Tuesday, August 09, 2016

Panduan Senaman Harimau Untuk Menguatkan Syahwat Lelaki


Di kalangan masyarakat Melayu Lama, kaum lelaki diajar supaya mengamalkan beberapa latihan jasmani untuk melaraskan tulang dan urat. Antaranya ialah Senaman Harimau - ianya sangat baik terutamanya untuk kesihatan anggota syahwat lelaki.

Senaman+Harimau

Video di bawah ini menunjukkan sebahagian daripada gerakan dalam senaman klasik ini.

Disiplin Senaman Harimau

Harimau adalah sejenis binatang gagah yang dianggap sebagai raja rimba oleh masyarakat Melayu terdahulu. Salah satu cabang senaman tenaga batin dipanggil Senaman Harimau.

Nama bagi senaman ini telah dikenali oleh masyarakat di negeri-negeri selatan Tanah Melayu. Kemungkinan besar bahawa nama ini diberi kepada gerakan senaman kerana ia berasal dari penelitian kepada gerak harimau yang agak kasar dan bertenaga lalu ianya diubahsuai mengikut daya gerak manusia lantas dijadikan senaman tenaga batin.

Adalah dipercayai bahawa gerakan senaman ini diketahui oleh ramai pewaris ilmu jimak di Malaysia hingga ke utara Malaysia.

Mungkin terdapat variasi caracara melakukannya atau ia dikenali dengan nama yang lain namun begitu asas bagi gerakan Senaman Harimau adalah sebagaimana yang akan dicatatkan.

Senaman ini adalah jenis senaman yang biasa diajarkan kepada lelaki yang mempunyai masalah tenaga batin.

Bagi lelaki yang normal kemampuannya gerakan-gerakan yang mudah dari senaman ini boleh dilakukan pada pagi-pagi hari.

Bagi lelaki yang mempunyai masalah tenaga batin yang agak gawat maka senaman ini elok dilakukan secara intensif sehingga terasa kesembuhannya dan kemudian bolehlah dilakukan gerakan-gerakan yang mudah saja.

Seorang lelaki tua Melayu (juga seorang pendekar) yang hidupnya mencapai usia 135 tahun semasa hidupnya diketahui mengamalkan gerakan-gerakan senaman tenaga batin.

Mungkin ini adalah antara faktor yang mengekalkan kesuburan beliau. Dalam usia setua itu dia mampu jimak dan isterinya hamil lalu telahpun melahirkan anak yang sihat. Itulah kuasa Allah s.w.t.

Dua orang tua Melayu (seorang lelaki dan seorang perempuan) telah mengesahkan gerakan Senaman Harimau ini; bahawa ianya adalah antara senaman yang dipraktikkan oleh orang-orang tua Melayu dan ia baik bagi kesihatan tenaga batin.

Gerakan Senaman Harimau diketahui oleh sebilangan besar dari orang tua-tua Melayu. Tidak dapat dikesani secara pasti siapakah yang mula-mula sekali memperkenalkan senaman ini.

Satu hal yang patut difikirkan ialah ketuaan senaman ini. Ia diketahui oleh ramai pewaris ilmu jimak di beberapa daerah di negeri Johor dan ia juga diketahui oleh masyarakat Melayu negeri lain. Mereka semua bukanlah semestinya dari rumpun keturunan yang sama.

Meluasnya ia dikenali dalam masyarakat Melayu yang menunjukkan bahawa ia adalah satu ilmu yang tua. Berkemungkinan besar ianya berasal dari zaman Sri Vijaya atau Majapahit sebelum kedatangan Islam ke Nusantara.

Pada masa sekarang senaman ini biasanya diajarkan oleh tabib-tabib Melayu, tabib urut tenaga batin, pawang, bomoh serta bidan kampung.

Ada yang mendakwa bahawa senaman ini dipelajari dari masyarakat Jin. Sejauh mana kebenaran dakwaan itu hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Walau dari mana asalnya ia adalah jenis riadah yang berkesan bagi membina dan menjaga kekuatan tenaga batin kaum lelaki.

Pergerakannya adalah cantik dan unik dan mengikut tatacara tertentu. Pengajaran gerakan senaman ini akan dikenakan syarat tertentu mengikut kepada variasi disiplin senaman.

Menurut yang diajarkan kepada penulis senaman ini dilakukan di waktu pagi hari iaitu selepas bangun tidur sebelum bersuci untuk solat subuh.

Ketika itu adalah paling baik kerana otak dan fizikal telah berehat semalaman. Udara pagi adalah segar kerana debu-debu telah dibawa ke tanah oleh embun.

Perjalanan darah yang tersekat di kala tidur mula diperbaiki dengan aktifnya semula otak. Di waktu ini keadaan saraf adalah sangat kejang dan tarikan otot-otot tidak seimbang disebabkan oleh posisi yang diambil di kala tidur. Mungkin otot-otot zakar telah tersekat perjalanan darahnya.

Jantung dan pernafasan adalah lambat temponya di kala tidur. Nafas yang singkat itu tidak cukup mengurut jantung dan mengalirkan udara yang segar pada tubuh badan.

Dari sebab-sebab di atas maka Senaman Harimau mempunyai konsep pernafasan. Nafas ditarik dengan dalam bagi mengurut jantung.

Nafas ditahani semasa senaman dilakukan agar tenaga maksima dapat disalurkan kepada anggota-anggota tertentu yang digerakkan di dalam senaman.

Nafas dihembuskan hingga tandus apabila selesai pergerakan apabila nafas itu membawa keluar udara-udara beracun yang terperangkap di anggota-anggota yang digerakkan tadi.

Maka gerakan menggunakan nafas secara maksima dengan membuang udara kotor yang terperangkap semasa tidur dan menggantikannya dengan udara yang bersih yang akhirnya membersihkan darah.

Keberkesanan senaman dapat dikenal pasti secara terus apabila berlakunya sendawa atau membuang angin setelah selesai melakukan gerakan atau aliran darah terasa lebih lancar.

Daya sedar akan meningkat dan muka akan lebih berseri. Dada akan bidang dan atas dada akan merah. Otot-otot lebih kuat dan tenaga batin akan meningkat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:


-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon