Wednesday, August 03, 2016

Cerpen: Lari! Demi Nyawamu!


Patung perempuan tembaga yang diukir separuh itu dikatakan berpuaka. Salah langkah boleh mengundang maut kepada pemiliknya. Kononnya usia patung itu sudah menjangkau 100 tahun.

Dikejar hantu patung antik
Gambar hiasan.

John tidak tahu sejauh mana kebenaran cerita tersebut. Baginya, patung itu sama sahaja seperti patung-patung lain koleksi bapanya.

Ketika bapanya membawa pulang patung itu yang dibeli dari sebuah acara lelongan harta, John memandang penuh minat. Bapanya tidak akan membeli sembarangan patung sekiranya tiada nilai.

Bahkan, bapanya tentu tidak percaya kepada cerita-cerita karut itu dan sebab itulah dia sanggup membelinya dengan harga mahal.

Bagi bapanya, walaupun patung itu dalam bentuk material tembaga tetapi ukirannya sangat halus dan teliti. Berada dalam posisi sedang membelai rambut sendiri yang berjuntaian di dada.

Sekali pandang macam manusia sebenar. Tinggal lagi badannya cuma separuh, diletakkan diatas tiang bulat berukir.

Namun, cerita-cerita yang beredar dikalangan rakan-rakan kolejnya membuatkan John mula musykil.

"Aku dengar dari nenek aku, patung tu berhantu! Kalau kau pandang lama-lama, silap-silap mata patung bergerak dan pandang kau balik.

"Kalau kau tak percaya, cuba kau tenung patung tu.." salah seorang rakan John mencabar setelah tahu bapa John tegar membeli patung berpuaka itu.

"Kau nak bertaruh dengan aku apa? Takkan kosong je?" cabar John kembali. Setiap cabaran haruslah ada habuan.

"100 ringgit! Amacam? Sanggup? Tapi aku takut kau dah tak datang kolej esok, sebab kena pangkah dengan patung tu! Hahahaha!"

Ejekan dan cabaran tersebut menguatkan lagi semangat John untuk mencuba.

Kalau tak terjadi apa-apa kepadanya, memang terbukti cerita-cerita yang beredar dari mulut ke mulut itu tidak ubah hanya sekadar urband legend yang tidak sahih!

Pulang dari kolej, John curi-curi masuk ke bilik galeri bapanya. Bapanya paling pantang sekiranya ada yang masuk ke dalam galeri itu tanpa kebenaran kerana ia hanya bagi tatapan tetamu, sebagai alat bermegah-megah dengan koleksi yang dia ada.

Patung perempuan itu berada ditengah ruang. Tanpa sedikit pun rasa ragu, John John mendekati patung tersebut. Dia mencari mata patung itu lalu merenungnya dalam-dalam.

Sedetik.. dua deik.. tiga detik.. hinga berpuluh detik, tiada apa-apa yang berlaku.

Beberapa kali mencuba, patung itu tetap tidak menunjukkan sebarang perubahan. Sudahnya mata John yang kepenatan. Dia kembali menegakkan tubuh sambil mengeluh kesal.

"Bodoh betul aku ni! Yang aku percaya sangat dengan cakap diorang kenapa? Dah sah-sah patung ni cuma patung, mana boleh bergerak! Cis! Bodoh betul!" John memaki diri sendiri lalu segera berpaling.

Saat dia berpaling itu, tanpa disedarinya, tiba-tiba sahaja kepala patung itu berpusing.

Bola matanya bergerak perlahan-lahan sambil merenung tajam ke arah John yang sedang berjalan keluar dari galeri.

Esoknya, John membuktikan kepada rakan-rakannya dia masih hidup dan bernyawa. Wang taruhan 100 ringgit menjadi miliknya.

Tetapi beberapa orang rakannya masih tidak berpuas hati.

"Aku tak percayalah! Jangan-jangan kau tipu! Kau tak renung pun mata patung tu kan!"

"Eh! Jangan main tuduh-tuduh! Aku memang renung mata patung tu sampai biji mata aku rasa nak terkeluar, tapi tak ada apa-apa pun yang berlaku. Rasa bodoh ada la!"

"Bohong!"

John benar-benar bengang dituduh berbohong. Dia merasakan perlu berbuat sesuatu bagi membuktikan kebenaran kata-katanya.

"Laa.. patung tu memang tak ada apa-apa! Karut semua cerita yang korang dengar tu. Kalau tak percaya, datang rumah aku dan tengok sendiri! Kali ni aku cabar korang pulak! 200 ringgit!"

Mendengar nilai 200 ringgit yang ditawarkan oleh John, mata masing-masing mulai membulat dengan sinar 'duit' terbayang dimata. Cepat saja mereka bersetuju dengan canaran John.

Ketiadaan bapa John yang ke luar negeri memudahkan lagi aktiviti John dan rakan-rakannya. Mereka menyusup masuk ke dalam galeri.

Mulut masing-masing melopong apabila melihat koleksi patung-patung yang ada di dalamnya.

Apabila mereka melihat patung perempuan yang dimaksudkan, bukaan mulut mereka semakin melebar.

"Wah..macam orang betul-betul!"

"Pergh.. dada dia!"

"Sumpah, kalau dia ni manusia, mahu aku mengorat dia!"

John tergelak mendengar komen-komen mengarut rakan-rakannya itu.

"Ha..korang tengoklah patung perempuan tu puas-puas. Kejap lagi aku datang balik bawa makanan dan minuman.." John berkata sebelum meninggalkan tiga orang rakannya itu mengelilingi patung perempuan tersebut dengan rasa kagum.

Di dapur, John mengeluarkan semua makanan dan minuman yang enak-enak dari simpanan. Semua makanan dan minuman itu ditatangnya dengan dulang besar.

Ketika menghampiri galeri, John berasa hairan kerana tidak mendengar apa-apa suara. John masih tidak mengesyaki apa-apa.

"Hey, korang buat apa kat dalam tu? Kenapa senyap je? Takkan dah kena sumpah kot?" John berkelakar, namun suasana masih sepi. John mula pelik.

"Hei, bukalah pintu ni! Janganlah main-main! Aku tak bagi makan kang!"

Namun, tiada siapa pun yang menyahut. John semakin hairan.

"Haih! Takkan asyik benar tatap patung sampai tak dengar aku panggil? Hoi korang!"

Apabila masih tiada sahutan, John meletakkan dulang dilantai. Dia membuka pintu tetapi belum sempat mulutnya mengeluarkan suara, John terpana melihat rakan-rakannya bergelimpangan diatas lantai dengan mata masing-masing romping, berdarah! Patung itu pula lagi ditengah ruang.

"Mustahil! Hei! Apa dah jadi dengan korang ni? Mana patung tu?" teriak John ingin mendapatkan Peter yang paling hampir dengannya.

"Lari John! Selamatkan diri kau!" Peter mengerang.

Tidak sempat bertanya lanjut, tiba-tiba John merasakan ada tangan memegang kakinya.

Dia melihat ke bawah. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat patung perempuan itu kini hidup dalam keadaan separuh badannya tembaga. Hanya tiang bulat yang bercantum dipinggangnya sahaja yang keras.

Dikejar hantu patung antik [2]
Gambar hiasan.

John berteriak ketakutan. Akibat pegangan kuat itu, John jatuh terduduk diatas lantai.

"Jangan pandang matanya.. lari John! Lari selamatkan nyawa kau!" Peter masih berusaha berkata-kata.

Patung itu tiba-tiba menoleh ke arah Peter. Kepalanya terangkat tinggi dari lantai. Dihantukkan kepalanya ke kepala Peter! Darah terpercik akibat retakan yang terhasil pada kepala Peter.

Tangan patung itu mencengkam kaki John pula. Apabila patung itu menoleh ke arahnya, John segera memejamkan mata sambil tangannya berusaha meleraikan pegangan patung itu pada kakinya.

Tiba-tiba John merasakan kesakitan yang amat sangat pada pergelangan tangannya. Akhirnya dia terpaksa membuka mata.

"Arghhhh!" John berteriak kesakitan kerana patung itu kini sedang membaham tangannya. John menggelupar.

Dia menarik tangannya sekuat hati. Tuss! Bercerai tangan dari pergelangannya. John meraung kesakitan sambil memegang tangannya yang sudah putus itu.

Menyedari itulah peluangnya menyelamatkan diri, John berusaha bangun. Dia berlari sekuat hati dengan tenaga yang masih ada.

Patung itu mengejar John dalam keadaan menyeret badannya dilantai. Bunyi tembaga bergesel, mengilukan gigi.

John terus berlari dan berlari sehingga akhirnya dia menemui orang ramai. Dia rebah tidak berdaya.

Orang ramai mula memberikan bantuan kepadanya. Dan apabila John menoleh ke belakang, patung tadi tidak lagi kelihatan.

Apabila ditanya, tiada siapa yang mengaku ada melihat patung itu mengejar John.

Dan hanya setelah beberapa tahun kemudian, patung itu muncul semula disebuah tempat, lelongan harta...!

~Tamat

BACA INI JUGA: Cerpen: Penunggu Rumah Pusaka

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon