Memburu pingat sukan Olimpik, apatah lagi pingat emas bukanlah sesuatu yang mudah kerana melibatkan atlet-atlet berprestij dari seluruh dunia.
Namun, dengan semangat dan kecekalan yang tinggi, berikut merupakan atlet dari negara-negara kerdil yang telah berjaya memenangi emas pertama mereka dalam sejarah sukan olimpik di Rio 2016.
Fiji
Ragbi
Kejayaan Fiji merangkul emas pertama Olimpik disambut meriah penduduk negara kepulauan pasifik itu.
Fiji mencipta sejarah selepas menewaskan Great Britain dalam aksi akhir ragbi tujuh sebelah di Rio.
Puerto Rico
Monica Puig
Monica Puig menghadiahkan emas pertama Olimpik buat Puerto Rico, apabila berjaya menjinakkan pemain Jerman, Angelique Kerber 6-4, 4-6, 6-1 dalam acara final perseorangan tenis wanita.
Pemain berusia 22 tahun yang menduduki ranking ke-34 dunia itu membuktikan bahawa dia berupaya mengatasi Kerber yang merupakan pemain nombor dua dunia dan juara Terbuka Australia.
Monica Puig ialah wanita pertama daripada negara kepulauan Caribbean menang emas Olimpik.
Sebelum kejayaannya, Puerto Rico pernah menang lapan pingat Olimpik iaitu dua perak dan enam gangsa. Enam daripadanya datang dari sukan tinju.
Singapura
Joseph Schooling
Michael Phelps mengalami kekalahan pertamanya dalam temasya Rio 2016 apabila ditewaskan perenang sensasi Singapura, Joseph Schooling, yang memberikan persembahan memukau untuk memenangi pingat emas 100 meter kuak kupu-kupu.
Joseph Schooling turut mencipta rekod baru Olimpik dengan catatan masa 50.39 saat.
Michael Phelps berkongsi tempat kedua dengan dua perenang lain, juara dunia dari Afrika Selatan, Chad Le Clos dan Laszlo Cseh dari Hungary.
Vietnam
Hoang Xuan Vinh
Selepas enam dekad menanti, Vietnam akhirnya merangkul pingat emas pertama Sukan Olimpik, terima kasih kepada kejayaan mengejut Hoang Xuan Vinh dalam saingan menembak.
Di lapang sasar menembak, Xuan Vinh, 41, melakukan tembakan hampir sempurna dalam acara 10 meter air pistol lelaki, sekali gus menafikan cabaran penembak Brazil Felipe Almeida Wu yang meraih perak, diikuti gangsa Pang Wei dari China.
Penembak Vietnam itu mencipta sejarah buat Vietnam setelah mengumpul mata terbanyak 202.5 mengatasi penembak pilihan, Almeida yang 20 tahun lebih muda daripadanya dengan perbezaan 0.3 mata.
Kosovo
Majlinda Kelmendi
Majlinda Kelmendi berjalan mengelilingi gelanggang dengan wajah tidak percaya, sebelum akhirnya kembali berdiri di sebelah lawannya selepas dipanggil oleh pengadil.
Dengan wajah yang masih kebingungan dan ketika penonton di stadium mula bersorak, air mata tiba-tiba mengalir di pipi gadis berusia 25 tahun itu saat namanya diumum sebagai pemenang pingat emas acara judo 52 kilogram.
Majlinda memahat sejarah apabila menghadiahkan pingat emas hanya dalam penampilan sulung Kosovo pada temasya sukan terbesar di dunia itu selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas pencabar dari Itali, Odette Giuffrida.
Turun sebagai pilihan utama temasya, dia memang disasarkan pingat oleh negaranya, yang sekadar menghantar kontinjen kecil dengan dibarisi lapan atlet, namun memenangi emas adalah perkara yang tidak diduga sama sekali.
BACA INI JUGA: 10 Perubahan Baru Buku Peraturan FIFA Yang Anda Perlu Tahu
-SENTIASAPANAS.COM

terbaik info ini...
ReplyDeleteIngatkan dah boleh tambah satu lagi senarai negara menang emas pertama pagi ni huhu..
Delete