Friday, September 23, 2016

500 Juta Akaun Yahoo Digodam, Pengguna Diminta Tukar Password!


Yahoo mengakui bahawa serangan besar-besaran pada rangkaiannya pada 2014 telah membolehkan penggodam mencuri maklumat daripada separuh bilion pengguna dan berkemungkinan kejadian itu 'ditaja dana negara'.

Yahoo.com

Yahoo, yang telah mengesahkan butiran penggodaman tersebut beberapa bulan selepas laporan mengenainya dibuat, berkata siasatannya menyimpulkan bahawa 'sesetengah maklumat akaun pengguna telah dicuri' dan serangan datang daripada ‘pihak yang diupah untuk mencuri maklumat’.

"Berdasarkan siasatan yang masih berlangsung, Yahoo percaya sekurang-kurangnya 500 juta maklumat akaun pengguna telah dicuri.

"Yahoo berkerjasama dengan penguatkuasa undang-undang berkaitan perkara ini," jelas syarikat Internet gergasi itu.

Komen itu dikeluarkan berikutan satu laporan pada awal tahun 2016 apabila seorang penyelidik keselamatan mendedahkan terdapat 200 juta akaun telah diceroboh dan data yang dicuri sudah ditawarkan dalam jualan atas talian.

Yahoo berkata, maklumat yang dicuri itu termasuklah nama, alamat e-mel, tarikh lahir dan kata laluan yang dirombak, bersama soalan keselamatan dan jawapan yang mampu membantu penggodam memecah masuk akaun mangsa.

Seorang penganalisis keselamatan komputer, Graham Cluley, berkata bahawa Yahoo percaya penggodaman itu ‘ditaja’, namun syarikat itu tidak memberikan maklumat lanjutan mengenainya.

Seorang pakar keselamatan data dari University of Notre Dame Timothy Carone menggambarkan Rusia, China dan Korea Utara sebagai tiga suspek utama dalam penggodaman berkenaan.

Yahoo juga meminta pengguna yang terjejas untuk menukar kata laluan dan mengingatkan sesiapa yang belum berbuat demikian sejak 2014 untuk melakukannya sebagai langkah berjaga-jaga.

BACA INI JUGA:

Sumber: Astroawani

1 comment

  1. risau juga ni..entahlah FB ni tak wajib pun daa kan SP.Blog macam saya sayang juga lakaran kehidupan warna-warna selagi hidup..di kongsi dengan ikhlas.Ikhlas kerana ada zahiran idea dan gambar. Semua itu bukan nak riak tetapi ikhlas berkongsi sesuatu yg kita pinjam sementara..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon