Friday, August 12, 2016

Misteri Personaliti Mollie Fancher Yang Membingungkan!


Mollie atau nama sebenarnya Mary J Fancher lahir di Massachuesetts, Amerika Syarikat pada 16 Ogos 1848, sebelum berpindah dan membesar di Brooklyn, New York.

Misteri, Mystery

Pada bulan Mei 1864, berlaku kemalangan apabila Mollie terjatuh dari kuda yang ditunggangnya. Kepalanya terhantuk pada batu dan tulang rusuknya patah.

Sepatutnya Mollie boleh sembuh sepenuhnya daripada insiden jatuh kuda itu. Malangnya, belum hilang trauma kemalangan pertama, sekali lagi isniden buruk menimpa pada tahun berikutnya.

Pada Jun 1865, ketika dalam perjalanan pulang setelah membeli kelengkapan perkahwinan, Mollie terlibat dalam kemalangan sekali lagi.

Bajunya tersangkut pada kereta kuda dan dia diseret diatas jalan. Akibatnya, Mollie pengsan dan tulang rusuknya patah lagi.

Kesan kemalangan kedua lebih teruk. Mollie tidak mampu bangun dan hanya terbaring diatas katil. Keadaan itu menyebabkan kekasihnya membatalkan perkahwinan mereka.

Misteri bermula

Selepas kemalangan kedua, beberapa perkara pelik mula berlaku. Paling pelik, Mollie tidak menjamah sebarang makanan tapi tubuhnya masih boleh bertahan.

Dikatakan, Mollie tidak menjamah sebarang makanan selama tujuh minggu. Doktor yang memeriksa keadaan Mollie turut merasa pelik.

Bagaimana tubuhnya masih mampu bertahan tanpa makanan dalam jangka masa yang agak lama?

Misteri keadaan Mollie mula diperkatakan antara tahun 1866 hingga 1875. Antara waktu itu, kebanyakan masa Mollie hanya berbaring dengan tangannya diletak diatas dahi, kakinya dibengkokkan dan matanya tertutup.

Yang peliknya, dalam keadaan begitu, Mollie masih mampu menulis sebanyak 6,500 surat, menjahit sulaman, menulis diari dan menghasilkan bunga lilin.

Jumlah itu terlalu banyak untuk seseorang yang terlantar dengan hanya sebelah tangan boleh digerakkan.

Misteri kuasa ghaib

Mystery, Misteri

Kisah Mollie bukannya popular kerana mampu hidup tanpa makanan dalam masa yang lama, namun kerana dia mendakwa mampu membaca sesuatu dari jauh, membaca minda orang lain dan meramalkan perkara yang akan berlaku,

Kebolehan Mollie menjadi bualan hangat dan dia dikatakan mempunyai kuasa ghaib. Sekelip mata, kisah Mollie menjadi popular sehingga digelar sebagai 'Broklyn Enigma'.

Mollie disebut-sebut sebagai gadis yang mengalami kemalangan tragik, namun bertukar menjadi ajaib.

Walaupun hanya terlantar diatas katil, semua kebolehan luarbiasa Mollie bukannya sesuatu yang dimiliki sebelum dia ditimpa kemalangan.

Keadaan itu berterusan selama sembilan tahun sehinggalah pada suatu hari, Mollie tiba-tiba koma.

Apabila sedar, Mollie kelihatan terpinga-pinga melihat orang disekelilingnya. Memori Mollie setelah sedar dari koma sama seperti 10 tahun lalu!

Bila ditanya, Mollie langsung tidak ingat apa yang berlaku sepanjang 10 tahun itu, termasuklah tulisan dan barangan yang dihasilkannya.

The Third Eye

Kemudian, muncul pula kebolehan baru. Kadangkala tanpa sebab, tiba-tiba mata Mollie menjadi 'buta', kononnya ketika itu adalah waktu dia 'melihat' sesuatu dari jarak jauh.

Gambaran yang muncul dalam kepalanya adalah tentang kejadian sesuatu perkara yang akan berlaku ditempat lain. Dalam dunia mistik, kebolehan Mollie disebut sebagai The Third Eye (mata ketiga).

Mollie mampu 'mengembara' jauh beratus-ratus kilometer melalui mindanya dan kebanyakan apa yang diberitahu Mollie memang berlaku.

Mollie juga boleh membezakan warna dalam gelap, mampu menemui barang yang hilang, boleh menjangkakan petir yang akan melanda beberapa jam sebelum ia berlaku, mampu membaca buku dan surat tanpa melihatnya dengan hanya meraba jarinya diatas tulisan tersebut dan Mollie boleh tahu siapa yang datang sebelum pintu dibuka.

Kebolehan luarbiasa ini membuatkan Mollie bertambah popular.

Dia dikunjungi ramai pihak termasuklah doktor, saintis, penyair, penulis, termasuk paderi yang cuba mencari jawapan apa yang sebenarnya terjadi, namun gagal menghuraikan bagaimana Mollie mendapat kebolehan itu.

Kekeliruan identiti

Mollie Fancher - chicagotribune
Keratan akhbar.

Suatu hari pada tahun 1887, Mollie terjatuh dari katil dan kepalanya terhantuk.

Beberapa hari kemudian ketika rakannya datang berziarah, Mollie bertanya, "Awak siapa?" kepada rakannya tadi. Suaranya juga berubah.

Disini bermula pula cerita baru. Personaliti Mollie mula berubah-ubah. Doktor menyebutnya sebagai 'kekeliruan identiti'.

Sepanjang pemerhatian mereka merawat Mollie, ada lima personaliti berbeza dalam dirinya.

Watak pertama digelar sebagai 'Idol' yang bersifat agresif.

Watak kedua ialah 'Rosebud' yang sifatnya seperti kanak-kanak berusia enam tahun.

Kemudian watak ketiga, 'Pearl' yang digambarkan sebagai seorang wanita elegan yang suka menulis puisi.

Selepas itu watak keempat, 'Ruby', yang digambarkan seorang yang bersifat tomboi dan pemarah.

Dan watak terakhir, 'Sunbeam', yang dilihat lebih mendekati personaliti sebenar Mollie.

Kuasa Misteri Menghilang

Pada tahun 1890, tahap kesihatan Mollie semakin baik. Dia juga sudah mampu menggerakkan tangan dan bahagian atas badannya, malah dia sudah boleh makan dan minum seperti orang normal.

Peliknya, apabila kesihatan Mollie semakin baik, kebolehan ajaibnya terutama dalam psikik kian menurun dan berkurangan.

Pun begitu, Mollie meneruskan hidup dengan dunianya sendiri. Pada 3 Februari 1916, Mollie menghembuskan nafas terakhir pada usia 68 tahun.

Dan misteri yang hadir dalam hidup Mollie kekal menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini.

BACA INI JUGA: Misteri Friday The 13th Masyarakat Barat

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon