Cepat-cepat dia ke hospital apabila mendapat khabar tentang ibunya yang sakit tenat di hospital. Tidak dapat dia bayangkan hidup tanpa ibunya. Sudahlah lantaran telah lama kehilangan kasih ayah, kini giliran ibunya pula yang sakit tenat.
"Ya Allah, selamatkan ibuku. Aku tak mampu untuk kehilangannya Ya Allah,’pohonnya di dalam hati.
Apabila sampai di pintu wad, Datin Jamilah dan Datuk Sufian sudah sedia menunggu ketibaannya.
“Eti.”
Panggil Datin Jamilah sambil merangkul si gadis. Diusap perlahan belakang badannya dengan penuh kasih sayang.
“Datin, mana ibu?” soal Eti cepat-cepat.
Tidak sabar rasanya untuk berjumpa dengan ibunya. Dia sudah sarat dengan kerinduan yang tidak terhitung banyaknya.
“Ada kat dalam,” ujar Datuk Sufian sambil membukakan pintu untuk Eti.
Eti masuk dengan langkah yang dipenuhi dengan debaran yang tidak terhingga.
“Ibu,” serunya apabila matanya tertacap pada sekujur tubuh yang terkulai layu di atas katil hospital.
“Eti…” perlahan sahaja nada suara ibunya. Terasa tangan sejuk ibunya mendarat di pipinya yang mula basah.
“Jangan menangis sayang..” pujuk Puan Halimah lembut.
Namun kata-kata itu tidak dapat memujuk Eti yang sedang menangis malah gadis itu makin laju menitiskan air mata.
“Ibu, jangan tinggalkan Eti sorang-sorang,” rintihnya sambil memeluk erat Puan Halimah.
Tangan tuanya mengusap lembut belakang badan anaknya. Satu-satunya zuriat peninggalan arwah suaminya. Nampaknya masanya juga hampir sampai.
Bagaimanakah dengan nasib anak gadisnya yang satu ini. Mampukah dia mengharungi hidup ini seorang diri?
“Eti, sebelum ibu pergi, ibu ada satu permintaan,” Eti terkejut mendengar kata-kata ibunya.
“Apa yang ibu merepek ni? Ibu tak akan pergi mana-mana. Ibu akan tinggal dengan Eti.”
Keras sedikit nadanya tanda tidak suka ibunya mengeluarkan kata yang tidak-tidak.
“Eti, masa ibu dah tak lama dah Eti. Tolong tunaikan permintaan ibu yang terakhir ni.”
Makin laju air matanya membasahi pipinya. Tidak dapat digambarkan hidup di dunia tanpa kehadiran ibunya. Apalah nasib yang menimpa dirinya nanti?
“Ibu, jangan cakap macam ni. Eti tak suka..”
Terus dia teresak-esak sehingga mengundang kehadiran Datuk Sufian dan Datin Jamilah yang sedang menunggu di luar wad.
“Eh, sayang.. jangan menangis macam ni. Tak baik nak,” pujuk wanita yang merupakan majikan ibunya.
Selama ini, ibunya bekerja sebagai pembantu rumah di kediaman Datin Jamilah dan Datuk Sufian.
Sejak dari kecil lagi ibunya sudah berkhidmat. Kerana itu hubungan mereka sudah akrab seperti sebuah keluarga.
“Eti tak nak ibu pergi.” Dia terus menangis di dakapan Datin Jamilah pula.
Mata Puan halimah pula mendarat di wajah Datin Jamilah. Mengisyaratkan agar dia berbuat sesuatu.
“Eti, kami ada sesuatu yang nak beritahu pada Eti.”
Ayat yang terbit dari mulut Datuk Sufian itu mengundang perhatian Eti. Eti pelik apabila Datuk Sufian dan Datin Jamilah berpandangan sesama sendiri.
Ada kebimbangan di wajah mereka. Kebimbangan yang dia sendiri tidak dapat pastikan.
***
Nazmi yang sedang melepak di hujung beranda berfikir sendirian. Memikirkan tentang kehendak orang tuanya pagi tadi. Kusut kepala otaknya.
‘Macam manalah dia orang boleh terpikirkan idea gila ni,’ bisik hatinya.
Bagaimana dia hendak kahwin dengan seorang perempuan yang merupakan anak pembantu rumahnya. Mana pula hendak diletakkan wanita kesayangannya itu.
“Papa nak Naz ikut cakap papa kali ini. Kalau tak nama Naz akan terkeluar sebagai pewaris harta papa,” masih terngiang-ngiang lagi kata-kata papanya.
‘Ni yang tak adil. Kalau tak nak ikut, main ugut-ugut tentang harta pulak. Kusut betul!’
Tangannya menghentak kerusi yang sedang diduduki itu. Tindakannya itu hanya membuatkan tangannya sakit. Bodoh betul.
“Apa aku nak buat ni? Tak pasal-pasal pulak kena kahwin dengan dia. Dah lah aku tak kenal sangat dengan budak tu. Entah-entah dah kena tebuk, eh tak rela aku nak jadi pak sunggup,” ujar Nazmi sendirian.
Tiba-tiba kereta BMW Datuk Sufian muncul di perkarangan rumah. Cepat-cepat dia bangun ingin pergi. Tak pasal-pasal nanti cerita ini akan menjadi ungkitan.
“Naz, tunggu kejap. Mama nak cakap sikit.”
Macam tahu-tahu sahaja yang dia ingin lari. Cepat sahaja ibunya menangkapnya dari pergi.
“Ada apa ma? Kalau pasal hal tu, Naz tak nak bincanglah. Semua tu idea mengarut je,” rungut Nazmi selamba.
“Apa yang mengarutnya? Suruh kahwin pun mengarut ke?” tanya Datin Jamilah kembali.
“Memang mengarut. Naz ni tak habis belajar lagi. Macam mana nak tanggung anak orang,” sengaja dia mengumpan menggunakan alasan itu.
“Mama tak suruh pun kamu tanggung dia. Mama suruh kamu jaga dia. Faham tak?”
Nazmi mengaru-garukan kepalanya yang tetiba rasa gatal.
“Ma, yang mama beria sangat nak suruh Naz kahwin dengan dia kenapa? Naz tak sanggup nak jadi pak sanggup.”
Kali ini, kata-kata yang keluar dari mulut anaknya itu benar-benar menaikkan ketirahannya.
“Naz, budak Eti tu sebaik-sebaik manusia. Sanggup kamu tuduh yang bukan-bukan pada dia? Manusia apa entah kamu ni,” marah Datin Jamilah sambil berlalu pergi meninggalkan Nazmi yang tercengang akibar dimarahi.
Nazmi buat muka tapi tidak lama apabila dia menangkap kehadiran papanya di situ. Perlahan-lahan Datuk Sufian melangkah ke arahnya.
“Naz, untuk pertama kalinya papa nak mintak tolong dengan kamu. Kahwinlah dengan Eti.
"Satu hari nanti kau pasti tahu kenapa papa suruh kahwin dengan dia.
"Papa tak dapat nak cari orang yang lebih lanyak untuk jaga dia selain daripada kamu Naz,” penjelasan papanya itu tidak diterang secara jelas.
“Tapi papa, saya belum bersedia nak pikul tanggungjawab ni,” sekali lagi dia mengemukakan alasan.
“Bersedia atau tidak, bila dah tergalas, kita tetap akan cuba mengalasnya walaupun tidak sebaik mungkin. Tapi sekurang-kurang kita mencuba.”
“Kalau gagal macam mana?” masih mencari jalan untuk mengelak.
“Kalau gagal sekalipun, boleh cuba sekali lagi,” balas Datuk Sufian sambil berlalu.
Sebenarnya hatinya berat untuk melepaskan gadis seperti Eti kepada Nazmi. Namun dia tidak punya cara lain lagi untuk berikhtiar. Moga Allah permudahkan segalanya.
***
Eti duduk di bangku hospital. Setelah diberikan ubat, ibunya telah lama diulit mimpi.
Dia pula, berada di sini untuk meraih ketenangan jiwa yang telah diganggu-gugat oleh Datuk Sufian dan Datin Jamilah sebentar tadi.
“Eti boleh jaga diri sendiri,” ujarnya pasti.
Ya, tanpa sesiapa pun, dia masih lagi boleh hidup di bumi Allah ini.
“Eti, tolonglah tunaikan permintaan ibu yang terakhir ni,” pohon ibunya lirih. Eti serba salah sendiri.
Tidak pernah dia terfikir yang dia akan kahwin seawal usianya sekarang. Dan berkahwin dengan orang yang langsung tidak dicintainya.
‘Ya Allah, bala apa yang kau titipkan pada aku ni,’ rungutnya dalam hati.
Dia langsung tidak mengenali Nazmi dengan baik. Dia cuma tahu namanya sahaja. Adakah itu sudah cukup untuk melayakkan dia mengahwini jejaka tersebut.
Dia sudah punya jejaka yang dicintainya. Walaupun jejaka itu tidak mengetahui tentang hakikat ini, namun dia telah lama menanam rasa cinta yang terpendam. Tak kan hendak dikuburkan sahaja perasaannya ini.
Tapi macam mana pula dengan harapan ibu, Datuk dan Datin. Dalam berjuta-juta lelaki di dunia ni, kenapa dia ditakdirkan berkahwin dengan Nazmi.
“Assalaamualaikum,” entah gerangan siapa yang memberi salam. Dia malas hendak ambil peduli.
“Assalaamualaikum..” kali ini suaranya lebih kuat agar dapat mengejutkan gadis yang sedang asyik masyuk mengelamun itu. Pekak agaknya.
Bengang betul bila dirinya dikacau. Lantas dia berpaling. Tak jadi hendak marah apabila melihat gerangan yang menganggu. Nazmi.
“Boleh aku duduk,” entah sejak bila dia jadi bersopan. Tapi wajah yang sudah lama tidak dijamah itu mendatangkan satu rasa yang pelik.
“Ni kan tempat awam. Duduk je lah,” entah bagaimana lelaki ini boleh tahu kewujudannya di sini. Dia sendiri tidak tahu.
“Aku nak tanya pendapat kau tentang perkahwinan tu? Kau setuju ke?” perlahan sahaja intonasi suaranya.
Walaupun dia seratus peratus tidak bersetuju tapi tidaklah dijelaskan secara terus. Dia bimbang kalau ada hati yang terasa. Dia masih lagi menjaga perasaan Eti.
“Mestilah tak. Aku tak kenal pun kau. Macam mana nak kahwin dengan orang yang langsung aku tak kenal, yang aku tak cinta.
"Lagipun aku dah ada orang yang aku sayang.
"Tapi aku tak sanggup nak hancurkan harapan ibu. Aku tak nak jadi anak derhaka,” sepatah yang ditanya, berpatah-patah ayah dia membalas.
‘Kelakar betullah perempuan ni.’
“Samalah. Aku pun dah ada orang yang aku sayang,” jawab Nazmi selamba.
“Jadi kita kena lakukan sesuatu. Kita kena beritahu semua orang yang kita dah ada orang yang kita sayang.
"Dan kita belum bersedia lagi nak kahwin,” gesa Eti tiba-tiba sambil menggoyangkan tangan Nazmi.
Terkejut sungguh apabila tangan runcing itu dengan selambanya mengoyangkan tangannya.
Cepat-cepat Eti berhenti dari tindakan spontannya. Dia pun tidak menyangka yang dia bersikap lepas laku.
“Yup. Kita beritahu dia orang dan kecewakan harapan dia orang. Kau sanggup?” duganya.
Secara automatik, wajah yang sedari tadi berwarna sudah kembali suram.
“Habis tu apa yang kita nak buat sekarang?” lirih sahaja nadanya.
“Kita kahwin,” ajak Nazmi serius.
“Apa! Kau gila,” suaranya hampir meninggi. Tapi mujur sempat dikawal.
“Bukan kahwin betul-betul,” tingkah Nazmi.
“Ada ke kahwin olok-olok?” soalnya sambil menunjukkan muka blur.
Nazmi tersenyum dalam hati. Macam ni ke perangai dia ni?
“Kita cerailah lepas semua dah selesai. Kita cakap lah yang kita tak serasi,” cadang Nazmi. Eti terfikir sendiri.
“Agak-agaknya bila semuanya akan selesai?” soal Eti polos.
“Alahai, manalah aku tahu. Kita sama-samalah tunggu waktu tu,” ujar Nazmi sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal.
“Kita rahsiakan benda ni daripada semua orang. Kita kahwin hanya atas dasar sekeping kertas je dan berlakon depan mama dan papa.
"Kat luar, kita bebas nak berkasih dengan sesiapan pun. Asalkan tak lebih dari batasan,” cadangan Nazmi itu Eti terima dengan anggukan.
Cadangan ini boleh diterima oleh akal fikirannya. Sekurang-kurangnya dia tidak menghampakan permintaan ibunya.
“Okey, aku setuju.” ujar Eti sambil menghadiahkan senyuman manis.
Seketika, Nazmi seakan terleka dengan senyuman itu. Namun cepat-cepat dikejutkan hatinya agar tidak terus terleka dengan wajah cantik itu.
“Kalau macam tu, kita kena jadi kawan. Supaya semuanya dapat berjalan dengan lancar nanti.” tutur Nazmi sambil menghulurkan salam perkenalan.
Akhirnya masing-masing sudah bertukar senyum hingga dapat melegakan hati yang gundah.
***
“Aku terima nikahnya Siti Fatimah binti Ismail dengan mas kahwin 100 ringgit tunai,” lafaz nikah itu dapat disampaikan dengan lancar oleh Nazmi.
Eti sama-sama mengaminkan bacaan doa. Dia memandang ke arah ibunya yang sedang duduk berhampiran dengannya.
Datin Jamilah awal-awal lagi sudah menghadiahkan sebuah ciuman di pipinya. Betapa wanita itu sangat menyayanginya.
Tiba-tiba ada debar yang mendatang apabila melihat Nazmi yang melangkah menghampirinya. Suasana di dalam wad hospital kelihatan senyap.
Perlahan-lahan dicapai sebentuk cincin dari tangan Datin Jamilah dan disarungkan ke jari runcing miliknya. Disalamnya pula tangan kasar Nazmi. Dan lelaki itu kelihatan teragak-agak untuk mencium dahinya. Seperti yang sering dibuat oleh pasangan pengantin baru.
Eti tersenyum ikhlas sebagai tanda dia rela menerima kunjungan ciuman di dahinya. Biarlah. Setakat lakonan sebegini, ia tidak akan meluakkan apa-apa pun.
Namun ada rasa getar yang mereka sendiri tidak dapat tafsirkan apabila bibir Nazmi mendarat di dahinya.
Akhir sekali, dia bersalam dengan beberapa tetamu lain yang turut hadir.
Memang sengaja akad nikah ini dijalankan di hospital sahaja. Menyenangkan ibunya sekaligus dapat menghadkan tetamu untuk hadir.
Kalau boleh, biarlah perkahwinan ini dirahsiakan dari semua pihak.
***
“Kakak, mama suruh angkat barang kakak kat bilik abang,” arah Sufina. Adik bongsu Nazmi yang baru berusia 16 tahun.
“Kalau tak pindah tak boleh ke?” soal Eti teragak-agak.
“Eh, akak kan dah kahwin dengan abang. Tak boleh lah duduk kat bilik orang gaji ni lagi,” ujar Sufina selamba.
“Tapi tak salah kan kalau akak nak duduk kat sini,” pohon Eti.
Kalau boleh, dia tidak mahu berkongsi mana-mana bilik dengan Nazmi. Dia lebih rela duduk di bilik asalnya.
“Akak ni, duduk je lah kat atas. Kat atas lebih selesa, lebih best dan lebih serba-serbilah.
"Jom Sufi tolong akak angkat beg ni,” ujar Sufina sambil mula mengangkat beg milik akak iparnya itu.
“Eh, tak apalah. Akak boleh angkat sendiri,” ujar Eti sambil menghulurkan senyuman manis.
Tidak perlulah melakukan kerja yang boleh dia lakukan. Bukan perangainya suka menyusahkan orang lain.
“Ni bilik abang,” ujar Sufina sambil menundingkan jari terlunjuknya ke arah sebuah bilik.
Eti memulas tombol pintu dengan perasaan yang bercampur baur. Baru sahaja ditolaknya pintu, tiba-tiba ada jeritan dari arah dalam.
Cepat-cepat dia menutup kembali pintu yang belum habis terbuka tadi. Manalah dia tahu yang Nazmi sedang menukar baju. Alahai.
Eti mengigit bibir. Hobi lama yang sudah lama ditinggalkan. Entah macam mana dia hendak berhadapan dengan Nazmi sekejap lagi.
Tiba-tiba pintu terbuka dari arah dalam. Terpancul muka Nazmi dengan rambut yang masih basah. Agaknya lelaki ini baru lepas mandi gamaknya.
“Kalau ya pun nak masuk bilik orang, bagilah salam dulu,” marahnya. Tetapi marah dengan nada yang lembut. Mati-mati Eti ingat yang dia akan dimaki hamun tadi.
“Tunggu apa lagi, masuklah,” arah Nazmi.
Sejak dari awal lagi mama dan papa sudah menerangkan yang Eti akan menghuni di dalam biliknya. Puas ditolak kemahuan orang tuanya kali ini, namun hanya kehampaan yang menjadi jawapannya.
Eti melangkah dengan hati yang sebal. Bilik lelaki ini memang simple dan bersepah. Itulah kesimpulan yang dia boleh buat tentang Nazmi.
“Sorylah kalau bilik ni bersepah. Tapi kalau kau dah ada, bolehlah kau tolong kemaskan,” ujar Nazmi tidak berperasaan.
Sana sini baju bersepah-sepah. Buku pun tidak disusun dengan teratur. Katil pun tidak berkemas.
‘Lelaki macam ni ke yang aku kena kongsi bilik. Aku tak dapat bayangkan kalau dia ni betul-betul jadi laki aku. Tak sanggupnya.’ Rungutnya di dalam hati
Nazmi terbongkok-bongkok mengutip bajunya yang bersepah-sepah. Eti tidak sanggup jika hanya bertindak menjadi pemerhati. Lantas digagahkan langkah menuju ke rak buku dan meja study milik Nazmi. Cuba tolong mengemas apa yang patut.
“Ni air milo zaman bila ni?” soal Eti sambil mengangkat cawan minuman yang sudahpun berkeladak.
“Oh, baru lagi ni.” tingkahnya malu sambil tersenyum sumbing. Eti tergeleng sendiri.
Akhirnya, dalam masa setengah jam, bilik yang tadi seperti tongkah pecah kini mula tersusun dengan kemas.
Barulah Eti dapat duduk di sofa dengan rasa selesa. Namun tiba-tiba dia terfikir. Malam ni dia hendak tidur di mana. Tak kan nak tidur di atas katil pula. Nanti lebih dari tuan rumah pula.
Alangkah bagusnya jika dia dapat menemani ibunya di hospital malam ini. Namun ibunya awal-awal lagi sudah mengarahkannya tidur di rumah.
“Kau tak nak mandi ke. Bersihkan badan tu?” soal Nazmi.
“Apa yang kau kan risau sangat. Kan kita dah jadi kawan sekarang. Buanglah fikiran yang bukan-bukan tu.
"Aku tak akan ambil kesempatan ke atas kawan aku sendirilah,” kata-kata Nazmi itu mengejutkan Eti dari angan-angannya.
“Boleh percaya ke?” soalan itu pada mulanya hanya sekadar di dalam hati namun tanpa sedar, ia telah terluah di bibir.
“Kau boleh berharap pada aku Eti,” jawapan ringkas itu sedikit sebanyak melegakannya.
Sekurang-kurangnya dia tahu yang Nazmi tidak akan mengambil kesempatan ke atasnya.
“Dahlah, pergi mandilah. Dah busuk melantun dah aku rasa.” ujar Nazmi. Sekadar ingin memesrakan suasana.
Dengan selambanya Eti menumbuk mesra bahu Nazmi. Entah kenapa, dia senang dengan situasi seperti ini.
Usai mandi dan solat, dia turun ke bawah untk membantu menyediakan makan malam. Tidak enak rasanya membiarkan Datin Jamilah melakukannya seorang diri apatah lagi apabila ketiadaan ibunya.
“Datin, ada apa-apa yang saya perlu buat?” soal Eti.
“Eh, kenapa panggil Datin lagi. Eti kan dah jadi anak mama.” tegur Datin Jamilah ramah. Mengingatkan Eti yang mungkin terlupa.
“Tak biasa.” ujar Eti jujur.
“Tak apa. Lama-lama nanti biasalah tu. Hmm, Eti tolong angkatkan mangkuk ni kat meja. Lain-lain semua mama dah siapkan.” tanpa menunggu, Eti melakukan seperti yang diperintahkan.
Suasana makan malam hanya ditemani dengan bunyi sudu garpu yang berlaga sahaja. Ahli keluarga Nazmi sepi tanpa sebarang cerita membuatkan Eti tersisih sendiri.
“Eti, tambah lagi?” pelawa Datin Jamilah sambil menyuakan mangkuk nasi kepadanya.
Namun segera ditahan. Dia menjawab dengan gelengan sahaja. Nasi di dalam pinggannya pun belum tentu dapat dihabiskan.
“Nanti, lepas ibu sembuh, baru kita fikirkan tentang majlis persandingan kamu berdua ye..” tersedak-sedak Eti dibuatnya apabila mendengar kata-kata yang terbit dari mulut ibu mentuanya.
Segera Nazmi menyuakan gelas minuman kepadanya. Mujurlah dia tidak tersedak sehingga tersembur biji nasi. Kalau tidak, memang menempah malu.
“Eti okay?” soal Datin Jamilah penuh kekhuatiran.
Hanya anggukan yang sebagai jawapan. Segera dia memandang ke arah suaminya yang sedang duduk di sisinya. Dia pasti, Nazmi pasti memikirkan perkara yang sama.
“Er mama, kalau boleh biarlah majlis ni dilangsungkan lepas kami habis belajar nanti,” kata-kata Nazmi sedikit sebanyak mengejutkan Eti. Apatah lagi ahli keluarga yang lain.
“Kenapa pula. Nak tunggu kamu beranak pinak dulu baru nak bersanding,” tingkah Datin Jamilah tidak berpuas hati.
“Bukan macam tu mak. Rasanya masa ni tak sesuai nak buat majlis.
"Ibu kan masih ada kat hospital. Kita orang pulak tengah belajar. Lagi pun kami tak fikir nak ada anak dalam waktu terdekat ni. Nanti belajar entah kemana, anak pulak terabai,” entah apalah yang dia mengarutkan namun tidak ada idea lain yang terlintas di fikirannya. Guna jelah apa yang ada.
“Rezeki kalau dah ada, kenapa nak tolak pula. Kalau korang tak ada masa nak jaga, mama ada boleh tolong jaga,” Eti mengigit bibir.
Seriau mendengar ibu mertuanya membebel. Dalam diam, dia menyalahkan Nazmi kerana mengata yang tidak-tidak.
“Biarlah Milah. Ikut dia oranglah nak rancang macam mana pun,” mujurlah ada papa yang membantutkan usaha mama untuk terus membebel.
Bagi Datuk Sufian, mereka berdua masih memerlukan masa untuk mengenal hati budi masing-masing. Tidak perlulah dipaksa-paksa.
“Kenapa kau cakap macam tu dekat mama?” soal Eti tidak berpuas hati apabila mereka sudah sampai di bilik.
“Salah ke apa yang kau cakap tadi?” soal Nazmi kembali.
“Mestilah salah. Kau tak patut bagi harapan kat dia orang tadi.
"Ada ke cakap nak buat majlis lepas belajar,” bebelan isterinya itu benar-benar memanaskan telinganya.
“Habis tu kau nak aku cakap apa. Cakap yang kita nak bercerai lepas belajar. Macam tu?” keras nada suaranya.
Sudahlah hanya dia sahaja yang cuba bersuara tadi, sekarang hendak salahkan dia pula kerana memberikan alasan yang bukan-bukan.
‘Ya tak ya jugak.’ Eti mengarukan kepalanya yang tidak gatal.
Menyesal pula kerana terlepas kata tadi. Pasti suaminya itu bengang dengannya.
“Sory,” ujar Eti sepatah.
Nazmi hanya diam. Mula membarinkan tubuh di atas katil. Tiba-tiba dia terfikir, di mana isterinya itu hendak tidur malam ini? Di atas katil dengannya juga ke?
“Er, kau nak tidur mana malam ni?” soal Nazmi menganggu lamunan Eti.
“Kalau kau tak kisah, kau boleh tidur sekali dengan aku kat atas katil ni. Tu pun kalau kau naklah,” pelawaan Nazmi itu Eti terima dengan muka yang kelat.
“Tak apalah. Aku tidur dekat bawah je,” sedikit sebanyak, dia masih belum yakin sepenuhnya dengan Nazmi.
‘Buat-buat dia rabanya aku nanti, tak ke naya,’ bisik hatinya.
“Alah, setakat kau ni, aku tak heranlah,” ujar Nazmi seperti dapat mendengar suara hati Eti tadi.
“Apa?” soal Eti inginkan kepastian.
“Tak, aku cakap kalau kau nak tidur kat bawah, kau boleh guna comforter kat dalam almari tu,” mulutnya di muncungkan ke arah almari yang berada di hujung penjuru billik.
‘Alah, nak mengelat la tu,’ bisik Eti tidak berpuas hati namun digagahkan langkah menuju ke arah almari untuk mengambil comforter.
Setelah memastikan yang suaminya itu sudah tidur, barulah Eti mencabut tudung yang sedari tadi melekat di kepalanya.
Entah kenapa, dia berasa segan untuk mempersembahkan rambutnya di hadapan lelaki. Mungkin kerana sedari dulu, dia sudah biasa bertudung.
Akhirnya, setelah jam mencapai angka tiga, barulah dia dapat melelapkan mata.
Bukan mudah untuknya tidur di tempat baru. Apatah lagi dia mempunyai penyakit susah untuk tidur malam.
***
Awal pagi lagi, dia sudah mengajak Nazmi menemaninya ke hospital. Dia sudah benar-benar rindu dengan ibunya.
“Hari ni Eti masak special untuk ibu. Ada bubur dengan sup ayam. Eti buat tau,” sambil mengidangkan makanan, mulutnya tidak henti-henti bercerita itu ini.
Dia mahu kelihatan ceria di hadapan ibunya. Supaya ibunya tidak susah hati dan dapat segera sembuh.
Puan Halimah mencapai tangan anak perempuannya. Seketika, tindakannya terhenti seketika.
“Eti bahagia?” soal Puan Halimah inginkan kepastian.
“Kalau ibu yang pilih, mestilah Eti bahagia,” jawap Eti penuh kesungguhhan.
Masakan dia hendak bercerita yang tidak-tidak kepada ibunya. Padahal, dia sendiri belum pasti akan nasib dirinya.
“Betul?” separuh dari hatinya percaya namun separuh lagi menidakkannya.
“Betul ibu. Naz layan Eti dengan baik. Keluarga dia pun sama,” tambah Eti supaya ibunya yakin dengan jawapan yang diberikan.
Memang Nazmi dan keluarganya melayannya dengan sangat baik. Apa lagi yang diharapkan oleh orang sepertinya.
Tiba-tiba Eti terperasankan akan sesusuk tubuh yang entah sejak bila berdiri di situ. Nazmi menghadiahkan senyuman manis kepadanya. Perlahan-lahan, kakinya melangkah ke arah isteri dan mertuanya.
Eti hanya memandang sepi apabila melihat suaminya menyalami tangan ibunya. Eti pasti yang kasih sayang suaminya buat ibunya bukanlah satu lakonan.
Dia tahu yang Nazmi menerima dirinya adalah kerana ibunya adalah pengasuhnya sejak kecil.
“Ibu macam mana? Okay?” soal Nazmi sambil membetulkan selimut milik Puan Halimah.
“Eh, Eti lupa pulak nak bawa air. Biar Eti pergi beli kejap ye..” sempat juga dia mencium ibunya sebelum berlalu keluar. Sengaja mahu membiarkan ibunya berbual dengan suaminya.
“Naz, tolong janji dengan ibu yang Naz akan jaga Eti untuk ibu,” pohon Puan Halimah letih.
“Naz janji bu, Naz akan jaga Eti sebaik mungkin,” dia memang sudah berjanji dengan dirinya yang walaupun dia berpisah dengan Eti satu hari nanti, dia tetap akan menjaga Eti walau dari jauh.
“Tolong Naz. Eti dalam bahaya,” kata-kata Puan Halimah kali ini mendatangkan rasa pelik di hati Nazmi.
“Eti dalam bahaya?” soal Nazmi. Dia bimbang kalau-kalau tersalahdengar.
“Maksud ibu, dia akan berada dalam bahaya tanpa penjagaan kamu,” hampir sahaja dia terlepas cakap. Biarlah. Belum masanya lagi untuk dia tahu akan hakikat yang sebenar.
“Tolong ibu jaga Eti ye..” entah untuk kali yang ke berapa, Puan Halimah asyik mengulang ayat yang sama. Nazmi mula rasa tidak sedap hati.
“Ibu..” nafas Puan Halimah tiba-tiba menjadi tidak menentu. Nazmi tidak menunggu lama, segera dia memanggil jururawat yang bertugas.
***
Langkahnya yang sedari tadi laju kini sudah mula perlahan apabila melihat Nazmi yang bersandar lemah di dinding hospital. Hatinya mula menjadi tidak keruan.
“Kenapa duduk kat luar,” tegur Eti sambil membuka pintu bilik hospital. Baru sahaja dia membuka pintu, dia dapat melihat seorang jururawat menutup sekujur tubuh ibunya yang sudah tidak bernyawa.
“Ibu..” perlahan-lahan kakinya menapak ke arah ibunya.
Hampir sahaja dia terkulai namun ada tangan yang menahannya dari terus rebah.
“Sabar Eti. Kau kena kuat,” kata-kata itu seperti lebah yang menyengat jantung hatinya. Air matanya sudah mula mengalir perlahan.
Tiba-tiba pandangan matanya terpacak pada mangkuk tingkat yang berisi bubur dan sup ayam yang masih belum tersentuh. Ibunya pergi tanpa sempat menjamah masakkannya.
Eti menangis dengan teresak-esak. Tidak dapat dia membayangkan hidup di dunia ini tanpa ibunya. Sudahlah dia memang tidak mempunyai ahli keluarga yang lain.
“Hei, jangan macam ni. Tak baiklah,” pujuk Nazmi lembut.
Tanpa sedar, Eti menangis di bahu milik Nazmi. Teragak-agak bagi Nazmi sewaktu ingin mengusap belakang badan isterinya. Bimbang dianggap mengambil kesempatan pula.
Namun diusap juga belakang badan isterinya. Pada siapa lagi isterinya ingin menumpang kasih kalau bukan padanya. Walau bukan sebagai seorang suami, kasihnya boleh wujud sebagai seorang sahabat.
***
“Eti, aku tahu kau sedih. Tapi inilah salah satu perkara yang kau boleh lakukan untuk kali yang terakhir.
"Jangan biarkan kesedihan kau menutup rasa tanggungjawab kau tu. Lakukan dengan penuh ikhlas,” nasihat Nazmi apabila melihat Eti yang masih menangis.
Barulah Eti tersedar yang air mata tidak akan membawa apa-apa makna. Memang air mata tanda rasa sedih, namun kenapa hendak membenarkan kesedihan bermaharajalela di hati kita.
Eti memandikan jenazah ibunya dan mengkhafankan jenazah ibunya tanpa cuba mengalirkan air mata. Dia mahu menunaikan tanggungjawabnya sebaik mungkin. Dia mencium wajah ibunya dengan penuh kasih sayang.
‘Ibu, terima kasih kerana meminjamkan rahim ibu untuk Eti tumpang selama Sembilan bulan sepuluh hari sewaktu ibu mengandungkan Eti. Halalkan segala titisan susu yang ibu yang mengalir dalam tubuh badan Eti ini. Halalkan juga makan minum Eti sepanjang Eti hidup di muka bumi ini. Maafkan segala kesalahan sepanjang Eti menjadi anak ibu. Moga Allah menempatkan ibu di kalangan orang yang beriman. Dan moga kita dapat bertemu di syurga Allah yang hakiki.’ Amin
Pada malamnya, Eti menunaikan solat sunat hadiah untuk dihadiahkan buat ibunya.
Sesungguhnya, hanya itulah yang mampu dilakukan di muka bumi untuk membantu ibunya yang telah pergi.
***
“Eti, jom makan,” ajak Nazmi usai Eti habis membaca Al-Quran.
“Aku tak ada selera.” tolak Eti perlahan.
“Janganlah macam ni. Dah seminggu kau tak makan nasi. Mari makan sikit.” ajak Nazmi lembut. Dia tahu, Eti masih lagi bersedih.
“Kau pergilah makan. Aku tak nak.” ujar Eti sambil mula membentangkan comforter. Akhirnya Nazmi keluar. Membiarkan Eti melayan rasa sedihnya.
Namun tidak lama kerana Nazmi muncul dengan dulang berisi makanan. Diletaknya dulang di atas comforter yang sudah terbentang.
“Kan aku cakap aku tak nak makan.” ujar Eti sedikit keras. Dia baru sahaja ingin cuba melelapkan mata.
“Alah, kau bukan boleh tidur pun kan. Daripada kau melongok sorang-sorang, baik kau teman aku makan. Ada jugak faedahnya.” arah Nazmi sambil menarik tangan Eti supaya duduk di sebelahnya.
Nazmi menyuakan sudu yang berisi nasi ke arah mulutnya. Membuatkan air mata Eti sedikit tergenang. Diterima juga suapan suaminya itu. Namun tiba-tiba ada air mata mengalir di pipi gebunya.
“Lah, asal nangis pulak?” soal Nazmi tidak faham. Isterinya ini memang mewah dengan air mata.
“Waktu aku sakit, mak aku mesti suap aku macam ni.” luah Eti sambil menangis perlahan.
Terhenti suapan Nazmi. Tidak sangka dia mengimbau kembali kenangan milik isterinya. Hatinya tumpang simpati namun yang hidup masih perlu meneruskan kehidupan.
“Kenangan tu boleh disimpan tapi jangan biarkan ianya menghalang kita untuk terus melangkah ke hadapan.” pujuk Nazmi lembut. Dalam banyak waktu, lelaki itu sentiasa bersabar dalam melayan karenahnya.
“Thanks.” tutur Eti ikhlas.
“Nah, kau makan sendiri. Karang teringat dekat kekasih pulak bila aku suap.” ujar Nazmi selamba. Sengaja ingin menimbulkan suasana yang selesa.
“Aku mana ada kekasih macam kau.” tempelak Eti kembali bersemangat.
“Aik,bukan hari tu kau cakap kau dah ada orang yang kau sayang ke?” soal Nazmi pohon kepastian.
“Orang yang aku sayang tu tak semestinya kekasih.” tingkah Eti sambil menyuapkan nasi ke mulut. Tiba-tiba, ada selera yang bertandang.
“Kiranya kau minat diam-diamlah ni.” selongkar Nazmi sambil mula tersengih. Gembira kalau dapat membawa Eti keluar dari kepompong kesedihan.
“Orang macam dia memang banyak peminat pun.” balas Eti pula sambil mula tersengih.
Akhirnya, Eti bercerita sedikit sebanyak tentang seorang lelaki yang bernama Faizal. Betapa tingkah lelaki itu dapat membuatkannya jatuh hati. Nazmi pula hanya merangkap sebagai pendengar yang setia.
Dia betul-betul tidak percaya yang dia sedang menukar hubungan suami isteri kepada sebuah persahabatan. Persoalannya, sampai bila persahabatan ini akan terus bertahan.
***
Nazmi tercengang-cengang apabila melihat Eti yang mencapai tisu untuk mengesat air matanya yang meleleh.
“Aku tak faham betullah. Tengok hindustan pun boleh menangis ke?” dia mengaru-garukan kepalanya yang tidak gatal.
“Sibuklah.” entah kenapa, cerita ini betul-betul mengusik kalbunya.
“Tak adalah sedih sangat.” putus Nazmi selamba.
“Anak dia matilah. Mestilah sedih.” tingkah Eti pula. Menyesal pula kerana membelikan CD hindustan ini kepada isterinya. Motifnya, dia ingin menghilangkan bosan isterinya sahaja. Namun tak sangka ada drama air mata pula.
Namun Nazmi akui, sepanjang hampir dua bulan duduk bersama, dia sudah mula mengetahui sedikit sebanyak tabiat isterinya. Eti memang penyedih orangnya. Air matanya hanya seperti membuka paip air sahaja. Terus boleh mengalir tanpa henti.
Sesuatu yang sangat membezakannya dengan Aisyah. Rindu benar dia pada kekasih hatinya. Sudah hampir dua bulan mereka tidak bertemu kerana Aisyah menghabiskan cuti semesternya di kampung halaman.
Hatinya kembali lapang kerana cuti semester ini sudah tiba ke penghujungnya. Tidak sabar rasanya untuk bertemu dengan kekasih hati.
“Oit, berangan!” sergah Eti sambil tergelak-gelak. Nazmi mencebik. Geram apabila angan-angannya diganggu.
“So, kau nak sambung kat mana?” soal Nazmi tiba-tiba apabila dia teringat akan result matrikulasi yang telah keluar dan Eti telah mendapat keputusan yang sangat cemerlang. Lebih cemerlang darinya dahulu.
“Tengah tunggu result dari JPA. Kalau ada rezeki, boleh sambung dekat oversea.” ujar Eti gembira.
“Kalau dapat, kau nak pergi ke?” soal Nazmi.
“ Mestilah. Dah lama aku tunggu saat ni. Kalau aku jadi pergi, kita akan bercerai lepas aku balik dari sanalah. Macam yang kita rancang dulu. Kita cakaplah yang kita dah tak serasi.” tiba-tiba, ada rasa sayu di hati Nazmi apabila soal cerai dibangkitkan.
Entah kenapa, dia sudah semakin serasi dengan Eti. Namun segera diusir rasa itu. Mana mungkin dia dapat menyayangi Eti kerana cintanya memang sudah menjadi milik Aisyah.
“Kalau tak dapat oversea macam mana?” soal Nazmi tiba-tiba.
“Hmm, mungkin sambung kat sini jelah kowt.” jawab Eti teragak-agak. Sebenarnya, dia tidak terfikir pun sampai ke situ. Entah kenapa, dia yakin untuk pergi. Lagipula, dia tidak ingin berlama-lama disini.
Memang tidak dia akui, Nazmi dan ahli keluarganya melayannya dengan sangat baik. Namun sampai bila dia perlu menyusahkan orang lain. Dia mahu hidup berdikari sendiri.
“Eh, kau tak reti ke nak masukkan baju kotor ni kat dalam bakul. Pemalas betul.” rungut Eti tiba-tiba apabila melihat baju Nazmi yang bertaburan.
“Eleh, tolonglah masukkan.” pinta Nazmi sambil tidak langsung memandang ke arah Eti.
“Ah, ambik sendiri.” arah Eti garang. Pantang betul kalau biliknya bersepah-sepah.
“Alah, kalau tak nak tolong, biar je lah baju tu kat situ. Kejap lagi aku ambik.” jawab Nazmi sambil terus mengadap PSP kesayangannya itu.
Tanpa berfikir panjang lagi, Eti menngutip baju Nazmi dan dibaling ke arah lelaki yang senang berbaring di atas sofa itu.
“Hoi, apa ni?” bengang betul bila game nya diganggu.
“Masukkan baju tu sekarang.” arah Eti garang.
Serta merta Nazmi berdiri. Mukanya merah menahan rasa bengang. Pandangan mereka bersatu. Eti beraksi dengan tangan yang dicekak di pinggang.
“Macamlah tak boleh buat kejap lagi.” bidas Nazmi.
“Macamlah tak boleh buat sekarang.” tingkah Eti pula.
Tanpa banyak cakap, Nazmi membaling bajunya ke dalam bakul yang disediakan. Tepat.
“Hah, bukan susah sangat pun.” ujar Eti sengaja memerli.
“Tu, novel-novel yang bersepah tu kenapa tak kemas?” ujar Nazmi tiba-tiba. Eti mengerling ke atas rak buku. Tidaklah bersepah sangat.
“Bukan bersepah pun.” tegak Eti bengang. ‘Saje je nak cari pasal.’
“Tak ada. Pergi kemas sekarang. Mata aku ni tak sanggup nak pandang bilik yang bersepah-sepah.” sengaja dia memulangkan paku buah keras.
Eti menyusun novel-novelnya dengan hati yang sebal. Satu sikap Nazmi yang paling dia tidak berkenan. Suka buat sepah dan cari pasal. Kadang-kadang, tempat tidur sendiri pun malas untuk dikemas.
Nazmi tersenyum. Senang dapat mengenakan Eti. Bukan dia yang suka buat sepah tapi Eti tu yang pengemas sangat.
Dan bukan dia yang pemalas, Eti yang terlebih rajin. Manalah dia tahan. Isterinya itu memang lulus untuk menjadi seorang cleaner yang cemerlang.
***
“Papa tak setuju.” bangkang Datuk Sufian tiba-tiba apabila isu Eti ingin belajar di luar Negara dibangkitkan.
“Tapi kenapa papa.” soal Eti sayu.
“Bukan papa tak nak bagi sayang, tapi belum masanya lagi untuk Eti belajar di sana. Papa dah uruskan supaya Eti belajar di tempat yang sama dengang Naz. Lagipun senang sikit Naz nak jaga Eti nanti.” terang Datuk Sufian satu persatu. Alasannya masih lagi bertapis.
“Tapi Eti dah besar. Eti boleh jaga diri sendiri. Lagipun Eti berhak untuk pilih cita-cita Eti sendiri.” dia cuba berusaha untuk menyakinkan bapa mertuanya yang dia bukannya tidak pandai untuk berdikari.
“Papa tahu Eti dah besar tapi papa dah janji untuk jaga Eti. Papa tak boleh nak langgar janji tu.” pujuk Datuk Sufian lagi.
“Mama, bolehlah.” pujuk Eti kepada Datin Jamilah pula. Sedikit sebanyak, wajah itu kelihatan serba salah.
“Tak boleh Eti. Dengarlah kata papa tu. Papa dah pilih yang terbaik untuk Eti.” giliran Datin Jamilah pula meyakinkan menantunya. Takut juga kalau-kalau Eti merajuk dan membawa diri sendiri ke luar Negara.
“Okay. Kalau macam tu Eti nak masuk bilik dululah.” pohon Eti perlahan. Dia sedang cuba mengawal air matanya dari segera mengalir di hadapan mertuanya.
Dia menangis sepuasnya di dalam bilik. ‘Kenapa dari dulu orang perlu nak tentukan hidup aku. Hanya aku yang tahu apa yang terbaik untuk aku. Bukan orang lain.’ Marahnya di dalam hati.
Tiba-tiba ada ketukan di pintu. Cepat-cepat dia berpura-pura tidur di atas katil. Dia tidak mahu orang lain tahu yang dia menangis.
“Eti, kau dah tidur?” soal Nazmi perlahan. Dia sudah mengetahuinya daripada orang tuanya. Pasti Eti sedang bersedih kerana papa dan mama menghalang cita-citanya.
Eti masih lagi berpura-pura tidur. Dia takut dia akan lebih sedih apabila berborak tentang hal ini. Betapa dia menyimpan hasrat yang sangat mendalam untuk berlajar di luar Negara.
Nazmi membetulkan selimut yang menutupi tubuh Eti. Tangan kasarnya mengusap lembut ubun-ubun isterinya. Dalam sedar, dia mencium dahi milik Eti. Dia bukan melakukan kerana nafsu, tetapi hanya untuk meminjamkan kekuatan kepada isterinya.
Eti yang sedang berpura-pura tidur itu seakan-akan ingin bangun dan memarahi Nazmi kerana berani menciumnya sesuka hati. Entah-entah, sudah banyak kali Nazmi menciumnya secara curi-curi.
Namun dia seakan-akan terkaku sendiri. Kudratnya seakan-akan hilang. Dia memejamkan matanya rapat-rapat. Berharap yang ini hanyalah satu mimpi. Mimpi ngeri yang tidak akan berulang lagi.
***
Disebabkan dia tidur di atas katil, jadi Nazmi terpaksa tidur di atas comforter. Membuatkan Eti serba salah sendiri.
Awal dia terjaga pagi ini. Dalam suasana yang kelam, dia memerhatikan suaminya yang sedang tidur. Eti tersenyum sendiri. ‘Dalam tidur pun nak control macho lagi.’
Perlahan-lahan dia melangkah ke bilik air untuk mandi dan seterusnya menunaikan solat subuh. Selepas itu, barulah dia mengejutkan suaminya yang masih lena.
“Naz, dah subuh.” gerak Eti perlahan. Kebiasaanya begitulah. Dia yang akan mengejutkan suaminya itu. Tidak pernah mereka berjemaah bersama-sama.
“Aku minta maaf.” Nazmi memandang pelik ke arah Eti yang sedang duduk di penjuru katil.
“Kenapa tiba-tiba minta maaf pulak?” soal Nazmi tidak faham.
“Sebab tidur atas katil tilam.” ujar Eti jujur. Dia benar-benar serba salah sedangkan dia masih belum tidur lagi waktu itu.
“Oh. Sebagai denda, kau kena kemas tempat tidur aku.” kata Nazmi sambil tergelak kecil. Eti mengigit bibir tanda geram. Suka ambil kesempatan.
Disebabkan menyedari kesalahan itu datang dari dirinya, dia malas hendak cakap banyak. Lantas dikemaskan comforter yang digunakan oleh Nazmi semalam.
“Aku yang tidur baru semalaman pun dah lenguh-lenguh badan. Kau yang tidur kat bawah ni tak sakit badan ke?” tangannya memicit-micit tengkuknya yang terasa lenguh.
“Habis tu, kau nak bagi aku tidur kat atas ke?” perli Eti sengaja.
“Hmm, apa kata kalau kita bergilir-gilir. Hari ni kau tidur dekat bawah. Esok aku pulak. Macam mana, okey tak idea tu?” kebaikan Nazmi kali ini mendatangkan rasa aneh dalam diri Eti.
“Kenapa tiba-tiba jadi baik ni?” soal Eti ragu. Terhenti tangannya yang sedari ligat untuk mengemas.
“Aku memang baik apa?” Eti buat muka mendengar ayat yang keluar dari mulut Nazmi kali ini.
“Tapi sebagai balasannya, kau kemas dua-dua tempat tidur. Kemas kat atas katil dan kemas comforter. Cun kan?”
“Aku dah agak dah. Kalau kau buat baik mesti ada niat lain.” tingkah Eti geram.
“Eh, niat hanya perlu dalam solat je lah.” sehabis ayatnya, dia ketawa besar. Eti pula naik bengang. Lantas dicapainya bantal dan dibaling ke arah Nazmi. Tepat!
“Hoi, main kasar yerk.” kali ini, giliran Eti pula yang tergelak besar. Senang mengenakan Nazmi. Namun tidak lama apabila Nazmi datang mengejarnya.
Cepat-cepat Eti keluar dan terus berlari ke arah dapur. Lega apabila Nazmi tidak lagi mengejarnya.
“Mama, ada apa-apa yang Eti boleh tolong?” soalnya kepada mertuanya yang sedang mengacau tepung untuk dibuat cekodok.
“Hah, tolong kacaukan tepung ni. Mama nak pergi kejutkan si Sufina tu.” Eti mengacau adunan tepung itu dengan hati yang senang. Lupa bahawa semalam dia baru sahaja lepas menangis.
Ketika dia sedang memastikan sama ada minyak sudah panas atau belum, muncul kelibat Nazmi yang datang entah dari arah mana.
“Sedapnya bau.” tegurnya sambil terangkat-angkat hidungnya.
“Belum masak apa-apa lagi dah bau sedap.” tingkah Eti sengaja mencari pasal.
“Tahu tak bau apa sebenarnya?” soal Nazmi tiba-tiba.
“Bau apa?” Eti turut mengherotkan hidungnya. Cuba bau apa yang dibau oleh suaminya.
“Bau tepung.” jawab Nazmi sambil tersengih sumbing.
“Tepung?” habis sahaja ayatnya, Nazmi telah mencalit adunan tepung yang telah dikacaunya tadi. Baru sahaja dia ingin mengejar, Nazmi telah berjaya meloloskan diri.
“Eh, budak-budak ni, dekat dapur pun nak main-main.” tegur Datin Jamilah apabila melihat anak dan menantunya bermadu kasih. Dia turut tumpang bahagia.
Eti jadi malu sendiri sambil membasuh kotoran di mukanya. Entah dimana hendak disorok mukanya yang merah akibat malu. Dalam hatinya menyalahi Nazmi yang suka bergurau tidak kena tempat.
***
Akhirnya, Eti hanya menyambung pelajarannya di kampus yang sama dengan suaminya.
Alasan papa untuk dia senang dijaga oleh Nazmi, dia terima dengan berat hati. Biarlah kali ini dia beralah. Untuk yang terakhir kali.
Sesi orientasi berjalan dengan lancar. Walaupun adakalanya dia merasakan yang para fasilitator sengaja ingin mencari fasal dengan para junior. Namun dia terima semuanya tanpa banyak songeh.
“Ok tak tempat ni?” dia menjawab soalan Nazmi sambil mengangkat bahu. Tanda tidak tahu.
“Alah mula-mula memang susah sikit nak sesuaikan diri. Lama-lama nanti okeylah.” pujuk Nazmi lembut. Dia tahu, Eti masih bersedih kerana tidak dibenarkan belajar di luat Negara.
“Naz, sory lambat. Ada kerja sikit tadi.” muncul seorang gadis yang manis bertudung sambil mengenakan sepasang baju kurung berwarna ungu.
“Tak apa. Kenalkan sepupu I, Eti. Eti, ni Aisyah.” Eti menyambut huluran salam Aisyah dengan senyuman yang manis. Jadi inilah wanita kesayangan suaminya. Memang pandai dia pilih. Pujinya ikhlas namun hanya sekadar di dalam hati.
Memang mereka sudah sepakat untuk mengaku sebagai sepupu kerana itu tidak akan mengelirukan orang lain dengan keakraban mereka di kampus.
“Kalau ada apa-apa problem, beritahu je kat akak. Kalau akak boleh tolong, akak tolonglah.” ujarnya mesra. Sengaja Aisyah membahasakan dirinya akak memandang dia lebih tua tiga tahun daripada Eti.
Baik, peramah, cantik dan menarik. Satu pakej lengkap untuk menjadi idaman lelaki-lelaki Malaya. Tetapi malangnya, gadis secantik ini, tersangkut dengan orang seperti Nazmi. ‘Dalam banyak-banyak kumbang, kenapalah kau melekat kat kumbang yang satu ni?’ Bisiknya nakal.
“Terima kasih. Tak apalah, tak nak ganggu korang dah. Saya pergi library dululah.” entah kenapa, dia dapat rasakan ada sesuatu yang kosong di dalam dirinya.
Dia memilih beberapa buah buku untuk dibuat rujukan untuk matapelajaran yang akan diambil pada semester ini. Dia memang suka membuat persediaan awal.
Tiba-tiba dia terperasankan seorang lelaki yang sangat dia kenali. Tapi dia risau kalau-kalau dia tersalah orang. ‘Tak kan dia pun sambung kat sini kot?’ Soalnya dalam hati.
Entah macam mana, lelaki yang dia perhati sedari tadi sudah berdiri dihadapannya sambil tersengih-sengih. Eti terkejut sendiri.
“Terkejut?” tegur lelaki itu.
“Mahu tak terkejut. Saya ingat awak sambung kat oversea.” ujar Eti ramah. Semestinya dia sangat mengenali lelaki ini. Dialah lelaki yang diminati dalam diam itu. Ini suratan atau kebetulan.
“Kalau ikutkan macam tulah. Tapi atas sebab-sebab tertentu, saya terdampar kat sini. Tapi tak kisahlah mana-mana. Yang penting saya happy. Sekurang-kurangnya dapat sama dengan awak.” entah kenapa, ayat Faizal yang terakhir ini benar-benar membahagiakannya.
Setelah bertukar-tukar nombor, Faizal mengundurkan diri untuk solat Zohor. Eti sendiri tidak tahu apa yang dia rasa sekarang. Semuanya bercampur baur.
“Jadi itulah orangnya.” suara dari arah belakangnya betul-betul memeranjatkannya.
“Macam mana kau boleh ada kat sini? Buat terkejut orang je.” marah Eti perlahan. Bimbang mengacau orang lain yang sedang menelaah walaupun suasana perpustakaan agak lengang.
“Smart.” puji Nazmi selamba sambil berlalu.
Eti bingung sendiri. Tidak memahami perubahan sikap Nazmi yang tiba-tiba menyerang.
***
“Kenapa teruk sangat result kamu ni?” tengking Datuk Sufian.
Terkejut sungguh Eti mendengarnya. Tidak pernah-pernah dia melihat mertuanya segarang itu. Sedangkan dia yang curi-curi dengar pun rasa takut. Inikan pula Nazmi yang sedang menghadapi Datuk Sufian.
“Kamu patut malu dengan isteri kamu. Dia tu antara pelajar terbaik dekat matrikulasi.
"Kamu pula pelajar paling tercorot dekat kampus kamu. Kamu ingat, kamu anak datuk, yang confim-confim keluar belajar terus dapat kerja, boleh belajar sambil lewa lah.
Papa nak kamu tingkatkan lagi result kamu. Kalau tak, jangan mimpi nak kerja dengan papa.” tegas sahaja nadanya sambil berlalu pergi meninggalkan Nazmi keseorangan.
Entah macam mana, dia tidak sempat untuk menyorok ketika Nazmi keluar. Nasib baik Nazmi tidak memakinya kerana mengintainya ketika dimarahi.
“Kau okey?” soal Eti. Namun Nazmi hanya diam.
“Alah, bukan teruk sangat pun result kau ni. Boleh baiki lagi sem ni.” pujuk Eti selamba. Namun tidak dapat apa-apa respon daripada suaminya.
“Kenapa semua orang nak banding-bandingkan aku dengan kau. Aku tahulah yang aku tak sepandai kau.” keras sahaja nada suaranya. Tidak mesra seperti selalu.
“Helo, aku bukan pandai terus. Aku usaha okey.” tingkah Eti. Tak pasal-pasal, dia pula yang bersangkut paut dalam hal ini.
“Habis tu kau ingat aku tak usaha ke?” tengking Nazmi kembali. Kali ini, dia tidak berjaya mengawal rasa marahnya.
“Yang kau nak marah-marah aku apa pasal pulak. Salah aku ke?” balas Eti sambil berlalu keluar dari bilik.
Tak pasal-pasal dia pulak yang bergaduh dengan Nazmi. Tidak pernah-pernah mereka bergaduh sebegini tegang.
Dia ke bilik Sufina. Disamping dapat menghilangkan diri daripada pandangan Nazmi, dia turut boleh mengajar Sufina yang agak lemah dalam matapelajaran matematik.
Ketika dia balik ke bilik, Nazmi tiada di dalam bilik. Namun dia perasan, ada sesuatu di atas meja belajar Nazmi.
Ada sebiji epal sambil diselitkan satu nota.
Sorry!!!!!
Eti baca nota itu dengan senyuman di bibir. Sekurang-kurangnya, dia tahu yang Nazmi ada usaha untuk memujukknya.
“Hmm, kalau kau makan epal tu, aku anggap yang kau dah maafkan aku.” ujar Nazmi yang muncul entah dari mana.
“Banyaklah kau punya maaf.” Eti membaling epal itu ke arah Nazmi. Mujurlah dia sempat untuk menangkapnya.
“Sorylah Eti. Aku betul-betul tak sengaja.” pujuk Nazmi lagi. Eti sudah mula baring. Menyembunyikan senyuman di dalam selimut. Biarlah, dia mahu mengajar sedikit suaminya itu agar lebih berjaga-jaga selepas ini.
Akhinya, Nazmi beralah. Membiarkan sahaja Eti tidur dengan rajuknya. Salahnya juga kerana tidak dapat mengawal rasa marah.
Keesokkan harinya, Eti tetap buat derk jugak dengan Nazmi. Mujurlah hari itu adalah hari minggu. Kalau tidak susah juga jika Eti melancarkan mogok dengannya.
Eti masuk ke dalam bilik untuk menunaikan solat Zohor namun dia perasan ada sesuatu yang lain di dalam biliknya. Ada sebuah meja study yang baru.
Sambil memandang ke arah kiri dan kanan, dia melangkah ke arah meja study yang bersebelahan dengan meja study Nazmi.
Double sorry k… Moga lepas ni kita boleh study sama-sana…
Meyesal pula kerana melancarkan mogok sehingga membawa Nazmi membelikannya sebuah meja study.
“Kau dah tak marah dah?” seperti biasa, Nazmi suka mengejutkannya secara tiba-tiba.
“Bila pulak aku marahnya. Yang sampai beli meja ni kenapa? Membazir je.” sengaja Eti berpura-pura marah.
“Alah, aku memang dah lama niat nak beli meja study kat kau. Nanti bolehlah kita study sama-sama yerk.” pohon Nazmi bersungguh-sungguh.
Eti hanya mampu tersenyum. Dalam banyak perkara, lelaki ini begitu pandai menjaga hatinya. Adakah dia juga mampu untuk melakukan perkara yang sama?
***
“Eh, hari ni mama tak ada. Jadi dia pesan suruh beli lauk nak masak tengah hari.” ujar Eti sambil tidak lepas dari memandang buku di hadapannya.
“Kau ni, cakap dengan aku ke dengan buku?” soal Nazmi kurang pasti. Isterinya itu kalau dapat buku, memang lupa sekeliling.
“Aku tak bangang lagilah nak cakap dengan buku ni.” geram betul dia dengan Nazmi.
“Ok. Nanti aku belikan. Tapi nak beli lauk apa?” ujarnya sambil ketawa kecil. Malas mahu menambah-nambah kerana nanti hanya akan menambahkan lagi ketirahan Eti sahaja.
“Apa-apa jelah.” jawab Eti sambil sibuk membuat nota dari hasil pembacaannya.
“Ok.” jawab Nazmi ringkas.
Seketika, bilik meraka sepi dari sebarang suara. Nazmi pula hilang entah kemana. Mungkin keluar membeli lauk.
“Eti, aku dah letak barang-barang kat dapur.” suara Nazmi yang tiba-tiba muncul itu betul-betul mengejutkan Eti. Eti mendengus geram.
“ Eh, kau tak reti nak bagi salam ke? Suka buat orang terkejut.” marah Eti geram.
“Lah, aku dah beri salam dah masa aku nak masuk rumah. Berapa kali nak bagi salam.” kata-kata Nazmi itu benar-benar menyakitkan hatinya.
“Eee, cakap dengan kau ni menyakitkan hati je.” marah Eti sambil berlalu ke dapur. Meninggalkan Nazmi terkulat sendiri.
‘Aku ada salah cakap ke? Hmm, ni mesti kawan baik dia datang ni. Patutlah angin semacam je.’ bisik Nazmi sambil tergelak-gelak mengenangkan ragam isterinya.
‘Lauk apa je yang laki aku beli ni.’ omel hatinya sendiri.
“Lah, dia beli ikan. Aku manalah boleh siang ikan.” getusnya geram. Seketika, dia kesal kerana menyuruh Nazmi membeli apa-apa sahaja.
‘Kalau tak masak ikan ni, nak masak apa je? Aduhai.’ Eti mengaru-garukan kepalanya yang tiba-tiba rasa gatal.
“Ah, kenapa tak masak lagi. Aku dah lapar ni.” rungut Nazmi tiba-tiba.
“Nak masaklah ni. Tengah fikir nak masak apa.” bohong Eti sambil tidak memandang ke arah Nazmi.
“Kau ni sebenarnya reti masak ke tak?” soal Nazmi kurang pasti. Memang isterinya itu biasa membantu mamanya memasak namun untuk masak sendirian, dia kurang yakin akan kemampuan isterinya itu.
“Retilah. Dah pergi main jauh-jauh.” bengang betul jika bakat memasaknya dipersendakan.
“Kau tak nak aku tolong?” sengaja Nazmi mempelawa padahal dia bukan arif sangat dalam bab memasak ni.
“Hah, tak payahlah. Nanti banyak menyusahkan dari menolongnya.” bidas Eti kembali.
Akhirnya Nazmi keluar dari dapur. Malas mahu terus bertekak dengan Eti. Nanti panjang pula ceritanya.
Eti menarik nafas panjang. Dia mengambil pisau untuk menyiang ikan yang sudah terdampar di atas papan lapis.
Entah berapa kali dia menelan air liurnya. Semuanya terasa sangat pahit. Moga-moga penyakit lamanya sudah sembuh. Moga-moga macam tulah.
Baru sahaja dia dapat mengeluarkan isi perut ikan. Tiba-tiba matanya menjadi berbalam-balam kerana melihat isi perut ikan yang diselaputi dengan darah itu.
Rasa loya tiba-tiba mencengkit lehernya. Tanpa menunggu masa lagi, dia menghamburkan muntahnya di singki yang masih kosong. Sebelah singki penuh dengan muntahnya manakala sebelah lagi dipenuhi dengan isi perut ikan. Kepalanya terasa seperti berpusing-pusing. Akhirnya dia rebah di situ.
‘Asal tiba-tiba senyap pulak bini aku ni. Tidur ke kat dapur tu.’ Omelnya sendiri sambil meletakkan surat khabar yang dibaca ke atas meja. Kakinya melangkah ke arah dapur.
“Eti!” jeritnya apabila melihat isterinya yang sedang terbaring di alas kaki betul-betul di tepi singki.
Tanganya menampar lembut pipi Eti. Entah apa kena dengan isterinya ini. Tadi elok je. Hatinya tiba-tiba diburu rasa bimbang.
Tanpa membuang masa lagi, dia mencempung tubuh isterinya itu dan di bawa ke dalam bilik. Diambil kain bersih dan dibasahkan seterusnya dilapkan ke muka Eti. Berharap agar Eti akan tersedar. Namun hampa kerana tiada sebarang respon. Eti masih lagi tidak sedarkan diri.
“Eti, jangan buat aku takut macam ni. Bangunlah.” keras suaranya. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Tanda ada panggilan masuk.
Memandangkan yang menelefonnya ialah mamanya, dia mengambil kesempatan mengadu tentan Eti yang tidak semena-mena pengsan ketika hendak memasak.
Melalui penerangan ibunya, barulah dia tahu bahawa isterinya itu tidak boleh menyiang ikan. Hampir sahaja dia tergelak mendengar penjelasan ibunya. Namun segera ditahan. Nanti tak pasal-pasal dia pula yang akan dimarahi.
***
Eti memegang kepalanya yang terasa pening. Cuba mengingati peristiwa yang berlaku tadi.
Dia menghalakan pandangan matanya kesebelah. Nazmi sedang tidur sambil menngadapnya.
‘Jaga orang sakit ke ambil kesempatan ni?’ bidasnya di dalam hati.
Tangannya jatuh ke atas bahu milik Nazmi. Digerak lembut lelaki itu. Terpisat-pisat matanya memandang Eti yang duduk di atas katil.
“Kau dah bangun.” Suara serak Nazmi menampar lembut gegendang telingannya.
“Lama ke aku tidur?” soal Eti meminta kepastian.
“Lama tak lama tapi lepaslah solat zohor. Nasib baik kau tak sembahyang kan.” muka Eti merah menahan rasa malu. Entahlah, tapi dia masih rasa segan jika ingin berkongsi cerita berkenaan kisah datang bulan.
“Aku laparlah. Kau ada beli apa-apa makanan tak?” sengaja dialihkan topik. Tapi hakikatnya, dia memang sangat lapar.
“Aku tak beli tapi aku masak. Jom kita pergi makan.” ajak Nazmi sambil dengan selambanya menarik tangan Eti. Mereka bergandingan menuju ke meja makan.
Berkerut dahi Eti apabila membuka tudung saji. Hanya ada ikan goreng yang hampir hendak hangus. Dia menghalakan pandangan ke arah Nazmi.
“Sorrylah tapi hanya benda ni yang aku reti masak. Tu pun main agak-agak je.” Eti tidak tahu sama ada hendak marah atau hendak tergelak. Tapi dia sangat mengargai usaha Nazmi untuk memasak.
“Tunggu kejap, biar aku ambil pinggan.” dia berlari menuju ke dapur dan mengambil pinggan dan periuk nasi.
Eti mencapai senduk dan membuka tudung periuk nasi. Tujuannya untuk mencedok nasi ke dalam pinggan. Tapi dia terkejut melihat nasi yang dimasak oleh Nazmi.
“Nasi dah jadi bubur.” ujar Nazmi sambil menunjukkan muka riak bersalah. Tergelak besar Eti melihatnya.
Ikan goreng hangus berserta nasi lembik. Pengalaman yang tidak mungkin dia lupakan. Betapa lelaki ini pertama kali memasak semata-mata untuknya. Mujurlah dia bukan jenis yang memilih.
Akhirnya Eti mengaulkan ikan goreng ke dalam nasi lembik. Disertakan sekali dengan kicap manis. Dia makan dengan penuh berselera sekali.
Nazmi pelik melihatnya. Dia keliru sama ada Eti makan kerana betul-betul lapar atau kerana masakkannya sangat sedap. Tapi dia percaya, bukan sebab makannya sangat sedap.
***
“Eti betul-betul rapat dengan Naz kan?” soal Aisyah apabila mereka sama-sama melepak di café.
“Rapatlah jugak.” jawab Eti tidak enak. Dia tidak mahu kalau-kalau Aisyah berfikir yang bukan-bukan.
“Naz ada merungut yang Eti sediakan jadual study untuk dia. Bagus betul macam tu. Naz tu kena ketuk sikit, barulah jalan. Kalau tak macam tu jelah dia.” cerita Aisyah riang. Tiada pula tanda-tanda cemburu. Mungkin dia aje yang berfikir yang bukan-bukan.
“Eti dengan Faizal macam mana? Ada apa-apa perkembangan?” soalan Aisyah itu Eti terima dengan muka yang kelat. ‘Hal macam tu pun dia nak cerita dekat kak Aisyah jugak ke?’
“Macam biasa je.” sebenarnya, dia tidak tahu jawapan yang sebagaimana yang perlu diberikan.
“Kalau dah betul-betul minat, tak salah kalau perempuan yang mulakan. Lebih baik macam tu daripada dia terlepas ke tangan orang lain.” nasihat Aisyah ikhlas. Dia sebenarnya sudah mula menyayangi sepupu kekasihnya itu. Mungkin kerana perwatakan Eti yang senang bergaul dengan sesiapa sahaja.
“Tak nak lah kak. Lagipun, orang macam dia tu memang ramai peminat.” jawab Eti jujur. Dia pun sudah tidak pasti dengan perasaan milik sendiri. Ada sesuatu yang sedang menganggu-gugat jiwanya. Dia sendiri tidak tahu benda apa?
“Lah, cubalah dulu. Belum cuba belum tahu.” rangsang Aisyah sEtingat.
“Kalau dah tahu dia tak minat kat saya macam mana? Kat manalah saya nak sorok muka saya ni.” ujar Eti sambil tergelak kecil. Tak dapat bayangkan kalau dia betul-betul buat apa yang kak Aisyah rancangkan.
“Eti, tak salah kalau kita menyintai orang yang tak cintakan kita. Kalau cinta tu memang betul-betul ikhlas, walaupun orang tu tak balas cinta kita pun, kita akan tetap bahagia untuk menyintainya. Sebab tu orang cakap, cinta tu tak semestinya bersatu. Adakalanya, ia perlu berpisah.” kata-kata kak Aisyah itu benar-benar menyengat tangkai hatinya.
Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Tanda ada mesej baru masuk. Cepat-cepat dia membukanya. Ada mesej dari Faizal.
Jom kuar tengok wyang
Eti memandang sepi telefon bimbitnya. Tidak tahu sama ada ingin keluar ataupun tidak. Dia mengeluh sendiri.
“Tunggu apa lagi, orang dah ajak tu. Keluar jelah.” saran Aisyah apabila membaca mesej yang ditunjukkan olehnya.
“Kak, cakap dekat Naz saya keluar dengan Faizal yerk.” Aisyah tersenyum melihat Eti yang sudah mula mengemaskan barangnya dan berlalu pergi.
***
“Eti, awak tak ada pakwe?” soal Faizal tiba-tiba apabila mereka sedang makan.
“Kenapa tiba-tiba tanya? Nak masuk jarum ke?” Faizal hanya tergelak mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Eti.
“Boleh ke?” entah kenapa, Eti dapat merasakan yang soalannya tadi seperti menjeratnya.
“Boleh. Ada banyak lagi borang kosong. Cubalah. Manalah tahu kalau-kalau dapat kan.” Eti sengaja menjawab soalan Faizal dengan nda gurauan. Dia bingung untuk memikirkan semua ni.
“Eti, saya serius.” kali ini baru Eti faham. Nampaknya, Faizal memang betul-betul serius dengan kata-katanya.
“Saya tak tahu.” jawab Eti jujur. Memang dahulu dia teramat menyintai lelaki yang yang sedang duduk dihadapannya ini. Tapi lama-lama, perasaan itu semakin pudar. Seperti ada sesuatu yang menghalangnya.
“Saya tak mintak jawapan sekarang. Bila-bila pun boleh.” kata-kata yang keluar dari mulut Faizal itu sedikit sebanyak melegakannya.
Hampir jam lapan malam. Barulah Eti sampai di rumah. Namun ketika dia sedang melalui bilik bacaan, tiba-tiba dia menangkap suara papa yang sedang memarahi seseorang. Cepat-cepat dia menekapkan telinganya di pintu bilik.
“Kenapa biarkan Eti keluar dengan kawan-kawan. Kenapa tak ikut sekali?” keras suara Datuk Sufian menampar gegedang telingannya.
“Papa, tak kan lah saya nak ikut kemana Eti nak pergi. Dia pun ada life dia sendiri. Naz tak ada hak nak kongkong.” jawab Nazmi berani. Kenapalah papanya marah-marah sebegini rupa hanya kerana Eti keluar bersama rakannya.
“Naz, papa nak kamu jaga dia betul-betul. Jangan beri dia berkawan dengan budak yang tak dikenali. Berapa kali papa nak pesan.” marah Datuk Sufian lagi.
“Ya. Naz tahu.” ujarnya beralah. Malas dia ingin berlawan kata dengan orang yang sudah tentu akan menempah kemenangan.
Cepat-cepat Eti berlari apabila pintu ingin terbuka dari arah dalam. Dia tidak mahu kalau-kalau ada orang mengetahui yang dia sedang mendengar perbualan di antara Nazmi dan papa secara curi-curi.
Apabila bayang Nazmi sudah hilang, barulah dia melangkah ke arah biliknya. Cuba mencari kelibat suaminya tetapi tidak ada. Akhirnya, Eti mencapai tuala dan melangkah ke bilik air.
Ketika keluar dari bilik air, Nazmi sedang duduk di atas sofa sambil membaca buku. Tetapi Eti tahu, suaminya itu bukan betul-betul fokus.
“Baru balik.” tegur Nazmi selamba. Secara curi-curi, dia memandang Eti yang sedang menyikat rambutnya yang kebasahan. Rambut kerinting isterinya itu kelihatan sangat cantik ketika basah.
“Sory kalau balik lambat.” letih sahaja suaranya. Dia berfikir-fikir sama ada ingin mengaku atau pun hanya membiarkan Nazmi sahaja menceritakan tentang perbualan Nazmi dengan papa.
“Bukan lambat sangat pun.” jawab Nazmi perlahan. Eti pelik sendiri, tidakkah dia mahu memarahinya kerana disebabkannya, dia terpaksa menahan telinga mendengar leteran papa.
“Tapi lain kali, kalau nak keluar, aku nak ikut tau. Mana boleh kau jalan tinggal aku sorang-sorang kat rumah ni.” ujar Nazmi beralas. Sengaja dia merahsiakan hal tersebut dari pengetahuan Eti.
Dia tidak mahu kalau-kalau Eti fikir yang keluarganya suka mengongkong Eti. Sudahlah dipaksa berkahwin.
Tidak diberi peluang untuk berlajar di luar Negara. Tak kan hendak bersosial dengan teman rapat pun tidak boleh.
Adakalanya, dia sendiri tidak faham dengan kehendak orang tuanya yang terlebih ingin menjaga Eti. Baginya, Eti sudah besar dan pandai membawa diri sendiri. Dia juga manusia biasa yang punya keinginan seperti orang lain.
“Kalau kau tinggal aku sorang-sorang, tak apa pulak.” sindir Eti sengaja. Dia cuma tidak faham, kenapa Nazmi merahsiakan hal itu dari pengetahuannya.
“Okay, lepas ni kalau nak pergi dating. Kita pergi sama-sama. Kita datang dengan pasangan masing-masing okay.” cadang Nazmi sambil merapati Eti yang sedang duduk di hadapan meja solek. Diusap perlahan rambut Eti.
Tiba-tiba ada getaran yang bertandang. Mengetuk naluri hati untuk terus memandang wajah di dalam cermin itu.
“Jom study.” ajak Eti memecah suasana hening yang tiba-tiba bertandang. Nazmi tersenyum sahaja.
***
Sudah puas dicuba melelapkan mata. Namun nyata usahanya sia-sia. Jam sudahpun mencapai angka dua. Namun matanya masih segar bugar. Hendak study, dia tidak punya mood.
Dia bangun dari pembaringan. Bunyi televisyen yang agak bising itu adalah salah satu punca kenapa dia masih tidak boleh tidur.
“Naz, boleh tak slow kan sikit tv tu. Aku nak tidurlah.” marah Eti. Nazmi yang sedang menonton bola sepak itu berpaling ke arah Eti.
“Mana ada orang tengok bola slow-slow.” bengang betul Eti mendengar jawapan Nazmi.
“Weh, slow jelah.” seraya itu, dia membaling bantal ke arah Nazmi.
“Penyakit kau tu dah datanglah tu. Sebab tu dok melalak macam ni kan.” berkerut dahi Eti tanda cuba memahami maksud dari kata-kata suaminya.
“Penyakit apa pulak?” soal dia ingin tahu. Setahunya, dia bebas dari sebarang penyakit.
“Insomnia.” jawab Nazmi ringkas. Barulah Eti memahami maksud dari kata-kata Nazmi tadi. Insomnia adalah sejenis penyakit susah untuk tidur malam.
“Dah tau tapi pasang lagi tv tu kuat-kuat. Macam mana aku nak tidur.” omel Eti sendirian.
“Kau ni bisinglah. Meh sini aku dodoikan kau.” seraya itu, Nazmi bangun dari dan duduknya dan melangkah ke arah Eti yang sedang duduk di atas katil.
“Baring.” arah Nazmi sambil menolak lembut badan Eti.
“Duduk mengiring.” arahnya lagi. Eti yang masih terkejut, hanya mampu menurut. Perlahan-lahan dia menepuk-nepuk bahu Eti sambil mengalunkan sebuah lagu.
Entah mengapa, senang sahaja matanya layu mendengar alunan merdu suara Nazmi. Lagu puisi cinta itu benar-benar tangkap lentok.
Nazmi tersenyum sahaja melihat wajah Eti yang sedang lena. Eti kelihatan sangat comel di pandangan matanya. Dia tergelak kecil. Lantas dia melabuhkan bibirnya di dahi milik Eti.
Entah kenapa, dia senang melakukannya. Sudah beberapa kali dia melakukannya secara curi-curi. Kalau Eti tahu, mahu pecah bumbung rumahnya mendengar bebelan Eti yang dapat mengalahkan mamanya itu.
***
Hujung minggu kali ini. Dia menghabiskan masa bercuti di Cameron Highlands. Namun bukan mereka berdua sahaja yang pergi. Faizal dan Aisyah juga ikut turut serta. Memang percutian ini sengaja dirancang oleh mereka berempat.
“Sejuk?” tanya Nazmi sambil memeluk tubuh.
Eti hanya tersenyum. Dia sebenarnya agak teruja dengan cuaca yang sejuk sebegini. Kerana dia tidak pernah melancong di sini.
“Eti, awak okay dear?” panggilan mesra dari Faizal itu memang sudah biasa digunakan olehnya walaupun jalan hubungan mereka masih lagi kabur.
“Entah. Bibir Eti nampak pucat.” teguran Aisyah itu menyedarkan Nazmi. Seketika dia hilang entah ktina.
“Okaylah.” bohong Eti. Dia tidak mahu dianggap manja oleh Aisyah dan Faizal. Sedangkan dia kesejukkan yang teramat sangat.
“Nah, pakai ni.” Nazmi menghulurkan sarung tangan berwarna pink yang sangat comel. Dia baru sedar yang isterinya ini kalah dengan cuaca sejuk.
Dia masih ingat bagaimana dia pernah bertekak dengan Eti hanya semata-mata kerana darjah celcius penyaman udara. Eti memarahinya kerana dia menguatkan suhu penyaman udara.
“Terima kasih.” Aisyah hanya memandang gelagat Eti yang sedang menyarungkan sarung tangan ke tangannya.
‘Kenapa Naz tak belikan untuk aku sekali?’
Tiba-tiba persoalan itu yang berlegar di benaknya.
Hatinya mula rasa tidak keruan. Cemburu tiba-tiba datang menghimpit. Namun segera dikawal nafsu yang satu itu. Dia baru teringat yang mereka berdua adalah sepupu. Sebab itu Nazmi mengambil berat akan kebajikan Eti.
Nazmi membelikan Aisyah stawberi coklat. Dia tahu Aisyah gemarkan coklat. Aisyah terima dengan senang hati. Barulah hatinya tidak kacau bilau.
“Awak nak? Saya pergi belikan.” soal Faizal apabila dia melihat Eti begitu asyik melihat Aisyah yang sedang menjamah stawberi coklat.
“Tak naklah. Saya tak makan coklat.” tutur Eti jujur.
“Tak makan. Ruginya. Sedap tau.” rakus sungguh Aisyah makan sehingga coklat terlekat di pipinya. Pantas diseka oleh Nazmi mengunakan tisu.
Eti melarikan pandangan. Entah kenapa tetapi hatinya berdegup kencang. Perasaan apakah yang sedang bertandang ini?
Eti meneruskan langkah. Faizal dan Aisyah pula hilang entah kemana. Sedang Eti leka membelek-belak cenderahati yang dipamerkan, Nazmi datang dengan stawberi madu di tangan.
“Aku tahu kau alah dengan coklat tapi apa kata kalau kau rasa stawberi celup madu ni pulak. Aku lebih suka celup madu daripada yang tadi.” Nazmi menyuapkan stawberi ke mulut Eti.
“Manisnya.” rungut Eti.
“Nama pun madu.” hampir tergelak dia mendengar rungutan Eti. Mataya menilau mencari Aisyah. Kemana sahaja gadis ini menghilang.
“Mana pulak si Aisyah ni. Aku nak pergi cari dia sekejap.” Nazmi pula yang hilang.
Faizal muncul dengan sejambak bunga di tangan. Dihulurkan kepada Eti sambil senyuman yang tidak lekang dari bibir.
“Thanks.” ucapnya ikhlas. Pertama kali dalam hidupnya menerima kunjungan bunga. Memang Eti akui, Faizal lebih romantik jika hendak dibandingkan dengan Nazmi.
“Wah, dapat bunga.” tegur Aisyah turut teruja. Nazmi pula hanya memandang sepi bunga tersebut.
“Mintaklah dekat Naz?” bisik Eti apabila Faizal dan Nazmi melangkah dahulu di hadapan mereka.
“Benda macam ni tak payah mintak. Patutnya dia tahu sendiri.” Aisyah menjawab malas. Eti pula tergelak kecil.
“Dia memang tak akan bagi bunga kat perempuan.” ulas Eti pula. Faham benar dengan sikap suaminya itu.
“Kenapa?” soal Aisyah ingin tahu.
“Sebab dia tak suka zahirkan rasa sayang pada sesuatu yang akan mati. Bunga ni, berapa lama sangat boleh bertahan. Sekejap je dia nampak cantik, tapi nanti tetap akan layu jugak.” terang Eti satu persatu. Aisyah kelihatan seperti sedang berfikir sesuatu.
“Eti banyak tahu pasal dia kan?” Eti tidak tahu sama ada ini satu soalan atau satu kesimpulan. Dia mula rasa tidak enak.
“Tak adalah banyak sangat. Cuma dia tu bukan jenis yang susah nak faham. Apa yang dia tak puas hati, dia cakap. Kalau dia suka pun dia cakap.” terang Eti berhati-hati.
“So, apa lagi yang Eti tahu pasal dia?” korek Aisyah.
“Dia tu pemalas. Bilik dia bersepah-sepah. Tapi kalau dia dah rajin, orang lain pun kena rajin jugak.” tergelak kecil Eti apabila mengenangkan perangai suaminya itu.
“ Lagi?”
“Dia caring dengan orang di sekeliling dia. Dia banyak cakap tapi bila depan papa dia, senyap seribu bahasa.
Orang tua tu adalah salah satu kelemahan dia.” semangat Eti bercerita.
“Dia suka tengok bola. Tapi tak reti main.” cerita Eti tanpa dipinta.
Cemburu Aisyah mendengarnya apabila Eti mengetahui serba serbi tentang kekasih hatinya. Sedangkan dia tidaklah mengenal Nazmi sedalam itu.
Cerita-cerita Eti seterusnya hanya seperti angin yang menyapa telinga sahaja. Dia sudah tidak kuasa untuk terus mendengar.
***
“Cantik tak kalau aku belikan rantai ni dekat Eti?” tanya Faizal sambil memegang seutas rantai yang sangat cantik.
“Hmm, Eti alah kalau pakai rantai.” tipu Nazmi. Dia sendiri tidak tahu kenapa mulutnya lancar sahaja menipu. Dia sebenarnya agak cemburu apabila lelaki itu membelikan bunga kepada isterinya.
“Kalau beli baju okay tak?” tanya Faizal lagi.
“Takut tak kena cita rasa budak tu pulak.” bangkang Nazmi. Faizal mula mengarukan tengkuknya yang tiba-tiba terasa gatal.
“Habis tu nak beli apa?” tanya Faizal terus.
“Dia suka membaca.” barulah Nazmi jujur menjawab.
“Ada pulak kedai buku dekat Cameron ni?” rungut Faizal. Nazmi tergelak kecil.
“So, apa lagi yang dia suka?” soal Faizal ingin tahu.
“Suka menangis bila tengok cerita Hindustan.” tergeleng-geleng kepalanya mengenangkan sikap Eti yang adakalanya pelik daripada orang lain.
“Dia tu jenis orang yang macam mana?”
“Eti jenis yang simple je. Tak memilih sangat. Tak banyak karenah sangat. Seorang pembersih. Tak suka tengok bilik dia kotor. Cepat bersimpati, dan murah dengan air mata.” sejanak dia berhenti.
“Dan kalau dapat buku, lupa orang sekeliling.” Faizal terdiam sendiri. Memerhatikan lelaki di hadapannya itu dengan sebaik mungkin.
“Kau tak ada apa-apa perasaan dekat Eti?” terhenti langkah mereka. Nazmi mencari seraut wajah milik Faizal.
“Dia kan sepupu aku. Mestilah aku kenal perangai dia. Kau janganlah fikir yang bukan-bukan.” elak Nazmi. Ketara sangatkah sikapnya apabila membicarakan tentang Eti.
“Bukan fikir yang bukan-bukan tapi agak pelik. Gadis secantik dia, tak kan hati kau tak terusik sedikit pun?”
“Cinta tu bukan tentang kecantikan yang boleh dipandang melalui mata kasaar. Itu bukan cinta namanya tetapi keinginan untuk memiliki yang terbaik. Cinta tu apabila kita menerima ketidaksempurnaannya dan menganggap sebagai keistimewaannya.” jelas Nazmi sambil kembali melangkah.
Perkahwinan mengajarnya erti sebuah cinta yang sebenar. Dia belajar banyak perkara yang tidak akan dapat diperolehi dari dunia luar. Walaupun perkahwinan mereka hanya olok-olok namun dia mengambil banyak iktibar dari semua perkara.
Dan dari situlah dia belajar erti kasih sayang yang sebenar. Dan dari Eti sendiri, dia belajar cara untuk lebih memahami kaum wanita. Supaya melancarkan lagi hubungannya dengan Aisyah.
“Beli apa je?” tegur Nazmi ke arah dua orang wanita dihadapannya.
“Alah, cenderahati untuk budak-budak kat rumah.” jawab Eti bersahaja sedangkan Aisyah senyap sahaja.
“Tunggu apa lagi sayang, jomlah jalan.” ajak Nazmi apabila Aisyah masih lagi tidak berganjak.
“Naz, do you love me?” soal Aisyah mengejut.
“Mestilah. Eh, jom kita pergi kat sana pulak.” Aisyah sedikit kecewa mendengar jawapan kekasihnya kali ini.
Kebiasaanya, Nazmi akan menjawab dengan penuh semangat. ‘The world means everything to me and you are my world. I love you.’
Jawapan itu masih terngiang-ngiang di pendengarannya. Dia mula pasti yang Nazmi sudah mula berubah hati.
***
Asyik sungguh Aisyah melihat Eti yang sedang menyikat rambutnya yang kerinting itu. Sehingga Eti perasan akan kelakuannya itu.
“Ada apa-apa yang tak kena ke kak?” soal Eti polos. Pelik dengan sikap Aisyah malam ini.
“Eti nampak lebih cantik bila tak bertudung.” pujian itu memang ikhlas dari hatinya. Memang Eti kelihatan lebih cantik tanpa tudung. Rambutnya yang kerinting itu kelihatan sungguh cantik apabila ditiup angin malam.
“Alah akak ni, cakap kat orang. Rambut akak yang lurus tu lebih cantik jika nak banding dengan rambut saya yang kerinting ni.” ujar Eti sambil tergelak-gelak.
“Rambut lurus akak ni, bila-bila masa boleh jumpa. Tapi rambut Eti ni uniklah. Cantik. Rambut asli ke rambut buat ni?” sempat lagi dia mengusik Eti. Gadis itu tergelak senang.
“Apalah akak ni. Tak ada kerja Eti nak habiskan duit nak buat rambut.”
Sedang mereka ketawa ria, tiba-tiba Aisyah terperasankan sesuatu yang menghiasi jari manis Eti yang runcing itu.
“Eh, akak tak pernah perasan pun yang Eti pakai cincin.” tegur Aisyah sambil menarik tangan Eti. Barangkali cuba melihat dengan lebih teliti.
Hati Eti diserang debaran hebat. Jawapan yang bagaimana yang harus diberikan kepada Aisyah. ‘Tak kan nak jawab yang ini adalah cincin perkahwinan dengan kekasihnya itu.’
“Faizal bagi ke?” soal Aisyah apabila Eti tidak memberikan sebarang respon.
“Tak lah.” jawab Eti perlahan. Tangannya masih lagi berada di dalam gengaman Aisyah. Asyik sungguh dia memerhatikan cincinnya.
“Habis tu?” soalan demi soalan itu membuatkan Eti tidak senang duduk. Dia bukan kategori manusia yang senang untuk menipu.
“Mak punya.” hanya itu yang terlintas di fikirannya. Entah boleh pakai atau tidak, dia sendiri tidak pasti.
“Tapi macam patent yang terkini?” sangkal Aisyah.
‘Alamak, mampus aku.’ Eti sudah kehabisan idea. Bukan kehabisan sebenarnya tetapi kekeringan idea untuk terus menipu.
Tiba-tiba telefon bimbit Aisyah berbunyi nyaring. Serta merta perhatian Aisyah teralih. Eti lega sendiri.
“Eh, dia orang ajak makan. Jom siap.” mujurlah Aisyah sudah melupakan soalannya. Namun Eti sedar, kemujuran ini tidak akan sering berlaku. Satu hari nanti, takdir pasti tidak akan menyebelahinya lagi.
***
“Eti, saya harap sangat kalau awak jumpa jawapan kepada persoalan saya hari itu?” soal Faizal sementara menunggu Aisyah dan Nazmi membeli barang untuk kali yang terakhir. Kerana sebentar lagi, mereka akan bergerak pulang.
“Eti.” seru Faizal apabila melihat Eti hanya membatu.
“Saya tak tahu.” jawab Eti jujur. Sungguh, hatinya seakan-akan berbolak balik. Tidak tenteram seperti dahulu lagi. Dia sendiri tidak tahu apa puncanya.
“Tanya diri awak sendiri. Apa yang awak nak.” ajar Faizal.
“Saya sendiri tak faham apa yang saya nak sekarang.” tutur Eti jujur. Baginya, lelaki ini terlalu baik untuk dilukai. Dan dia akan menjadi terlalu jahat jika menolak.
“Eti, saya tak nak desak awak. Sebab saya takut awak akan bagi jawapan yang bukan datang dari hati. Ambilah sebanyak masa pun untuk berfikir.” disabarkan hati dengan karenah Eti ini. Dia perlu bersabar jika tidak mahu Eti jatuh ke tangan orang lain.
‘Ya Allah, apa yang perlu aku lakukan sekarang.’ Rasanya dia sudah mengetahui jawapannya namun cara bagaimana yang selayaknya untuk mempersembahkan kepada Faizal.
Masa yang lama akan menambahkan lagi penderitaan Faizal nanti. Dia sendiri pelik. Dahulu dia bermati-matian menyukai lelaki itu. Namun sekarang, bagaikan ada sesuatu yang menghalang hatinya dari terus menyintai lelaki itu. Apa benda sesuatu tu? Dia sendiri belum dapat mengenal pasti.
Baru sahaja Eti ingin membuka mulut untuk memberikan jawapan kepada Faizal namun diketapkan semula bibirnya apabila melihat kemunculan Nazmi dan Aisyah.
“Jom kita gerak.” arah Nazmi sambil mula masuk ke tempat pemandu.
Eti terpaku sendiri. Dia baru sahaja hendak menamatkan pergelutan kisahnya dengan Faizal. Namun ada sahaja yang menghalang.
Faizal mencuri pandang ke arah Eti yang sudah terlena di tempat duduk belakang. ‘Aku akan dapatkan kau jugak satu hari nanti.’ tekadnya di dalam hati.
***
Eti mengagih-agihkan barang-barang yang dibeli kepada kedua mertuanya dan adik-adik iparnya. Hatinya gembira apabila mereka menerima hadiahnya dengan hati yang terbuka.
“Buat susah-susah kamu je.”
“Tak ada apa yang susah pun mama.” ya, dia senang berbakti kepada orang yang telah lama menghulurkan jasa kepadanya. Dia bukan jenis orang yang tidak mengenang budi.
“Sebenarnya, mama ada benda yang nak cakap dengan kamu.” mendengar suaran ibu mertuanya yang serius itu pun sudah mampu menakutkan dirinya.
“Apa dia ma? Dengar macam serius je?” soal Eti agak gelabah.
“Berkenaan hubungan kamu dengan Nazmi.” Eti telan air liur sendiri. Itu semestinya, kalau air liur orang lain, pelik pulak jadinya.
“Kenapa mama?” berat betul mulutnya untuk bertanya.
“Kamu dengan Naz ada bergaduh ke?” dia memang mengharapkan kejujuran dari menantunya itu. Dia tidak mahu hubungan mereka berdua bermasalah.
“Eh, mana ada.” sangkal Eti cepat-cepat. Ya, setahunya hubungan mereka jarang bermasalah. Sesekali bergaduh itu memanglah adat tapi tak adalah bergaduh yang teruk-teruk.
“Betul?” sekali lagi, Datin Jamilah memohon kepastian.
“Betulah mama. Tak kan Eti nak tipu pulak.” dileretkan sedikit nada suaranya supaya ibu mertuanya itu akan percaya.
“Habis tu hari tu kenapa?” Eti pelik sendiri. Mencari maksud soalan mertuannya.
“Hari apa mama?” soal Eti. Gilirannya pula yang memohon kepastian.
“Hari tu, mama ada dengar korang berdua bahasakan diri ‘aku’ ‘kau’?” Mampus! Macam mana boleh kantoi ni.
Dalam tidak sedar, Eti menyalahkan dirinya kerana tidak mengubah bahasa mereka apabila berada di luar kawasan bilik. Selama ini, mereka akan membahasakan nama jika berada di hadapan orang asing. Entah bagaimana boleh terkantoi.‘Kan mama dah fikir yang bukan-bukan. Apa pulak jawapan yang aku nak taram ni?’
“Eti, kalau marah dengan suami sekalipun, janganlah guna bahasa kasar macam tu. Sedikit sebanyak kemanisan rumah tangga tu akan hilang. Lagipun dia tu suami. Kita kena ingat, syurga seorang isteri itu terletak di bawah redha suami.
Macam mana nak cari redha suami kalau gunakan bahasa yang macam tu. Mama tak salahkan Eti sebab Eti pun masih baru lagi dalam dunia rumah tangga ni. Darah orang muda ni memang susah sikit nak kawal.
Mama tahu bukan senang nak belajar sambil uruskan rumah tangga tapi ianya tak mustahil kan? Adatlah kalau ada bertengkar sikit-sikit tu. Tapi kita sebagai isteri kenalah bersabar lebih sikit.” Tak pasal-pasal dapat ceramah percuma.
Dimaniskan wajahnya tika dibanjiri dengan leteran ibu mertuanya. Namun dia tidak menyalahkan Datin Jamilah. Mertuanya itu hanya inginkan yang terbaik buat mereka.
Dicekalkan telinga yang mendengar. Disabarkan hati yang mula mengeluh. Diberatkan mulut untuk tidak menjawab kembali.
Tidak akan beroleh kemenangan jika bertegang urat dengan orang tua ini. Berdiam diri adalah lebih baik.
***
“Habis tu kau cakap apa?” soal Nazmi gelabah apabila Eti menceritakan tentang peristiwa yang berlaku semasa ketiadaan suaminya.
“Aku senyap jelah. Kau ada harap aku cakap apa-apa ke?” jawab Eti malas. Kembali memberikan tumpuan untuk mengulangkaji pelajaran.
Kasihan dia melihat isterinya. Dalam dia sedang berseronok dengan Aisyah, Eti terpaksa berhempas pulas berhadapan dengan karenah orang tuannya.
“Sory.” pohon Nazmi perlahan.
“For what?” masih fokus memberi tumpuan.
“Sebab tak ada tadi.”
“Hei, aku boleh hidup tanpa kaulah.” jawab Eti selamba tetapi nadanya kedengaran sangat sinis di pendengaran Nazmi.
‘Tapi aku dah mula tak boleh tanpa kau.’ Entah kenapa, kata-kata itu berlegar di penjuru hatinya. Hati, tolonglah jangan berpaling dari setia pada yang satu.
“So, jadi kita kena merancang strategi barulah gamaknya.” ungkap Nazmi tiba-tiba hingga dapat menghilangkan fokus isterinya.
“Strategi? Strategi apa pulak?” soalnya tidak faham.
Sejenak Nazmi diam berfikir. Akhirnya dia tersenyum apabila sudah memperoleh idea.
“Kau panggil aku abang dan aku panggil kau sayang.” hampir terkeluar biji matanya mendengar rancangan gila suaminya kali ini.
“Kau gila?” spontan, kata-kata itu keluar dari mulutnya.
“Hampir gila.” sambil tersenyum, dia mula merebahkan badannya ke atas katil.
“Tak payahlah. Mengarut je. Aku tak setuju.” pangkah Eti laju. Hilang terus moodnya untuk terus study.
“Aku tak kira. Rancangan ni mesti dilaksanakan jugak. Aku tak nak mama dan papa fikir yang bukan-bukan.” tegas suarannya.
“Aku tak setuju. Siapa kau nak arah-arahkan aku buat itu ini.” bengang dengan sikap Nazmi kali ini. Entah apalah yang merasuk suaminya itu.
“Kau kena setuju jugak. Ini arahan dari seorang suami.” Eti bertambah bengang kerana Nazmi mengunakan title suami untuk mengugutnya.
“Aku tetap tak setuju. Apa nak jadi, jadilah.” bentak Eti. Dia juga perlu ada keputusannya sendiri. Dia tidak akan tersungkur dengan idea gila Nazmi kali ini.
“Kalau kau hanya panggil nama aku je, segala permintaan kau tidak akan dilayan. Kita tengok siapa yang menang nanti.” Nazmi tersenyum sinis sambil melangkah ke arah bilik air untuk bersiram.
Eti membalingkan pen yang sedari tadi berada di gengamannya. Tidak pasal-pasal dia terpaksa berhadapan dengan idea gila Nazmi ini.
***
Hanya kesepian yang menemani makan malam mereka pada malam ini. Sesekali terdengar bunyi sudu dan garpu berlaga dengan pinggan mereka.
Merasakan yang nasinya tidak mempunyai kuah, dia meminta Nazmi menghulurkan lauk yang berada di hadapannya.
Baru sahaja Nazmi ingin mengangkat mangkuk berisi kuah gulai itu namun tiba-tiba datang idea gila untuk mengenakan Eti. Segera dia buat tak tahu.
Eti pelik dengan sikap suaminya yang tiba-tiba berubah laku. ‘Angin tak ada, ribut tak ada, tiba-tiba sawan.’ Bisik hatinya nakalnya.
“Naz, awak dengar tak? Tolonglah ambilkan lauk kuah gulai tu.” ditekankan sedikit suaranya. Supaya jelas di pendengaran suaminya itu.
Tetapi Nazmi tetap kekal buat bodoh. Muka Eti sudah mula kemerahan apabila ahli keluarga yang lain sudah mula memandang pelik ke arah mereka berdua. Pasti mereka menyangka yang dia dan Nazmi bergaduh lagi.
Nazmi menguih sedikit kaki Eti yang sedang berada di sebelahnya. Supaya Eti faham akan maksud tindakannya itu.
Eti mula mengigit bibir. Nampaknya lelaki itu sengaja mengenakannya. ‘Kurang ajar kau yerk, nanti kau aku kerjakan.’ Panas sungguh hatinya kali ini. Dia tahu apa yang sedang berada di kepala otak suaminya kini.
Kalau ikutkan hatinya, dia tidak rela melakukannya. Namun apabila terpandangkan wajah-wajah dihadapannya yang mungkin sudah mula membuat spekulasi yang bukan-bukan, dia cekalkan hati untuk berhadapan dengan situasi ini.
“A..bang… boleh tak tolong Eti ambilkan lauk gulai tu?” lambat dan perlahan sahaja nada suaranya.
Nazmi tersenyum kemenangan. ‘Kau tak akan menang dengan aku Eti. Aku tak akan sesekali akan dikalahkan oleh kau.’
“Lah, kenapa tak beritahu dari tadi.” mesra dia melayan sambil dengan selambanya mencedokkan kuah gulai ke dalam pinggan isterinya.
Datuk Sufian mula faham dengan situasi yang berlaku. Datin Jamilah pula tersenyum melihat gurauan di antara anak menantunya.
Baguslah jika mereka berbahagia. Jika tidak, dia tidak sanggup menahan rasa bersalah seumur hidup kerana mempertaruhkan kehidupan Nazmi dan Eti.
Kepanasan hatinya, Eti siram dengan kesabaran sahaja. Jika dilayan karenah suaminya ini, lama-lama dia boleh jadi gila gamaknya.
***
Terjerit kecil dia apabila melihat angka berat badannya. ‘Alamak, macam mana boleh naik sebanyak ni?’
“Apasal jerit-jerit ni?” Soal Nazmi serius. Bimbang jika ada kecelakaan yang terjadi kepada isterinya.
“Berat badan aku dah bertambah lima kilo tau.” Nazmi tergelak besar sedangkan suara Eti penuh dengan kebimbangan.
“Habis tu, apa yang kau risaukan sangat. Itu tandanya rezeki kau murah sebab dapat makan.” jawapan itu benar-benar menyakitkan hati Eti.
“Kau sibuk apa? Kau tak tahu betapa pentingnya berat badan bagi seorang perempuan.” marah Eti. Bengang dengan perangai suaminya yang tidak habis-habis mahu mengusik.
“Aku tak fahamlah. Kenapalah orang perempuan ni kisah sangat pasal berat badan? Macamlah bagi apa-apa effect.” rungutnya. Menambahkan menyakitkan hati Eti.
“Eh, yang kau sibuk apasal? Kau tahu tak berat badan ni penting bagi orang perempuan. Kalau tak kena gaya nanti, tak pasal-pasal laki sendiri cari lain sebab tak pandai jaga badan.”
“Oh, jadi kau nak jaga badan untuk akulah ni. Oh, terharunya.” tanpa melengahkan masa lagi, Eti membaling bantal ke arah suaminya yang tidak habis ketawa besar.
“Aku jaga untuk diri aku sendiri. Bukan untuk orang lain.” terus-terusan Eti membelek bentuk tubuh badannya di cermin. Mengenal pasti kalau-kalau dia sudah benar-benar gemuk.
Di pandangan mata Nazmi, Eti masih kekal cantik seperti dahulu. Tidak langsung menunjukkan perbezaan. Dia mengeleng-gelengkan kepalanya.
‘Semua perempuan macam ni ke? Ke bini aku sorang je perangai macam ni?'
Hmm, mujurlah dia berkahwin dengan Eti. Jika tidak, pasti dia penat melayan karenah Aisyah yang mungkin bertambah ragamnya.
Sekurang-kurangnya, dia boleh bersedia dari segi mental dan fizikal apabila berhadapan dengan alam perkahwinan yang sebenarnya nanti.
“Manalah tak gemuk, lepas makan je terus tidur. Lepas tu malas nak bersenam. Aku ajak pergi jogging pagi-pagi, kau tak nak. Memang padanlah dengan muka kau tu.” Nazmi memang berani kerana berjaya menuangkan minyak ke dalam api yang sedang hangat membara.
“Kau kalau tak sakitkan hati aku, tak boleh ke?” entah kenapa, sejak akhir-akhir ini, kerap benar Nazmi mengusiknya.
“Jom ikut aku jogging esok.” ajakkan Nazmi itu Eti pandang dengan pandangan yang pelik-pelik.
Hendak menjawab malas, nanti bimbang dikenakan semula oleh Nazmi. Hendak menerima pula, dia terasa berat hati.
“Kau nak kurus ke tak?” ayat kurus itu terus membawa Eti ke alam nyata. Akhirnya, Eti bersetuju juga. Walaupun sebenarnya, dia tidak berminat langsung untuk bersukan.
***
“Cepat siap, aku tunggu kat bawah.” malas sungguh dia untuk bersiap-siap. Apatah lagi menyedari yang selepas ini, dia akan berjogging.
Setibanya di bawah, dia baru menyedari yang dia tidak mempunyai kasut sukan.
‘Yes, akhirnya ada jugak alasan untuk tak pergi jogging.’ Bisik hatinya nakal.
“Eh, aku tak ada kasut sukanlah. Lain kali jelah.” elak Eti sambil mula ingin melangkah masuk ke dalam rumah semula.
“Ah, tak payah nak mengada-ngada. Aku dah pinjam kasut sukan Sufi untuk kau.” kata-kata Nazmi itu benar-benar mengecewakannya.
“Cepatlah. Dah pukul berapa ni? Nanti cuaca panas, mulalah merungut.” gesa Nazmi sambil memanaskan badan.
Lambat-lambat dia menyarungkan kasut sukan ke kakinya. Dipandang tali kasut yang mengurai itu. ‘Alamak, aku tak reti ikat tali kasut.’ Namun rungutan itu setakat di dalam hati. Nanti tak pasal-pasal dia menjadi habuan gelak tawa Nazmi pagi-pagi minggu ini.
Akhirnya diselitkan aje tali yang berselirat itu di celah kasutnya. Moga-moga usahanya itu akan berhasil.
‘Wahai tali, duduk diam-diam tau.’ Jampinya.
Mereka berdua memulakan larian di sekitar vila. Perut Eti sudah merasa senak sedangkan mereka baru sahaja memulakan larian.
Tanpa Eti sedari, tali kasut yang diselitkan tadi mengurai dengan sendiri apabila kaki Eti bergerak laju. Entah macam mana, tiba-tiba kakinya sendiri terpijak tali kasut dan jatuh tersembam di atas jalan tar.
Jeritan Eti menyedarkan Nazmi yang sudah berada di hadapan.
“Eti!” jerit Nazmi lantang apabila melihat isterinya terlentang di atas jalan tar.
“Ya Allah, macam mana boleh jadi macam ni?” soal Nazmi kaget. Fahamlah dia apabila terpandangkan tali kasut Eti yang mengurai.
"Pada mulanya, dia menyangka tali kasut Eti tidak diikat dengan kemas namun apabila melihat tali kasut yang hanya diselitkan di celah kaki sebelah kanan Eti, dia pelik sendiri.
“Apasal tak ikat tali kasut tu?” sempat lagi dia bertanya sambil membantu Eti duduk. Mujurlah tidak ada luka yang teruk.
“Aku tak reti ikat tali kasut.” jawab Eti lambat-lambat. Dia pasti, dia akan menjadi mangsa gelak Nazmi.
“Lah, kenapa tak beritahu aku. Boleh aku tolong ikatkan.” sangkaannya meleset sama sekali. Suaminya itu sedikit pun tidak mengetawakannya.
Alangkah bagusnya jika dia mengaku sedari tadi. Tak pasal-pasal kakinya terseliuh akibat terpijak tali kasut.
Nazmi membantu Eti mengikat tali kasutnya. Dia sebenarnya agak terkejut mendengar kenyataan isterinya.
Siapa bilang orang yang bijak pandai, tahu berbuat apa sahaja di dunia ini. Allah memang maha adil pada setiap hambanya. Memang lumrah manusia itu tidak sempurna.
Hendak sahaja dia tergelak sakan. Namun melihat muka Eti yang kelat, dia pendamkan sahaja gelaknya. Bimbang nanti, ada pula yang terasa hati.
“Ni boleh jalan ke tak ni?” soal Nazmi apabila melihat muka Eti ketat sewaktu membantunya berdiri.
“Boleh.” jawab Eti laju sedangkan kakinya itu memang terasa sakit akibat terseliuh di pergelangan kakinya.
Hampir sahaja dia ingin tersungkur semula namun bahunya cepat dipaut oleh Nazmi.
“Lain kali jangan sombong.” tegur Nazmi serius sambil meletakkan tangan Eti dibahunya. Dibantunya Eti berjalan. Untuk mencempung tubuh gadis itu, dia tidak berani. Bimbang disangka mengambil kesempatan pula.
Berada berdekatan dengan Nazmi benar-benar membuatkan Eti tidak selesa. Jantungnya seperti berdegup melebihi kelajuan kebiasaanya.
Akibat terjatuh sebentar tadi, Eti mula menyedari sesuatu. Dia sudah mula mendapat jawapan di atas segala persoalan yang berlegar di benaknya.
Kenapa dia tidak dapat menyintai Faizal? Kerana hatinya sudah mula terjatuh pada orang yang sedang membantunya sekarang.
***
“Aku tak boleh rasa macam ni. Tak boleh.” ditepuk-tepuk dadanya yang sedari tadi menahan debar yang teramat sangat.
“Ya Allah, tolonglah jangan terbalikkan hati aku.” pohonnya perlahan.
Nazmi memandang pelik isterinya yang sedari tadi asyik bercakap seorang diri. ‘Tak kan dah gila kot. Baru jatuh sikit.’ Desis hatinya sambil tersenyum.
“Biar aku sapukan kaki kau dengan minyak ni.” baru sahaja dia mencapai kaki Eti namun tiba-tiba tangan Eti menahan. Nazmi pelik sendiri.
“Biar aku sapu sendiri.” jawab Eti sambil tersengih-sengih. Dia berharap agar Nazmi dapat pergi jauh-jauh supaya hatinya dapat berdegup seperti biasa.
Nazmi hanya menurut. Memandang Eti yang berkerut mukanya apabila tangannya sendiri mendarat di kakinya.
Barulah lega rasanya apabila mendapat urutan daripada tangannya sendiri. Nazmi pula entah hilang kemana. Barangkali menyambung jogging yang tidak berkesudahan gamaknya. Dia mencapai tuala lalu melangkah perlahan ke dalam bilik air.
Aisyah memandang vila yang tersergam indah itu. Beruntung sungguh Nazmi kerana dilahirkan di dalam keluarga yang sempurna seperti ini. Bukan seperti dirinya yang hanya berasal daripada kampong. Namun dia sangat bersyukur dengan segala kurniaan Allah.
Sufina hanya memandang ke arah perempuan yang sudah mula masuk ke kawasan kediaman vila.
“Kak, cari siapa?” tanya Sufina ramah.
“Er, akak cari Eti.” jawab Aisyah sambil tersenyum. Memang itulah tujuannya. Dia ingin mengajak Eti menemaninya ke pesta buku. Dia pasti, Eti tidak akan menolak. Dia sudah tahu benar akan kesukaan sepupu Nazmi itu.
“Oh, jemputlah masuk. Nanti Fina panggilkan.” ajak Sufina ramah sambil mengundang tetamu masuk ke dalam rumah.
Aisyah jadi tenggelam dengan kemewahan keluarga itu. Dia terasa seperti benar-benar kecil dengan semuanya. Dapatkah dia menyertai dunia Nazmi satu hari nanti. Dia mula ragu-ragu dengan masa depan hubungan mereka.
Tiba-tiba matanya melekat pada satu gambar yang menghiasi kabinet perhiasan yang tersergam indah.
Lambat-lambat dia melangkah. Dia sangat berharap yang apa yang dilihatnya adalah satu mimpi. Tidak pun hanya sekadar imaginasinya. Namun dia pasti yang dia tidak tersalah pandang. Memang gambar di hadapannya ialah gambar Nazmi yang sedang mencium dahi Eti. Seperti dalam suasana sesi membatalkan air sembahyang.
“Aisyah.” sebaris nama itu meluncur laju di bibirnya.
Tidak disangka-sangka, kawan yang Sufina katakan itu adalah Aisyah. Dan Aisyah sedang merenung gambar pernikahannya.
“Apa semua ni Eti?” rendah sahaja nada suaranya. Dalam kesakitan, Eti tetap cuba melangkah menghampiri Aisyah.
“Kak, dengar dulu penjelasan saya kak. Semua ni hanya salah faham. Saya boleh terangkan.” tergagap-gagap Eti menyusun kata.
“Betul ke apa yang akak tengok sekarang ni Eti?” sekali lagi, dia memohon kepastian.
“Betul Syah. Saya dah berkahwin dengan Eti.” muncul Nazmi dari arah belakang Eti. Eti terkedu sendiri. Sebutir kaca jernih mula mengalir di pipi milik Aisyah.
Ya. Barulah Aisyah faham dengan semua perkara yang sesak di benaknya. Mula faham kenapa Eti faham benar dengan perangai Nazmi. Mula ingat pada sebentuk cincin yang sentiasa menghiasi jari manis milik Eti.
“Terima kasih untuk semua ni.” tutur Aisyah perlahan sambil mula melangkah pergi. Nazmi ingin mengejar tetapi Eti menahannya.
“Biar saya yang pergi.” dia faham benar dengan suaminya. Lelaki itu bukan jenis yang pandai berkata-kata. Silap hari bulan, pasti akan mengeruhkan lagi keadaan.
Dalam kesakitan, Eti tetap terus mengejar Aisyah sehingga Aisyah terhenti di tepi perhentian bas. Mujurlah perhentian bas itu masih kosong.
“Tolong dengar penjelasan saya dulu kak.” pohon Eti. Sungguh, dia sayangkan hubungan persahabatan yang terjalin di antara mereka berdua. Dia sudah menganggap Aisyah seperti kakak kandungnya sendiri.
“Penjelasan apa lagi Eti. Semuanya dah jelas.” air matanya sudah laju menitis di pipi. Akhirnya, begini pengakhiran hubungannya dengan Nazmi.
“Semuanya tak seperti yang akak fikirkan.” pujuk Eti lagi. Lantas dicerita sedikit demi sedikit peristiwa yang berlaku dalam hidupnya. Dia sangat mengharapkan pengertian Aisyah kali ini.
“Percayalah. Kasih Naz hanya untuk akak sorang je. Tak ada apa-apa yang pernah berlaku antara kami.” sungguh-sungguh, dia menegaskan kepada Aisyah.
Tiba-tiba muncul sebuah kereta Honda Civic di hadapan mereka. Kereta siapa lagi kalau bukan kereta Nazmi.
“Kak, biar Naz hantar akak balik.” mujurlah gadis itu tidak menolak. Eti sendiri tidak dapat membaca riak wajah Aisyah ketika ini. Dia sendiri bingung memikirkan penyudah kisah mereka ini.
Nazmi tersangat beruntung kerana dikurniakan wanita secantik wajah dan peribadiannya. Aisyah sedikit pun tidak mengamuk cuma gadis itu menangis. Ya, kalau dia pun, dia akan melakukan perkara yang sama.
Bagaimana pula dengan hatinya yang turut menyintai Nazmi. Dipejam rapat matanya. Dia pasti dapat menghadapinya dengan senang kerana dulu juga dia pernah menyintai Faizal namun rasa itu pudar dengan seiringnya perjalanan masa. Dan dia pasti, dia boleh melakukan sekali lagi.
***
Eti mencapai telefon bimbitnya yang berbunyi nyaring. Dia memandang nama Faizal yang tertera di skrin telefon. Dia menghela nafas berat.
“Helo.”
“Hai Eti. Tengah buat apa je tu?” ramah sahaja suara Faizal menyapa gegendang suaranya.
“Tak buat apa-apa pun. Ada apa telefon ni?” dia cuba memaniskan suara.
“Hai, tak kan nak telefon pun salah.” Eti memejamkan mata. Dia sebenarnya tidak punya mood untuk terus berbicara.
“Zal.” panggil Eti perlahan.
“Ada apa sayang.” meleret sahaja suaranya.
“Saya dah ada jawapannya. Jawapan kepada persoalan awak hari tu.” berdebar sungguh rasanya.
“Ya ke? Kalau macam tu kita jumpa esok.” ujar Faizal sambil menamatkan perbualan.
Eti duduk di atas katil sambil memeluk lututnya. Mencari idea untuk berdepan dengan Faizal esok.
Tiba-tiba pintu terkuak dari arah luar. Muncul Nazmi sambil membuka suis lampu. Bilik yang sedari tadi hanya ditEtini gelap malam kini bertukar cerah.
“Eh, kenapa duduk dalam gelap ni?” terkejut sungguh dia. Ingatkan jembalang manalah yang sedang duduk di atas katil tadi.
“Saje.” jawab Eti malas.
“Ni kenapa duduk macam orang yang sesak hutang ni?” gurau Nazmi sambil mengosok-gosok kepala milik Eti.
“Lebih baik sesak hutang daripada sesak fikiran kan?” ujar Eti tanpa berfikir.
“Itu kata-kata orang yang boleh bayar hutang. Lagipun, kalau orang sesak hutang, mestilah sesak fikiran jugak kan.” Nazmi tersenyum melihat Eti yang sedang mengigit bibir itu.
“Kak Aisyah macam mana?” soal Eti apabila ingatannya tergarit pada peristiwa yang berlaku siang tadi.
“Macam biasa. Dia sentiasa memahami.” jawapan Nazmi itu menanamkan rasa cemburu dalam diri Eti. Namun dia cepat-cepat sedar, Aisyah adalah orang yang ada di ruang hati suaminya.
“Faizal pula macam mana?” entah kenapa, soalan itu keluar dari bibirnya.
“Macam tulah. Macam mana lagi.” dia malas untuk membicarakan soal lelaki itu.
“Eh, bukan kau suka gila kat dia ke?” dia lagi senang kalau Eti tidak rapat dengan Faizal kerana
Faizal itu benar-benar dapat membangkitkan rasa cemburu dalam hatinya. Namun dia tidak berupaya untuk menghalang Eti kerana Eti sendiri tidak pernah menghalangnya bersama-sama dengan Aisyah.
“Sebenarnya, apa yang boleh kita bagi pada orang yang kita sayang?” sengaja dia mengubah topik. Eti memandang Nazmi. Meminta jawapan.
“Ketakutan.” jawapan yang dapat mengerutkan dahi Eti.
“Ketakutan?” ulang Eti kembali.
“Ya. Bila kita sayangkan seseorang, kita akan lebih takut untuk terlebih menyayanginya, takut untuk terluka dan takut untuk kehilangannya.” Eti terfikir sendiri.
“Naz.”
“Ya.”
“Sebenarnya, apa ada pada cinta?” dia berharap kalau Nazmi dapat memberikan jawapan yang memuaskan seperti jawapan kepada persoalannya tadi.
“Entah aku sendiri tak tahu.”
Satu keluhan dilepaskan. Perlahan-lahan, Eti melentokkan kepalanya ke atas bahu milik Nazmi. Akhirnya, lama mereka berkeadaan seperti itu sehingga mereka tidak sedar akan masa yang berlalu.
***
“Tapi kenapa? Kenapa tak boleh pilih saya?” soalan demi soalan itu telah menganggu gugat ketenanganya.
Faizal sudah mengagak yang cintanya akan ditolak. Namun dia tetap akan berusaha untuk memilik Eti.
“Saya tak akan sesekali berputus asa Eti.” serius sungguh kata-katanya kali ini. Membuatkan Eti gerun sendiri.
“Usahalah macam mana sekalipun. Ianya tetap tidak akan dapat mengubah keputusan saya.” jawab Eti muktamad sambil terus berlalu dari situ.
‘Faizal, tolonglah mengerti. Cinta saya untuk awak sudah tiada. Yang ada hanyalah secebis kenangan untuk saya kenang di masa hadapan.’
***
“Ah, stressnya study.” rungut Nazmi sambil mengeliat. Lega apabila dapat merenggangkan otot badannya.
Eti yang berada di sebelahnya pula sedikit pun tidak berkutik. Masih setia mengadap buku yang berada di hadapannya.
Dua minggu lagi final akan tiba. Nazmi terpaksa mengikuti jadual waktu study yang telah ditetapkan oleh isterinya. Apabila dia merungut, Eti akan memarahinya.
“Inikan sem akhir. Kenalah skor.” tak pasal-pasal angin orang rumahnya itu naik.
“Eti, kau nak air tak? Boleh aku buatkan.” pelawa Nazmi sambil tersengih.
“Kau dahaga ke?” soal Eti sambil menghala pandang ke arah suaminya.
“Aah. Kau nak air apa?” tanya Nazmi lagi.
“Biar aku buat. Kau nak air apa?” bukan dia mahu berlakon baik di hadapan Nazmi tetapi dia tidak mahu fokus study Nazmi hilang. Dah la memang dasar payah nak fokus.
“Eh, tak apa ke?”
Eti malas melayan suaminya itu. Dibawa langkah ke dapur untuk membuat air untuk suaminya.
“Thanks.” ucap Nazmi setelah cawan bertukar tangan.
“Eti..”
“Hmm.” sahut Eti malas. Masih tekun mengulangkaji.
“Kita keluar hujung minggu ni nak tak?” cadang Nazmi.
“Kan nak final ni. Kena studylah.” balas Eti tidak setuju.
“Alah, tak kanlah nak mengadap buku je dua puluh empat jam. Mestilah restkan otak ni sikit.”
“Rest je kau fikirkan. Sedarlah sikit, kau tu dah akhir sem. Kalau kantoi sem ni macam mana? Nak jawab apa dengan papa.” tak pasal-pasal kena marah dengan isterinya.
Akhirnya mereka sama-sama kembali fokus study. Namun tiba-tiba rasa bersalah menyerang Eti.
“Kalau keluar, kita nak pergi mana je?” Nazmi tidak sangka yang Eti berfikir tentang tawarannya.
“Eh, nak keluar ke?” tanya Nazmi bersEtingat.
“Aku cakap kalau..” sengaja menyakat Nazmi.
“Ok. Kita tengok wayang eh.” putus Nazmi sambil tersenyum riang. Bahagia jika dapat menghabiskan masa bersama isterinya sedangkan hampir dua puluh empat jam mereka bersama-sama.
Eti menyembunyikan senyuman. Hanya Allah yang tahu betapa bahagiannya jika dia dapat menghabiskan masa bersama Nazmi sepanjang hidup mereka nanti. Namun Eti sedar yang itu semua adalah perkara yang sangat mustahil.
***
Eti hanya tersenyum menerima pesanan ringkas dari Nazmi yang menyuruhnya ke panggung dahulu kerana dia ada kerja persatuan yang perlu dibereskan.
Entah kenapa, berulang kali dia menukar pakaian semata-mata untuk keluar menonton wayang kali ini. Ada sahaja yang tidak kena di matanya padahal dia bukan jenis yang ambil kisah sangat soal penampilan diri.
Sesampainya di panggung wayang, Eti cuba menelefon Nazmi tapi telefon bimbitnya tidak aktif. Dia tidak pasti sama ada Nazmi sudah membeli tiket wayang atau belum.
Minit berganti minit. Jam berganti jam. Dia masih lagi melanguk di panggung wayang itu. Kakinya sudah mula sakit akibat memakai kasut tinggi.
Tangannya pula sudah mula kebas kerana berulang kali mendial telefon bimbit milik Nazmi.
Akhirnya, Eti sudah mula muak untuk menunggu. Hatinya sakit kerana diperlakukan sedemikian rupa. Dia pulang menaiki teksi.
***
Usai mandi, Eti merendam kakinya yang sakit itu ke dalam baldi yang berisi air suam. Dia menyental daki di kaki dengan mengunakan berus badan.
Dia menyental dengan sangat kuat. Dia membayangkan wajah Nazmi berada di kakinya. Namun dia terlupa yang itu adalah kakinya sendiri.
“Aduh.” rungutnya apabila kakinya sudah mula merah kerana disental sekuat hati.
“Eti.” dia terus memanggil nama isterinya itu apabila memulas tombol pintu. Tak cukup nafasnya kerana berlari dari arah tangga lagi.
Eti hanya memandang sekilas ke arah Nazmi yang sedang tercungap-cungap itu. Kalau ikutkan hatinya, mahu sahaja disimbah muka Nazmi dengan air kotor kakinya. Namun akalnya masih waras.
“Eti, aku betul-betul minta maaf.” rayu Nazmi sambil duduk di sebelah Eti.
“Ada pulak orang minta maaf main-main.” perli Eti.
“Eti. Aku bukan sengaja tak datang.” kalau ikutkan hatinya, pasti dia memilih untuk bersama-sama dengan Eti. Namun takdir tidak tersurat sebegitu rupa.
“So?” tanya Eti malas. Dia penat untuk melayan semua ini. Kakinya sakit. Hatinya perit, matanya pedih dan ini semua membuatkannya seperti ingin menangis sahaja.
“Eti, aku tak ada niat nak mungkir janji.” sekali lagi dia cuba memujuk.
“Memanglah tak ada niat sebab niat hanya perlu dalam solat je.” percuma sahaja dia memujuk Eti kala ini kerana perasaan Eti sekarang dikuasai rasa marah.
Baru sahaja dia ingin mengangat punggung namun semuanya terkaku apabila dia mula mendengar esakan kecil milik Eti.
“Kau tahu tak kaki aku sakit sebab pakai kasut tinggi bodoh tu. Tambah dengan sakit hatinya lagi. Kalau tak jadi datang sekalipun, macamlah tak boleh beritahu.” marah Eti sambil mengambil tuala kecil yang telah tersedia dan mengelap kakinya.
“Aku memang nak telefon kau tapi telefon aku tak ada bateri.” bukan dia mencipta alasan tapi memang itulah yang terjadi.
“Aah, habis tu apa guna public yang ada dalam dunia ni? Kenapa, hina sangat ke kalau pakai public ataupun kau tak pandai guna.” perli Eti lagi. Tika hati dilanda marah, semua pun boleh terkeluar.
Eti membebel sambil tangannya menyapu losyen ke atas kakinya. Air matanya pula tidak berhenti mengalir.
Dia sebenarnya tidak ingin menangis namun airmatanya tidak dapat ditahan dari terus mengalir. Dia tidak mahu nampak kalah di hadapan Nazmi walaupun dia memang sudah sedia kalah.
Air mata yang jatuh segera diseka oleh Nazmi. ‘Jangan menangis sayang sebab air mata kau akan buat aku lebih rasa bersalah.’
“Aku betul-betul tak sengaja. Kak Aisyah masuk hospital. Dia suspek demam panas.” baru kini dia dapat menjelaskan yang sebenar-benarnya.
‘Jadi sebab Aisyah. Ya, aku sedar yang aku hanya meminjam kau dari Aisyah untuk waktu yang seketika.’
“Aku tahu kau marah. Aku betul-betul minta maaf. Aku sanggup buat apa saja asalkan kau maafkan aku.” ujar Nazmi sambil mencapai kaki Eti. Diurut perlahan kaki gadis itu sementara Eti hanya terkaku.
“Bawa aku jumpa kak Aisyah esok.” ujar Eti sambil menarik kakinya dari terus diurut oleh Nazmi. Direbahkan tubuhnya di atas katil.
“Eti.” panggil Nazmi. Dia makin serba salah.
Tiba-tiba Eti bangun. Mula turun dari katil dan menuju ke arah Almari.
“Eti, kau nak pergi mana?” takut benar jika Eti ingin mengemaskan kain bajunya. Kemana isterinya itu hendak pergi malam-malam begini.
“Aku ingat yang malam ni giliran aku pulak tidur bawah.” Nazmi menarik nafas lega. Mati-mati dia ingat yang Eti ingin mengemaskan bajunya.
Dia hanya memandang Eti yang membentangkan comforter. Terasa ingin dipeluk tubuh isterinya yang sedang terbaring lesu itu. Dia tahu, Eti menangis lagi.
***
“Akak sihat?” diramahkan diri ketika melawat Aisyah yang ditahan wad.
“Sihat. Doktor tu yang paksa akak tinggal kat hospital ni.” sempat lagi dia bergurau. Eti tersenyum pahit.
‘Beruntungnya kak Aisyah kerana berjaya menjadi penghuni di ruang hati Nazmi.’
“Saya ada bawa buah. Biar saya potongkan.” baru sahaja dia ingin bangun untuk membasuh buah epal itu namun tindakannya dihalang oleh Aisyah.
“Akak tak lapar.” entah mengapa, mereka seolah-olah baru berkenalan. Tiada lagi perbualan mesra seperti dahulu.
“Eti, akak dah buat keputusan.” kata-kata Aisyah itu umpama menyengat jantungnya.
“Keputusan? Tentang apa?”
“Tentang hubungan akak dengan Naz.” berdebar sungguh hatinya untuk mendengar ayat yang seterusnya.
“Akak dah putuskan hubungan akak dengan dia.” terpana Eti mendengarnya. Walaupun dia menyintai Nazmi, namun dia tidak pernah berdoa yang tidak-tidak untuk hubungan Aisyah dan Nazmi.
“Akak, jangan buat keputusan melulu. Saya dengan Naz tak ada apa-apa.” hanya ikatan perkahwinan sahaja yang menjadi tali perhubungan antara mereka.
“Antara korang memang tidak ada apa-apa tapi mungkin boleh jadi apa-apa.” tergeleng-geleng kepala Eti tanda tidak setuju dengan kata-kata Aisyah.
“Akak, saya hanya pinjam dia daripada akak sekejap je. Saya janji saya akan pulangkan pada akak. Semuanya akan berlaku seperti yang dirancang kak.” sedaya upaya, dia cuba meyakinkan Aisyah.
“Eti, sudah pasti rancangan kita ini tidak boleh melawan percaturan takdir yang dah ditetapkan. Eti tak perlu nak pulangkan dia pada akak, sebab hanya Eti yang berhak sepenuhnya ke atas Naz.” Aisyah tersenyum pahit.
“Akak tahu yang hati dia sudah mula berbelah bahagi Eti. Kasihnya mula terbahagi. Tapi akak pasti yang dia hanya kasihkan akak tetapi sayang dan cintanya hanya untuk kamu Eti.” sambung Aisyah lagi.
“Tak kak, akak..” ayatnya tergantung apabila Aisyah kembali memintas kata.
“Akak tahu yang Eti sayangkan dia. Macam dia sayangkan Eti jugak. Akak lepaskan dia pada kamu sebab akak tahu, Eti boleh menjaganya dengan sangat baik. Macam yang Eti lakukan sekarang ni.” bibirnya menguntum senyuman manis. Namun tak siapa yang tahu sekeping hatinya.
Ketika dalam perjalanan pulang, Eti terfikir akan kata-kata Aisyah. Adakah benar Nazmi meyintainya? Dia sendiri belum memperolehkan jawapannya.
Sekilas dia memandang ke arah Nazmi yang sedang memandu. Lelaki itu seakan-akan tenang sahaja.
Tidakkah dia gelisah dan sedih apabila Aisyah memutuskan hubungan mereka.
Nazmi mula tidak senang apabila melihat Eti hanya diam membisu. Dia tahu Eti masih marah padanya.
“Eti.” panggil Nazmi
“Aku tak ada mood nak berborak.” dipejamkan matanya rapat-rapat. ‘Ya Allah, apa yag seharusnya aku lakukan sekarang?’ Hatinya menangis. Kenapa sakit sangat apabila menyintai Nazmi. Sedangkan dia melalui dengan tenang sahaja sewaktu menyintai Faizal dahulu.
‘Biarlah, dia masih marah. Nanti redalah kemarahannya itu.’ Bisik hati kecil Nazmi.
***
Baru sahaja Eti keluar dari bilik air namun tiba-tiba tangannya disentap oleh seseorang. Sungguh dia amat terkejut.
“Sakitlah.” jeritnya marah. Lagi marah apabila melihat gerangan yang sedang berdiri di hadapannya ini.
“Eti, Terimalah saya. Saya janji saya akan bahagiakan awak.” entah apalah yang merasuk Faizal kali ini sehingga melakukan perkara di luar kewarasannya.
“Awak dah gila agaknya Faizal.” ucap Eti sambil cuba berlalu namun segera ditahan oleh Faizal.
“Ya, memang aku gila! Aku gilakan kau Eti.” kata-kata yang keluar dari mulut Faizal itu benar-benar menakutkannya.
“Segila mana pun kau pada aku, aku tetap tak boleh terima kau.” itu keputusanya yang muktamad.
“Kenapa? Kenapa?” tanya Faizal sambil mula mengoncangkan kedua belah bahu Eti.
“Sebab ni.. Sebab aku dah berkahwin. Dan aku hanya cintakan suami aku seorang je.” tutur Eti berani sambil menunjukkan cincin yang telah lama menghuni di jari manisnya.
Kelihatan wajah Faizal sedikit tercengang mendengar penjelasan Eti sebentar tadi. Tanpa melengahkan masa lagi, Eti berlalu pergi.
“Dengan Nazmi?” soal Faizal apabila kaki Eti sudah menapak beberapa langkah.
Eti mengambil keputusan untuk terus berlalu. Membiarkan Faizal berfikir sendiri.
‘Maafkan aku Zal, aku bahagia kerana pernah menyintaimu tapi izinkan aku berbahagia menyintai insan lain walaupun hanya sekadar dari jauh.’
***
Terkejut sungguh Eti apabila mendengar berita Nazmi ditangkap kerana memecah masuk bilik Puan Zuraini sehingga pensyarah itu kehilangan duit yang berjumlah lima ribu.
Segera Eti berlari menuju ke bilik Puan Zuraini. Ketika meredah masuk, kelihatan beberapa orang pensyarah juga berada di situ.
“Puan, bukan Nazmi yang ambil duit tu.” rata-rata yang memandang, merasa terkejut. Tiba-tiba ada seorang gadis yang meredah masuk dan terus bela Nazmi.
“Hal ini belum lagi diputuskan. Semuanya dalam penyiasatan lagi.” ujar salah seorang daripada mereka.
“Tak mungkin dia buat benda-benda macam ni Puan. Percayalah.” bela Eti tanpa menghiraukan kata-kata pensyarah yang lain.
“Kenapa? Sebab dia anak datuk. Jadi dia tak ada sebab untuk mencuri. Macam tu?” soal Puan Zuraini. Sedikit beremosi.
“Bukan macam tu puan. Tapi bukti apa yang membuatkan dia dipersalahkan?” soal Eti ingin tahu.
“Kad metrik dia tercicir sewaktu mencuri.” kata-kata Puan Zuraini itu, seperti tidak masuk dek akal.
Baru Eti teringat yang Nazmi pernah mengadu bahawa ID pelajarnya telah hilang. Jadi pasti ada orang yang cuba mengenakan Nazmi.
Sewaktu pulang ke rumah, Eti dapat menangkap suara papa yang sedang memarahi Nazmi. Suaminya itu hanya mengambil langkah berdiam diri. Pasti perit untuk dia segala tuduhan yang tidak pernah dia lakukan.
Ketika keluar daripada bilik air, suaminya itu sedang berbaring di atas sofa sambil tangan yang melekat di kepala.
“Naz.” seru Eti perlahan
“Asal? Kau pun nak membebel dekat aku pulak. Okay, dipersilakan.” mungkin kerana tertekan, Nazmi mula salah faham dengan Eti.
“Naz, kenapa pulak aku nak bebel dekat kau. Aku tahu kau tak bersalah.” ujar Eti sambil mengambil tempat di sebelah Nazmi apabila lelaki itu mula bangun dari pembaringan.
“Aku tak perlukan simpati dari kau Eti.” Eti memejamkan matanya rapat-rapat. Tidak tahu bagaimana cara untuk menyakinkan suaminya itu bahawa ini bukanlah satu rasa kasihan. Tetapi adalah rasa kasih yang bersulamkan sayang dan berwarnakan cinta.
“Pandang aku betul-betul Naz, ada kau nampak aku kasihankan kau ke? Kau tak nampak ke rasa kasih pada aku yang dah mula jatuh sayang pada kau.” ditarik muka Nazmi mengadapnya.
“Jangan main-main Eti.” nyaring suara Nazmi. Nafasnya mula naik turun.
“Pernah ke aku main-mainkan perasaan kau Naz? Pernah?” kali ini, Nazmi sudah mula rasa yakin.
“Kenapa bila jadi macam ni baru nak bagi tahu? Kenapa tak dari dulu?” soal Nazmi bertalu-talu.
“Aku takut kalau aku bertepuk sebelah tangan.” jawab Eti jujur.
Nazmi tidak terus menjawab soalan Eti tetapi terus menarik tubuh gadis itu. Dipeluknya Eti seerat yang mungkin. Eti pula sudah mula berendam dengan air mata.
“Aku tak sedar, bila rasa sayang aku pada Aisyah sudah mula beralih tempat. Aku rasa bersalah pada
Aisyah. Pada kau. Sebab tu aku memilih untuk meneruskan hubungan dengan Aisyah. Tapi Aisyah lebih bijak mengawal semua ni.
"Dia memutuskan hubungan kami untuk memberi laluan pada kau Eti. Itu yang membuatkan aku bertambah rasa bersalah.
"Sebab aku takut aku akan lukakan kau macam aku lukakan hati Aisyah.” Eti hanya mendengar kata-kata Nazmi dengan deraian air mata. Dileraikan pelukan seketika.
“Tapi percayalah Eti, aku memang cintakan kau.” mengalir deras air matanya tanda bahagia mendengar ungkapan yang selama ini dia nantikan.
Akhirnya, malam itu menyaksikan pengakuan cinta mereka. Dan malam itu membawa kepada sinar hidup yang baru.
***
“Nazmi tak bersalah dalam hal ini.” sampuk Eti tiba-tiba. Semua mata-mata mula memandang ke arahnya. Nazmi ikut turut serta.
“Apa buktinya Eti?” soal Puan Zuraini.
“Sebab seharian dia bersama dengan saya pada hari tersebut.” jawab Eti.
“Eti, tak akan pada waktu malam pun dia bersama dengan awak jugak.”
Eentah mengapa, kata-kata yang terbit dari mulut Puan Zuraini itu mendatangkan gelak kecil dari mereka yang berada di bilik perbicaraan itu.
“Ya. Dia bersama dengan saya sepanjang malam.” jawab Eti yakin.
Kali ini, apa nak jadi jadilah. Dia sudah tidak kisah. Asalkan Nazmi bebas dari sebarang dakwaan.
“Maksud kamu?” rata-rata dari mereka mula kelihatan terkejut.
“Dia suami saya.” hanya ini sahaja cara yang membolehkan Nazmi dibebaskan. Hanya ini satu-satunya bukti yang dia ada.
“Lagi satu, saya ada surat akuan kehilangan ID pelajar bertarikh 24 April sedangkan kecurian itu berlaku pada 5 Mei. Saya rasa ini bukti paling kukuh yang menyatakan Nazmi tak bersalah.”
Memang seharian dia mencari bukti-bukti sambil dibantu oleh teman rapat.
Akhirnya Nazmi dibebaskan. Namun pencuri yang sebenar masih belum dapat dikesan. Hal itu yang mendukacitakan Puan Zuraini.
“Eti, terima kasih.” ucapan itu memang tidak cukup untuk membalas segala jasa Eti. Eti hanya tersenyum senang.
“Aku dah lama terima kasih kau Naz.” kata-kata Eti itu penuh dengan erti kasih.
Buat pertama kalinya malam itu, mereka sembahyang berjemaah bersama-sama. Nazmi mengucup lembut dahi isterinya. Seperti terimbau lagi kenangan ketika pertama kali mencium isterinya ketika sesi pembatalan air sembahyang dan saat itu seperti berulang kembali.
“Sekarang kita mulakan hidup baru. Tak boleh guna bahasa ‘aku’ ‘kau’ dah. Yang ada hanyalah abang dan Eti.” malu-malu Eti bila Nazmi tidak beralih dari memandangnya.
‘Ya Allah, aku berbahagia dengan kurniaanmu ini.’ Dipanjatkan segala kesyukuran ke hadrat ilahi di atas segala rasa bahagia. Manik kacanya mengalir perlahan.
“Eti ni, gembira menangis, sedih nangis. Sampai bila-bila pun abang tak akan faham.” gurau Nazmi sambil menyeka titisan manis itu. Terus Eti merebahkan kepalanya di dada bidang milik Nazmi. Bahagia.
***
Eti memanggil suaminya itu untuk makan tengah-hari. Hari ini adalah hari yang paling bermakna dalam hidupnya kerana buat pertama kalinya dia telah menyediakan makan tengah hari tanpa dibantu oleh sesiapa.
“Hmm, sedapnya bau.” puji Nazmi sambil menghidu dengan penuh asyik. Eti tersengih lantas menarik kerusi untuk suaminya duduk.
“Jangan bau je sedap sudahlah.” tambah Nazmi sambil tergelak besar. Eti menampar lembut bahu suaminya. Tanda protes.
“Hari ni, Eti masak special untuk abang. Semua ni lauk kegemaran abang kan? Ketam masak lemak cili api, ada kacang botol goreng, dan ada sambal belacan. Mungkin sikit tapi Eti confirm abang akan tambah dua kali.” ujar Eti sambil tersengih-sengih.
Nazmi menelan air liurnya beberapa kali apabila melihat hidangan yang disediakan oleh isterinya itu. Eti mencedukkan nasi ke dalam pinggannya. Namun Nazmi menahan ketika senduk nasi ingin menyentuh permukaan pinggan Eti.
“Kenapa bang? Eti tak boleh makan sekali ke?” pelik dengan sikap suaminya.
“Siapa yang cakap tak boleh.. tapi kena makan dengan abang.” putus Nazmi dengan senyuman yang tidak lekang dari wajahnya.
“La, sekarang ni nak makan dengan abanglah ni.” Eti benar-benar dilanda rasa pelik. Tidak faham dengan karenah suaminya.
Nazmi sengaja membiarkan isterinya di dalam keadaan berteka-teki. Dicedoknya lauk ketam masak cili api, kacang botol goreng dan sambal belacan ke dalam pinggannya.
Eti hanya memandang. Membiarkan sahaja suaminya yang sedang mengeluarkan isi ketam mengaulkan ke dalam nasi dan menyuapkan kedalam mulut. Eti menanti dengan penuh sabar.
“Sedap. Pandai sayang masak.” puji Nazmi ikhlas. Eti tersenyum malu. Senang dengan pujian suaminya itu.
Tiba-tiba Nazmi menghulurkan suapan ke mulutnya. Eti tercengang sendiri.
“Cepatlah nganga.” Eti hanya menurut arahan suaminya. Pertama kali suaminya menyuapkan nasi mengunakan tangan. Dia terharu sendiri.
“Kenapa tak bagi Eti makan sendiri? Susahkan abang je nak makan.” sengaja soalan itu dibangkitkan.
“Banyak kebaikkannya makan bersuap ni. First, mengeratkan hubungan kita suami isteri. Second, tak banyak pinggan nak basuh. Third, nak keluakan isi ketam ni kan susah, so biarlah abang suapkan sayang.” Eti benar-benar rasa terharu.
“Tolonglah.. Kali ni tolonglah jangan menangis.” dia sudah dapat mengesan air mata yang singgah di tubir mata isterinya.
Eti tergelak kecil. Tidak perasan yang suaminya sedang memerhatikannya. Tapi air matanya singgah jua di pipinya yang mulus. Air mata kegembiraan.
“Ish sayang ni. Kan abang cakap jangan nangis. Tak baik tau nangis depan rezeki.” pujuk Nazmi sambil tetap menghulurkan suapan.
Dia tidak terus menyuap supaya isterinya itu tidak terus melayan perasaan. Dia pelik dengan perangai isterinya itu. Tapi itulah wanita yang paling dia sayangngi.
Apa bisaku cinta
kamu seperti mana
Aku dicinta kamu
Aku dijaga kamu
Atau kamu terlalu
Indah buat diriku
Beda dari diriku
Aku pun tak metahu
Entah kenapa? Lirik lagu itu berlegar di ingatannya. Adakah dia mampu untuk menyintai dan menyayangi suaminya itu seperti kasih sayang yang telah dihamparkan kepadanya.
Dicapainya tangan kiri milik suaminya itu. Dicium lembut. Tanda setiap perkara yang dilakukan oleh suaminya itu telah mendapat tempat di hatinya.
“Dahlah. Jom makan. Sayang kena makan banyak-banyak tau.” dia tidak mahu kalau isterinya terus melayan rasa sedih. Akhirnya, mereka makan dengan berselera sekali. Nazmi dapat merasa air tangan isterinya manakala Eti pula dapat merasa manisnya suapan suaminya.
***
“Eti ada sesuatu yang nak ditunjukkan pada abang.” ujar Eti tiba-tiba mengejutkan Nazmi yang sedang menonton televisyen.
“Apa?” soal Nazmi tetapi matanya tidak lekang dari menonton berita.
“Abang ni macam tak excited je nak tahu.” mendengar nada suara isterinya yang mula mendatar membuatkan Nazmi perpaling 90 darjah.
“Eh, bukan tak excited tapi tengah tengok beritalah. Alah, janganlah merajuk.” pujuk Nazmi sambil melangkah ke arah isterinya.
Eti duduk di depan meja soleknya dengan cebikan. Tanda bengang.
“Eh, janganlah macam ni..” dia mencubit sedikit pipi milik isterinya. Sejurus itu, sebuah senyuman terbit di wajah cantik itu.
“Apa benda yang Eti nak tunjukkan tu?” tanya Nazmi tidak sabar.
Eti menarik laci mejanya. Dia mengarahkan suaminya melihat apa yang berada di dalam laci mejanya.
“Wah, comelnya. Mana dapat ni?” sungguh dia teruja apabila melihat sepasang anak patung yang dibuat daripada tanah liat.
“Eh, jangan ganas-ganas nanti rosak.” Eti memberikan peringatan apabila melihat Nazmi mengambil anak patung itu dengan kasar.
“Comelnya. Siapa bagi?” Eti tersenyum mendengar soalan suaminya.
“Etilah.” jawab Eti dengan senyuman di bibir.
“Mana Eti dapat?” masih dengan soalan.
“Eti buat sendiri tau. Yang perempuan ni abang punya, yang lelaki ni Eti punya.” dia mengambil patung lelaki dari pegangan suaminya.
“Terima kasih sayang.” ucap Nazmi sambil mencium segenap wajah isterinya sehingga Eti rimas sendiri.
“Eh, rimaslah.” rungut Eti manja sambil menolak wajah Nazmi yang mendekatinya.
“Oh, rimas eh. Makin sayang rimas, makin abang suka.” sambil tergelak besar, dia mendekatkan wajahnya ke muka Eti dan akhirnya dia mengalah. Eti akui, dia tidak dapat lari lagi.
***
Hampir tiga bulan telah berlalu. Eti sedar yang hidupnya penuh dengan rasa bahagia yang teramat sangat. Nazmi telah memberikannya kebahagian lebih dari yang sepatutnya.
“Sayang abang tengah buat apa ni?” tangannya melingkar di sekitar pinggang isterinya.
“Abang ni, suka buat Eti terkejut tau.” manja sahaja nada suaranya.
“Abang suka semuanya tentang Eti tau.” ujarnya sambil tergelak-gelak.
Eti merengus. Faham benar dia dengan karenah suaminya yang gemar mengusik. Dipusingkan badan lalu mengadap wajah Nazmi yang kepenatan setelah baru pulang dari kerja.
Dibuka perlahan tali leher dan butang baju kemeja Nazmi. Memang itulah rutin hariannya. Dia senang untuk melakukannya disamping dapat bermanja dengan suaminya.
“Kelas macam mana hari ni?” soalan biasa yang sering ditanya. Bukan tanda cemburu tapi sekadar ingin tahu perihal isterinya.
“Macam biasa cuma..” ayatnya sedikit tergantung. Serba salah untuk meneruskan kata.
“Kenapa?” soal Nazmi berdebar.
“Pasal Faizal?” dia sendiri boleh mengagak jika isterinya itu tergagap untuk bercerita.
“Eti sendiri tak faham. Kenapa dia nak jauhkan diri dari Eti. Dia seolah-olah benci Eti sangat-sangat bang.” terang Eti sambil merebahkan kepalanya di dada Nazmi.
“Eti, mestilah susah untuk dia terima semua ni. Orang yang dia cinta rupa-rupanya isteri orang. Bagi dia masa okay.” pujuk Nazmi. Dia tahu Eti risau.
“Hmm, abang nak pergi outstation tiga hari nanti.” susah untuk dia meninggalkan isterinya namun untuk dibawa sekali, dia pasti yang Eti tidak akan sesekali memonteng kuliahnya.
“Lamanya.” rungut Eti sambil memuncungkan bibirnya. Dia sudah biasa dengan Nazmi jadi jika suaminya itu tiada, hidupnya seakan-akan kosong.
“Tiga hari je sayang.” pujuk Nazmi lembut.
“Janji dengan Eti yang abang akan balik terus lepas habis krusus nanti?” dihulurkan jari kelingkingnya. Nazmi menyambut dengan senang hati.
“Abang janji sayang.” sebuah kucupan hinggap di pipi gebu milik isterinya.
“Ish, pergi mandilah. Busuk.” ditolak perlahan tubuh suaminya. Nazmi tergelak-gelak sambil mencapai tuala menuju ke bilik air.
Eti pula termangu sendiri. Dia sebenarnya merasa tidak sedap hati. Hatinya gundah untuk bagaikan menanti satu bencana yang akan terjadi.
***
Jam baru menunjukkan pukul lapan malam tetapi rumahnya sunyi tanpa kerana hanya Eti sahaja yang tinggal.
Datuk Sufian dan Datin Jamilah menghandiri satu majlis. Sufina menghadiri kelas tuisyen. Safi pula keluar entah kemana. Tinggal dia sahaja terkulat sendiri memandangkan Nazmi terpaksa menghadiri khursus.
Bunyi kaca yang bederai mematikan langkah untuk menuju ke dapur. Baru sahaja dia memulakan langkah menuju ke ruang tamu, lampu yang sedari tadi bergemerlapan tiba-tiba hilang sinarnya.
Eti menelan air liurnya sendiri. Dia mula berperasaan yang tidak enak. Perlahan-lahan, dia menuju ke arah dapur untuk mencapai senjata tajam. Nampaknya, ada pencuri yang menceroboh rumahnya.
Baru sahaja dia mencapai sebilah pisau namun ada tangan yang menutup mulutnya. Terlepas pisau yang berada di gengamannya.
Eti mengunakan segala kudrat yang dia ada untuk melepaskan diri dari cengkaman pencuri itu. Akhirnya mereka bergelut di lantai dapur.
Baru sahaja dia dapat meloloskan diri namun cepat-cepat pencuri itu menahan kakinya sehingga membuatkan Eti jatuh tersungkur lantas menyebabkan dahinya terhantuk di buju meja.
Eti memegang kepalanya yang mula berdarah. Digigitnya pecuri yang memakai topeng itu. Dia cuba untuk bangun tetapi kepalanya terasa seperti berpusing-pusing.
‘Ya Alllah. Selamatkanlah aku dari kecelakaan ini. Abang, tolong Eti.’
Dikala ini, hanya doa sahaja yang menjadi senjatanya. Bukankah doa itu senjata orang mukmin.
Pencuri itu sudah pun mendapatkan Eti yang kelesuan di penjuru dinding. Eti sudah kebuntuan akal. Kepalanya yang pening itu menyukarkannya untuk terus berfikir.
“Apa yang kau nak? Aku tak akan benarkan kau mencuri harta keluarga ni.” jerit Eti lantang. Tidak sedar yang nyawanya itu sudah berada di hujung tanduk.
Pencuri itu tidak berkata apa-apa tetapi mengeluarkan pisau yang sedari dati terselit di kasutnya.
Namun tiba-tiba lampu ternyala. Pencuri itu kaget. Baru sahaja dia ingin menikam Eti tetapi muncul Safi di pintu dapur.
“Hoi, kau buat apa ni?” tengkingan Safi itu benar-benar mengejutkan pencuri itu. Tanpa melengahkan masa lagi, dia berlari ke pintu dapur. Safi ikut turut mengejar.
Eti ingin melarang tetapi matanya tidak dapat melihat lagi. Akhirnya dia rebah di situ juga.
***
Terpisat-pisat matanya sambil memandang ke arah sekeliling. Dia meraba kepalanya yang berdenyut kesakitan.
“Eti, syukurlah Eti dah sedar.” walau tanpa melihat sekalipun, dia tahu yang itu adalah suara ibu mertuanya.
“Abang.” Datin Jamilah memandang ke arah suaminya apabila Eti menyebut tentang suaminya.
“Eti, Naz dalam perjalanan balik. Eti rehat dulu eh.” pujuk ibu mertuanya. Tanpa menunggu penjelasan seterusnya, Eti sudah layu terkulai semula. Mungin disebabkan kesan ubat bius yang masih bersisa.
“Abang, macam mana ni? Nasib baik Safi sempat sampai. Kalau tak, tak tahulah apa yang menimpa Eti. Nampaknya, dia orang dah tau Eti duduk dengan kita.” sayu sahaja suara Puan Jamilah.
Tangannya mengusap lembut kepala menantunya. Hatinya dirundung walang yang tidak diduga.
“Nampaknya, kita kena lakukan sesuatu.” putus Datuk Sufian tegas.
“Kita kena beritahu Naz. Dia perlu tahu bang.” mungkin inilah masa yang sesuai untuk mernceritakan rahsia yang sudah lama dipegang oleh mereka.
“Apa yang Naz perlu tahu mama?” kemunculan Nazmi yang secara tiba-tiba itu sunguh mengejutkan Datuk Sufian dan Datin Jamilah. Mereka berpandangan sesama sendiri.
“Ada perkara yang papa nak beritahu kamu Naz. Dan perkara ni penting sangat.” suara serius Datuk Sufian sudah mula kedengaran.
“Ada kena mengena dengan peristiwa yang terjadi dengan Eti ni ke?” anggukan papanya itu seperti dapat menganggu gugat ketenteraman hatinya.
***
Nazmi hanya memandang isterinya yang sedang ketawa sakan bersama dengan adik-adiknya. Tiada hati pula ingin turut serta. Kata-kata papanya tempoh hari masih terngiang-ngiang di cuping telingannya.
“Puan Halimah adalah isteri kepada kawan baik papa. Namun entah macam mana, mereka bercerai dan suami Puan Halimah berkahwin dengan orang lain.
"Tapi bila menyedari tahu bahawa isteri barunya itu hanya ingin memiliki hartanya, dia mula menyesal kerana melepaskan Puan Halimah.
"Baru sahaja dia ingin kembali ke pangkuan Puan Halimah, dia telah dibunuh oleh isterinya mudanya. Tetapi dia sempat menukar wasiatnya yang mewariskan semua hartanya kepada Eti.
"Apabila mendapat tahu akan hal ini, isteri muda ayah Eti ingin membunuh Eti. Jadi sebab itu Puan Halimah berhidmat dengan keluarga kita sebagai seorang pembantu rumah. Hal ini untuk menyulitkan Zahrah untuk mencari mereka berdua.
"Sebab itu kami paksa kamu berkahwin dengan Eti ketika Puan Halimah sakit. Supaya ada seorang yang dapat menjaga Eti ketika ketiadaan Puan Halimah nanti. Lagipun, Puan Halimah takut kalau-kalau Eti jatuh ke tangan lelaki yang tidak diketahui asal usulnya.
"Dan sekarang, nampaknya Zahrah dah tahu yang Eti tinggal di sini. Dan papa percaya, dia tidak akan berputus asa untuk menghapuskan Eti.” penerangan panjang lebar dari papanya, Nazmi dengar dengan penuh rasa tidak percaya.
“Tapi kenapa Zahrah nak bunuh Eti? Kalau dia mati sekalipun, harta itu bukan jadi milik dia pun.” tingkah Nazmi tiba-tiba.
“Ada satu perkara yang tidak sempat ayah Eti nak tukar iaitu waris kedua adalah Zahrah. Kalau ada sesuatu yang menimpa Eti sebelum berusian dua puluh satu tahun, semua hartanya akan jatuh ke tangan Zahrah.” Nazmi kelu sendiri sambil menyandarkan tubuh.
“Jadi apa yang kita harus lakukan sekarang?” tanya Nazmi kebuntuan.
“Ayah Eti ada seorang adik yang menetap di Sydney. Kita kena hantar Eti untuk duduk di sana.”
Datuk Sufian pun sudah kebuntuan akal sebenarnya.
“Tak. Saya tak setuju. Saya tak akan sesekali berjauhan dengan Eti. Tak akan.” pangkah Nazmi tidak bersetuju. Sungguh, dia tidak rela langsung jika berjauhan dengan isterinya.
“Ini untuk kebaikan semua Naz. Lepas Eti cukup umur, dia akan balik semula ke Malaysia.” sampuk Datin Jamilah pula.
“Tak ma. Eti tak akan kemana-mana. Naz ada untuk jaga Eti. Tolonglah jangan pisahkan kami berdua ma. Tolonglah. Naz janji akan jaga dia baik-baik.” pohon Nazmi. Air matanya hampir sahaja menitis namun segera digagahkan diri.
“Tapi besar risikonya Naz. Kita sedang mempertaruhkan nyawa Eti.” dia tahu anaknya itu sayangkan Eti tapi ini melibatkan nyawa Eti sendiri. Dia tidak mahu mengambil risiko.
“Hanya tinggal sepuluh bulan sebelum Eti cukup umur dua puluh satu tahun. Naz yakin Naz boleh jaga dia papa.” ujar Nazmi yakin.
“Abang!” panggilan dari Eti itu mengejutkan Nazmi dari lamunannya.
“Abang ni ingatkan perempuan lain yerk.” Eti bercekak pinggang. Nazmi hanya tersenyum sambil mula merangkul pinggang Eti dihadapan Safi dan Sufina.
“Mana ada. Abang hanya ada Eti sorang je tau.” dicuit mesra hidung isterinya. Kalau ikutkan ingin sahaja dia melabuhkan ciumannya di pipi Eti namun segera dihalang niatnya. Nanti apa pula difikirkan oleh Safi dan Sufina.
Sebenarnya Eti perasan. Sejak dia keluar dari hospital, suaminya itu kerap sangat termenung.
‘Entah-entah dia ingatkan Aisyah?’ Persoalan itu pula yang berada di benaknya.
Dia mula rasa tidak senang hati. Adakah suaminya itu sudah mula menyesal memilihnya lantaran ingin kembali semula kepada bekas kekasihnya? Ah, dia sudah tidak mampu untuk berfikir lagi jika itulah hakikatnya.
***
Nazmi hanya memerhatikan isterinya yang tidak berkutik duduk di hadapan meja solek. Perlahan-lahan dia menghampiri.
“Sayang, kenapa monyok je ni?” tegurnya sambil tangannya bermain lembut rambut kerinting milik Eti.
“Tak ada apa-apa.” jawab Eti lesu sambil menlangkah ke arah katil tanpa mempedulikan suaminya.
Nazmi mula rasa tidak sedap hati. Sejak akhir-akhir ini, dia lihat isterinya tidak seceria dulu. Wajahnya pun asyik pucat lesi sahaja.
“Sayang, kenapa ni? Kalau ada apa-apa, ceritalah kat abang. Kalau sayang tak cerita, macam mana abang nak tahu.” pujuk Nazmi lembut.
Eti hanya menunduk. Tidak tahu mahu bermula dari mana. Dia mengigit bibir. Perlahan-lahan, dia mengangkat muka.
“Abang, antara kita sudah ada orang ketiga.” ayat yang baru keluar dari mulut Eti itu mengejutkan Nazmi. Hilang terus senyuman yang menghiasi wajahnya sebentar tadi.
“Sayang, abang tak faham?” soalnya sambil tergeleng-geleng. Dia benar-benar tidak faham dengan maksud kata-kata isterinya sebentar tadi.
“Kasih Eti pada abang dah terbelah bahagi bang. Dah tak sama macam dulu.” kali ini Nazmi sudah mula bangun dari duduknya. Hatinya dihanyut rasa gelisah yang mengila.
“Jangan main-main sayang. Jangan buat abang takut.” rintih Nazmi. Kali ini dia sudah melutut dihadapan Eti.
“Macam mana boleh jadi macam ni? Tak cukup ke kasih sayang yang abang bagi pada Eti sampai perlu mencari kasih lain. Tak cukup ke sayang?” lirih sahaja nada suaranya. Manakala Eti sudah mula tidak keruan. Mula serba salah.
“Abang..” varu sahaja dia ingin bersuara namun kata-katanya sudah dipintas.
“Beritahu abang, siapa yang berjaya rampas kasih Eti dari abang? Beritahu abang.” desak Nazmi. Air matanya hampir-hampir mengalir.
Kadang-kadang dia ragu-ragu dengan kasih sayang Nazmi kepadanya. Namun tidak lagi kini. Nyata, Nazmi hanya menyintainya.
Eti menarik tangan milik Nazmi dan dibawa ke perutnya. Suaminya yang sedari tadi sedih sudah mula ternganga.
“Inilah orang ketiga antara kita bang.” ujar Eti sambil tersenyum bahagia.
“Ini?” laju kepala Eti mengangguk tanda menjawab soalan suaminya.
Terus dipeluk isterinya sehingga Eti lEtis sendiri. Tidak sangka bahawa isterinya itu sengaja mempermainkannya. Itu lebih baik dari menjadi kenyataan.
“Jahat. Tipu abang eh?” Eti hanya tersenyum mendengar kata-kata Nazmi.
“Terima kasih sayang. Sebab buat hidup abang sempurna.” sebuah ciuman hinggap di dahinya. Tidak terkata rasanya untuk melahirkan rasa kasih kepada isterinya.
Keputusan untuk berkahwin dengan Eti adalah keputusan yang terbaik yang pernah dia lakukan di dalam hidup ini.
Dan dia bersumpah untuk menjaga wanita ini dari segala muslihat hitam yang ada di luar sana. Itu janjinya.
***
Ahli keluarganya menerima berita kehamilan Eti dengan rasa senang hati. Lebih-lebih lagi Datin Jamilah yang sudah lama menanti khabar gembira ini.
Sejak itu, Eti dijaga bagai menatang minyak yang penuh. Apa sahaja kehendaknya, pasti akan dituruti tanpa banyak kata. Dia berasa sangat beruntung kerana diselitkan di dalam keluarga sesempurna Nazmi.
Dia punya suami yang sangat mengasihinya, dia ada keluarga yang sangat mengambil berat akan dirinya walaupun adakalanya kerisauan mereka tidak berasas langsung. Namun tetap dituruti untuk menjaga hati semua pihak.
“Sayang, waktu untuk minum susu.” sergah Nazmi sambil menunjukkan segelas susu. Eti telan air liur.
“Abang, kan sayang kata yang sayang tak suka minum susu.” rungut Eti tidak berpuas hati. Loya tekaknya apabila segelas susu yang masih berada di tangan suaminya.
“Eh, mana boleh macam tu. Susu kan penting untuk ibu mengandung.” pujuk Nazmi sambil menghulurkan gelas yang berisi susu kepada isterinya. Dia tahu benar akan keliatan isterinya untuk minum susu.
“Tak naklah.” Eti menepis lembut.
“Janganlah macam ni sayang. Tak kasihan ke dekat baby ni?” Nazmi masih setia memujuk.
“Abang cakap senanglah. Bukan abang yang kena minum.” bentak Eti masam.
“Okay, kalau macam tu, kita minum sama-sama. Biar abang minum dulu lepas tu Eti kena minum pulak eh.” Sejurus itu, Nazmi terus meneguk susu sehingga tinggal separuh kemudian dihulurkan ke arah isterinya.
Bergenang air mata Eti melihat kesungguhan Nazmi menjaganya. Dia percaya, tidak ada orang yang akan melakukan hal sedemikian untuknya.
Betapa dia sangat beruntung memperolehi suami sepertinya. Lantas, dipaksa juga tekaknya untuk menelan susu tersebut.
***
Eti telah menerima ajakan teman-teman sekuliahnya untuk berjalan-jalan di pusat membeli-belah. Sudah lama dia tidak meronda bersama-sama teman sekuliahnya. Lagipula, dia teringin untuk membeli beberapa helai baju buat anaknya nanti.
“Hmm, comel-comel betul baju kat sini kan?” Tegur Julia sambil membelek-belek beberapa helai baju kanak-kanak.
“Aku rasa macam nak beli semua.” ujar Eti teruja sambil meraba-raba kandungannya yang berusia lima bulan. Rakan-rakan yang lain hanya tergelak melihat aksi ibu muda itu.
Seusai membeli, mereka ingin turun ke tingkat bawah pula. Baru sahaja mereka sampai ke escalator, tiba-tiba beg tangan Eti telah direntap dengan kuat sehingga menyebabkan dia tertarik lantas terjatuh menyembah lantai.
Bergema pusat membeli belah itu dengan jeritan Eti yang kuat. Eti mengerang kesakitan sambil memegang perutnya yang terasa sangat sakit.
“Ya Allah Eti.. darah..” terkaku Julia melihat darah pekat yang terkena baju mengandung yang dipakai oleh Eti.
‘Ya Allah, selamatkan anakku. Jangan ambil dia dari aku. Aku pohon padaMu, bantulah hambamu ini Ya Allah.’ Itulah doanya sebelum tidak sedarkan diri.
***
Eti melepaskan pandangan ke luar jendela. Tangannya melekat di perutnya yang leper. Rasanya, baru semalam ada nyawa yang menumpang di rahimnya. Sekelip mata sahaja, ianya dirampas pergi. Airmatanya mengalir lagi.
“Sayang..” panggilan Nazmi itu mematikan lamunan Eti. Sekilas dia memandang ke arah suaminya yang hanya tersenyum tawar.
“Ish, jangan menangis sayang. Setiap kali abang tengok air mata sayang, abang rasa sakit sangat.” tangan kasar Nazmi menepis air mata yang singgah di pipi Eti.
Dia ingat lagi bagaimana isterinya itu mengamuk ketika mendapat tahu bahawa anaknya itu sudah tiada. Dia tahu isterinya itu kecewa yang teramat sangat. Dan dia juga tidak terkecuali.
Semua ini salahnya. Jika dia menerima cadangan papanya, pasti semua ini tidak akan berlaku. Dia pasti, isterinya bukan sengaja diragut. Tetapi telah diancam bunuh. Dia akan pastikan kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi.
“Kalaulah sayang hati-hati, mesti benda ni tak akan jadi. Mesti kita tak akan kehilangan anak kita.” ujar Eti sambil tersedu-sedu.
“Sayang, perkataan kalau itu kan seperti menyalahkan takdir. Dah tersurat jadi macam ni. Kita kena redha. Dia tunggu sayang kat syurga nanti.” pujuk Nazmi lembut.
“Dahlah menangis. Mak suruh abang letak jamu ni.” ujar Nazmi sambil mula menampal ubat di sekitar wajah Eti. Walaupun Eti keguguran namun dia tetap perlu melalui proses berpantang seperti orang bersalin.
“Betul ke pakai macam ni?” tanya Eti sambil mula meraba ke seluruh mukanya yang sudah mula penuh dengan jamu.
“Entah. Macam nilah kot.” Nazmi sendiri ragu-ragu dengan tindakannya itu.
“Astarfirullahalazim. Kenapa kau pakaikan kat semua muka si Eti tu?” terkejut sungguh mereka dengan sergahan Datin Jamilah.
“Bukan pakai macam ni ke?” soal Nazmi sambil mengaru-garu kepalanya.
“Orang pakai kat dahi jelah. Mama tengok muka Eti ni dah macam apa ntah.” ujar Datin Jamilah sambil tergelak-gelak.
“Patutlah rasa cam pelik je.” Eti juga turut tergelak.
Nazmi tersenyum senang melihat isterinya itu gelak. Lapang sedikit hatinya. Dia tahu, Eti akan tabah melalui takdir kali ini.
***
Eti menatap sampul surat yang telah berada di dalam tangannya. Dia memandang suaminya dengannya pandangan yang dia sendiri tidak dapat tafsirkan.
“Tengok apa lagi. Cepatlah baca.” arah Nazmi sambil terus mengeluarkan surat yang masih tersimpan di dalam sampulnya.
Eti membaca surat tawaran melanjutkan pelajaran di Universiti tanpa sebarang perasaan. Berbeza pula dengan Nazmi yang asyik tersenyum sedari tadi.
“Eti tak nak pergi.” putus Eti sambil bangun menuju ke meja soleknya.
“Lah, kenapa pulak? Bukan ke ni cita-cita sayang.” ujar Nazmi pelik.
“Itu dulu. Sekarang Eti lebih senang ada kat sini bersama abang.” mata mereka saling bertatapan. Menyetirakan rasa cinta yang bermumkin.
“Abang nak Eti pergi. Abang tak suka kalau Eti fikir yang abang adalah orang yang menghalang Eti untuk mengejar cita-cita Eti selama ni.” bidas Nazmi tegas.
“Eti cakap tak nak pergi, tak nak lah.” jawab Eti sambil sedikit menjerit. Mengejutkan Nazmi yang baru ingin melangkah keluar dari bilik.
“Kalau sayangkan abang, Eti kena pergi jugak.” sehabis ayat itu, dia melangkah keluar. Eti terduduk. Tidak faham dengan perangai suaminya itu. Dia mengeluh berat.
***
Lagi dua minggu lagi dia akan berangkat ke Sydney. Eti mogok dari bercakap dengan suaminya. Segala urusan untuk ke Sydney hanya dilakukan oleh Nazmi. Dia malas ambil tahu.
“Eti, ni baju sejuk yang Naz beli semalam.” Datin Jamilah menghulurkan beberapa helai baju sejuk. Eti mengambilnya tanpa sebarang perasaan.
“Eti, mama tengok Eti macam tak happy je dapat sambung belajar.” soal Datin Jamilah sambil mengusap kepala milik menantunya.
“Eti tak nak pergi mama. Belajar kat sini pun apa kurangnya.” Keluh Eti sambil mula menitikkan permata yang selama ini tersimpan rapi di tubir mata.
“Naz cuma nak dapatkan yang terbaik untuk kamu.” pujuk Datin Jamilah. Memang itulah hakikatnya.
Nazmi menghantar Eti untuk duduk bersama ibu saudaranya bertujuan untuk mengaburkan mata pihak musuh.
“Tapi Eti juga tahu apa yang terbaik untuk diri Eti mama. Abang macam nak buang Eti dalam hidup dia je.” rintihnya lagi. Kepalanya sudah berada di atas peha Datin Jamilah.
“Eti, kadang-kadang kita pening dan tak faham dengan keputusan seorang suami. Tanpa sebab yang nyata, dia buat seorang isteri terkapai-kapai sendiri.
"Tapi percayalah, Naz buat semua ni mesti bersebab tanpa kita sendiri sedari.” nasihat Datin Jamilah itu Eti terima dengan linangan air mata. Dia dapat merasakan bahawa ada sesuatu yang akan berlaku.
***
Terjatuh gangang telefon apabila mendapat berita tentang Nazmi yang telah ditangkap khalwat. Matanya berpinar-pinar lantas dia terjelupuk pengsan di tepi tangga.
Eti membuka matanya sambil tangannya memegang kepalanya yang pening. Keadaan bilik yang gelap gelita menunjukkan yang siang sudah berganti malam.
Perlahan-lahan dia bangun dari pembaringan. Tekaknya terasa begitu dahaga. Matanya mula menilau mencari Nazmi. Dia tidak pasti sama ada dia bermimpi atau telah menjadi kenyataan bahawa Nazmi telah ditangkap khalwat.
“Macam mana boleh jadi macam ni?” soal Datin Jamilah dengan esakan kecil. Membantutkan niat Eti untuk terus melangkah.
“Naz tak tahu mama.” sayup sahaja nada suaranya.
“Mesti Eti kecewa.” kata-kata Datin Jamilah hanya menambahkan lagi rasa serba salah dalam diri Nazmi. Semua ini berlaku sekelip mata sahaja.
Nazmi bangun dari duduknya. Dia ingin cepat-cepat menemui isterinya. Dia ingin menerangkan tetang segala yang berlaku. Dia takut kalau-kalau Eti berfikir yang bukan-bukan.
Cepat-cepat Eti berlari ke bilik dan berpura-pura tidur. Dia tidak mahu berhadapan dengan suaminya sekarang.
Jadi, inilah jawapan kepada semua persoalannya. Patutlah suaminya itu beria-ria mahu menghantarnya ke Sydney. Rupa-rupanya, cintanya sudah berganti kasih.
“Sayang.” panggilan yang sayup itu merebeskan air mata milik Eti. Dia tekad, dia tidak mahu membuka matanya. Hatinya terasa begitu sakit.
“Jangan macam ni sayang.” sebak sungguh nada suaranya. Tangan kasar Nazmi mendarat di pipi milik isterinya. Dia mengesat air mata milik isterinya. Dia tahu, Eti belum tidur.
Cepat-cepat Eti berpaling. Membelakangi suaminya. Sangkanya, pasti Nazmi akan keluar dari bilik. Membiarkanya sendirian. Namun sangkaanya meleset kerana Nazmi ikut turut baring sambil melingkarkan tangan di pinggangnya.
“Abang minta maaf. Abang tak tahu macam mana boleh jadi macam ni.” pohon Nazmi lagi.
Dia pasti, semua ini pasti sudah dirancang oleh Zahrah. Dia pergi ke hotel itu kerana mempunyai satu temu janji dengan seorang pelanggan.
Entah kenapa ketika mereka berbincang, Sheila sakit kepala dan memintanya menemani ke bilik hotel.
Atas dasar simpati, dia membawa Sheila ke bilik hotel. Baru sahaja dia membaringkan Sheila di katil, bilik mereka telah diserbu oleh pihak penguasa.
“Sayang, tolong jangan macam ni. Abang hanya sayangkan sayang seorang je. Abang perlukan kepercayaan sayang sekarang ni.” pujuk Nazmi berbisik. Cuba meredakan perasaan milik isterinya.
“Buat apa abang nak kan kepercayaan Eti sekarang. Abang dah perlukan Eti kan. Abang nak buang Eti jauh-jauh.” akhirnya, dia gagal mengawal dirinya dari bersuara.
“Abang tak pernah buang sayang. Tak pernah.” bagaimana dia hendak menerangkan kepada isterinya tetang perkara yang sebenar. Dia tidak mahu isterinya itu risau dan takut. Apa guna dirinya sebagai seorang suami untuk melindungi Eti.
“Dahlah. Eti nak tidur.” dia tahu dia akan kalah jika terus bertikam lidah. Dia perlukan sedikit ketenangan.
“Tolonglah faham sayang.” rayu Nazmi lagi.
“Eti dah cuba nak faham bang. Tapi Eti dah tak larat… Eti cuba faham kenapa abang nak hantar Eti ke Sydney. Tapi Eti tak faham kenapa abang sampai boleh kena tangkap basah. Eti dah tak mampu nak bertahan bang. Eti akan pergi Sydney. Macam yang abang nak sangat.” teresak-esak dia dibuatnya.
Kucuba selalu untuk mengerti
Tapi tak mampu bertahan lagi
Akan ku jalani hidup
Abadi cinta yang pantas untukku
Ikatan cinta sudah berakhir
Dua hati kan menjadi saksi
Hanya waktu menemani
Biar kenangan tersimpan dihati
‘Maafkan abang sayang. Abang memang nak sayang sentiasa berada di sisi abang tapi tak boleh. Abang dah tak sanggup nak mempertaruhkan nyawa sayang.
Cukuplah anak kita yang terkorban sebab abang tak akan mampu nak hidup tanpa sayang.’
Biarlah semua ini menjadi rahsia.
***
Selepas peristiwa tersebut, Eti dapat merasakan yang hubungan mereka semakin jauh. Mereka hanya berbual tentang perkara yang penting-penting sahaja.
Mertuanya sudah menerangkan yang Nazmi tidak bersalah dalam kejadian tangkap khalwat tempoh hari. Ianya tidak membawa apa-apa erti dalam hidup Eti. Dia percayakan suaminya itu tetapi kenapa Nazmi seakan-akan ingin membuangnya.
“Sayang, esok sayang dah nak bertolak. Tak kan sayang nak mogok dari bercakap dengan abang.” akhirnya, ayat itu keluar juga dari mulutnya.
“Eti tak pernah mogok untuk bercakap dengan abang.” jawab Eti selamba.
“Habis tu, kenapa susah sangat nak dengar suara isteri abang sejak akhir-akhir ni.” tuntas Nazmi sambil duduk mengadap isterinya.
“Eti cuma nak abang biasakan diri dengan tak mendengar suara Eti. Nanti kan kita akan berjauhan.” perli Eti tanpa sedar.
“Eti, jangan buat abang macam ni. Sakit sangat.” dipegang kedua belah tangan isterinya. Tanda dia bukan sedang bergurau.
“Habis tu abang ingat Eti tak sakit. Eti terpaksa buat sesuatu yang tanpa kerelaan Eti sendiri.” air matanya tumpah lagi.
“Abang pun tak suka berjauhan dengan Eti tapi abang terpaksa. Demi cita-cita Eti.” dalih Nazmi. Masih ingin berselindung.
“Abang tahu tak, cita-cita Eti adalah nak hidup dengan abang. Yang lain-lain tu dah tak penting bagi Eti.” suaranya agak tinggi kali ini. Bagaimanakah cara untuk memahamkan suaminya ini?
“Eti tak faham.” asyik-asyik hanya ayat itu yang diulang. Buat Eti muak sendiri. Lantas dia berpaling. Penat sudah dia bertikam lidah. Tapi tetap tidak mendatangkan hasil.
Nazmi menarik Eti ke dalam pelukaannya. Cuba meredakan kegelisahan isterinya. Dia sudah memutuskan untuk memberitahu Eti ketika dia sampai di Sydney nanti. Sekarang bukan masa yang sesuai.
“Eti tak nak pergi.” pilu sungguh Nazmi mendengar rintihan yang terbit dari mulut isterinya itu. Tapi dia sendiri tidak berupaya untuk menunaikan permintaan Eti.
“Abang janji, lepas kerja abang habis kat sini selesai, abang akan pergi kat sana. Abang akan teman
Eti sampai sayang habis study. Jangan nangis dah.” Nazmi benar-benar berharap agar pujukannya akan meredakan isterinya itu.
***
Eti menebarkan pandangan di sekeliling bilik buat kali terakhir. Sungguh, hatinya sarat dengan perasaan berat hati untuk meninggalkan rumah ini. Meninggalkan suami yang tercinta.
Untuk keberapa kali, air matanya menitis lagi. Lambat sahaja diseka air mata yang berderai di pipinya.
“Sayang, dah pukul berapa ni?” ujar Nazmi. Mengingatkan Eti tentang waktu penerbangan yang tidak lebih dua jam itu.
Perlahan-lahan dibawa langkah kaki sambil matanya menyoroti di setiap pelusuk vila tersebut. Baru sahaja kakinya sampai di hujung tangga, dia dapat melihat semua ahli keluarganya sudah berkumpul untuk menghantar berjumpa dengannya sebelum pergi.
“Akak jaga diri tau.” peringatan dari Sufina itu Eti terima dengan senyuman tawar. Setawar rasa hatinya untuk pergi. Akhirnya mereka berpelukan.
“Good luck kak.” lali ini giliran Safi pula. Air matanya masih mampu bertahan. Namun, berhadapan sahaja dengan Datin Jamilah, ianya bagai ingin mencurah-curah keluar.
Akhirnya, Eti teresak-esak di bahu milik ibu mertuanya. Tangan Datuk Sufian mula mengusap lembut kepalanya yang bertutup.
“Ish, jangan menangis macam ni.” pujuk Datin Jamilah lembut. Dia juga ikut turut menangis. Dia memahami perasaan milik menantunya. Dan dia juga tahu bahawa Nazmi bukan sengaja untuk menghantar isterinya itu ke Sydney. Semuanya dilakukan kerana keselamatan Eti.
Sepanjang perjalanan, air matanya tidak henti-benti mengalir. Dia melepaskan pandangan ke luar tingkap. Sungguh, dia tidak mampu untuk mengadap wajah Nazmi. Hatinya dipalit rasa sedih yang bukan sedikit.
Ketika keluar dari perut kereta, Eti terus melangkah ke balai berlepas dengan langkah yang longlai. Nazmi menghalang Eti dari terus pergi.
Ditarik isterinya ke dalam pelukannya. Dengan sepenuh hati, dia memeluk isterinya. Bagai tidak ingin dilepaskan langsung.
Akhirnya, mereka berdua berpelukan sambil ditemani dengan esak tangis milik keduanya. Pertama kali, Eti melihat air mata singgah di pipi suaminya itu.
“Walau apa pun, abang nak Eti tahu yang abang sayangkan Eti sangat-sangat. Apa yang abang lakukan ialah untuk kebaikan Eti. Cinta abang, hanya ada pada Eti.
"Kalau hilang cinta Eti pada abang, maknanya nilai cinta itu dah tiada harganya lagi pada abang. Ingat tu.” tangan kasarnya mengesat air mata yang merebes di pipi Eti.
“Abang, kalau abang suruh Eti jangan pergi sekarang, Eti tak akan pergi bang. Eti nak duduk sini dengan abang.” habis lecun dada Nazmi dengan air mata Eti.
Nazmi mengeleng-gelengkan kepalanya tanda tidak bersetuju. Dipusingkan bahu Eti dan ditolaknya perlahan.
“Pergilah.. Pergi..” sayu sahaja nada suaranya. Eti kembali teresak. Namun dia tidak lagi memandang ke belakang. Ditarik troli dan terus menuju ke balai berlepas.
‘Sesampainya Eti dekat sana nanti, akan seorang wanita yang akan jemput Eti. Dan wanita itu akan menerangkan segala-galanya pada sayang.’ kata-kata itu masih terngiang di telinganya.
‘Memang abang dah buang Eti dari hidup abang kan? Abang dah ada orang lain. Kenapa tak cakap je pada Eti. Tak perlulah sampai hantar Eti sejauh ni. Eti tak sanggup nak pergi bang, Eti tak sanggup nak dengar kata-kata yang akan menyakitkan hati Eti sendiri.’
Dia bermonolog sendirian.
Sungguh, dia tidak boleh berjauhan dengan Nazmi sejauh ini. Dia juga mula rasa tidak yakin dengan keputusan suaminya ini. Gerbang balai berlepas dipandang dengan rasa tidak pasti. Dia berpaling ke belakang. Cuba mencari kelibat suaminya. Nampaknya suaminya sudah beredar.
‘Cepat benar abang pergi meninggalkan Eti. Eti belum lagi naik kapal terbang bang. Sampai hati abang buat Eti macam ni? Apa salah Eti?’
Dia tidak mampu untuk menjawab segala persoalan yang berlegar di benaknya.
Dia sudah tekad, dia tidak akan pergi. Biarlah, apa nak jadi, jadilah. Kalau betul suaminya itu sudah membuangnya, dia pun tidak ingin terhegeh-hegeh pada yang tidak sudi. Dia benci jika hanya dijadikan alat ketika menjengah kebosanan.
Nazmi berdiri di sebalik tiang di lapangan terbang itu dengan linangan air mata. Dia tidak mampu untuk melihat pemergian isterinya.
Dia mengumpul kekuatan untuk kembali menatap pemergian isterinya. Mereka berselisih tanpa mereka sendiri sedari.
‘Nampaknya Eti dah pergi.’ Fikirnya sendiri sambil melangkah longlai kembali ke arah kereta.
Sedangkan Eti sudah berada di dalam perut teksi tanpa tujuan yang pasti. Yang nyata, dia ingin lari dari cinta Nazmi. Lari dari segala kemelut kasih yang mencengkam.
***
“Eti, draf surat yang saya suruh buat tu dah siap ke?” soal Encik Johan kepada setiausahanya. Eti bangun sambil menghulurkan draf tersebut kepada bosnya.
Sudah tiga bulan dia bekerja di firma guaman ini. Setelah melarikan diri dari Nazmi, Eti terus membeli tiket ke Pahang dan menetap bersama rakan baiknya ketika di Matrikulasi.
Atas pertolongan sahabatnya itu, dia mendapat kerja di fima guaman Johan & Co. Dan sejak peristiwa tersebut, dia sudah tidak pernah berhubung dengan Nazmi lagi.
Nombor telefon sudah lama dia tidak ditukar. Dia tidak tahu sama ada Nazmi ada mencarinya atau pun tidak. Dan dia tidak mahu untuk memikirnya. Kerana semua itu hanya akan membuatkan fikirannya sesak sahaja.
“Eti, jom pergi makan. Saya belanja.” muncul Encik Johan secara tiba-tiba. Eti menolak dengan penuh sopan. Kalau boleh, dia tidak mahu ada sebarang masalah dengan majikannya.
“Awak nak saya bungkuskan?” sekali lagi, Encik Johan mahu menghulurkan bantuan.
“Tak apalah. Saya tak lapar. Saya ada kerja nak buat ni. Saya minta diri dulu.” Johan hanya memandang pekerjanya dengan penuh tanda tanya.
Ada simpulan kasih di wajahnya. Tidak kurang juga dengan lukisan duka. Berat benarkan takdir yang dilalui oleh gadis tersebut.
Yang pasti, dia senang melihat secebis senyuman yang terukir di wajah milik Eti. Namun sayang kerana ingin melihatnya umpama ingin mencapai bintang di langit.
***
Ketika Eti sedang menunggu teksi untuk pulang ke rumah sewanya, tiba-tiba ada suara yang menyahut namanya. Sekilas dia berpaling.
Punggung yang sedari tadi mencecah kerusi kini bangun dengan sendirinya. Lidahnya kelu tanpa bicara. Dihadapannya kini, berdiri seorang wanita yang pernah menghuni pelusuk jiwa Nazmi satu ketika dahulu.
“Eti buat apa kat sini?” soal Aisyah penuh teruja. Sudah lama dia tidak mendengar cerita tentang Eti kerana sejak bekerja, mereka berdua sudah terputus hubungan.
Dengan mesra, dia menarik Eti ke dalam pelukkannya. Melunaskan rasa rindu yang bermumkin. Namun, ada tangisan yang menyapa.
“Kenapa ni?” itulah soalan pertama yang terbit dari mulut Aisyah. Pelik dengan reaksi Eti kali ini. Seketika, Aisyah menebarkan pandangan ke arah sekeliling kawasan. Baru dia perasan, Eti ada di sini tanpa Nazmi.
“Naz mana?” soalan itu umpama mencarik segenap rasa hati milik Eti. Sudah berbulan pipinya kering tanpa air mata namun hari ini ia mencurah kembali.
Mungkin inilah balasan kerana pernah merampas cinta Nazmi pada Aisyah. Mungkin inilah harga yang terpaksa dibayar olehnya.
“Hei, jangan menangis macam ni. Mari ikut akak.” Eti hanya menurut Aisyah yang mengheretnya ke kereta Viva berwarna putih itu.
“Okay, sekarang cerita kat akak. Apa yang dah jadi sebenarnya ni?” dihulurkan tisu kepada Eti. Dia dilanda rasa pelik yang bukan sedikit.
“Kami dah berpisah.” ringkas jawapannya. Kalau boleh, dia enggan mengulas dengan lebih lanjut.
“Hah, macam mana boleh jadi macam ni?” sungguh, dia terkejut dengan kenyataan ini. Dia tahu, berapa banyak sayang Nazmi buat wanita yang berada di hadapannya ini.
“Mungkin ini balasan untuk saya sebab rampas kasih Nazmi dari akak.” ujar Eti sambil tidak henti menitiskan air mata.
“Apa yang Eti merepek ni? Akak tak pernah fikir yang Eti rampas kasih akak dari Naz. Dah tersurat macam tu, akak dah lama terima takdir ketentuanNya. Bukan ke kasih sepasang suami isteri itu lebih berkat di sisi Allah.” pujuk Aisyah. Cuba mendamaikan resah hati Eti.
“Akak, saya dah tak sanggup tanggung rindu ni lagi kak… Tolong saya.” rintih Eti sambil memeluk wanita di sebelahnya itu.
Aisyah kelu untuk melanjutkan bicara. Kerana dia sendiri pusing dengan keadaan yang dia sendiri belum tahu duduk letak cerita yang sebenar. Yang dia tahu, dia perlu lakukan sesuatu.
***
Dia ingat dia kuat dalam meniti ranjau hidup ini sendirian. Namun hampa kerana kekuatannya telah hilang setelah hatinya dirampas oleh orang yang tak bertanggungjawab.
Dari kejauhan, Johan hanya bertindak sebagai pemerhati. Menilik setiap gerak geri milik Eti. Ada rasa pelik yang sedang menjengah ke dasar hatinya. Adakah dia mula sukakan gadis yang sudah empat bulan menjadi setiausahanya itu.
Johan mengosok-gosok hatinya yang tiba-tiba diserang debaran yang mengila. Sudah lama dia tidak berperasaan begini kerana masanya banyak dilambakkan dengan kerja yang menuntut pengorbanan masa sehingga soal hati sering diketepikan.
Namun, ada yang tidak kena dengan pemiliik nama Eti itu. Gadis itu jarang sekali tersenyum. Kalau ada pun, hanya sekadar seperti ingin menjaga hati orang di sekeliling sahaja. Senyuman yang langsung tidak memperlihatkan keikhlasan.
“Eti.” dia tidak sedar bila masa kakinya melangkah ke meja setiausahanya itu sehingga mulutnya turut memanggil nama itu tanpa sedar.
“Ya Encik Johan. Ada apa-apa yang boleh saya bantu.” serta merta gadis itu bangun dari duduknya.
“Oh, tak ada. Tapi boleh awak teman saya pergi makan? Saya laparlah. Saya harap sangat awak tak menolak.” lembut tutur katanya. Berharap benar agar permintaanya tidak akan ditolak.
Eti serba salah. Dia kelu untuk terus membalas kata. Dalam diam dia sedar bahawa bosnya itu ingin mengurangkan jarak antara mereka. Lantas dia menghalakan pandangan ke bawah. Memikirkan baik buruknya pelawaan bosnya itu.
“Tak apalah kalau tak boleh. Saya faham.” ujar Johan sambil berpaling. Tanpa kata pun dia tahu bahawa Eti serba salah ingin menolak pelawaannya. Biarlah dia yang mengalah, lagipun Eti berhak untuk menolak pelawaannya.
“Nak makan kat mana?” serta merta Johan berpaling 90 darjah apabila mendengar suara Eti. Eti cuba menghadiahkan senyuman ikhlas buat bosnya itu.
“Dekat je dari sini.” jawab Johan spontan sambil tersenyum riang. Eti mula serba salah apabila melihat reaksi bosnya itu.
‘Aku ni masih isteri orang. Tidakah aku merasa serba salah keran menerima pelawaan lelaki lain?’
Dipejamkan mata dan cuba disedapkan hati sendiri.
“Kenapa susah sangat nak tengok awak senyum?” soal Johan usai pelayan pergi setelah mengambil pesanan.
“Hmm, saya memang macam ni.” jawab Eti sambil tersenyum kelat.
Tidak tahu jawapan yang bagaimana yang harus diberikan.
“Kalau dengan saya, awak boleh tak senyum banyak sikit.” tanpa sedar, dia mula meminta yang tidak-tidak. Apabila melihat akan perubahan wajah Eti, barulah dia sedar yang dia sudah terlebih kata.
“Maaf kalau saya tersalah cakap.” entah kenapa, dia rasa kalah apabila berdepan dengan pemilik nama Eti ini. Kalau tidak, dialah juara di dalam mahkamah.
“Kalau dalam mahkamah pun macam ni jugak ke?” soal Eti. Mula menampakkan senyumannya.
“Macam mana apa?” mula teruja apabila Eti sudah mula memberikan sedikit reaksi.
“Minta maaf bila tersalah cakap.” sudah lama rasanya dia tidak bersenda gurau dengan sesiapa pun.
Dia sendiri sudah tidak kenal dengan dirinya sendiri lagi.
“Pandai awak kenakan saya eh.” hatinya diterjah rasa bahagia yang teramat sangat. Sudah lama sebenarnya dia ingin bergurau senda bersama dengan Eti. Cuba mendalami dan menyelami perasaan gadis itu.
Eti tersenyum senang. Bila berhadapan dengan majikannya ini, pasti akan menyelitkan ingatannya kepada seseorang yang teramat disayangi. Orang yang telah membuangnya. Mengingatkan itu, hati Eti tiba-tiba dipalit rasa sedih.
“Eti, saya tak tahu apa yang terjadi dalam hidup awak sehingga menjadikan awak sebegini rupa. Tapi saya senang kalau sayalah orang dapat menghilangkan rasa derita yang awak tanggung.
"Cukuplah kalau Eti terima saya menjadi sahabat yang dapat mendengar segala luahan hati Eti. Biar Eti lega dan dapat tersenyum macam yang saya tengok tadi.” pujuk Johan lembut.
Kelu lidah Eti untuk melanjutkan bicara. Dia masih boleh menanggungnya seorang diri. Tidak perlulah disesakkan kepala otak orang lain untuk memikirkan masalahnya yang tidak menampakkan sebarang penyelesaian.
Lagipula, dia tidak mahu rapat dengan mana-mana lelaki. Dia tidak mahu melukakan hati orang di sekelilingnya lagi.
Cukuplah untuk kelukaan yang dia alami. Biar dia sendiri yang rasa betapa peritnya derita merindui suaminya. Dia tidak mahu menjunjung bala yang baru.
“Maaf tapi cukuplah jika hubungan kita sekadar seorang majikan dan pekerjanya sahaja. Saya tak berminat nak menambah kawan.” dia tahu, ada hati yang bakal kecewa namun biarlah dia kecewa sekarang sebelum luka itu bertambah parah.
Johan terkedu bertambah dengan rasa terkejut yang bukan kepalang. Dia tidak tahu untuk ayat mana yang harus dicedok untuk melanjutkan bicara.
Akhirnya mereka makan tanpa sebarang kata. Mereka diselubungi rasa kekok yang tiba-tiba menyinggah.
***
Eti pulang ke rumah sewa dengan hati yang rawan. Dia hanya memandang sepi kereta majikannya yang mula meredah kepekatan malam. Dia sudah cukup penat melayan semua ini. Tanpa membuka lampu rumah, Eti baring di sofa.
Entah kenapa, tiba-tiba ada tangisan kecil yang kedengaran. Dia sendiri tidak sedar, bila air mata mula membasahi pipinya mulusnya. Yang dia tahu, dia teramat merindui suaminya. Teramat rindu.
Betapa banyak kenangan yang mereka lakar dengan cantiknya. Namun kenapa harus ada warna kelam yang mengotori lukisan cinta mereka. Kenapa?
Tiba-tiba ada tangan kasar yang mengesat air matanya. Seketika, dia terleka dengan usapan lembut itu. Teringat ketika mereka bersama, tangan Nazmi cepat benar akan menyeka air mata yang jatuh dari tubir matanya jika dia menangis.
Eti baru tersedar yang ada orang lain yang berada di dalam rumah ini sedangkan teman serumahnya telah pulang ke kampung pagi tadi. Lagipun, tangan Athirah tidaklah sekasar ini.
“Siapa? Macam mana kau masuk dalam rumah aku hah?” jerit Eti lantang. Tiba-tiba dia dicengkam rasa takut yang dia sendiri tidak dapat gambarkan.
“Kau siapa?” dia masih menjerit memandang dia nampat bayang susuk tubuh yang sedang berdiri tidak jauh darinya.
Dia ingin cepat-cepat berlari ke arah lampu. Baru sahaja tangannya menyentuh suiz lampu, dia telah dipeluk dari arah belakang. Eti cuba meloloskan diri tetapi tidak mampu.
‘Ya Allah, jangan kau ambil maruahku. Mahkotaku hanya milik suamiku Ya Allah.’ lirihnya di dalam hati.
Kali ini, dia sudah tidak mampu lagi. Ingatannya jatuh pada suaminya. Jika dia tidak lari dari suaminya, pasti kejadian ini tidak akan berlaku. Mungkin inilah balasan tuhan kerana pergi tanpa keizinan suaminya.
“Tolong.. Jangan apa-apakan aku.” rintih Eti.
Air matanya sudah laju bercucuran mengenangkan nasib yang bakal menimpanya selepas ini. Tapi lelaki itu hanya memeluknya kejap. Tanpa sebarang kekasaran ataupun mengeluarkan suara gertakan.
Pancar indra hidungnya mula dapat mengecam sesuatu. Bau yang sedari dulu cukup disenanginya. Bau yang sangat dirinduinya.
“Abang..” sepatah ayat itu keluar dari mulutnya.
“Abang kan..” sekali lagi dia bertanya.
Perlahan-lahan, pautan itu mula longgar. Serta merta tangannya yang menggigil itu mencapai suiz lampu.
Mulutnya terlopong apabila melihat susuk tubuh yang sudah susut itu.
“Eti..” akhirnya mereka berpelukan.
Sentuhan itu umpama madu yang menyiram asmara. Meleraikan rasa kasih yang menghimpit. Meluruhkan jiwa yang selama ini merindu.
Menyelimut rasa sedih yang selama ini menjadi peneman setia. Mereka hilang dalam dakapan air mata.
“Kenapa lari dari abang…?” itulah soalan pertama yang keluar dari mulut Nazmi setelah mereka meleraikan pelukan.
“Kenapa abang cari Eti?” lirih Eti pula. Masing-masing cuba mencari jawapan kepada persoalan yang menuntut penjelasan.
“Eti, kenapa cakap macam tu? Eti tak tahu perasaan abang lepas Eti pergi. Eti tak tahu macam mana abang hampir naik gila cari Eti kat merata-rata tempat. Eti tak tahu kan?
"Sebab kasih Eti pada abang tak sebanyak sayang abang pada Eti.” entah kenapa, kata-kata itu membuat Eti meradang.
“Jangan mempersoalkan kasih sayang Eti kalau cinta abang sendiri masih tak pasti. Jangan letakkan kesalahan kat bahu orang lain setelah tak mampu nak mengalasnya sendiri.” perli Eti. Perit dia untuk menuturkannya. Tapi hatinya terkilan apabila suaminya sendiri mempersoalkan kasih sayangnya.
“Eti, abang datang sini bukan untuk mengeruhkan lagi keadaan kita. Please, jangan macam ni sayang.” pujuk Nazmi lembut. Dia menyesal kerana terlepas kata.
Eti melarikan langkah. Cuba menjauhkan diri dari Nazmi. Dia menyesal kerana tidak pandai mengawal emosi. Tapi, berhadapan dengan Nazmi menuntut dia menjadi dirinya sendiri. Tanpa perlu bermuka-muka semata-mata hanya ingin menjaga perasaan orang lain.
“Abang cuma nampak salah Eti. Tapi salah abang? Kalau abang tak berkeras nak hantar Eti ke Sydney, Eti pun tak akan larikan diri macam ni bang.
"Abang buat Eti berteka-teki sendiri. Siapa sebenarnya yang abang sayang?” airmatanya meleleh lagi. Dan dia hanya membiarkan. Dia sudah penat untuk menyekanya.
“Eti, abang tak pernah sayang orang lain macam mana abang sayangkan Eti. Sumpah, Demi Allah.” kakinya melangkah merapati Eti yang duduk di penjuru dinding.
Kedua belah tangan Eti dicapai. Hidungnya bersentuhan dengan hidung milik isterinya. Hanya Allah yang tahu betapa bahagianya dia apabila mendapat tahu tempat tinggal Eti. Terima kasih yang teramat sangat diucapkan kepada Aisyah kerana menyatukan kembali cinta mereka.
Sedang mereka tengelam dengan suasana yang menghangatkan itu, tiba-tiba ada satu tangan yang
menarik bahu milik Nazmi.
“Kurang ajar kau, apa yang nak buat dekat Eti ah?” tanpa menunggu balasan Nazmi, satu tumbukan hinggap di muka Nazmi.
Nazmi yang nyata terkejut tidak sempat mempertahankan diri. Namun, dia tidak membenarkan tangan lelaki yang tidak dikenali itu cuba untuk mendarat sekali lagi.
Eti yang melihat situasi terbabit cuba meleraikan pergelutan antara mereka. Dia jadi pelik apabila melihat Encik Johan yang tiba-tiba ada di rumahnya.
“Encik Johan, hentikan semua ni.” ujarnya sambil cuba menarik badan sasa milik majikannya itu.
“Biar saya belasah lelaki yang cuba nak ambil kesempatan pada awak ni Eti?” tanpa memandang Eti, sekali lagi tumbukannya ingin mendarat di muka lelaki yang cuba mengambil kesempatan terhadap Eti.
“Dia suami saya.” jerit Eti hingga menghentikan pergerakan tangan Johan. Johan terpaku sendiri.
Dia mula memandang Eti yang sedari tadi berada di belakangnya. Tidak pernah disangka wanita semuda Eti sudah berkahwin. Eti yang selama ini disangka gadis, bukan lagi bergelar gadis.
“Suami awak?” soal Johan meminta kepastian.
“Ya. Suami saya.” ujar Eti sambil mengesat darah pekat yang mengalir di hujung bibir milik suaminya itu.
“Apa kau buat dekat rumah isteri aku?” kali ini, giliran Nazmi pula yang bertanya. Suaranya keras, tiada langsung nada mesra.
Dia jadi bengang kerana tiba-tiba dipukul oleh lelaki yang langsung tidak dikenalinya.
“Aku datang nak pulangkan telefon Eti yang tercicir kat kereta aku tadi.” jawab Johan diundang serba salah yang mengunung.
Johan merasa malu yang bukan kepalang. Dia sebenarnya terkejut apabila mendengar kekecohan dari dalam rumah Eti. Kerana itu, dia terus menerjah tanpa salam. Dia bertambah terkejut apabila ada lelaki yang menghimpit Eti ke dinding.
Eti mengambil telefon yang dihulurkan oleh majikannya itu.
Sekilas, dia memandang kedua-dua lelaki yang sedang berada di hadapannya itu.
“Maaf. Aku tak sengaja.” pohon Johan serba salah.
“Johan.” ujar Johan sambil menghulurkan tangan untuk berjabat salam.
“Nazmi. Maaf jugak kalau tumbuk kau tadi.” ujar Nazmi sambil cuba memaniskan muka.
‘Siapa sebenarnya lelaki itu? Macam mana dia boleh kenal dengan Eti?’
Persoalan-persoalan itu berlegar-legar di benaknya.
“Aku mintak diri dulu. Maaf sebab menganggu.” Johan menundukkan sedikit kepalanya kepada Eti lantas keluar berlalu pergi.
Serta merta Nazmi melabuhkan pandangan matanya kepada isterinya. Mohon penjelasan. Eti mengigit bibir.
Dia menghalakan kaki ke pintu lantas menutup pintu. Tanpa pamitan, Eti melangkah berlalu pergi namun ada tangan menarik lengannya.
“Abang perlukan penjelasan. Siapa lelaki tu?” dia tidak mahu mencari gaduh. Dia hanya mahukan penjelasan.
“Dia bos kat tempat Eti kerja.” jawab Eti menunduk.
“Patutlah tak kisah jauh dari abang, rupa-rupanya dah ada peganti abang eh?” ujar Nazmi cuba bergurau namun tidak bagi Eti. Eti fikir yang Nazmi mencurigai kasih sayangnya.
“Apa abang merepek ni? Hubungan Eti dengan dia tak pernah lebih dari seorang pekerja dengan majikan.” tidak sedar yang nada suaranya sudah mula meninggi. Geram dengan tuduhan melulu isterinya.
“Kalau dia majikan Eti, tak kan dia tak tahu yang Eti dah kahwin. Eti sengaja tak nak beritahu dia.” entah kenapa, darah dia pula yang mendidih.
Eti jarang benar meninggikan suaranya ketika berbicara. Eti dihadapannya kini sudah berubah.
“Yup. Eti sengaja tak nak beritahu dia. Supaya dia boleh suka kat Eti dan akan berkahwin dengan Eti. Itu yang abang nak dengar sangat kan?
"Hah, puas hati abang sekarang?” Eti meluahkannya dengan tangisan. Sejurus itu, dia terus masuk ke bilik dan menguncinya dari dalam.
Nazmi menguakkan rambutnya ke belakang.
‘Apa lagi yang salah sekarang ni?’ Rungutnya di dalam hati. Kenapalah dia tidak mampu menahan rasa amarahnya. Bukankah dia tidak tahu yang perempuan memang terkenal dengan perangainya yang sukar untuk mengawal emosi. Kenapa dia sebagai lelaki tidak cuba bersabat sedikit? Aduhai,,
Dia datang dari jauh untuk meleraikan persengketaan antara mereka. Bukan untuk mengusutkan lagi keadaan.
Tangannya mengetuk lembut pintu bilik isterinya. Dia tahu Eti sedang menangis. Kenapa mereka harus menyeksa perasaan masing-masing sedangkan hati menanggung derita kerana kemelut kasih ini.
Tiada respon dari Eti. Nazmi mengeluh berat. Sudah banyak penderitaan yang ditanggung oleh isterinya. Dan dia hanya mampu menambahkan lagi penderitaan milik isterinya. Akhirnya dia mengalah. Eti perlukan masa untuk bersendiri.
***
Nazmi hanya memandang isterinya yang sedang menyediakan sarapan itu. Dia tahu, wanita itu masih menyanyanginya atau perkataan yang lebih tepat adalah wanita itu hanya menyintainya.
Jika tidak, masa ketika dia bangun pagi tadi, ada selimut yang menyelubungi badannya. Tidakkah itu petanda bahawa wanita itu masih mengambil berat tentang perihal dirinya.
“Eti, ikut abang balik ya.” Eti melemparkan pandangan ke arah lain. Tidak mampu untuk memandang seraut wajah milik suaminya.
“Eti nak bersendirian lagi buat seketika ini.” jawab Eti perlahan.
Dia sendiri tidak pasti dengan keputusan yang diambil ini.
Nazmi mengeluh berat. Dia sebenarnya risau akan keselamatan isterinya. Lagi sebulan, genaplah 21 tahun umur Eti.
Tapi, macam-macam boleh berlaku dalam masa sebulan ini. Dia sangat bersyukur bahawa Eti masih selamat lagi. Namun nasib yang baik tidak akan selalunya berlaku. Akan ada jua awan mendung yang akan menyelubungi menutupi kecerahan cahaya mentari.
“Eti, kita baliklah. Abang tak betah tinggalkan Eti sendirian di sini.” pujuk Nazmi lagi.
“Selama tiga bulan ni, Eti dah hidup tanpa abang. Dan Eti berjaya mengharunginya bang. Janganlah abang terlebih risau akan keadaan Eti. Eti dah biasakan diri hidup macam ni.” Tutur kata Eti kedengaran amat lEtih di pendengaran Nazmi.
“Eti, cukuplah waktu tiga bulan ni Eti hidup sendiri. Abang tak akan benarkan Eti jauh lagi dari abang. Eti buatlah apa yang Eti nak buat, asalkan Eti dekat dengan abang. Itu dah sangat cukup buat abang.” perlahan nada suaranya.
“Abang, kali ini biarlah Eti buat apa yang Eti suka bang. Eti senang di sini. Eti senang nak buat apa yang Eti suka tanpa sekatan dari sesiapa.
"Selama ni, Eti sentiasa rasa hidup Eti diatur. Eti dah penat bang. Kali ni je, Eti nak sendiri. Bila Eti dah bersedia nanti, Eti baliklah.” kali ini, giliran Eti pula yang mengemukakan hujahnya.
‘Ya Allah, macam mana aku nak terangkan pada Eti yang nyawanya dalam bahaya.’
Kusut fikirannya. Dia takut, kalau diberitahu perkara sebenar, Eti akan rasa tertipu dan mula menjauhkan diri kembali. Cukup-cukuplah kehilangannya sebelum ini. Dia sudah tidak sanggup lagi.
“Papa sakit.” tipu Nazmi tiba-tiba. Hanya itu idea yang datang menyelit di fikirannya. Dia perlu lakukan sesuatu agar Eti tidak jauh darinya.
“Papa sakit? Sakit apa?” terkejut sungguh mendengar pengkhabaran dari suaminya tika ini.
“Jantung.” Tipu Nazmi lagi. Dia memejamkan mata. Mengumpul kekuatan. Entah betul atau tidak apa yang dia lakukan sekarang. Yang pasti, dia benar-benar terdesak.
Eti istighfar panjang. Tidak percaya dengan pengkhabaran yang baru dia terima. Ada sahaja perkara yang menganggu-gugat jiwanya untuk membuat keputusan.
“Baliklah sayang.. Kalau bukan untuk abang sekalipun, demi papa.” diusap lembut tangan milik isterinya. Dia hanya ingin isterinya itu dekat dengannya. Itu sudah cukup untuknya.
“Baiklah.” jawapan yang keluar dari mulut Eti betul-betul mengembirakan hatinya. Ingin sahaja dia melompat kesukaan namun segera ditahan. Sebuah ciuman dihadiahkan buat isteri tercinta.
Eti sendiri tidak pasti akan keputusannya sekarang. Dia masih menyanyangi keluarga mertuanya itu. Masakan dia hendak mementingkan diri sendiri.
“Okay. Sekarang kita selesaikan perkara yang perlu diselesaikan. Mama dan papa mesti happy bila Eti balik nanti.” ujar Nazmi dengan senyuman girang yang tidak pernah lekang dari bibirnya.
***
Kereta Honda Civic milik suaminya sudah tiba di perkarangan villa. Tiba-tiba dada Eti diserang getaran yang maha hebat. Sentuhan tangan Nazmi di tangannya meleraikan segala gundah gulana yang sedari tadi berdegup hebat.
“Jangan takut. Papa dan mama tak marah. Dia orang faham.” terang Nazmi lagi. Dia faham gelodak yang menghuni di hati milik isterinya.
“Assalamualaikum.” seru Nazmi dengan suara yang lantang.
“Waalaikumussa..” salamnya tergantung di hujung bibir apabila melihat gerangan tetamu yang hadir.
“Mama.. Mama..” jerit Sufina kuat. Dia tersenyum tidak percaya dan terus memeluk kakak iparnya. Rindu benar dia pada Eti.
“Apa dia Fin? Kan mama dah cakap banyak kali, jangan suka sangat menjerit nanti..” dari kejauhan sudah kedengaran suara Datin Jamilah membebel.
Dan sekali lagi, bebelannya mati apabila melihat susuk tubuh yang sedang berpelukan dengan Sufina.
“Maafkan Eti mama.” pohon Eti sambil menyalam ibu mertuanya pula lantas mereka hilang dalam pelukan. Pelukan yang diiringi oleh tangisan kecil milik keduanya. Nazmi dan Sufina hanya memandang penuh asyik.
“Dah jangan nangis. Tak ada apa yang perlu dimaafkan.” dia cukup bersyukur apabila melihat Eti yang masih berada dalam keadaan selamat. Selama ini, hatinya risau dan takut kerana jika tidak dapat menjaga amanat Halimah dengan baik.
“Mari masuk.” ajak Datin Jamilah. Masih ramah seperti dahulu. Terus menghilangkan rasa serba salah yang bermumkin sedari tadi.
***
Semuanya masih seperti dulu. Tidak ada satu benda pun yang berubah di dalam biliknya ini. Tangannya menyentuh koleksi novelnya yang masih tersusun kemas di dalam almari. Tidak berhabuk langsung.
“Abang tak akan pernah biarkan barang kesukaan sayang berhabuk.” entah sejak bila Nazmi mula memerhatikan dirinya. Sekilas dia berpaling.
Pandangan matanya jatuh pada frame gambar yang terletak cantik di sisi katil. Gambar di hari pernikahan mereka. Eti memejamkan matanya serapat yang mungkin.
‘Ya Allah, dapatkah perkahwinan kami ini terus bertahan?’
“Sayang..” seruan suara yang sangat mengasyikkan itu seperti dapat menganggu-gugat nalurinya.
“Apa yang sayang fikirkan ni?” berat. Itulah satu kesimpulan yang dapat Nazmi simpulkan. Eti seperti menanggung beban yang teramat berat.
“Tak ada apa-apa.” tipu Eti. Sebenarnya dia masih lagi terkejut. Tidak pernah dia bermimpi akan pulang semula ke rumah ini. Pulang kembali berada di sisi suaminya.
‘Mustahil tak ada apa-apa.’
Namun ayat itu hanya tergantung sepi di dalam hati. Dia tidak mahu menyesakkan lagi fikiran isterinya itu.
Perlahan-lahan Nazmi melabuhkan bibirnya di dahi milik isteri. Ingatannya mengarit kenangan ketika pertama kali dia mencium dahi isterinya ketika sesi pembatalan air sembahyang. Peristiwa itu seperti berulang kembali.
Ada permata jernih yang mengalir di pipi isterinya itu. Segera tangan kasarnya menyeka. Betapa terseksanya dia melihat air mata isterinya itu. Air mata Eti itu seperti darah yang mengalir di tangannya akibat ditoreh.
Eti terharu dengan tindakan suaminya itu. Betapa dia teramat merindui semua simpulan kenangan yang telah mereka rakamkan.
Dengan sendirinya dia memeluk suaminya. Dia menangis teresak-esak di dada Nazmi. Nazmi hanya membiarkan. Diusap lembut belakang badan milik isterinya. Supaya dapat meluruhkan segala kekusutan yang membelengu wanita kesayangannya ini.
***
Sudah dua minggu berlalu. Eti meneruskan hidup di samping suami dan keluarga mertuanya dengan penuh kebahagian. Walaupun ada beberapa perkara yang masih lagi menjadi teka-teki dalam fikirannya, namun disedapkan hatinya sendiri.
Dia tidak mahu terus memburukkan keadaan kerana mengenangkan akan ayah mertuanya yang menghidap penyakit jantung.
Eti menyediakan minuman untuk diberikan kepada bapa mertuanya yang sedang berada di dalam bilik bacaan. Dia mencari-cari ubat yang perlu diberikan kepada bapa mertuannya. Namun tidak ketemu jua.
Akhirnya, dimajukan langkah untuk menghantar minuman. Datuk Sufian menerima kedatangannya dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir.
“Minum papa tapi Eti tak tahu dekat mana mama letak ubat papa.” Ujar Eti sejurus meletakkan minuman di atas meja.
“Ubat? Ubat apa?” soal Datuk Sufian tidak mengerti. Giliran Eti pula yang mengaru-garukan kepalanya yang tidak gatal. Dia pula yang tidak faham dengan situasi sekarang.
“Ubat sakit jantung papa.” jawab Eti tulus. Masih tidak berganjak dari sisi meja. Memerhatikan bapa mertuanya terkejut pendengar penyataannya.
“Hah, sejak bila pula papa ada sakit jantung?” kini, Datuk Sufian pula yang terkejut besar. Tidak faham dengan soalan menantunya.
“Abang cakap yang papa..” ayatnya tergantung di situ. Dia mula faham akan situasi yang melanda dirinya sekarang. Rupa-rupanya penyakit itu hanya satu alasan untuk membawanya pulang ke rumah.
“Tak ada apa-apalah papa. Eti bergurau je tadi.” sejurus menghabiskan ayat tersebut, kakinya terus melangkah ke arah bilik peraduannya. Dia butuh penjelasan.
Tanpa salam, tanpa ketukan di muka pintu, Eti meredah pintu bilik dengan penuh kekasaran sehingga mengejutkan penghuni di dalamnya.
“Ish sayang ni, terkejut abang.” ujar Nazmi sambil mengurut dadanya. Tanda terkejut melihat Eti yang menerjah secara tiba-tiba itu.
“Apa semua ni bang? Eti tak faham?” soal Eti dengan suara yang agak tinggi.
“Kenapa ni? Abang tak faham?” kini, Nazmi pula yang kebingungan melihat kelakuan isterinya.
“Jangan tanya Eti kenapa sebab yang perlu tanya kenapa sekarang ialah Eti. Bukan abang!” kata-kata yang terbit dari mulut Eti itu mengejutkan Nazmi. Kali ini, dia dilanda berganda-ganda kebingungan.
“Eti, cuba bawa bertenang. Kenapa ni?” lembut Nazmi memujuk sambil cuba menarik lembut tangan milik isterinya. Namun dia sungguh terkejut apabila Eti menepis kasar.
“Kenapa abang tipu Eti? Apa salah Eti? Apa yang sebenarnya abang sembunyikan dari Eti? Apa yang abang nak sebenarnya?” bertubi-tubi soalan dari Eti sambil diselangi dengan air mata dan esakan kecil.
“Eti, abang tak faham.” sedaya upaya dia cuba memahami. Namun dia masih lagi tidak mengerti kenapa isterinya itu mengamuk sebegini rupa.
“Kenapa abang cakap yang papa sakit jantung? Apa muslihat abang sebenarnya?” kata-kata yang keluar dari mulut Eti itu umpama halilintar yang memanah tubuh Nazmi. Kali ini, baru dia mengerti, kenapa Eti berkelakuan seperti ini.
“Abang cuma nak Eti balik.” jawab Nazmi jujur. Memang itulah hakikat yang sebenar. Dia tidak mahu berjauhan dengan isterinya.
“Huh, alasan abang tak munasabah. Sanggup abang tipu Eti. Entah-entah dah banyak penipuan yang abang buat kan. Cakaplah bang..
"Apa lagi hakikat sebenar yang Eti masih tak tahu.. Apa lagi kebohongan yang abang simpan?” berpusu-pusu soalan bagai peluru yang menusuk setangkai hati milik sang suami.
“Itu je sayang. Abang tak pernah sembunyikan perkara lain.” Entah kenapa, bibirnya berat untuk menerangkan tentang hal sebenar.
“Dahlah bang.. Eti dah penat dengan semua ni. Eti dah tak sanggup nak teruskan perkahwinan kita ni kalau abang terus-terusan nak berahsia.
"Simpanlah rahsia abang tu sampai Eti mati. Masa tu baru puas hati abang kan?” ugut Eti. Entah kenapa, dia dapat merasakan yang suaminya itu ada merahsiakan sesuatu darinya.
“Eti, jangan cakap macam ni. Tolong jangan buat abang macam ni.” suara pujukan inilah yang melemahkan hati Eti.
Ingin sahaja Eti mengemaskan semua pakaiannya. Dia hendak lari dari rasa sakit yang mula menghimpit. Namun dia tidak mampu kerana rasa sayangnya pada Nazmi masih menebal. Malah tidak pernah berkurang walau sedikitpun.
Akhir sekali, dia hanya berbaring di atas katil sambil ditemani tangisan rawan. Hanya itu yang mampu dia lakukan.
Nazmi ikut turut baring di belakangnya. Lengan suaminya itu perlahan-lahan melingkar di pinggangnya. Dia hanya membiarkan. Tidak berdaya walau hanya untuk menepis.
***
Sedang Eti mengEtis di dapur, tiba-tiba bunyi loceng rumah berbunyi. Segera dia ke muka pintu.
“Cari siapa cik?” soal Eti apabila melihat seorang gadis cantik yang tidak pernah dia ketemu.
“Cari Eti.” jawab si gadis yang senang bergaya dengan skirt pendek dan t-shirt tanpa lengan.
“Sayalah Eti. Hmm, jemputlah masuk.” ajak Eti ramah walau dihatinya diundang rasa pelik kerana dia langsung tidak mengenali gadis tersebut.
“Ada siapa lagi kat rumah?” nada suaranya agak menjengkelkan di pendengaran Eti.
“Hanya saya seorang je.” jawab Eti mula tidak mengerti dengan sikap gadis itu yang asyik meliarkan pandangan ke sekeliling vila.
“Awak ni siapa? Macam mana awak boleh kenal saya?” Eti mengutarakan soalan apabila benaknya tidak mampu lagi untuk berfikir sendiri.
“Tak kan saya tak kenal dengan isteri kekasih saya sendiri. Hmm, buat pengetahuan kau, aku adalah kekasih Nazmi.” kata-kata itu umpama belati tajam yang tertusuk terus ke tangkai jantungnya. Eti tercengang.
“Jangan nak mengarut.” tingkah Eti. Jangan berharap untuk dia mempercayai kata-kata yang keluar pada mulut seorang gadis yang langsung tidak dikenalinya itu.
“Kau kena terima hakikat yang suami kau tak pernah sayangkan kau. Dia hanya sayangkan harta je.” pangkah gadis itu sambil tergelak nyaring.
“Apa maksud kau?” tiba-tiba hatinya diserang debaran hebat. Tidak faham dengan rencana gadis yang nampak sungguh jelik di pandangan matanya.
“Kau ingat, Naz tu sayang sangat ke kat kau? Dia lebih sayangkan aku. Dia tak lepaskan kau sebab kalau dia bercerai dengan kau, dia tidak akan mewarisi satu sen pun harta Datuk Sufian. Sebab itu dia simpan aku sebagai wanita simpananya.
Mula-mula aku tak kisah, tapi lama-lama aku dah tak tahan bila kau balik semula. Segala perkara yang kami nak lakukan tersekat.
Aku tak kisah kalau Nazmi tak berharta sekalipun, tapi aku tak sanggup kehilangan pelukannya. Jadi, tolong pulangkan dia pada aku. Aku nak kau pergi jauh dari sini. Jangan biarkan dia jumpa kau lagi.”
Eti terasa hendak muntah apabila mendengar luahan kata gadis yang langsung tidak diketahui namanya itu. Tangannya mula mengepal penumbuk.
Sedikit sebanyak, dia mula termakan dengan pujukan gadis itu. Rupa-rupanya, itulah rahsia yang selama ini menjadi menghantui hubungan mereka. Mungkin inilah gadis yang ditangkap khalwat bersama-sama dengan Nazmi.
“Aku tak akan pulangkan dia pada kau. Tapi aku sedekahkan dia pada kau. Aku tak perlukan lelaki tak berguna seperti dia tu.” Rina tersenyum lebar. Nampaknya, Eti sudah mula terpedaya.
“Jadi, cepat-cepatlah berambus. Aku dah tak sabar nak bersama dengannya.” tambah Rina sengaja menambahkan lagi minyak ke dalam lautan api. Sengaja menyimbahkan lagi kebencian Eti terhadap suaminya.
Eti hanya menghantar pemergian gadis itu dengan ekor mata yang sudah mula berkaca. Dia cuba untuk bertahan. Namun bateri kekuatannya sudah tidak kuat. Segera dilarikan langkah ke bilik peraduannya.
Tangannya mencapai semua kain bajunya dan disumbat ke dalam beg. Dia melakukan semua itu dengan air mata yang bercucuran. Dia tidak betah lagi duduk di sini. Hatinya sakit mengenangkan segala perlakuan Nazmi.
Mungkin inilah rahsia yang selama ini disimpan kemas oleh suaminya. Tetapi apa motif Nazmi membawanya pulang?
Oh.. hanya kerana harta semata-mata. Nazmi tidak pernah menyintainya tetapi dia hanya jalan untuk Nazmi mendapatkan harta.
Bagaimana pula dengan kasih sayang yang tidak pernah berbelah bahagi yang Nazmi himpunkan padanya?
Oh.. mungkin kasih sayang yang berlampiaskan nafsu semata-mata. Dahulu, Nazmi pernah menyintai Aisyah sebelum cinta Nazmi berlabuh padanya.
Mungkin juga kasih lelaki itu telah berubah corak. Seperti cinta kepada gadis yang baru ditemu sebentar tadi.
Dia memandang vila yang tersergam indah itu buat kali terakhir. Setelah mengunci rumah, kakinya terus melangkah tanpa arah yang pasti. Langkahnya longlai dalam membawa sekeping hati yang telah hancur lumat.
***
“Eti, apa yang awak buat kat sini?” dia seakan kenal dengan suara pemilik itu. Segera diangkatkan muka.
“Faizal.” entah kenapa, dia meluru ke arah Faizal dan menangis teresak-esak sehingga mengundang perhatian orang ramai yang berada di terminal pudu raya itu.
“Hei, kenapa ni?” soal Faizal pelik sambil memandang ke arah sekeliling. Dia bertambah pelik melihat Eti yang terus memeluknya.
“Tempat ni macam tak sesuai untuk kita bercerita. Jom kita pergi tempat lain eh.” cadang Faizal sambil memimpin tangan wanita yang pernah mendapat tempat di hatinya.
Eti hanya menurut. Dia sudah tidak punya kekuatan untuk berfikir. Entah kenapa, dia membayangkan berada di dalam pelukan Nazmi sebentar tadi sedangkan lelaki itu adalah Faizal.
“Kau nak bawa aku pergi mana?” soal Eti pelik apabila melihat sekitar kawasan yang tidak pernah dia kunjungi.
“Aku nak bawa kau jumpa seseorang.” jawab Faizal sambil tersenyum seikhlas yang mungkin.
“Aku tak nak jumpa Naz. Tolonglah..” tiba-tiba Eti merayu. Faizal jadi kalut seketika memandangkan dia sedang mEtindu.
“Tak. Kita bukan nak jumpa dengan Naz.” pujuk Faizal lembut. Dia menyembunyikan senyuman. Nampaknya jeratnya sudah mula menampakkan hasil.
“Kau rehatlah.” Eti jadi pening kepala akibat terlalu banyak menangis. Akhirnya dia tertidur di dalam kereta.
Sebaik sahaja membuka mata, dia jadi pelik dengan suasana yang tidak pernah dia lihat selama ini.
Dia sedang berada di dalam bilik sebuah pondok buruk. Dia mengetuk-ngetuk pintu bilik yang mungkin telah dikunci dari luar.
“Faizal, kau bawa aku kat mana ni?” jeritnya dari dalam bilik.
“Nampaknya perempuan tu dah sedar.” ujar seorang lelaki.
“Cepat bagi tahu bos.” arah seorang lelaki lagi.
Akhirnya Faizal muncul bersama dengan mamanya. Siapa lagi kalau bukan Zahrah.
“Bukak pintu ni!” arah Faizal sambil menghembuskan asap rokok.
“Faizal. Kau bawa aku kemana ni?” itulah soalan pertama yang sedari tadi berada di benaknya.
Pandangan matanya jatuh pula pada seorang wanita hampir separuh abad yang berada di sebelah Faizal.
“Ini mama aku.” Eti terus melangkah ke arah mama Faizal dan menghulurkan salam.
Huluran salamnya tidak disambut malah dia mendapat penampar dari mama Faizal.
“Mama. Kenapa dengan mama ni.” tegur Faizal dengan suara yang keras. Eti jadi pelik sendiri. Bibirnya terasa amat perit menerima penampar yang tidak diundang itu.
Faizal menghampiri Eti yang masih tercengang itu. Tiba-tiba ditarik tudung Eti sehingga menguraikan helaian rambut yang selama ini kemas tersimpan.
“Apa yang kau buat ni Faizal?” soalnya panas. Kalau tadi dia masih boleh bersabar namun jika maruahnya diperkotak-katikkan. Dia tidak akan sesekali mendiamkan diri.
“Sorylah sayang..” ujar Faizal sambil ingin mengusap rambut Eti namun segera ditepis oleh Eti.
Faizal yang bengang terus menarik rambut milik Eti sehingga mengundang jeritan Eti akibat keperitan.
“Lepaslah. Apa yang korang nak sebenarnya?” jerit Eti setelah Faizal melepaskan rambutnya.
“Soalan yang bagus. Aku nak harta kaulah bodoh.” jawapan Faizal mengundang tawa dari Eti.
“Harta? Sejak bila pulak aku berharta?” dia jadi kelakar melihat dua beranak yang berada di hadapannya kini.
Tiba-tiba sekali lagi pipinya menjadi mangsa penampar. Kali ini, dia sudah tidak boleh bersabar lagi.
“Apa masalah mak cik sebenarnya? Apa yang mak cik dan Faizal nak?” soalnya marah.
“Aku nak harta aku. Harta yang kau rampas.” jerit mama Faizal. Eti kembali terpinga-pinga.
“Apa yang mak cik cakap ni? Bila masa saya rampas harta mak cik. Dan buat pengetahuan mak cik, saya bukan dari golongan yang berharta.” terang Eti.
“Harta yang mak kau rampas dari aku. Harta tu milik aku.” merah mata Zahrah menahan marah yang bukan sedikit. Sudah bertahun-tahun dia mencari masa yang sesuai untuk membalas dendam.
Akhirnya, mangsanya sudah berada di depan mata.
“Saya tak faham. Apa yang mak saya rampas dari mak cik?” kali ini, fikirannya benar-benar dilanda kebuntuan.
“Mula-mula dia rampas suami aku, lepas tu suami aku turunkan semua hartanya kepada kau sehingga tak tinggal satu sen pun kat aku.
"Kau tak tahu macam mana hidup aku selama ni. Ini semua berpunca dari kau.” tengking Zahrah kemudian mengeluarkan sepucuk pistol dari dalam beg tangannya.
Eti tercengang. Tidak sangka dia akan berdepan dengan situasi sedemikian rupa. Dia masih lagi tidak tahu apa yang sedang berlaku ini.
“Mak rampas suami mak cik? Turunkan harta? Apa semua ni, saya tak faham.” andai kata nyawanya memang terhenti di sini sahaja, biarlah dia tahu situasi yang sedang berlaku sekarang.
“Buat pengetahuan kau, kita adalah adik beradik tiri. Mak aku adalah isteri kedua ayah kau.” terang Faizal perlahan.
“Tiba-tiba ayah kau ceraikan mak aku dan kembali kepada mak kau. Sehingga tak tinggal walau sesen pun pada kami. Jadi kami nak tuntut balik hak kami pada kau.” dia sudah mula hampir faham dengan penerangan Faizal itu.
“Aku tak tahu menahu pun tentang harta tu.” ujar Eti jujur. Kerana harta, manusia sanggup bertelingkah seperti ini. ‘Dimanakah nilai-nilai kemanusiaan dalam diri kalian’
“Hanya satu cara sahaja untuk mendapatkan harta tu sebelum kau cukup dua puluh satu tahun iaitu dengan..” Zahrah terus mengacukan pistol ke arah dahinya.
Setitik permata jernih menghiasi pipi mulusnya.
“Abang, selamatkan Eti.” rintih Eti perlahan namun masih jelas di pendengaran Faizal. Faizal ketawa besar.
“Memang patut kau sayang sangat kat laki kau tu. Dia memang dah jaga kau dengan baik. Buat pengetahuan kau sebelum kau mati, masa kau cedera sebab ada orang pecah masuk rumah kau tu, itu adalah rancangan aku.
Masa ada orang langgar kau sehingga kau keguguran, itu pun rancangan aku. Laki kau tu, sikit punya sayang kat kau, sanggup dia hantar kau pergi ke luar negaralah kononnya tapi aku sempat perangkap dia dengan seorang perempuan. Akhirnya sampai kena tangkap khalwat. Itu pun rancangan aku jugak.
Dan yang terakhir, untuk umpan kau keluar dari rumah tu, aku terpaksa mengupah seorang perempuan untuk menyamar sebagai perempuan simpanan Nazmi. Dan kau yang bengong ni pun terus percaya. Nampak sangat cinta kau ni goyah sangat Eti.”
Penjelasan demi penjelasan yang terbit dari mulut Faizal itu amat menyakitkan telingannya. Dia menangis teresak-esak.
Patutlah selama ini keluarga itu benar-benar menjaga dirinya. Rupa-rupanya mereka ingin melindungi dirinya.
Dia mula rasa serba salah kerana sering mempersoalkan kasih sayang suaminya sedangkan, Nazmi begitu menyintainya. Sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk menyelamatkannya.
Dan dia pula sering membuat keputusan dengan penuh beremosi. Sehingga membawa dia dari berfikir yang tidak-tidak. Dia sebenarnya tidak layak langsung untuk beroleh kasih sayang Nazmi dan keluarganya.
‘Aku bersalah Ya Allah. Mungkin kematian yang dapat menebus kesalahan diriku pada suamiku. Aku redha kalau inilah ketetepan yang perlu aku tempuhi.’
Eti memejamkan matanya. Cuba menyelitkan sedikit kekuatan.
Baru sahaja Zahrah ingin melepaskan tembakan ke arah Eti namun tiba-tiba dia telah ditolak sehingga tembakannya tersasar ke kaki anaknya sendiri. Ada seorang lelaki terus menangkapnya.
“Argggghhhh..” jerit Faizal nyaring.
“Abang..” seru Eti ketakutan dan terus berlari mendapatkan suaminya.
Faizal yang bengang terus mengeluarkan pisau dari simpanannya dan berusaha untuk berlari dan ingin menikam Eti namun tiba-tiba Nazmi menghalang dan tikaman menusuk ke rusuk kiri lelaki itu.
“Kurang ajar..” ujar seorang lelaki yang Eti tidak kenali lantas terus menangkap Faizal yang sudah terjelupuk jatuh dengan darah yang tidak henti keluar dari kakinya.
“Abang..” Eti meriba suaminya sambil air matanya menitis laju apabila melihat darah pekat yang mengalir dari badan suaminya.
“Sayang..” dengan segala kudrat yang ada, dia ingin mencapai pipi mulus millik isterinya namun tiba-tiba ianya terkulai layu.
“Abang!”
***
Air matanya masih menitis. Malah ia seakan-akan tidak pernah kering walau sering mengalir saban waktu.
“Eti, sudahlah. Jangan menangis begini. Kalau Naz tahu, mesti dia tak suka.” pujuk Datin Jamilah lembut. Dia tahu perasaan menantunya itu.
“Kenapa semuanya dirahsiakan dari saya mama? Kenapa?” dia pasti, jika dia tahu perkara ini dari awal lagi, pasti kejadian seperti ini tidak akan berlaku.
“Ini kehendak Naz sendiri nak.” Ya. Memang perkara ini ingin diberitahu kepada Eti namun ditegah oleh anaknya.
“Sudahlah. Kita doakan yang terbaik untuk Naz ya. Mama pasti, Naz akan selamat.” Ibu mertuanya masih tidak puas memujuk.
Namun hatinya yang rawan ini tidak mungkin dapat dipujuk. Dia benar-benar risau akan keadaan suaminya yang sedang berjuang di dalam bilik bedah.
‘Ya Allah, selamatkan suamiku. Selamatkan dia Ya Allah..’
Di dalam hatinya tidak putus-putus menitipkan doa untuk kesejahteraan suaminya.
Eti terus berdiri apabila pintu bilik bedah terbuka. Keluar seorang lelaki yang separuh umur menghampiri mereka.
“Alhamdulilah. Dia selamat. Encik boleh tengok pesakit sebentar lagi.” tutur kata yang terbit dari mulut doktor itu benar-benar melegakan semua pihak. Datuk Sufian berjabat salam dengan doktor dan mengucapkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga.
***
“Hei, kenapa ni? Dari tadi asyik dok senyap je. Abang tak ada apa-apalah. Belum mati lagi.” sempat lagi dia mengusik isterinya dalam keadaan genting seperti ini.
Eti tarik muka. Dia sudah berhenti menangis. Namun hatinya sakit melihat wajah suaminya.
Ahli keluarga yang lain semuanya sudah pulang sejam yang lalu kerana ketika itu, Nazmi masih belum sedarkan diri lagi.
“Hei, kenapa ni?” pujuk Nazmi lembut.
Eti memejamkan matanya sebentar. Dia mula serba salah melayan suaminya sedingin ini. Sudahlah baru melepasi saat genting, perlukah dia memanjangkan lagi persengketaan antara mereka.
“Abang rehatlah dulu. Nanti bila dah betul-betul sembuh, kita selesaikan apa yang belum selesai eh.” ujar Eti lembut sambil menepuk sedikit lengan milik Nazmi.
“Abang tak berani nak tutupkan mata abang. Abang takut kalau-kalau Eti lari dari abang lagi.” sayu sahaja nada suaranya.
“Eti tak pernah lari daripada abang.” keras sedikit kata-katanya. Ingin memahamkan suaminya.
“Habis tu, pergi puduraya tu buat apa? Bukan nak larikan diri ke?” soal Nazmi mula tidak berpuas hati.
“Mana abang tahu Eti pergi puduraya?” kali ini, giliran dia pula menjadi menyoal.
“Abang pasang spy.” jawab Nazmi jujur. Dia tidak mahu berahsia lagi dengan isterinya. Tanpa kejujuran, memang sebuah rumahtangga itu tidak akan menjadi.
“Pasang spy?” sungguh, dia teramat terkejut.
“Yalah. Abang tak nak Eti lari lagi.” dia mahu menghuraikan satu demi satu.
“Abang macam tak percayakan Eti je.” perlahan sahaja nada suaranya.
“Eti, abang percayakan Eti lebih dari diri sendiri. Abang buat semua ni untuk keselamatan Eti sendiri. Kalaulah abang tak pasang spy, mesti abang tak tahu yang Eti kena bawa lari dek Faizal.” ulas Nazmi.
“Kenapa abang rahsiakan semua ni dari Eti? Kenapa?” airmatanya menitis lagi. Entah untuk kali yang keberapa.
“Sebab isteri abang ni sensitif orangnya. Dia cepat gelabah. Penakut pulak tu. Abang tak nak sayang beratkan kepala sayang fikirkan semua ni.” Eti mencapai tangan suaminya yang berada di pipinya.
“Eti banyak buat salah dengan abang. Maafkan Eti.” pinta Eti dengan airmata yang bercucuran.
“Abang tak pernah rasa yang Eti ni menyusahkan abang. Tak pernah Eti. Dapat memperisterikan Eti adalah perkara yang terbaik yang pernah terjadi dalam hidup abang.
"Abang pun nak minta maaf sebab terpaksa merahsiakan semua ni dari Eti. Abang hanya fikirkan keselamatan Eti je.”
“Eti tak tahu macam mana nak balas semua jasa baik abang,” kali ini, kepalanya sudah terbaring di sisi katil milik suaminya. Tangan Nazmi mengusap lembut kepala isterinya.
“Abang tak minta sebarang balasan sayang. Abang cuma harapkan kasih sayang yang tak berbelah bahagi dari Eti. Itu je dah cukup untuk abang.
"Dan tolong, jangan pernah ada niat pun nak tinggalkan abang,” sengaja diterankan nada suarannya. Tanda dia benar-benar sedang member amaran kepada isterinya yang teramat sensitif itu.
“Apalah abang ni. Niat kan hanya dalam solat je.” gurau Eti. Cuba menjernihkan suasana.
“Nakal eh.” tegur Nazmi sambil tergelak kecil. Namun kata-kata itu seakan seperti pernah didengarinya. Tapi di mana eh?
***
Faizal dan Zahrah telah dijatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang telah mereka lakukan.
Ada rasa kasihan yang mendatang memandangkan Zahrah itu adalah ibu tirinya dan Faizal yang pernah mendapat tempat di hatinya itu adalah abang tirinya.
Zahrah adalah seorang janda beranak satu yang berkahwin dengan ayahnya semata-mata ingin membolot segala harta milik keluarganya.
Namun muslihat hitam itu dapat dihidu oleh bapanya. Serta merta Zahrah diceraikan.
Oleh kerana itu Zahrah berdendam untuk mendapatkan harta dengan membunuh Eti. Namun Eti segera disembunyikan oleh ibu.
Rupa-rupanya ibu sengaja menjadi pembantu rumah di vila Datuk Sufian dan Datin Jamilah semata-mata ingin mengaburi mata Zahrah.
Barulah dia tahu, kenapa sedari kecil lagi, aktiviti yang hendak dilakukan sentiasa disekat oleh semua orang.
Faizal pula sengaja mengumpannya dengan jerat cinta. Namun kerana Allah itu Maha Esa, Dia sendiri menyekat rasa suka dan sayang buat Faizal dengan menitipkan seorang lelaki yang bernama Nazmi.
Betapa semua peristiwa yang berlaku itu ada hikmah yang terselindung. Cuma ia perlukan masa dan kesabaran untuk diterokai.
Eti mencari kelibat suaminya yang hilang entah kemana selepas makan malam tadi. ‘Mungkin di dalam bilik agaknya.’
Ketika menolak pintu, biliknya berada dalam keadaan gelap. Baru sahaja dia ingin membuka suis lampu tiba-tiba dia perasan ada cahaya di luar balkoni.
Kakinya terkaku apabila melihat Nazmi yang sedang memegang kek. Ya, baru dia ingat bahawa esok adalah hari jadinya.
“Selamat hari jadi sayang. Cepat tiup.” sehabis meniup lilin, air matanya terus tumpah. Ia tidak dapat dibendung lagi.
“Abang baru berharap agar Eti tak nangis. Tapi tengok..” kata-katanya diselangi dengan ketawa kecil. Eti terus mendakap suaminya.
“Eh, nantilah kalau nak peluk pun. Kan abang tengah pegang kek ni.” dia bukan apa, dia takut kalau sebelah tangannya tidak mampu untuk menampung kek yang dipegang.
Eti tidak mengendahkan kata-kata suaminya langsung. Dia terus mengeratkan lagi pelukan.
Nazmi meletakkan kek di atas meja sisi. Dia terus membalas pelukan isterinya.
“Dahlah nangis. Meh abang suapkan kek eh.” Nazmi meleraikan pelukan. Mengajak isterinya duduk di birai katil.
Nazmi mencapai sudu dan terus mengambil kek tanpa memotongnya. Sehingga Eti pelik sendiri.
“Eh, tak yah potong ke kek tu?”
“Tak payah.” Eti terus menerima suapan suaminya. Pertama kali menyambut hari jadi setelah begelar isteri adalah peristiwa yang paling manis untuk dikenang di masa depan.
“Sayang nak tahu something tak?” ujar Nazmi tiba-tiba.
“Apa dia?”
“Abang dah dapat jawapan kepada soalan sayang dulu.” tersengih-sengih Nazmi menuturkan ayat.
“Soalan apa?” berkerut dahi Eti memikirkannya. Entahlah, dia sudah tidak ingat apa-apa.
“Apa ada pada cinta?” ulang Nazmi kembali.
Kenapa dengan soalan tu? Abang dah jumpa jawapannya ke?” anggukan dari Nazmi itu tiba-tiba membuatkan Eti teruja sendiri.
“Apa dia?”
“Baby.” bisik Nazmi dengan senyuman yang penuh kenakalan.
Berkerut dahi Eti mendengarkan. Dia sudah mula faham dengan jawapan suaminya.
“Ya ke?” dikerutkan dahi. Pura-pura tak tahu. Senyuman nakal suaminya sudah pun memberikan jawapan kepadanya.
Bukankah anak itu itu adalah bukti kasih sayang antara satu hubungan yang suci.
Benarlah kata orang, kebahagiaan itu akan tiba juga satu hari nanti. Dan kita tidak mungkin akan bersendiran ketika melewati kebahagiaan. Ada insan yang akan menemaini hari-hari yang mendatang.
Insyaallah, bunga cinta mereka tidak akan terkulai layu. Selepas ini, dia tidak akan cepat melatah dengan ketentuan takdir. Dia akan berusaha untuk mempertahankan rumah tangga mereka hingga ke hujungnya.
“Orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak kami. Sesungguhnya, kami pimpin mereka ke jalan-jalan kami (yang menjadikan mereka gembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah beserta orang yang berusaha membaki amalannya.” Surah Ankabut 29:69
~Tamat
BACA INI JUGA: Cerpen: Cinta Siti Zulaika
Sumber: Xsarasassygurlz
Gambar hiasan.

Sangat-sangat terbaik!!!!
ReplyDelete