Tuesday, July 05, 2016

10 Perubahan Baru Buku Peraturan FIFA Yang Anda Perlu Tahu


Buku peraturan FIFA yang asal sudah diperkemaskan kepada edisi yang terbaru. Ini adalah 10 perubahan paling signifikan yang wajib anda ketahui.

Buku peraturan FIFA 2016-2017.jpg

Kemas kini 2 tahun

Sejak dari pertengahan tahun 2014, pihak FIFA sedaya upaya cuba memperkemaskan peraturan bola sepak yang baru supaya ia lebih mesra pengguna dan sesuai dengan kehendak industri.

Dari teks asal yang mempunyai lebih 22,000 patah perkataan, kini hanya tinggal lebih kurang 12,000 patah perkataan sahaja.

Buku peraturan FIFA edisi terbaru ini telah diluluskan oleh FIFA pada bulan Januari 2016 sebelum dinilai semula pada Mac.

Ia akan berkuat kuasa sepenuhnya di dalam temasya Piala Eropah 2016 yang sedang berlangsung.

Diterajui bekas pengadil Premier League

David Elleray

David Elleray adalah antara watak penting dalam usaha kemas kini buku peraturan FIFA yang baru ini.

Elleray yang merupakan bekas pengadil di Premier League berharap agar peraturan FIFA baru ini tidak lagi mengelirukan dan lebih jelas.

Menurut Elleray, “Kami cuba menggunakan bahasa yang lebih mudah. Kami cuba untuk tidak membuatkan ayat menjadi berulang-ulang. Kami mengemas kininya kerana bola sepak telah berevolusi.”

“Sebelum ini, tiada siapa yang melakukan penilaian (terhadap peraturan lama) jadi terdapat beberapa keputusan pengadil yang tidak konsisten yang berlaku dalam bola sepak.”

Berikut adalah 9 perubahan terbesar dalam peraturan FIFA selepas 135 tahun ia diperkenalkan:

1. Sepak mula semakin bebas

FIFA+Rules [1].jpg

Peraturan yang terdahulu mengatakan bola harus disepak ke hadapan apabila berlakunya sepak mula dan pemain mesti berada di kawasan half sendiri.

Peraturan baru mengatakan ia bebas untuk digerakkan ke mana-mana arah sekalipun sewaktu sepak mula – asalkan ia bergerak.

2. Kad merah boleh dilayangkan sebelum mula perlawanan

FIFA+Rules [2].jpg

Mengimbau kembali peristiwa pergaduhan Roy Keane dan Patrick Vieira di dalam terowong Highbury sebelum perlawanan liga pada tahun 2005, mereka berdua tidak dihukum oleh pengadil perlawanan.

Bagaimanapun melalui peraturan baru ini, pengadil boleh melayangkan kad merah kepada pemain yang melakukan kesalahan sama selepas pre-match inspection.

Jadi, sebarang kesalahan yang melibatkan kesalahan kad merah kini boleh dikenakan hukuman walaupun sebelum sepak mula.

Jika seorang pemain dikenakan kad merah sebelum bermulanya perlawanan, pasukan tersebut masih bermula dengan 11 orang pemain.

Cuma bezanya, pemain yang dikenakan kad merah tersebut bakal digantikan dengan salah seorang pemain simpanan.

Jadi, pasukan mereka akan rugi seorang pemain simpanan.

3. Mangsa kecederaan boleh dapatkan rawatan segera

FIFA+Rules [3].jpg

Berbeza dengan peraturan sebelum ini dimana pemain yang tercedera akibat kekasaran kad kuning dan merah perlu meninggalkan padang sebelum mendapatkan rawatan, kali ini mereka tak perlu berbuat demikian.

Menurut Elleray, “Jika seorang pemain tercedera disebabkan kekasaran kad merah atau kad kuning, beliau boleh mendapat rawatan segera tanpa perlu meninggalkan padang.”

“Adalah tidak adil jika pasukan yang melakukan kesalahan bermain dengan 11 orang, manakala pasukan yang dikasari pula perlu bermain dengan 10 orang.”

4.Keluar masuk pemain ke dalam padang boleh dilakukan oleh pembantu pengadil

FIFA+Rules [4].jpg

Jika seorang pemain keluar dari padang, contohnya untuk menukar but, dia perlu menunggu permainan dihentikan terlebih dahulu sebelum dibenarkan masuk bermain semula.

Mengikut peraturan sedia ada, pengadil perlu memeriksa but tersebut sebelum dia boleh menyambung permainan.

Mengikut peraturan baru, pemeriksaan tersebut boleh dilakukan oleh pengadil ke-4 perlawanan ataupun pembantu pengadil.

Jika tiada masalah, dia boleh terus masuk ke padang tanpa perlu menunggu permainan dihentikan.

5. Hukuman lebih keras untuk kesalahan menarik pakaian pemain lawan

FIFA+Rules [5].jpg

Bayangkan senario ini; 2 pemain yang berebut bola kedua-duanya terkeluar dari padang.

Apabila salah seorang pemain tersebut menarik jersi atau menghalang pemain lain daripada masuk padang kembali, pengadil akan menghadiahkan kad kuning atau merah kepada pesalah mengikut peraturan lama.

Pengadil juga akan memulakan semula perlawanan dengan drop ball.

Namun mengikut peraturan baru, pasukan yang dikasari akan diberikan freekick di atas touchline. Jika ia berlaku di dalam kawasan penalti, maka sepakan penalti akan diberikan.

6. Menghalang gol akan dihukum

Jika pemain simpanan (yang tak bermain) masuk padang dan menghalang gol, pengadil perlu memberikan indirect free-kick kepada pasukan lawan jika mengikut peraturan lama.

Kemudian menurut peraturan lama lagi, jika doktor masuk padang ketika permainan sedang berlangsung, pengadil perlu memulakan semula perlawanan dengan drop ball.

“Ini tidak adil bagi pasukan yang menjadi mangsa. Pasukan yang membuat kesalahan mendapat faedah apabila membuat kesalahan ini,” kata Elleray.

Jadi peraturan lama ini diubah.

Dalam peraturan baru, jika pemain gantian (yang tak bermain) dan doktor pasukan melakukan kesalahan ini, pasukan mereka akan dihukum dengan direct free-kicks atau sepakan penalti.

7. Penentuan sepakan penalti lebih adil

FIFA+Rules [7].JPG

Jika sebuah pasukan 10 orang (kurang 1 pemain kerana kad merah) masuk penentuan penalti menentang pasukan 11 orang, salah seorang pemain dari pasukan 10 pemain bakal mengambil sepakan penalti sebanyak 2 kali mengikut peraturan lama.

Menurut Ellaray, “Jika penentuan penalti ini berterusan, ia bermakna pengambil sepakan penalti terbaik dari pasukan 10 orang dapat mengambil penalti 2 kali. Ini tidak adil bagi pasukan 11 orang.”

Jadi mengikut peraturan baru, jika pasukan 10 orang masuk ke penentuan sepakan penalti dengan pasukan 11 orang, pasukan 11 juga bakal menghantar hanya 10 wakil terbaik untuk mengambil sepakan penalti tersebut.

8. Peraturan ofsaid semakin konsisten

FIFA+Rules [8].jpg

Sebelum ini dalam peraturan lama FIFA, ada berlakunya percanggahan.

Dalam satu bahagian, FIFA mengatakan apabila seorang pemain ofsaid, free kick akan diberikan di kawasan pemain ofsaid mula-mula berada.

Tetapi dalam satu bahagian lain, FIFA mengatakan free kick perlu diberikan di kawasan permain ofsaid menerima bola.

Ia sememangnya mengelirukan dan boleh dimanipulasikan oleh pasukan yang melakukan kesalahan.

Dalam peraturan baru, free kick akan diberikan di kawasan pemain ofsaid mula-mula berada. Bukannya kawasan pemain ofsaid menerima bola.

9. Logo kelab boleh digunakan di bendera sepakan sudut

FIFA+Rules [9].jpg

Mengikut peraturan lama FIFA, bendera sepakan sudut (corner flag) haruslah formal dan tidak boleh mempunyai sebarang logo kelab seperti yang biasa berlaku di Premier League sekarang.

Tetapi dalam peraturan baru, FIFA telah memansuhkan peraturan tersebut.

10. Menggunakan common sense

FIFA+Rules [10].jpg

Elleray turut menggalakkan pengadil-pengadilnya untuk mengadili perlawanan dengan semangat kesukanan yang tinggi dan lebih banyak menggunakan common sense.

“Jika mereka mengadili perlawanan dan terdapat beberapa kesalahan kecil dalam undang-undang FIFA, mereka tak perlu terlalu tegas dan skema.”

“Mereka hanya perlu melaporkan dan menyelesaikannya selepas perlawanan tamat.”

Ini bermakna, sebagai contoh, pengadil tak perlulah membatalkan perlawanan peringkat akar umbi hanya kerana satu tiang bendera sepakan sudut telah patah.

BACA INI JUGA: Unik! Stadium Yang Di Bina Di Tengah-tengah Padang Pasir

Sumber: semuanyabola

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon