalam dunia perubatan, buta warna terbahagi kepada 3 jenis kategori iaitu:

1. Trikromasi

Penghidap buta warna jenis ini biasanya disebabkan oleh perubahan sensiviti warna dari satu jenis atau lebih cone cell di dalam retina mata.

Apabila terjadi kelemahan pada warna biru disebut dengan tritanomali. Buta warna inilah yang kerap kali berlaku.

Buta pada warna merah disebut sebagai protranomali, manakala deutromali adalah buta pada warna hijau.

2. Dikromasi

Penghidap buta warna jenis ini adalah penghidap yang dalam keadaan satu daripada tiga cone cell tidak ada. Klasifikasi buta warna pada jenis ini adalah protanopia, deuteranopia, tritanopia.

Protanopia adalah apabila cone cell warna merah tidak ada lalu mempengaruhi pengenalan warna merah atau kecerahannya menjadi kurang.

Deuteranopia adalah apabila retina tidak memiliki cone cell yang peka terhadap warna hijau.

Tripanopia adalah apabila sel warna cone cell warna biru tidak ditemui.

3. Monokromasi

Penghidap buta warna jenis ini akan mengalami hilang atau berkurangnya semua penglihatan warna sehingga yang kelihatan hanyalah warna putih dan hitam pada jenis warna typical dan sedikit warna pada jenis atypical.

Biasanya tidak ramai yang mengalami buta warna jenis ini.

Ujian Buta Warna

Kita boleh mengesan dan mengetahui seseorang mengidap masalah buta warna dengan cara melakukan ujian Ishihara atau dengan melakukan ujian buta warna (colorblind test).

Ujian dilakukan dengan seseorang disuruh untuk melihat sekumpulan angka berwarna yang sudah disusun seperti gambar diatas.

Bila seseorang itu gagal menyebutkan angka yang tertera dalam buku ujian tersebut, maka seseorang itu dikatakan mengalami penyakit atau buta warna.

BACA INI JUGA:

sumber: panduanpercuma

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon