Wednesday, September 14, 2016

5 Punca Utama Mengapa Kereta Anda Bergegar


Kali ini kami ingin berkongsi 5 sebab utama yang menyebabkan kereta anda bergegar dan anda tidak perlu menjadi pakar untuk melakukannya.

Masalah Kereta Bergegar

Namun, 5 faktor ini bukanlah sebagai satu-satunya punca utama yang menyebabkan gegaran ke atas kereta anda. Jika masih ragu-ragu, idea terbaik masih lagi di tangan mekanik automotif profesional.

Tips diberikan ini mampu membantu anda melakukan diagnosis awal yang mungkin menjimatkan wang dan masa. Teruskan membaca!

1. Masalah Enjin

MASALAH ENJIN

Kadangkala gegaran berpunca daripada bahagian enjin disebabkan tidak cukup suapan udara, bahan api atau percikan api yang diperlukan untuk membolehkannya bergerak lancar.

Simptom yang menunjukkan gegaran berpunca akibat masalah enjin dapat dikesan menerusi:

Kereta bergegar dan berketar (jerking) semasa memecut. Kereta bergegar ketika melalui jalur derum (rumble strip) atau garisan kuning atas jalan yang digunakan untuk memperlahankan halaju kenderaan dalam kelajuan tertentu. Kereta dapat dihidupkan dan dipandu dengan baik buat seketika sebelum gegaran berlaku.

Penyelesaiannya, cuba ganti palam pencucuh (spark plug) lama kepada baru. Jika masih elok, periksa wayar palam pencucuh sama ada ia disambung dengan baik atau perlu diganti.

Penapis udara kotor atau penapis bahan api tersumbat boleh menyekat kemasukan udara atau bahan api mencukupi ke dalam enjin. Pastikan kedua-duanya diganti mengikut saranan standard pengeluar.

2. Masalah Gandar (Axle)

MASALAH GANDAR (AXLE)

Sesebuah kenderaan memiliki banyak bahagian berputar yang memerlukan unjuran atau toleran tertentu bagi membolehkannya beroperasi dengan baik.

Kerosakan gandar mudah terjadi akibat kemalangan yang menyebabkan kereta menghadapi masalah gegaran, terutama apabila memecut laju.

Pemeriksaan ke atas aci pacu (driveshaft) perlu dilakukan. Bagi kenderaan pacuan roda belakang (RWD), sebahagian besar bahagian berputar memindahkan kuasa enjin kereta kegandar belakang dan roda.

Jika bengkok, gegaran akan berlaku. Kehausan sendi halaju malar(constant velocity joint-CV) juga termasuk dalam kategori sama.

Jika ‘but’ getah yang menutup hujung gandar pacu kekal kukuh, pengapit (clamp) adalah selamat dan tiada bendalir bocor, sekali gus tiada masalah.

Tetapi, jika ‘but’ sudah koyak, habuk dan kotoran jalan akan masuk dan merosakkan sendi. Bagi kenderaan pacuan roda depan (FWD), kerosakan sendi CV bermakna anda perlu memberi gandar pacu baru. Ini kerana gandar tidak seimbang mampu menyebabkan kereta anda bergegar.

3. Brek Rosak

BREK ROSAK

Apakah gegaran berlaku apabila anda menekan brek? Jika ya, ada kemungkinan besar masalah tersebut berpunca daripada rotor brek atau rotor.

Rotor adalah komponen berbentuk cakera berwarna perak berkilat yang dipasang bersama sistem brek cakera.

Komponen berkenaan boleh bengkok atau ‘lari’ daripada bentuk asal disebabkan jangka hayat dan gaya pemanduan kereta.

Kekerapan membrek mengakibatkan kepanasan ke atas rotor dan kerosakan berlaku apabila terjadi kepanasan melampau. Kerosakan rotor juga berpunca disebabkan permukaan jalan tidak rata.

Apabila rotor rosak, kaliper dan pad brek gagal mencengkam rotor dengan baik, sekali gus menyebabkan gegaran.

Idea terbaik adalah jumpa pakar brek yang akan memberitahu keadaan rotor atau brek dram kereta anda.

4. Roda Goyang

RODA GOYANG

Kadangkala gegaran kereta dapat dirasai secara terus dari roda stereng. Alasan paling munasabah difikirkan adalah isu penjajaran (alignment), tetapi pakar berfikir sebaliknya.

Satu daripada roda lain mungkin mengalami masalah goyang (wobbly) yang menjurus kepada beberapa isu lain.

Langkah pertama adalah memastikan setiap roda diketatkan pada hab dengan bolt lug yang betul. Malah, masalah gegaran mungkin dapat diselesaikan dengan menggantikan bering roda.

Bering roda bagi kenderaan moden hari ini diibaratkan bagai nyawa sesebuah kereta. Jika kereta anda dipandu bukan dalam kondisi normal seperti meredah laluan off-road, pemanduan ekstrem dan jarak jauh, kenderaan anda berisiko mengalami masalah bering.

Seperkara lagi perlu dilihat adalah ‘runout’ atau habis. Terma ini menjelaskan berapa banyak roda membelok daripada putaran lingkar sempurna apabila dipandu.

Mekanik roda menggunakan instrumen ketepatan untuk mengenal pasti jika ‘runout’ berlaku ke atas mana-mana roda yang melebihi setengah inci, tetapi bukan sepanjang masa. Penyelesaian terbaik adalah menukar roda baru.

Masalah lain bagi roda bergoyang adalah hujung rod-ikatan (tie-road) atau sendi bebola (ball join) yang menyebabkan gangguan gegaran ketika memandu laju.

Roda adalah punca biasa yang perlu diberikan perhatian jika mahu mengesan punca kereta bergegar.

5. Masalah Tayar

MASALAH TAYAR

Walaupun berada dalam senarai akhir, tayar adalah masalah nombor satu apabila berlaku gegaran kereta kerana ia adalah komponen utama pergerakan sesebuah kenderaan.

Ada banyak senarai masalah tayar yang menyumbang kepada masalah gegaran, ketaran dan golengan sesebuah kereta.

Namun, di bawah adalah masalah besar yang kerap berlaku:
  • Kereta bergegar pada kelajuan tertentu – imbangan (balancing) tayar diperlukan.
  • Bunga tayar terpisah – tayar perlu ditukar.
  • Tayar tidak rata – penjajaran (aligntment) tayar diperlukan.
  • Tayar terkeluar dari pusingan dan bergolek tidak sama – tayar perlu ditukar.

Kadangkala, gegaran bukan berpunca daripada tayar, tetapi roda atau rim. Beri perhatian kepada jalan berlubang dan sedang dibaiki kerana kedua-duanya mampu merosakkan roda anda.

BACA INI JUGA:

Sumber: PanduLaju

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon