Wednesday, July 13, 2016

Tun Mahathir Bakal Pimpin Parti Baru?


Tun Mahathir mungkin kembali aktif dalam dunia politik, dalam usaha untuk mengalahkan seterunya, Najib Abdul Razak.

PARTI BARU

Spekulasi kini bertiup kencang bahawa doktor perubatan berusia 91 tahun itu bakal menerajui sebuah parti politik baru, yang terdiri daripada bekas ahli Umno.

Tun Mahathir dilaporkan dalam peringkat akhir untuk menubuhkan sebuah parti politik baru sebagai wadah pilihan bagi meneruskan usahanya untuk menjatuhkan Najib yang terpalit dengan skandal kewangan terbesar serta untuk memulihkan kembali imej negara yang sudah tercalar teruk di peringkat antarabangsa.

Difahamkan bahawa Tun akan mengambil alih sebuah parti politik sedia ada yang tidak aktif dan kemudian akan menukar nama serta perlembagaannya mengikut kesesuaian perjuangan yang ingin dibawanya.

Parti baru ini akan memberi fokus untuk menarik ahli-ahli UMNO yang tidak setuju dan menyampah dengan Najib untuk menyertainya, selain rakyat biasa yang sealiran dengan perjuangan bekas Perdana Menteri itu.

Bersama Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir yang akan turut bersama parti baru itu, ia akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan untuk menentang BN dalam pilihanraya umum akan datang.

Tun Mahathir bagaimanapun tidak akan bertanding dalam pilihanraya, sebaliknya hanya berperanan untuk memastikan kelancaran perjalanan parti dan kerjasama mantap dapat dijalinkan dengan Pakatan Harapan.

Shafie Apdal diberitakan kemungkinan besar tidak bersama parti baru ini, sebaliknya akan menubuhkan sebuah parti lain yang memberi fokus untuk Sabah, tetapi tetap bekerjasama dengan Pakatan Harapan untuk memastikan leburnya "simpanan tetap" BN di negeri itu.

UMNO, BN dan kerajaan di bawah Najib tidak lebih sebagai alat mengumpul kekayaan dan mencuri harta negara atas nama ketuanan Melayu yang hanya dibalas dengan "jemput-jemput manis" bernama BR1M tanpa mereka sedari ia kemudian ditarik balik melalui GST, pembatalan beberapa subsidi serta penambahan beberapa kenaikan kos kehidupan lainnya.

Oleh kerana Najib telah menutup semua ruang untuk melawan dan menjatuhkannya secara dalaman melalui UMNO, satu-satunya jalan yang ada ialah melalui pilihanraya.

Inilah tujuannya Tun Mahathir menubuhkan parti baru dan bekerjasama dengan Pakatan Harapan.

PARTI BARU [2]

Walaupun ada yang beranggapan adalah tidak sesuai untuk bekas perdana menteri yang juga pernah dilemparkan dengan pelbagai salah laku dan penyalahgunaan kuasa, untuk mengetuai pembangkang yang lantang dengan desakan untuk pembaharuan.

Namun, ada yang berhujah bahawa pembangkang yang lesu dan begitu rapuh hari ini memerlukan kepimpinan dan hala tuju, yang boleh dibekalkan oleh Dr Mahathir.

Baru-baru ini, mantan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah mengutus surat pedas, memberi amaran kepada pemimpin-pemimpin PKR terhadap bahaya bekerja dengan Mahathir.

Mungkin ada yang sangsi apa perlunya parti baru Tun Mahathir ini bergabung atau bekerjasama dengan Pakatan Harapan.

Namun, UMNO sendiri bekerjasama dengan MCA, MIC, Gerakan dan pelbagai parti di Sabah dan Sarawak untuk menjadikannya relevan mentadbir negara ini.

BACA INI JUGA: 'Pengkhianatan Akan Dibalas Dengan Cara Setimpal', Tun Mahathir

Sumber: Shahbudindotcom

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon