Ini adalah kisah Al-Fudhail Ibn Iyad, seorang pencuri yang sangat ditakuti dan disegani yang diberikan hidayah oleh Allah SWT untuk berubah dan menjadi seorang ulama besar.
Nama Al-Fudhail sangat di takuti oleh para pedagang yang mana pada masa itu mereka berdagang dengan menaiki kuda dan unta untuk memasuki Kota Mekah.
Al-Fudhail mencuri dan merompak sesiapa sahaja yang dia suka tidak kiralah pedagang itu berseorangan mahupun datang dengan kumpulan.
Al-Fudhail bukan sahaja merompak di jalanan, malah dia akan memecah masuk rumah-rumah penduduk dengan menaiki atap rumah.
Pada suatu malam, ketika Al-Fudhail sedang bersiap untuk melakukan satu lagi kemungkaran kepada Allah SWT, sedang dia meniti atap sebuah rumah mangsanya, dia ternampak tuan rumah itu sedang melakukan solat Tahajjud.
Dalam solat itu, tuan rumah itu membaca surah Al-Hadid ayat 16 yang berbunyi, "Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran Al-Quran, yang diturunkan kepada mereka? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras dan banyak diantara mereka orang-orang yang fasiq (derhaka)."
Al-Fudhail yang ketika itu berada di atas atap rumah mendengar jelas ayat Al-Quran ini tersentak, seolah-olah dia faham bahawa Allah SWT menurunkan ayat itu kepada orang-orang sepertinya.
Ayat ini seolah-olah menyeru dirinya untuk berubah!
Kemudian Al-Fudhail berkata, "Ya Rabb! Inilah waktunya!"
Dan pada ketika dan saat itulah, Al-Fudhail Ibn Iyad berubah serta-merta. Dia menginsafi segala perbuatan kejinya pada Allah SWT. Dia tidak lagi mencuri.
Dari seorang pencuri jalanan yang sangat ditakuti, Allah SWT mengangkat Al-Fudhail Ibn Iyad menjadi salah seorang ulama yang disegani dalam dunia Islam.
MasyaAllah..
Pernahkah kita terfikir dalam diri kita untuk berubah ke arah kebaikan, menuju ke jalan Allah?
Mengapa kita hanya mengharapkan Allah SWT memberikan hidayah dan taufik dahulu baru kita ingin berubah? Kenapa bukan kita yang mencari hidayah dan taufik itu?
Sesungguhnya dugaan dari syaitan itu sangatlah kuat. Setiap kali kita berazam atau terdetik dalam hati kita untuk berubah ke jalan Allah SWT, pasti syaitan yang dilaknat akan datang membisikkan di telinga dan di hati kita, "Kamu tidak mampu berbuat demikian, kamu tidak mampu untuk berubah."
Tapi adakah kita akan kalah dengan godaan syaitan yang dilaknat Allah ini? Tanyalah pada diri kita masing-masing.
Firman Allah SWT, "Hati mereka akan menjadi lembut kerana mengingati Allah."
Jadi lakukanlah apa sahaja yang boleh mengingatkan kita pada Allah dengan harapan Allah akan melembutkan hati kita untuk berubah ke jalan-Nya.
Sesungguhnya Allah itu Maha Membolak-balikkan Hati manusia. Baca, dengar dan fahamilah ayat-ayat suci Al-Qur'an.
Lihat sahaja apa yang Allah SWT telah berikan kepada Al-Fudhail Ibn Iyad. Hidayah Allah datang melalui ayat Al-Qur'an.
Sekeras-keras hati Al-Fudhail, sehitam-sehitam hatinya yang dipenuhi oleh dosa-dosanya pada Sang Pencipta, akhirnya dibasuh dengan ayat suci Al-Qur'an.
Allah SWT mampu memberikan kepada sesiapa sahaja hidayah-Nya, dalam apa jua keadaan mereka sekalipun.
Tetapi Allah SWT akan memelihara orang-orang yang sentiasa meminta petunjuk dan hidayah dari-Nya.
Semoga kita memperoleh pengajaran yang baik dari kisah Al-Fudhail Ibn Iyad ini.
InsyaAllah..
BACA INI JUGA: Kenapa Kita Menyebut Nama Nabi Ibrahim Dalam Tahiyat Akhir?
-SENTIASAPANAS.COM